Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


GAMBAR-GAMBAR PANAS DEMO ORANG PAS DENGAN MUKA DEPA SEKALI..!!!

Posted: 07 Feb 2013 12:37 AM PST

Belek betoi-betoi muka depa tuuu...
Aku dengar, puak-puak blogger upahan Zul Ya dok meroyan sakan. Panas pungkoq kot sebab ramai ahli PAS yang berdemo balun Guan Eng pasal isu kalimah "Allah" tu....

Bukan takat balun Guan Eng saja, PAS pun kena jugak! Depa desak PAS keluar dari Pakatan Haram...

Sekonyong-konyong itu, blogger upahan Zul Ya pun berhujah. Depa kata, mana ada ahli PAS yang pengecut tak tunjuk muka masa demo. Kononnya depa nak kata yang berdemo tu orang UMNO la, tapi menyamar jadi PAS...

Memandangkan depa nak sangat tengok muka puak-puak PAS yang berdemo suruh PAS keluar Pakatan Haram dan balun Guan Eng kaw-kaw tu...aku ada banyak gambar. Beliakkan biji mata hangpa dan tengok puas-puas gambar-gambar kat bawah ni..!!! Heh!



Ni muka-muka PAS Baling nihhhh..!!! Zul Ya buta kaaa???

Tu dia muka depaaa...orang PAS..!!!
Haaaa...ni kompom muka orang PAS...hang beliak biji mata hang Zul Ya weiii..!!!

Pijak bendera DAP..julang bendera PAS..ni muka orang UMNO kaaa?

Perggghhh..!!! Tengok muka depa...mark betoi-betoi...muktamar nanti senang Zul Ya nak "terebey" kepala depa...

Zul Ya cam betoi-betoi muka depa tauuuu...! Heh!
Haaaa... Yang ni kompom Zul Ya kenai...terbeliak biji mataa...? Muahahahahaaa..!!!

PEDASSS..!!! PAS ADA LIST AHLI NERAKA TAK? MUFTI NAK TENGOK..!!!

Posted: 06 Feb 2013 10:37 PM PST



Kita tengok orang tu jahat macamana sekalipun, kita kata dia tu confirm ahli neraka, kita ada senarai ahli neraka, ke?

Sepatutnya kita usaha yang tak Islam tu masuk Islam...

Dengan yang kafir pun kita boleh bincang, takkanlah dengan yang Islam pun kita tak boleh bincang?
Aku sebagai seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang menyokong PAS (dulu laaa..sekarang tak lagi dahhh), selalu dibawa pergi dengar ceramah "agama PAS". Depa kata ceramah "agama" la, tapi bila pergi dengar, terang-terang depa buat ceramah politik PAS..!!!

Asyik-asyik mempermainkan orang Islam je. Ceramah politik dikatakan ceramah agama. Pemuhong betoi..!!!

Baru-baru ni kawan aku ada hantar satu link ceramah agama. Dan ceramah ni disampaikan oleh seorang mufti yang benar-benar bebas dari sebarang fahaman politik. Dr. Juanda, Mufti Perlis yang sampaikan ceramah ni...


Asyik dok tengok ceramah politik je. Patutnya kita perlu dengar ceramah agama lebih banyak dari ceramah politik, kan? Baru sesuai dengan kita sebagai penganut agama Islam. Kita peluk agama Islam, bukan "agama PAS"...!!!

Kat atas tu adalah diantara petikan-petikan menarik di dalam ceramah Dr. Juanda tu. Aku pernah jumpa Dr. Juanda sekali di Sarawak dulu. Dia orang sana dan kami berjumpa di River Front. Bersembang tentang Islam jugak la.. waktu tu dia tengah cuti katanya...

Dr. Juanda ni bagus akhlaknya. Walaupun masih muda, tapi fahamannya tentang Islam memang baik dan sesuai dipilih jadi Mufti. Korang dengarlah ceramah agama dia. Bagus betul. Asyik-asyik politik je memanjang, tak kena jugak, kan?

Ingat...Islam didahulukan, kemudian baru datang politik dan yang lain-lain...

RM4.31 VS RM4.58 MANA LEBIH TINGGI? MAZLAN ALIMAN TAK RETI KIRA MACAM DAP JUGAK KE..??? #FGVH

Posted: 06 Feb 2013 08:37 PM PST

Utusan saham fgv

Tak habis-habis lagi modal "auta" Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang memperlekeh-lekehkan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia di khalayak masyarakat Malaysia, khususnya pakcik dan makcik kita di tanah-tanah rancangan Felda.

Pada 1 Februari lalu, Mazlan Aliman melalui satu temuramah telah menyatakan bahawa saham FGV kononnya sedang jatuh merudum dan tidak stabil sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit telah dialami oleh para pemegang saham kedua terbesar dunia itu.

Mazlan Aliman berhujah, saham FGV itu disenaraikan tidak sesuai pada masa yang kononnya ekonomi tidak stabil, harga minyak sawit yang tidak stabil dan tanah Felda Plantation yang dipajak kepada FGV itu sudah tua usianya serta tidak produktif.


Dalam kenyataannya itu, Presiden ANAK itu menyimpulkan bahawa saham FGV itu kini dalam keadaan yang sangat "kritikal". Tiba-tiba saja dia jadi "pakar komoditi" dan "pakar saham"..?

Untuk pengetahuan, ketika Mazlan Aliman ditemuramah itu merupakan hari cuti umum (Hari Wilayah) dan Bursa Saham tidak beroperasi. Namun, ketika Bursa Malaysia ditutup pada 31 Januari menunjukkan harga saham FGV bernilai RM4.58..!

Tapi Mazlan Aliman kata, harga saham FGV sedang jatuh merudum berbanding harga tawaran awal saham pada harga RM4.45. Saya nak tanya Mazlan Aliman, nilai mana satukah yang lebih tinggi di antara RM4.45 dengan RM4.58? Dia belajar matematik, tak?

Betulkah ramai yang rugi beratus juta ringgit kerana memiliki saham FGV? Saya cabar Mazlan Aliman untuk beritahu mana-mana pelabur yang jatuh miskin papa kedana kerana memiliki saham FGV. Ada ke pelabur yang tak makan kerana saham FGV? Ada?

Fakta pertama pun dia sudah "kantoi" menipu, apatah lagi fakta yang kedua, ketiga dan seterusnya, kan?

Dalam temuramah itu, Mazlan Aliman kata dia bukan pakar ekonomi. Tapi, tiba-tiba pula dia nak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menunggu masa yang sesuai dengan keadaan ekonomi sebelum menyenaraikan saham FGV di Bursa Malaysia.

Sedar la diri tu sikit! Datuk Seri Najib tu lulusan luar negara dalam jurusan Ekonomi, Mazlan Aliman ada apa? Itu pun ada hati nak beri nasihat pada Perdana Menteri? Tolonglah cermin diri tu. Keluarga Mazlan Aliman sendiri hidup dari hasil kemakmuran idea bapa Datuk Seri Najib..!

Apakah Mazlan Aliman tak tahu bahawa baru-baru ini harga minyak sawit dijangka melonjak naik dalam masa terdekat?

Lagipun, FGV sudah mengorak langkah kepada hasil tanaman lain untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit. Mazlan Aliman tahu apa itu "minyak canola"? Jangan terkejut FGV ada kilang proses minyak canola di Kanada!

Mengenai tanah Felda itu Mazlan Aliman tak perlu risau. Felda tak perlu keluar duit pun untuk proses penanaman semula pokok-pokok kelapa sawit yang sudah tua itu sebagaimana dulu.

Dulu, Felda juga merungut kerana kekurangan dana untuk projek tanaman semula. Tapi sekarang Felda tak perlu pening lagi cari duit. FGV akan selesaikan kos proses tanaman semula itu. Felda hanya pantau saja.

Sebenarnya tidak timbul sebarang persepsi pokok tua sebanyak 53 peratus itu tidak produktif. Dulu Felda buat proses tanaman semula, tak rugi apa-apa pun, walaupun terpaksa tunggu selama 3 tahun untuk memperoleh hasil tanaman sawit. Apatah lagi FGV, senang je tu…

Justeru itu, saya berpandangan bahawa hujah dan kesimpulan Mazlan Aliman tentang saham FGV sememangnya tidak boleh dipakai. Langsung tak boleh dipercayai. Betul-betul karut dan tidak berasaskan fakta yang sebenar.

Saya dimaklumkan bahawa Mazlan Aliman akan melipat gandakan gerakan memburuk-burukkan Felda sempena PRU ke-13 tidak lama lagi. Dia sedang mencari jalan untuk mengadakan ceramah-ceramah fitnahnya di tanah rancangan. Tak mengapa, kita "follow" dan lihat kebodohan dia…

Sumber: Mykmu.net

RCI Sabah: Mahfuz Kantoi Menipu, Malaysiakini Kantoi Siar Berita Palsu..!

Posted: 06 Feb 2013 06:37 PM PST

surat palsu

Nampaknya puak-puak Pakatan Haram ini tidak pernah puas kalau mereka tidak menipu sehari dalam hidup mereka, seolah-oleh menipu itu merupakan satu "makanan ruji" yang wajib mereka lakukan.
Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya, bukan?

Begitulah yang terjadi mengenai fitnah Pakatan Haram yang cuba menabur persepsi jahat dengan menuduh Kerajaan BN mengarahkan agar kad-kad pengenalan yang tidak dituntut di bawa ke Sabah untuk diberikan kepada pendatang tanpa izin untuk mengundi BN.

Antara mereka yang bertanggungjawab menyemai syubhah fitnah itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, dan portal yang tidak serik-serik disaman, portal pro-Pakatan Haram, Malaysiakini.com.


Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah telah mendedahkan bahawa terdapat lima fakta yang sangat meragukan dari sekeping surat pekeliling yang dicanang keliling kampung oleh Mahfuz dan Malaysiakini.

Kononnya, surat tersebut merupakan bukti sahih, berkreadibiliti dan ampuh! Padahal, surat itu terbukti palsu, sama palsunya dengan fitnah yang ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar menyiarkan cerita-cerita karut marut itu.

Menurut Datuk Jariah, kepala surat pada dokumen itu sangat meragukan kerana ia jelas menggunakan alamat dari Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi. Apa ke jadahnya Bahagian Pengurusan IT dan Komunikasi yang beri arahan begitu? Pelik bukan?

Mengejutkan lagi, beliau menegaskan bahawa tajuk nombor rujukan yg digunakan pada surat ditangan Mahfuz itu tertera kod "JPN.MK.(S)" dan ia dikenalpasti bukan nombor rujukan arahan Jabatan berkaitan.

Tambahan pula, arahan Jabatan Bil.14/2012 juga sebenarnya tidak wujud sebagaimana yang tertulis di atas surat itu dan bukti menunjukkan bahawa arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah "Arahan Bil.10/2012" yang melibatkan mengenai "Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007".

Selain itu, Arahan Jabatan di dalam surat itu juga tidak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sebarang catatan "bagi pihak" sebagaimana kebiasaannya.

Dan keraguan juga dikesan apabila cetakan nama kementerian yang terletak di kaki surat tersebut merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri! Padanlah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien awal-awal lagi mengesahkannya sebagai surat palsu!

Peliknya, siapa sebenarnya yang membuat onar mereka-reka surat palsu itu? Saya yakin, pihak Kerajaan BN tidak pernah terfikir untuk melakukan fitnah bodoh sebegitu melainkan puak-puak Pakatan Haram.

Antara standard modus operandi mereka ialah mencipta "bukti palsu", menuduh kerajaan BN dengan fitnah jahat dan mereka mendesak para pemimpin BN untuk menjawab segala tohmahan yang mereka lakukan.

Skrip fitnah mereka sudah boleh dihafal memandangkan sudah ramai pemimpin BN yang sudah menjadi mangsa tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram ini, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib dikaitkan dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan Datin Seri Rosmah pula dikaitkan dengan isu cincin berlian. Walaupun dah berkali-kali melafazkan sumpah dengan bersaksikan Allah, puak-puak Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah tersebut dengan bangga!

Mungkin itulah nasibnya bila menjadi pemimpin kerajaan di akhir zaman. Para pemimpin yang bersih pun akan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu demi memuaskan nafsu mengejar kuasa politik di dunia.

Orang Islam yang sepatutnya bersatu, telah dipisahkan kerana fahaman politik singkat. Kononnya, bersahabat dengan syaitan pun "dihalalkan" demi menjatuhkan BN. Malah mereka lebih sanggup bersekutu dengan "syaitan-syaitan" pula. Islam ajar begitu, kah?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI... "FATHER" GUAN ENG SAMAN PAS...!!!

Posted: 06 Feb 2013 04:37 PM PST


Tu laaa... terlajak perahu boleh di gostan...

Terlajak buat keputusan memang Guan Eng saman laaa..!

Mula-mula PAS kata boleh letak kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu...

Lepas PAS buat U-turn pulakkk...

Kan Guan Eng marahhh...siap bawak buku saman lagi tu haaa...

PAS perlu ingat...segala keputusan yang PAS nak buat kena refer dengan DAP dulu...

Kalau DAP tak lulus, tak boleh la buat U-turn...

Kan dah kena samannnnn...kan? Heh!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>