KEPAL NASI KEPAL BERAS |
UST NASHA JALANKAN USAHA TERAKHIR UNTUK SELAMATKAN PAS!!! Posted: 06 Feb 2013 05:26 PM PST ""Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya."" Komen kkamdias Wajarkah kita berfatwa, "PAS 2 kali ganda lebih sesat dari UMNO?" Tahaluf siyasi sudah diamalkan oleh UMNO sejak tahun 50an lagi. Tahaluf siyasi yang diamalkan UMNO itulah yang pernah dijatuhkan hukum kafir oleh Hj Hadi yang mana, kini telah ditiru oleh PAS. Tahaluf siyasi amalan UMNO lebih istiqomah dari Tahaluf Siyasi amalan PAS. Walaupun UMNO bertahaluf siyasi dengan bukan Islam, tetapi UMNO tetap kekal mempertahankan setiap apa yang dicatat dalam perlembagaan, khususnya yang berkait dengan kesucian Islam sebagai agama persekutuan dan segala hak dan keistimewaan setiap kaum. Rakan tahaluf siyasi UMNO, MCA dan MIC lebih faham maksud dan konsep tahaluf siyasi berbanding DAP dan PKR. Masing-masing rakan tahaluf tidak menyentuh soal sensitif atau "bab kepantangan" masing-masing kaum dan kepercayaan. Tahaluf siyasi UMNO-MCA-MIC melalui BN lebih "structured" dari tahaluf siyasi pakatan yang tidak berdaftar. Tahaluf siyasi BN mengiktiraf Presiden UMNO selaku Pengerusi BN dan pemutus terakhir di dalam sebarang keputusan dan pertikaian yang berlaku. Tapi tahaluf siyasi pakatan tidak berketua dan tiada yang lebih dituakan di kalangan mereka. Masing-masing sama taraf. Berlawanan dengan konsep kelaziman hidup dan berorganisasi. Suami setaraf dengan isteri dan anak-anak. Sebarang keputusan mesti dipersetujui bersama di antara ke tiga-tiga rakan tahaluf. Mesti dipersetujui 100% terlebih dahulu. Itu sebab Kalimah Allah menerima nasib seperti "dasar pengkorporatan", polisi pentadbiran Mahathir. Sesuatu yang tidak mungkin mendapat persetujuan secara unanimous telah dipaksa untuk dipersetujui secara unanimous. Sesuatu yang tidak boleh sama sekali diswastakan, tetapi telah dipaksa untuk diswastakan. Ia samalah seperti percubaan menswastakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa di antara "entiti eksekutif, kehakiman dan badan legislatif". Sesuatu yang tidak boleh mahu dibolehkan juga. Sesuatu yang impossible mahu dijadikan possible. Sesuatu yang jelas haram mahu dihalalkan juga atas dasar dan misi "persetujuan bersama". Inilah dasar dan prinsip tahaluf siyasi PAS. Ini bukan tahaluf siyasi. Ini prinsip "terlupus sana tercicir di sini". Asal dapat undi. |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |