BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Emma Watson 'relakan' pay udaranya diramas
- (Gambar) Foto 'hodoh dan tak senonoh' Beyonce ketika persembahan sudah tersebar!
- ‘Gemar’ sempena Hari Kekasih
- 24 Wanita PKR Penampang keluar parti
- Janji di tepati...alhamdulillah!
- Nasa 'buat-buat' pening lalat mengenai status keahliannya
- Usia baru 16 tahun tapi dah anjur pesta maksiat di hotel
- (Gambar) Tak sengaja selak kain hingga nampak seluar dalam di karpet merah
- Tun Mahathir tahu kapasiti DS Anwar untuk huru harakan negara
- Azizan bakal senasib dengan Ustaz Nasa?
- Cinta Shila-Sharnaaz sudah berakhir? Sharnaaz batal hantar rombongan risik...
- (Video) Susulan 'gambar kemaluan' dalam handphone, ini penjelasan YB Paka
- Undang Psy satu pengkhianatan...bawak masuk lagu Indon ok pulak?
- Pecat Nasa: Pas hantar surat guna 'siput babi'
- Kebencian Husam terhadap Ustaz Nasa makin jelas
- Guan Eng 'kecil hati' dengan Muhyiddin...rasa cam nak nangis!
- Sadis! juruwang diperkosa empat lelaki sebelum disamun di Gombak
- Mangsa rogol dirodok....gila!
- Pakar ICT, Azli Paat kembali ke rahmatullah
- Pelakon veteran Yahya Sulong meninggal dunia
(Gambar) Emma Watson 'relakan' pay udaranya diramas Posted: 07 Feb 2013 02:30 PM PST Ini yang 'seronok'nya apabila berlakon disamping Emma Watson. Pelakon jelita itu telah menanggalkan pakaian hingga tinggal coli dan seluar dalam dalam satu babak filem di mana Logan Lerman dapat meramas payudaranya itu. Emma telah meninggalkan memori keanak-anakan Harry Potternya apabila membintangi satu watak dalam filem The Perks of Being a Wallflower yang akan dilancarkan DVDnya pada Isnin minggu depan. Dalam babak filem tersebut, Emma berdiri dengan hanya pakaian dalamnya ketika aksi romantis sambil mengambil tangan Logan dan diletakkan pada payudaranya. Logan yang melakonkan watak sebagai pelajar yang pemalu telah mendapat perhatian dua orang seniornya - Emma dan Ezra Miller. Filem ini berdasarkan sebuah buku tulisan Stephen Chbosky. This is by far the best Celcom First data plan .. Check it out! Get Celcom's PortaWiFi today and Enjoy the best network whenever you go! | ||
(Gambar) Foto 'hodoh dan tak senonoh' Beyonce ketika persembahan sudah tersebar! Posted: 07 Feb 2013 07:01 AM PST Pihak publisis Beyonce telah menghantar 'arahan' kepada semua media online untuk membuang semua gambar-gambar hodoh Beyonce ketika satu persembahannyadi Superbowl. Dengarnya kiriman emel tersebut telah dihantarkan kepada seorang wartawan pada 5 Februari 2013. Disebabkan gambar tersebut kelihatan hodoh dan jelek, pihak pengurusan Beyonce telah meminta agar gambar tersebut tidak disiarkan lagi dengan menghantarkan memo bertulis kepada wartawan berkenaan. Pun begitu, pihak pengurusan Beyonce nampaknya sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi kerana gambar ini sudah meluas merebak. Walaupun media tersebut telah membuang gambar tersebut di lamannya tetapi banyak blogger telah memuat naik gambar itu di blog peribadi mereka. Yang SINI lagi sempoi, siap ada kepala plug lagi! This is by far the best Celcom First data plan .. Check it out! Get Celcom's PortaWiFi today and Enjoy the best network whenever you go! | ||
Posted: 07 Feb 2013 06:01 AM PST Setiausahanya, Asti Toba berkata, kempen berkenaan mula digerakkan ketika pihak lain sibuk mempromosi budaya sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari akan datang. Menurutnya, selain Unggas ia turut disertai beberapa pertubuhan Muslim lain. "Kempen Gemar sebelum ini telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kingdom. "Penyertaan terbesar daripada Indonesia kerana hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya melancarkan kempen ini. "Manakala di Malaysia pula, Pulau Pinang adalah negeri yang berjaya menghimpulkan solidariti badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan kempen ini," katanya. Pemberian tudung secara percuma akan bermula pada 14 Februari ini bermula dari Pasar Malam Jalan Mahsuri Bayan Baru. Beliau berkata, matlamat utama kempen adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik, serta dalam masa yang sama menyedarkan masyarakat bahawa aurat itu sesuatu yang wajib untuk dijaga. "Kami juga mahu orang ramai sedar bahawa masyarakat akan sedar wujudnya sebuah gerakan yang mempromosi budaya menutup aurat. Selain itu, kempen ini juga cuba mendidik jiwa masyarakat Muslim supaya boleh menerima hakikat bahawa menutup aurat itu adalah perintah daripada Allah. "Oleh itu untuk kempen Gemar 2013, jawatankuasa peringkat kebangsaan cuba dibentuk bagi memastikan setiap negeri di Malaysia mampu melaksanakan kempen ini," katanya. Antara inisiatif awal ialah mewujudkan Fan Page Gemar Malaysia melalui Facebook dan Twitter pada 10 Januari yang lepas. Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web https://www.facebook.com/gemarmalaysiaofficial. | ||
24 Wanita PKR Penampang keluar parti Posted: 07 Feb 2013 05:31 AM PST KOTA KINABALU: Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti. Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas. "Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga. Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok. AP | ||
Janji di tepati...alhamdulillah! Posted: 07 Feb 2013 04:46 AM PST Di saat PR diheret ke mahkamah kerana menipu rakyat dengan janji-janji palsu seperti elaun khas ibu tunggal, elaun kepada kanak-kanak, hapus tol sg nyior, kg buah pala, kg beremban dsb yang indah khabar dari rupa, BN terus menerus menunai janji mereka dengan BR1M dan bantuan awal persekolahan. Hari ini Dato' Musa Aman meluangkan masa untuk turun menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada sebuah sekolah di sandakan di mana 488 orang murid mendapat manfaat daripadanya, walaupun sebelum itu beliau sibuk memberi sumbangan BR1M kepada 2000 orang yang layak. Dato Musa dibawa melawat ke projek-projek yang beliau luluskan untuk menaik taraf sekolah berkenaan, tandas, menyimen halaman depan tandas dan menambak tanah di sekitar sekolah (menurut warga sekolah kawasan itu sering becak setiap kali hujan), pondok bas yang baru dan parit bagi melancarkan sistem saliran sekolah. Dengan begitu banyak projek pembangunan yang diluluskan demi anak-anak kita, pihak yang membangkang sudah semestinya hanya memandang 1 projek yang tidak dapat diluluskan kerana sifat hasad dengki yang menebal di dalam hati mereka-mereka itu. Firman Allah SWT: "Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta." (Surah al-Baqarah, ayat 10) | ||
Nasa 'buat-buat' pening lalat mengenai status keahliannya Posted: 07 Feb 2013 04:09 AM PST SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sengaja menimbulkan kekeliruan berhubung status keahliannya dalam parti itu walhal secara jelas dalam surat diterima semalam menyatakan beliau hanya digugurkan sebagai anggota Majlis Syura. Salahuddin berkata, Ahli Parlimen Bachok itu sepatutnya tahu perkara terbaik yang beliau harus lakukan kepada parti, bukannya menimbulkan persepsi negatif sehingga boleh menjejaskan nama baik Pas. "Beliau (Nasharudin) sendiri yang menimbulkan kekeliruan itu, sama ada keliru atau tidak, itu terpulang kepada beliau. "... dia yang keliru (status keahlian dalam Pas), Majlis Syura sudah putuskan beliau bukan lagi ahli majlis itu," kata beliau yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas Nasharudin malam tadi yang keliru dengan status keahliannya dalam Pas. Nasharudin mendakwa wujud sedikit konflik mengenai perkara itu, berdasarkan kenyataan berbeza antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. "Mursyidul Am kata dengan pemecatan daripada Majlis Syura Ulama, saya automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden kata saya masih ahli," katanya sambil mengakui beliau sudah menerima surat rasmi pemecatannya semalam sebagai anggota Majlis Syura Ulama Pas selepas selepas dipecat kira-kira dua minggu lalu. Nasharudin berkata surat tersebut antara lain menyebut pemecatannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang berlangsung pada 13 Januari lepas kerana melanggar beberapa ketetapan yang dibuat majlis berkenaan. "Saya tak tahu apa yang saya langgar, mungkin sebab saya buat beberapa kenyataan media secara terbuka dan pendirian saya dalam isu-isu terkini berbeza dengan pendirian parti," katanya. Ditanya tentang keahlian Nasharudin dalam Pas, beliau berkata, di peringkat kepimpinan Pas, mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut, sebaliknya lebih menumpukan kepada persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Dia masih ahli Pas, itu kita tidak nafikan... kami tidak pernah membincang hal itu, malah tidak pernah mempertikaikan keahliannya dalam Pas. "... kita lebih banyak membincangkan tentang persiapan dan persediaan jentera serta ahli Pas bagi menghadapi PRU13 akan datang," ulasnya. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dihubungi juga mengesahkan perkara itu sambil menyifatkan kekeliruan tidak timbul susulan perbezaan kenyataan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi. "Dalam rekod kami (Ibu Pejabat Pas), Nasharudin masih ahli Pas yang sah," katanya secara ringkas yang enggan mengulas lanjut lain-lain isu berbangkit. | ||
Usia baru 16 tahun tapi dah anjur pesta maksiat di hotel Posted: 07 Feb 2013 01:31 AM PST Melaka: Seorang gadis berusia 16 tahun bukan saja menyewa hotel bajet di Kampung Hulu, di sini, menggunakan identiti orang lain, malah bertindak bagaikan 'penganjur' apabila dipercayai menjadikan bilik itu untuk kegiatan maksiat dan melepaskan gian syabu serta transit bagi kegiatan ragut bersama rakannya. Bilik yang disewa sejak 12 hari lalu itu dikatakan sering menjadi tumpuan beberapa lelaki keluar masuk sehingga menimbulkan syak sehinggalah sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, pihaknya ke hotel berkenaan untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat. "Pintu bilik hotel dibuka gadis terbabit selepas diketuk beberapa kali dan apabila masuk menemui dua lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang masing-masing sedang nyenyak tidur. "Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg berisi peralatan dipercayai untuk menghisap syabu selain bekas kosong dijadikan tempat menyimpan bahan larangan itu," katanya di sini, semalam. Menurutnya, lebih mengejutkan apabila pemeriksaan lanjut dalam beg remaja perempuan terbabit menemui empat kad pengenalan milik individu berusia antara 17 dan 21 tahun serta satu beg duit wanita. | ||
(Gambar) Tak sengaja selak kain hingga nampak seluar dalam di karpet merah Posted: 06 Feb 2013 11:15 PM PST Kellie Shirley secara tidak sengaja telah 'memperlihatkan' seluar dalamnya ketika beliau melewati karpet merah pada majlis pra tayangan Run For Your Wife semalam. Pelakon wanita yang memainkan watak Carly Wicks dalam EastEnders itu mengalamami saat-saat memalukan ketika beliau cuba menyelak gaunnya yang meleret. Gaun pelakon jelita itu kelihatan basah dibahagian bawah akibat dari karpet yang berair ketika beliau melintasi peminat-peminatnya. Dan ketika beliau cuba mengangkat sedikit gaunnya itu, secara tidak sengaja beliau 'terlebih selak' hingga kelihatan seluar dalam hitam nya. Mujur pakai juga...heh! Kellie turut membintangi filem terbaru Run For Your Wife bersama Denise Van Outen, Danny Dyer dan Sarah Harding. Pelakon berusia 29 tahun itu memainkan watak Susie Browning dalam filem yang mengisahkan mengenai seorang pemandu teksi (Danny) dan dua orang isterinya (Denise dan Sarah) | ||
Tun Mahathir tahu kapasiti DS Anwar untuk huru harakan negara Posted: 06 Feb 2013 10:01 PM PST KUALA LUMPUR: Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata, Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu. Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum PKR itu menyertai kerajaan. "Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan. "Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc hari ini. Entri terbaru itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia. Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota. "Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi. "Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya. | ||
Azizan bakal senasib dengan Ustaz Nasa? Posted: 06 Feb 2013 09:33 PM PST ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi. Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat 'mesra' dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu. Malah beberapa blog tempatan 'menyerang' Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN. Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin. Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat. "Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu," katanya. Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah. "Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur," katanya. Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008. "Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah," katanya. Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan. "Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu," katanya. | ||
Cinta Shila-Sharnaaz sudah berakhir? Sharnaaz batal hantar rombongan risik... Posted: 06 Feb 2013 08:32 PM PST Kemelut yang berlaku antara pasangan Sharnaaz Ahamad dan Shila Amzah bersama bapa kepada penyanyi pelantun 'Patah Seribu' itu nyata belum menemui noktah apabila Sharnaaz sekali lagi memberi kenyataan balas terhadap kenyataan Shila sebelum ini. Dipetik daripada Sinar Harian Online, kenyataan Sharnaaz kali ini berbeza dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini. "Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya. "Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi," tegasnya. Pelakon filem 'Ruby' ini juga mendedahkan akan membatalkan hasrat untuk merisik Shila pada Mac ini. "Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. "Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi," katanya dengan nada yang kecewa. | ||
(Video) Susulan 'gambar kemaluan' dalam handphone, ini penjelasan YB Paka Posted: 06 Feb 2013 07:31 PM PST Isu panas ini memang menjadi sasaran musuh-musuh politik terutama pembangkang yang cuba menutup malu kelakuan pemimpin-pemimpin mereka terdahulu. Namun begitu, kami berasa amat kagum dengan cara YB Paka ini menjawab dengan penuh tenang berkenaan isu kontroversi rumahtangga beliau kepada wartwawan. Sebelum ini timbul kisah gambar kemaluan wanita dalam telefon bimbitnya yang boleh anda baca di SINI telah diperbesarkan oleh media pro pembangkang. Beberapa blog juga cuba melakukan pencerahan mengenai isu ini. YB Mohd Ariffin Abdullah adalah YB yang sering menjadi topik pembangkang yang sememangnya suka menangguk di air keruh.Beberapa kali beliau menjadi sasaran putar belit yang di buat oleh PAS.Inisiatif yang diambil oleh Terengganu Today untuk menemuramah YB Paka ini juga salah satu tindakan yang baik bagi membersihkan nama beliau dari menjadi liabiliti kepada UMNO. | ||
Undang Psy satu pengkhianatan...bawak masuk lagu Indon ok pulak? Posted: 06 Feb 2013 06:45 PM PST Tindakan Barisan Nasional yang bakal membawa masuk penyanyi Gangnam Style, Psy, sempena Hari Terbuka Tahun Baru Cina BN yang bakal berlangsung di Pulau Pinang, 11 Februari ini, mendapat pelbagai reaksi. Bukan hanya mendapat kritikan di kalangan ahli politik, bayaran RM2 juta yang diperuntukkan untuk mengundang penyanyi K-Pop itu, turut mendapat perhatian penggiat seni di negara ini. Menerusi kenyataan media, penulis lirik yang popular dengan lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat, mempertikaikan tindakan BN mengundang Psy dengan bayaran seperti itu. Katanya, ia adalah satu bentuk pengkhianatan kepada industri muzik, penyanyi dan artis tempatan keseluruhannya. Baginya, apa jua alasan yang diberikan, kunjungan penyanyi itu diyakini sebagai usaha memancing sokongan undi khususnya golongan muda menjelang pilihan raya umum. "Hal ini cukup mengecewakan. Sedangkan artis veteran tempatan hanya dihulur RM2000 seorang, baru-baru ini melalui Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). Kalau bayaran Psy RM2 juta, ia bersamaan dengan peruntukan keseluruhan kepada YA1M bagi tahun ini," katanya. Menurutnya, jika persembahan Psy di Pulau Pinang itu tidak mengenakan bayaran tiket kepada penonton, sudah tentulah duti atau cukai tidak boleh dipungut oleh kerajaan dan ianya hanya merugikan dana rakyat. Selain daripada itu, Buddhi Hekayat turut mengatakan isu ini berbeza dengan artis warga asing yang bekerja dan berkarya dalam Malaysia kerana mereka perlu bayar tarif cukai sebagaimana pekerja asing profesional lainnya. "Bagi saya, pemerintah mungkin juga tak menyedari bagaimana ada ribuan penyanyi tempatan yang menerima bayaran persembahan sangat rendah atau mungkin sahaja secara percuma untuk mempromosikan bakat mereka. "Langkah mengundang Psy sekali gus membuktikan bahawa dasar kebudayaan nasional sekian lama telah gagal melahirkan artis Malaysia yang mampu popular dan setanding di peringkat antarabangsa," tegasnya. | ||
Pecat Nasa: Pas hantar surat guna 'siput babi' Posted: 06 Feb 2013 06:31 PM PST BARU sahaja penulis selesai menonton rancangan soal jawab antara Datuk Ahmad Talib dengan mantan ahli majlis syura PAS, Nasharudin Mat Isa di TV3. Dalam rancangan itu, Nasharudin mengesahkan baru sahaja menerima surat pemecatan sebagai ahli majlis syura pas bertarikh 14 Januari 2013, tapi diposkan pada 30 Januari dan diterima Nasharudin pada 6 Februari (semalam). Atau 3 minggu lamanya untuk surat tersebut sampai, membuktikan Nasharudin tidaklah dipecat pada 13 Januari seperti yang diwar-warkan sebaliknya pada hari pengumuman dibuat, iaitu pada 26 Januari (keputusan ad-hoc). PAS kelentong saja kata Nasharudin dipecat lebih awal. Surat tersebut juga tidak menyatakan punca pemecatan, berlawanan dengan komen-komen beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa Nasharudin dipecat kerana gagal hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama beberapa kali, tipu lagi. Balik pada isu-isu yang dibincangkan. Secara dasarnya, semua isu yang menyentuh perjuangan, dasar dan perubahan yang berlaku terhadap PAS sekarang yang disentuh Nasharudin dalam temuramah sebentar tadi, bukanlah perkara baru. Sejak terlibat dalam politik, semua keluh kesah Nasharudin mengenai perjuangan PAS dan perubahan kemudiannya setelah bekerjasama dengan DAP dan PKR, telah banyak kali disebut dan disentuh di dalam penulisan dan perbincangan kedai kopi oleh ahli-ahli UMNO, walaupun balaci PAS mati-mati taknak mengaku. Umpamanya, sebentar tadi Nasharudin sentuh soal kalimah Allah, kita dalam UMNO dah lama sebut. Begitu juga tentang dasar perjuangan PAS yang cacat setelah jadi balaci DAP dan PKR dan sebagainya, pun begitu juga. Walhal kami duduk diluar PAS, boleh tahu semua ni, takkan Nasharudin yang di dalam tak nampak? Soal kerajaan perpaduan pun begitu juga. UMNO dah lama kata PAS yang mulakan perkara tersebut, tapi PAS nafi, balacinya buta-buta percaya. Sekarang bila Nasharudin sendiri sahkan perkara tersebut, telan lidah masing-masing. Pelik juga penulis, kenapa perlu sehingga dipecat baru Nasharudin nak sedar kepincangan besar yang berlaku dalam PAS? Selalu sangatlah macam tu, dah kena pecat barulah nak bangkit menentang, dah macam drama swasta pulak. Mungkin Nasharudin fikir dia mampu mengubah keadaan tersebut, tapi kederat Nasharudin seorang mana mungkin cukup nak melawan haiwan-haiwan lain yang menguasai dan menganggotai PAS, ye tak? Hal sama juga berlaku dalam kes pemecatan Hasan Ali tahun lepas, sama juga. Nak ikut sangat peraturan kononnya, tapi hanya kerana satu baris ayat kutuk Anwar Ibrahim, melayang Hasan Ali keluar dari PAS. Kelihatan disitu, masih ada yang tidak belajar dari sejarah. Apapun, ini pengajaran untuk balaci PAS yang percaya buta pembohongan pemimpin PAS. Ambik iktibar apa yang berlaku pada Nasharudin hari ini. Tidak mustahil keadaan sama boleh berlaku pada balaci sekelian juga nanti. Sedangkan Nasharudin yang banya jasanya itupun, diterajang keluar begitu saja, apatah lagi balaci yang tak berapa nak berjasa ni. Adamyan@mykmu | ||
Kebencian Husam terhadap Ustaz Nasa makin jelas Posted: 06 Feb 2013 06:15 PM PST KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang. Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas. "Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini. Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Menurut Nasharudin walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya. "Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya. Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alasan beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui Pas yang kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. - Bernama | ||
Guan Eng 'kecil hati' dengan Muhyiddin...rasa cam nak nangis! Posted: 06 Feb 2013 06:01 PM PST GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dukacita dengan kenyataan Timbalan Pendana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan permintaannya adalah satu kerja bodoh berhubung gesaan beliau supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini. Menurutnya, beliau kesal dengan serang peribadi Muhyiddin didakwa menggunakan bahasa kurang sopan. "Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya. "Saya tidak mahu buat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan artis porpular Korea, Psy pada hari Isnin ini. Saya tidak mahu menjawab (membalas) dengan nada yang sama," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. Kelmarin, Muhyiddin sifatkan Guan Eng terlalu ghairah berpolitik sehingga sanggup meminta rakyat memakai baju mengikut warna dalam maksud tertentu pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang dijadualkan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang. Beliau berkata serangan peribadi akan diserahkan kepada rakyat sendiri untuk menilai perkataan bodoh yang digunakan Timbalan Perdana Menteri. "Saya tidak pernah mendengar perkataan bodoh dilemparkan Muhyiddin ketika membuat lawatan negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Kedah, Kelantan dan Selangor, biarlah rakyat sendiri menilai kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu. "Kalau Barisan Nasional (BN) nak menang, biarlah ditentukan oleh rakyat. Biar rakyat memilih sebuah kerajaan yang berprinsip lebih mulia dan mempunyai dasar yang baik yang memberikan manfaat kepada rakyat," katanya. Muhyiddin juga meminta Guan Eng menghormati program perpaduan rakyat seperti itu dan bukannya mencampuradukkan dengan politik. | ||
Sadis! juruwang diperkosa empat lelaki sebelum disamun di Gombak Posted: 06 Feb 2013 05:15 PM PST
Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi memecahkan cermin kereta mangsa. Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan. "Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya. "Lebih menyedihkan, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki berusia lewat 20-an terbabit sebelum diheret semula ke dalam kenderaan mereka untuk dibawa ke mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan memaksa mangsa mengeluarkan wang RM1,600," katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke satu kawasan kondominium di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan dengan dibantu pengawal keselamatan kondominium berkenaan, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis berdekatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut dijalankan. | ||
Posted: 06 Feb 2013 05:01 PM PST NEW DELHI - Pihak berkuasa India menahan lelaki yang dipercayai merodok tekak seorang wanita berumur 22 tahun dengan batang besi dalam cubaan untuk merogolnya, menurut detektif, semalam. Pegawai polis, Ajay Chaudry memberitahu, insiden itu berlaku di rumah mangsa pada malam Isnin lalu. "Mangsa diserang dengan batang besi tersebut selepas dia cuba melawan kehendak suspek. Wanita yang mengalami kecederaan teruk di dalam mulut itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan," katanya lagi. Difahamkan, lelaki itu datang ke rumah mangsa atas alasan untuk mengutip bil bulanan elektrik dan cuba untuk memperkosanya selepas mendapati wanita tersebut tinggal bersendirian. Dalam kejadian berasingan melibatkan satu lagi serangan seksual di negara itu, seorang wanita berumur lingkungan awal 20-an ditinggalkan tanpa perikemanusiaan selepas mangsa dirogol beramai-ramai di utara Uttarakhand. Akhbar Hindustan Times melaporkan mangsa diperkosa tiga lelaki dalam keadaan tidak sedar semasa majlis hari lahir di bandar Kashipur. Menurut akhbar tersebut, polis kini sedang melakukan ujian forensik dan turut mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan. -AFP | ||
Pakar ICT, Azli Paat kembali ke rahmatullah Posted: 06 Feb 2013 04:45 PM PST KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat deman panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi. Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun. Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira pukul 7 malam. Katanya, bapanya mengalami demam panas sejak kelmarin dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. Ahmad Naim berkata, jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi ini. Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata, Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula pukul 7.30 pagi setiap hari. Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. "Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya. Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama | ||
Pelakon veteran Yahya Sulong meninggal dunia Posted: 06 Feb 2013 04:31 PM PST Kuala Lumpur: Artis veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, pada jam 6.45 petang semalam kerana menghidap penyakit asma dan jangkitan kuman pada paru-paru. Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak. Dia meninggalkan seorang isteri, Datin Alisah Ali dan 11 anak menerusi empat perkahwinan. Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang pada 20 Februari tahun lalu akibat terjatuh di bilik air, selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain. Sejak itu dia sering keluar masuk hospital. Sebelum bergelar anak bangsawan, Yahya pernah berkhidmat sebagai anggota polis dan pada zaman pemerintahan Jepun, dia pernah koma selama enam bulan gara-gara kekejaman komunis. Allahyarham bersara daripada perkhidmatan polis pada 1967 dan beralih karier sebagai pelakon drama dan filem. Antara filem lakonannya ialah Da Di Du dan Talak. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |