WARIS PURBA |
BODOHNYA MELAYU PADA PANDANGAN DAP Posted: 06 Feb 2013 08:49 PM PST Betapa bodohnya orang Melayu pada pandangan DAP. Setelah semua calon Melayunya kalah teruk temasuk Zairi Khir Johari, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guang Eng, maka DAP mengistiharkan bahawa ini berlaku kerana kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu. Lalu anak Khir Johari, bekas menteri dalam kabinet era Tunku Abdul Rahman telah itu dinaikkan kepada 803 undi dari hanya 305 undi yang didapatinya sebelum ini. Begitu mudah pada perkiraan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin Cina DAP yang mahu mensilapmatakan orang Melayu. Mereka fikir orang Melayu seluruhnya adalah sebodoh orang Melayu Pas, berasaskan betapa mudahnya mereka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politiknya. DAP tidak seharusnya memikirkan bahawa semua orang Melayu seperti orang Pas atau seperti anak Khir Johari yang langsung tidak pandang sebelah mata pun oleh orang Melayu. Dulu saya tersinggung sekali apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ditawarkan RM50,000 untuk menyekatnya supaya tidak keluar dari DAP. Belum pun Tunku Aziz bersuara, saya merasakan betapa rendahnya nilai maruah seorang profesional bangsa Melayu kepada DAP. Mereka mempunyai tanggapan semua orang Melayu boleh dibeli dengan wang, semua Melayu rasuah. Perbuatan DAP untuk mengambil hati orang Melayu ternyata sangat gelojoh, biadap, agresif dan uncultured berbanding dengan MCA. |
You are subscribed to email updates from WARIS PURBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |