Taipingmali (tm) |
- ‘Malaysia Spring’: Ancaman Anwar untuk ‘Membunuh’ Demokrasi
- Oppa Pak Ketam Al-Jub style
- YB Paka Jawab Isu Fitnah oleh Blogger Pasporno
- Pakatan Penipu Rakyat Masih Tak Jumpa “Punch Line”
- Kapal terbang jatuh di Bandar Melaka
- Yong Teck Lee dan PR Sabah sama-sama gila -Elok lah
- M200 pakej komunikasi belia dilanjutkan sehingga 3 bulan
- Pakatan ties insincere, says Nasha
- Nik Aziz Giloos
- 5 Adun Perak di saman
- Isu Pocong di Parit Buntar. Blogger Pas Kantoi
- Takziah, Malaysia kehilangan seorang pakar IT
‘Malaysia Spring’: Ancaman Anwar untuk ‘Membunuh’ Demokrasi Posted: 07 Feb 2013 01:12 AM PST Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau 'Arab Spring' dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan. Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi 'hobi'nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya. Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan 'contoh teladan' yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim. Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala 'Arab Spring' di Malaysia. Antara kata-katanya ialah "Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam," dan "…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di 'Arab Spring' dan 'Occupy Wall Street Movement' katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja." Beliau juga berkata, "…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, 'Arab Spring' adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi."
Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya 'hobi' memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat. Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu 'Arab Spring' atau 'Dataran Tahrir' atau 'Occupy Wall Street' yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa. Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong. Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca 'Arab Spring' adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap. Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat. Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian. Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan. Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan. Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu. | |||||||
Posted: 06 Feb 2013 10:59 PM PST
| |||||||
YB Paka Jawab Isu Fitnah oleh Blogger Pasporno Posted: 06 Feb 2013 10:37 PM PST | |||||||
Pakatan Penipu Rakyat Masih Tak Jumpa “Punch Line” Posted: 06 Feb 2013 10:27 PM PST Tahukah anda bahawa Pakatan Rakyat atau Parti Pak Ketam masih tercari-cari "punch line" untuk memukul politik Barisan Nasional ketika semakin hampir tarikh pilihan raya. Ketika ini Pas, Pkr dan Dap masih lagi teraba-raba dalam menyalurkan konon-nya kebaikan kepada rakyat tapi penuh dengan lakonan.
Di kala serangan dan pendedahan isu sudah dan akan masuk pusingan terakhir. Pas, Pkr dan Dap masih berteriak dengan suara serak sebab lama sangat menjerit nak bantu rakyat,nak bantu rakyat….macam skrip Labu Labi….nak cari kayu…nak cari kayu… sedangkan berakhir dengan angan-angan kosong dan sebab itulah Pak Ketam dikatakan akan berhadapan dengan PRU 13 paling getir pernah dilalui sebab banyak sangat berangan-angan dan masih perasan sokongan banyak. "Misi untuk menyerang Najib dan Rosmah oleh ketiga tiga komponen Pak Ketam semakin sengit. Namun apa yang boleh dilihat ialah serangan Pakatan Rakyat terus tidak konsisten, satu persatu isu dikeluarkan sedang Pak Ketam Al-Jub dan Nicky Aziz masih tersangkut-sangkut dengan isu yang sama."- Petikan dari sebuah blogger pecacai Pas. Rakyat sebenarnya muak melugai termuntah-muntah dengan isu yang dibawa Aljuburi dan Nik Aziz. Kadang kala isu yang dibawa Al-Jub dianggap oleh rakyat seperti cerita Walt Disney Cartoons yang melucukan. Sebaliknya rakyat begitu berselera dengan isu yang dibawa Barisan Nasional yang penuh dengan fakta dan sumber terperinci. Biar pun Pak Ketam memonopoli media massa maya namun semua itu ibarat senjata lapuk yang tidak di boleh diguna pakai lagi, keberkesanan media baru seperti blog dan FB selepas 2008 menjadi penyumbang terpenting kejatuhan Al-Jub dan Nicky Aziz disamping pentas ceramah yang boleh dikatakan setiap hari beratus-ratus ceramah berlangsung di seluruh Negara. Setiap pendedahan yang dibawa oleh Barisan Nasional di media baru dan pentas ceramah ibarat ledakan bom yang kuat hingga mengegarkan dunia politik tanah air dan mengecut kan telur Al-Jub. Sebaliknya Pas, Pkr dan Dap hanya membuat siri-siri letupan mercun 'masuk angin' atau sekadar buang angin saja (Kent..) yang hanya mengeluarkan bunyi yang meloyakan dan bau yang busuk. Kemasukan atau orang yang ada nama dalam Umno melompat (katak) masuk ke dalam Pakatan juga dilihat gagal dalam semua subjek politik untuk kebaikan Pak Ketam. Apa sudah jadi dan apa mereka buat seperti Dato Fauzi, Sakmongkol, Aspan Alias, Pak Kadiaq, dan gerombolan tersebut…? Puak katak ini pun dilihat gagal memecahkan benteng Barisan Nasional. Puak Katak hanya berjaya dalam acara lompat katak politik tapi gagal dalam semua bidang sukan politik. Jesteru itu semua didalam Pak Ketam perlu terus melangkah lagi dan lagi maju ke hadapan untuk membuktikan kita sudah sedia untuk terus mentadbir urus Negara. Rakyat sudah ketara memihak dan memilih BN untuk menerajui Negara. Persiapan akhir semua jentera BN sekarang haruslah didalam keadaan siap siaga untuk sebarang kemungkinan bagi menghadapi peperangan pilihan raya yang bakal sengit,kerana berhadapan dengan pihak peliwat dan kawarj Pas yang bakal hilang kuasa Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan menyebabkan mereka hilang akal , sewel , meraban dan akhirnya menjadi penghuni wad gila. | |||||||
Kapal terbang jatuh di Bandar Melaka Posted: 06 Feb 2013 09:48 PM PST
| |||||||
Yong Teck Lee dan PR Sabah sama-sama gila -Elok lah Posted: 06 Feb 2013 09:38 PM PST YTL dan Parti PKR, Dap dan Pas di Sabah sama-sama gila, berebut kerusi macam beruk. Bagus lah buat lah macam tu....Tu pun ada hati nak memerintah Sabah. Bayangkan betapa ruginya Rakyat Sabah jika memilih parti Pembangkang dari Semenanjung dan 10 kali rugi jika memilih YTL sebagai Ketua Menteri. Oleh Clara Chooi Penolong Pengarang Berita KUALA LUMPUR, 7 Feb — Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013. Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN. Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN. Yong (gambar) telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya. "Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari 'kowtow' kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon," kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam. Bekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota "semata-mata untuk terpilih sebagai calon". Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP. Pengarah Informasi dan Komunikasi APS Lesaya Lopog Sorudim tidak menyerah kalah dengan mengatakan Yong dan SAPP "rabun politik" dan "melucutkan" isu. "Bolehkah sesiapa yang berfikiran waras cuba membayangkan Bumburing dan Lajim turun dari kapal terbang di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) dengan berbaldi-baldi udang harimau atau udang galah atau ikatan sarang burung di bawah ketiak mereka yang kononnya diberikan kepada beberapa pemimpin di Kuala Lumpur dalam usaha untuk dipilih sebagai calon?" katanya dalam satu kenyataan melalui emel. Sorudim juga mengadu kenyataan Yong adalah sama seperti menuduh Bumburing dan Lakim memberi rasuah, memberi satu peringatan bahawa kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan kedudukan enak mereka dalam BN untuk menyokong perjuangan pembangkang di Sabah. Ahli Parlimen Tuaran Bumburing merupakan bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala ahli parlimen Beaufort Lajim dahulunya ketua bahagian Umno dan anggota majlis tertinggi. "Biar saya ingatkan Yong Teck Lee sudah beberapa kali dalam ucapan Bumburing yang didengari oleh ribuan orang mengatakan jika beliau dapat membantu penubuhan kerajaan baru menggantikan BN tanpa perlu menjadi calon, beliau akan menjadi lelaki paling gembira di dunia," tulis Sorudim dalam emelnya. Beliau mengatakan Yong bukan sahaja menghina kedua-dua Bumburing dan Lajim, tetapi Sabah secara umum, dan sebahagian besarnya orang-orang Kadazandusun dan Murut (KDM), dan masyarakat Melayu, yang beliau melihat kedua-duanya sebagai "pembawa bendera". The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah untuk memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu. Terdapat ramai pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah. Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan "Sabah untuk Sabah", yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan. Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah. Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri. Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang. The Malaysian Insider melaporkan Selasa lepas perbincangan kerusi antara PR dan SAPP dihentikan buat sementara waktu, menurut Bumburing. Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Lajim. Tetapi, dengan SAPP sudah bertembung dengan PR dalam rundingan kerusi untuk pilihan raya, peperangan mulut terbaru parti itu dengan Bumburing dan Lajim boleh membawa kepada kebuntuan dan boleh menyebabkan pertandingan tiga atau empat penjuru semasa pilihan raya. Memberi respon tentang ini, Sorudim merasa terkejut Yong dilihat menghalakan serangannya kepada rakan pembangkang di Sabah berbanding BN. "Sepatutnya mereka menyerang BN dan Umno, menghairankan SAPP memilih untuk menyerang rakan-rakan pemimpin pembangkang Sabah. "Ini hanya membuktikan bahawa matlamat utama SAPP dan objektif adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri. "Ini juga menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam apa-apa bentuk persefahaman pilihanraya dan pakatan dengan kumpulan pembangkang lain di Sabah pada PRU 13 akan datang," katanya. Terdapat 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen di negeri Sabah, yang sering dikatakan sebagai deposit tetap BN bersama jirannya Sarawak. | |||||||
M200 pakej komunikasi belia dilanjutkan sehingga 3 bulan Posted: 06 Feb 2013 06:27 PM PST Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula hari ini. "Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula ... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |||||||
Pakatan ties insincere, says Nasha Posted: 06 Feb 2013 04:13 PM PST THE cooperation between Pas, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) has developed into an insincere alliance, said former Pas deputy president Nasharudin Mat Isa yesterday. He said the initial agreement mooted by Pas for each of them to honour the other's differing policies had not been respected. Explaining the cooperation which was dubbed by Pas as 'tahaluf siyasi' (political cooperation), Nasharudin said it had been openly challenged, especially by DAP, in the wake of several rows between the two parties. "The 'tahaluf siyasi' agreed upon by Pas and Pakatan Rakyat members had recently been tarnished by DAP challenging the basics and policies of Pas struggles. "Such an attitude disrespects the unity spirit and they are not sincere in cooperating with Pas," Nasharudin said from his hospital bed, where he is undergoing physiotherapy after sustaining a slipped disc. He was answering a question by a site visitor 'bachok', who had asked whether DAP was sincere in cooperating with Pas. Nasharuddin was interviewed during a live online session, coordinated by the Berita Harian Online team, yesterday. To another question by 'Pas' on the possibility of Pas having gone astray from its original goals by working with DAP and PKR, Nasharudin said Pas was giving in to demands of the political landscape. "Several stands and policies of Pas were forced to be amended to suit those demands, which led to a perception that the party had sidetracked from its original goals." Nasharudin also corrected the perception that he had begun accompanying Umno president Datuk Seri Najib Razak for visits overseas only after his failure to defend his seat as Pas deputy president. Answering a query on the matter by 'R. Veera' from Sungai Petani, Kedah, he said he had participated in visits as a member of parliament, representing the country in a number of international conferences and programmes. "I have also been abroad with ministers, the arliament speaker and other MPs and coincidentally, I was with the prime minister (in Saudi Arabia and Gaza) recently." To another question by visitor 'guest', Nasharudin said DAP had only wanted to fish for votes from Christians when its secretary-general, Lim Guan Eng, started the controversy surrounding the use of the word "Allah" among non-Muslims. Lim, in his Christmas message, demanded the Barisan Nasional-led Federal Government allow the use of the word "Allah" in Malay-language bibles. Nasharudin also ticked off DAP chairman Karpal Singh, who was the most vocal on the issue. "Karpal Singh himself is not a Christian. So why is there a need for him to voice his opinions in this issue, since he himself is not from the same (Christian) faith?" Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |||||||
Posted: 06 Feb 2013 04:09 PM PST | |||||||
Posted: 06 Feb 2013 09:16 AM PST Lima ADUN berkenaan adalah
Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 12 tengah hari oleh peguam yang mewakili Ganesan, Azad Bashir. | |||||||
Isu Pocong di Parit Buntar. Blogger Pas Kantoi Posted: 06 Feb 2013 08:34 AM PST
| |||||||
Takziah, Malaysia kehilangan seorang pakar IT Posted: 06 Feb 2013 08:14 AM PST Azli Paat Saudara Azli Paat seorang Pakar IT yang sering muncul di stesen tv dan radio tempatan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8 malam tadi, beliau hanya demam dan sakit dada sahaja. Beliau adalah CEO dan Founder Ada Vista Sdn Bhd. Berikut ada info peribadi beliau. Beliau sangat dikenali dikalangan oranng yang melibatkan diri dalam industri IT, kehilangannya sukar dicari ganti, Azli 46 meninggalkan seorang isteri dan 10 anak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah. Ada Vista Sdn Bhd CEO & Founder · Kuala Lumpur, Malaysia · January 2010 to present Mobile Application developer - Mobile Internet Radio Bernama Radio24 Mobile Streaming RadiowithHakimi Zain and 2 others January 2011 to presentProviding infrastructure for Bernama 24 Mobile Streaming Radio ADAcode Systemswith Sheikh Raffie University of Iowa, Iowa City School year 1982 · Computer Science · Iowa City, Iowa High School Batu Pahat 2010 Started Working at Ada Vista Sdn Bhd 1982 Graduated from University of Iowa, Iowa City |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |