Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


3 lelaki disyaki penganas ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan !!

Posted: 07 Feb 2013 09:25 AM PST




 Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat, seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.
"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," demikian menurut kenyataan ringkas itu.
Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit.
Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian.
Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi.
"Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan,"

Gambar & cerita yang tak akan keluar di Harakah !!

Posted: 07 Feb 2013 12:22 AM PST




"DS Najib Razak antara menteri yang hadir paling awal semasa kematian Ust. Fadzil Noor rahimahullaah. Beliau tanya apa yang boleh kerajaan bantu. Lalu diminta ambulan untuk dihantar jenazah ke Kedah. Beliau terus membuat panggilan telefon mengarahkan disiapkan sebuah pesawat TUDM untuk menghantar jenazah pulang ke Kedah. Begitu juga Tun Abdullah Badawi juga masuk ke dalam van jenazah..."

Lalu Ustaz Nasha menyimpulkan satu konklusi perpaduan:

"Sampai bila nak bersatu? Takkan nak tunggu mati baru nak bersatu? Takkan nal tunggu negara pecah belah baru nak bersatu? Masa tengah tenang nilah kita bersatu..."

Atau sepertimana yang diungkapkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

(Soal Jawab TV3, 6 Februari 2013)

GEMPAR ! Guan Eng bengang digelar buat kerja bodoh oleh Muhyiddin #ubahPenang @dzainalabidin

Posted: 06 Feb 2013 09:47 PM PST



Meroyan betul tokong DAP bila digelarkan buat " Kerja Bodoh " oleh Muhyiddin pasal kenyataannya yang  mengesa rakyat P.Pinang memakai baju warna Pakatan ketika menghadiri rumah terbuka BN sempenan Tahun Baru Cina yang turut menampilkan PSY .

Bila orang malukan diri kerana buat kerja bodoh ,  dia terasa pulak dan cakap ia  bahasa tidak senonoh .

Dulu dia pernah gelarkan orang Melayu sebagai " Moron "  lagi kurang ajar & biadap .KLIK DISINI


Ini baru kena gelaran   buat " kerja bodoh" ..terus marah kepada Muhyiddin . Sepatutnya dia kena jawab kecaman Muhyiddin tentang gesaanya supaya rakyat negeri ini memakai baju berwarnakan pembangkang bila hadir ke rumah terbuka BN .

 Tetapi ia tidak dijawab sebaliknya Guan Eng mengalih isu kepada perkataan " kerja bodoh " oleh Muhyiddin .

Ini membuktikan kenyataan Guan Eng mengenai pemakaian warna baju Pakatan di rumah terbuka BN   telah memakan dirinya balik.  Rakyat sudah muak dengan politik dibawa DAP sehinggakan hari perayaan kaum pun mahu dipolitikkan .



Hot ! Guan Eng trauma tengok bendera BN semasa lawatan Muhyiddin !!

Posted: 06 Feb 2013 08:05 PM PST





Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana menurunkan ratusan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang bagi menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini semalam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap bersikap tidak adil apabila banyak lagi bendera parti-parti pembangkang yang digantung tidak dikenakan tindakan sama oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Menurutnya, jika benar tindakan penguatkuasaan itu atas alasan tiada permit, beliau mencabar MPPP membuktikan bendera parti-parti lain yang digantung di kawasan-kawasan awam mempunyai kebenaran bertulis.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang macam tiada kerja lain. Perkara yang remeh-temeh pun nak ambil tindakan.

"Mereka mungkin trauma dengan sokongan rakyat terhadap BN hingga tengok bendera pun rasa takut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini.

Musa menambah, beliau mahu rakyat menilai sendiri bentuk kerajaan yang dipimpin Guan Eng dan membezakannya dengan pentadbiran BN dahulu.

"Rakyat boleh lihat sendiri, inilah kerja dan sikap dia (Guan Eng)," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan memberitahu, beliau menerima maklumat MPPP menurunkan bendera BN di sekitar kawasannya pada kira-kira pukul 4 petang semalam lalu bergegas ke tempat kejadian.

Jelasnya, beliau sempat menghalang perbuatan tersebut dan meminta jasa baik anggota-anggota penguat kuasa MPPP agar tidak meneruskannya sehingga Timbalan Perdana Menteri pulang ke ibu negara sebagai menghormatinya.

Hot ! Tun M dedah rahsia Anwar mahu hancurkan negara melalui demontrasi ala Arab Spring !!

Posted: 06 Feb 2013 06:30 PM PST





- Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai.

"Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya.

"Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.
Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan.
"Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia menganjurkan demonstrasi pelajar.

"Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya.

Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan.
Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN melakukan perkara tersebut," tambahnya

"Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas," tambahnya.

Hot ! Lepas kantoi , Nik Ajis persoal pulak lirik lagu Gangnam !! #ubahPenang

Posted: 06 Feb 2013 05:30 PM PST


Bila Nik Ajis kantoi pertikai aurat PSY ketika membuat persembahan , kini pemimpin pujaan pencacai PAS ini pertikai pulak lirik lagu dalam bahasa Korea yang mana kita tidak fahami bahasanya .

Ini lagi seorang nampak bodoh selepas Guan Eng .. pasal PSY nak mai Penang  je depa ni jadi bodoh tak kena tempat .. 

Nik Ajis nak suruh PSY menyanyi dalam bahasa kelatan ke ?? .. hahaha.. 

Nampaknya aura Gangnam dah buat puak Pakatan kena sawan babi ....merapu gila cakap..



Apabila dimaklumkan bahawa Psy adalah seorang lelaki, beliau melahirkan pula kebimbanganya samada kandungan lirik lagu yang akal dipersembahkannya sesuai untuk golongan muda pula.

Malah, Nik aziz, yang juga menteri besar Kelantan turut mengajukan soalan kepada wartawan apakah bahasa lagu yang akan disampaikan penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun selepas dijelaskan bahawa lagunya berbahasa Korea, beliau berasa hairan mengapa orang ramai mendengar lagu yang mereka tidak fahami bahasanya.

Beliau turut berkata mendapatkan penyanyi dari negara lain adalah satu pembaziran dan dana yang dibelanjakan adalah lebih baik digunakan untuk membangunkan industri muzik dan artis tempatan.

"Adakah kita tidak memiliki ramai penyanyi tempatan? Kenapa tidak kita mendapatkan khidmat belia tempatan? Bukankah lebih baik jika membelanjakan wang itu ke atas belia kita?" persoal beliau.

Psy, atau Park Jae-sang, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rekod dan juga penari 'Rap' dari Korea.

Lagu dalam albumnya "Gangnam" yang menyaksikan beliau mempersembahkannya dengan menari ala menaiki kuda menjadi popular dan ikutan di seluruh dunia.

Dianggarkan kos untuk menjemputnya mengadakan persembahan lagu yang popular itu saja boleh mencapai RM1 juta.

Pembangkang cuba mempolitikkan persembahan yang bakal dianjurkan sambil mendakwa ianya satu pembaziran wang rakyat. Namun, pemimpin BN telah pun menjelaskan bahawa persembahan beliau tidak menggunakan walau sesenpun duit rakyat, malah telah ditaja oleh syarikat-syarikat persendirian.

Hot ! Tun M kata Malaysiakini & DAP adalah pelampau perkauman !!

Posted: 06 Feb 2013 04:58 PM PST




AIDCNews – 06/02/13 – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan FMT hari ini berkata, portal Malaysiakini dan DAP adalah pelampau yang bertanggungjawab bagi peningkatan tahap perkauman di Malaysia.

 "Malaysiakini dan DAP perkauman. Mereka hanya memikirkan satu kaum. Mereka adalah rasis sebenar, mereka telah menaikkan isu perkauman yang banyak," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas melancarkan buku "Antartica: Malaysia journey into the ice".



Komen GPB 

Kalau Tun M dah kata portal Meloyakini & DAP adalah adik beradik yang menjadi dalang kepada meningkatnya   isu perkauman di Malaysia .. memang sah depa ini adalah ibu segala rasis di negara ini .

DAP memang dah jadi bapa segala perkauman ..kalau tak Guan Eng tak desak nak minta kalimah Allah untuk digunakan Kristian .  Manakala Malaysiakini pulak memaparkan berita yang nampak baik tapi tersiratnya menghasut rakyat membenci kaum lain .



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>