DIMENSI |
Omegay: Anwar tak rela tengok Malaysia Aman... Posted: 06 Feb 2013 04:25 PM PST KUALA LUMPUR 6 Feb. - Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri. Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai. "Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya. "Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya. Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini. Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan. "Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia menganjurkan demonstrasi pelajar. "Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya. Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan. Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. "Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN melakukan perkara tersebut," tambahnya. "Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas," tambahnya. - Utusan Malaysiakusayang |
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |