Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

bERANIKAN hATI

$
0
0

bERANIKAN hATI


ANU-GERAH UNTUK ANU ARR.....

Posted: 06 Feb 2013 10:30 PM PST

Dengan tak malunya Kak Jijah menerima Anu gerah 'Sayyidatina Khadijah' 


1. Hebatnya apabila Kak Jijah 'Sepat Kering' diberikan Anu-gerah khas 'Sayyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 2 Februari lalu. Konon Anu-gerah berkenaan kerana menghargai keberanian dan 'sumbang'an beliau dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam kearah perpaduan. (Baca Sini) (Baca juga pandangan blog Jawa Bernam)

2. Kak Jijah ni memang berani, berani mempertahankan Anu arr dalam isu 'totey' bengkok 'membalun' Chinadoll serta berani bermati-matian mempertyahankan kenyataan bahawa Jam Omega Anu arr ada dalam simpanannya, namun sehingga sekarang tidak dapat ditunjukkan kepada umum. Kak Jijah juga berani mempertahankan Shamsidar 'madu gelapnya' dan merelakan bersama-sama berkongsi 'anu', memang Kak Jijah seorang perempuan yang hebat.

3. Tidak lama dulu Kak Jijah menyifatkan Anu arr sebagai Anu-gerah Tuhan. Seorang pemimpin yang terbaik segala-galanya. Kemudian Ostad Badrol pula memperakukan Anu arr itu adalah Imam Mahadi namun tidak lama selepas itu Ostad Badrol sendiri ditangkap ketika 'memandikan burungnya' bersama seorang 'isteri orang' dalam bilik hotel jam 3 pagi dalam keadaannya bertuala.

4. Anu arr tidak pernah bersumpah bahawa bukan dia didalam klip video seperti yang oleh Dato' Eskay. Anu juga tidak berani bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful, Azizan dan Sukma. Yang selalu Anu arr lakukan apabila dituduh adalah menuduh orang lain.

5. Jika Kak Jijah di Anu-gerahkan  'Sayyidatina Khadijah', Anu arr secara tidak resminya di anu-gerahkan 'Anu-gerah Tuhan' dan 'Imam Mahadi' kenapa tidak kita lengkapkannya dengan Anu-gerah terulung untuk Anu  arr iaitu ' Anu-gerah Nabi Luth'






POLITIK JERANTUT BHG. 3: TRANSFORMASI UMNO BAHAGIAN

Posted: 06 Feb 2013 05:30 PM PST

YBM 'Ku Lan' bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, 
tidak mustahil Dato' Norhelan jadi calon Parlimen jika gerakkerjanya dijadikan ukuran.


1. UMNO Jerantut mesti berubah. Keputusan YBM 'Ku Lan' untuk tidak bertanding lagi adalah satu perubahan yang besar maknanya. Itu juga adalah satu keputusan yang sangat berani kerana dalam banyak situasi, bukan ramai pemimpin yang sudah menduduki kerusi bersedia untuk turun. Contoh terdekat adalah ADUN Damak dan Pulau Tawar. Tentu pemergian YBM 'Ku Lan' nanti amat menyedihkan.

2. Yang paling sedih dan berdukacita dengan keputusannya adalah mereka yang rapat dan bergantung sepenuhnya kepada beliau. Nampaknya terpaksalah mereka yang berkenaan pandai memilih siapakah selepas ini akan jadi Ahli Parlimen Jerantut untuk dijadikan dahan untuk berpaut.

3. Walau siapapun kelak akan jadi Ahli Parlimen Jerantut, beliau hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa akan dijadikan sokongnya supaya tidak akan berulang peristiwa sokong membawa rebah. banyak pihak melihat bahwa kelemahan UMNO BN Jerantut selama ini adalah kerana sokong-sokongnya. (Baca blog-blog Jerantut yang banyak dan membincangkan persoalan sama sebelum ini. Sila tujuk senarai blog-blog Jerantut di notakaki)

4. Secara peribadi, BH tiada masalah sama ada Ahli Parlimen masih dikekalkan yang lama atau bertukar kepada yang baru, kerana yang lebih penting adalah membersihkan sokong-sokongnya terlebih dahulu supaya dapat sejajar dengan UMNO Kebangsaan dalam mentranformasikan UMNO di Peringkat Bahagian. Bagi menegakkan UMNO dan mengukuhkan strukturnya, UMNO mestilah disokong oleh mereka yang boleh diharapkan, telus, bersih, cekap dan yang penting sekali adalah amanah.

5. Yang banyak kita dengari adalah kebencian rakyat kepada UMNO adalah kerana sikap pemuka-pemuka UMNO Bahagian yang lebih merupakan pejuang yang hanya cenderung memungut harta rampasan perang bukan kerana keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri.

6. Apapun, UMNO bahagian mesti melakukan perubahan yang drastik dan dapat menyakinkan rakyat bahawa UMNO Bahagian memang serius dan ikhlas untuk berubah. Andaikata UMNO gagal melakukannya, nantikan saja rakyat untuk mengubahnya.


# Blog-blog Politik Jerantut (Sebahagian):
1. Suara Api
2. Borok Politik Weh
3. Patpatsikulipat
4. Karok
5. 1,2,3,SiLekuk
6. MuaraSat
7. WZWH
8. uRag dRrulug
9. Orang Bukan Orang
10.Surat Untuk Pemimpin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>