Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Politik Harian

$
0
0

Politik Harian


Sumpah Baiah Punca Nasharudin Tidak Keluar PAS

Posted: 07 Feb 2013 02:00 AM PST


Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.

Isu Azizan Bakal Dipecat Hangat

Posted: 07 Feb 2013 01:00 AM PST


Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat 'mesra' dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.

Malah beberapa blog tempatan 'menyerang' Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.

Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.

Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

"Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu," katanya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.

"Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.

"Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah," katanya.

Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.

"Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu," katanya.

Sama-samalah kita nantikan apa kata Nik Aziz! "Mu... mahu bersama UMNO, You Are Fired!!!"

Sayonara Azizan!

Berita terdahulu: Panas! Giliran Ust Azizan Pula Dipecat!!



Hairie Othman Sakit Otak?

Posted: 06 Feb 2013 11:00 PM PST


Kalau kita baca apa yang dikatakan oleh bekas pelakon Hairie Othman ini sudah pasti kita akan mengeleng kepala dan berkata dalam hati, "dah gila ke budak ni"?

Kesian bila melihat artis-artis yang dah tak laku terpaksa mencari rezeki dengan mencaci dan menghina orang didalam PAS... Mereka mendapat bayar untuk melakukan pekerjaan yang terkutuk ini disetiap siri ceramah yang mereka hadiri... Apa lah malang nasib parti PAS sekarang ni?

Menyikap kembali sejarah hitam Hairie Othman, bekas pelakon yang menghadapi pelbagai masalah moral dan pernah ditangkap berkhalwat dua kali! Ini pun PAS nak kutip jadi pemimpin? Apa barang!

Bekas pelakon yang perasan hebat ini, sedang bercita-cita untuk menjadi calon PAS di Pendang menggantikan Dr. Hayati Osman yang dilihat terlalu rapat dengan Azizan Abdul Razak dan tidak disukai oleh Mat Sabu, Mahfuz Omar and the gang.

Inilah contoh artis yang masuk PAS kononnya kerana dah dapat hidayah? Jangan tiru, atau ikut aksi mereka kerana mereka boleh merosakkan akidah anda!

PAS Menuju Kehancuran

Posted: 06 Feb 2013 10:00 PM PST


Semakin lama PAS berada dalam pakatan pembangkang, semakin celaru dan terkeluar daripada perjuangan asal walaupun beberapa orang pemimpin tertingginya menafikan perubahan tersebut.

Ramai penyokong PAS merasakan akibat menularnya pengaruh Anwar dalam kepimpinan parti, perjuangan untuk mempertahankan kewibawaan ulama kian goyah kerana ia berseberangan dengan dasar sosialisme dan demokrasi totok yang ingin dieloporkan oleh PKR dan DAP.

Perubahan penting mengenai prinsip perjuangan PAS ialah bila mana "negara Islam" sudah berubah kepada "negara berkebajikan" di mana konsep negara dalam pendekatan teologi bertukar menjadi sosialisme yang hendak disesuaikan dengan prinsip Islam.

Atas kehendak tersebut, kepimpinan PAS berubah di mana kumpulan yang disifatkan sebagai erdogan atau teknokrat sudah mengambil alih peranan ulama, misalnya kedudukan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dan Husam Musa sebagai Naib Presiden.

Husam Musa yang pernah menjadi orang harapan Mursyidul Am PAS, yang begitu lantang mempersoalkan mengenai royalti minyak bukanlah seorang pemimpin yang boleh membantu mencergaskan pertumbuhan ekonomi Kelantan.

Husam pernah gagal dalam projek Kelantan Gold Trade, penternakan kambing dan begitu menyepi dalam kerugian besar Koperasi Kohilal, kini terpalit dengan pembangunan Lembah Sireh yang tidak menguntungkan kerajaan negeri.

Kelantan yang dikatakan terbantut proses pembangunannya kerana semua pemimpin PAS lebih banyak bermain politik daripada membaiki kehidupan rakyat, sebenarnya lebih bijak mencari sumber kewangan untuk kepentingan parti sehingga mampu memiliki lebih banyak bangunan termasuk pembelian jutaan ringgit bangunan UMNO Kota Bahru untuk dijadikan bangunan PAS Kota Bahru.

Biarpun ada wakil rakyat PAS mendakwa bahawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Tok Bali adalah perancangan kerajaan negeri, ramai yang kecewa sebenarnya PAS begitu besar pembohongannya. Pertumbuhan Tok Bali boleh ditelusuri kesan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Cherang Ruku yang diadakan pada tahun 1997.

Ketika meraikan kemenangan BN di Padang Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkereta dari Pengkalan Chepa melalui Jambatan Kayu hasil usaha dan idea bekas wakil rakyat, Datuk Wan Omar Wan Majid, memuji keindahan persekitaran semulajadi, manakala Tan Sri Anwar Musa berjanji akan membuat permohonan untuk membina sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Semerak.

Pembinaan Terusan Semerak bagi mengatasi masalah nelayan untuk keluar masuk ke Laut China Selatan kerana Kuala Semerak dibatasi oleh timbunan pasir yang membentuk beting, adalah usaha yang dirintis oleh pemimpin UMNO dan kerajaan pusat, bukannya usaha kerajaan negeri yang dipimpin oleh Nik Aziz.

Tok Bali dibangunkan sebagai pelabuhan perikanan dengan melengkapkan kawasan-kawasan di sekitarnya hingga ke Pak Mayong dengan Kompleks Perikanan. Kompleks tersebut adalah menggunakan peruntukan persekutuan dan dimajukan oleh agensi kerajaan persekutuan, bukannya agensi kerajaan negeri.

Bagaimanapun, setelah Tok Bali mencapai tahap pembangunan yang besar, pemimpin PAS mendakwa bahawa projek terbabit adalah oleh kerajaan negeri. Semua orang tahu, pemimpin PAS hanya berbohong bahkan dalam banyak perkara, mereka turut berbohong mengenai agama.

Baru-baru ini, PAS terpaksa membuat pusingan u yang keterlaluan kerana sudah didesak oleh ramai ornag Islam agar mempertahankan istilah Allah sebagai hak mutlak agama Islam. Kalimah Allah tidak sesuai digunakan oleh bukan Islam kerana ia tidak menepati maksudnya. Kalimah Allah dalam perspektif Islam mempunyai ikatan yang kuat dengan prinsip tauhid dan akidah, sedangkan konsep tuhan dalam masyarakat bukan Islam adalah bersifat ritual semata-mata.

Atas kekhususan maknya itulah ramai juga tokoh agama Kristian tidak bersetuju menterjemahkan God, Lord ke bahasa Melayu kerana nama bagi tuhan yang digunakan dalam Bible adalah Yehweh atau Elihu. Sedangkan dalam pengertian Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak beranak dan diperanakkan. Dalam kepercayaan Kristian, konsep tuhan berada dalam tiga dimensi, Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Rahul Kudus.

Terdapat keanehan apabila Nabi Isa a.s. yang dianggap sebagai "anak tuhan" yang diutuskan untuk menebus "dosa warisan" dan dalam masa yang sama tidak melihat bahawa Maryam, seorang wanita yang melahirkan "ibu tuhan" sedangkan dia melahirkan "anal tuhan" yang kemudiannya dikenali sebagai Jesus.

Ketika Nabi Isa a.s diutuskan untuk "menyelamatkan akidah manusia", para pengikut baginda tidak diisytiharkan sebagai penganut Kristian, ia adalah sebagai pengikut Jesus dari Nazareth. Nama Kristian hanya diberikan oleh seorang rahib Yahudi yang bernama Sahul atau Paul, yang kemudiannya mendakwa Nabi Isa a.s perlu disalibkan untuk menghapuskan "dosa warisan."

Paul juga turut mempertikaikan banyak ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s dengan meminda sebahagian besar Old Testament bagi menyesuaikan dengan pelbagai mitos purba Yunani dan tradisi Yahudi agar penganut ajaran dari Nazareth itu tidak banyak pertentangan dengan Judaisme.

Kalimah Allah merupakan kemuncak penghinaan bukan Islam terhadap penganut Islam kerana kelompok Yahudi berpendirian, pegangan umat Islam akan sentiasa kental selagi akidah umat Islam tidak diancam. Maknanya, apabila menukarkan istilah God, Lord, Yehweh atau Elihu kepada Allah, dalam jangka panjangnya mereka boleh mendakwa bahawa semua agama menyembah tuhan yang sama, maka semua agama adalah sama kecuali jalan yang diambilnya berbeza.

Penyerangan dalam bentuk fikiran itulah dipercayai mampu menjadikan umat Islam hilang pedoman sehingga membentuk kelompok yang terlalu bermazhabkan rasional. Unsur-unsur ini semakin berkembang dalam PAS apabila sebahagian pemimpinnya sanggup percayakan bahawa kalimah Allah sudah digunakan oleh bukan Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW, maka bukan Islam mempunyai hak yang sama dan tidak wajar disekat.

Bagaimanapun, ketika isu ini kembali bergema apabila Lim Guan Eng memberikan cadangan pada 26 Disember 2012 ketika cuba mengambil hati penganut Kristian bahawa istilah Allah wajar dibenarkan untuk menterjemahkan God, Lord, Yehweh atau Elihu dalam Bible.

Pada 8 Januari 2013, Presiden PAS Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa bukan Islam tidak wajar disekat daripada meneruskan penggunaan Kalimah Allah, kerana ia adalah bukan istilah khusus umat Islam. Pendirian tersebut mendapat reaksi lega daripada sebahagian besar ahli politik yang cenderung dengan falsafah liberal, termasuk pemimpin DAP, Mursyidul Am PAS.

Pada 13 Januari 2013, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan tidak bersetuju penggunaan Kalimah Allah untuk menterjemahkan God atau Lord dalam versi bahasa Melayu Bible dengan alasan takut disalahgunakan. Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS, yang sebelum ini dilihat bersetuju dengan permintaan Lim Guan Eng.

Akibatnya, PAS berhadapan dengan serangan daripada sekutunya, termasuk Karpal Singh yang memohon agar keputusan Majlis Syura Ulama PAS diteliti semula. Karpal mendesak Presiden dan Mursyidul Am PAS berusaha mempengaruhinya agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dibuat pada 8 Januari 2013.

Sebelumnya, PAS menjadi gelisah apabila seorang aktivisnya mengeluarkan buku Kafirkah Aku? mendedahkan keburukan amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada tahun 1981. Amanat tersebut ternyata meninggalkan banyak kesan buruk, tetapi pemimpin PAS tidak menganggap ianya sebagai punca perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam.

Masyarakat mendesak agar Haji Hadi memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun, Haji Hadi terus memutarbelitkan fatwa itu dengan berkata, ia tidak sepatutnya ditimbulkan kerana sudah berlalu lebih tiga dekad. Nik Aziz turut menyelar desakan itu dengan menyatakan bahawa Haji Hadi tidak sepatutnya dipersalahkan kerana tanpa amanat itu, masyarakat Melayu-Islam sudah pun berpecah.

Nik Aziz yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-82, menurut portal Malaysiakini 27 Januari 2013 tiba setengah jam lebih awal di rumah Karpal Singh di Jalan Scotland, Pulau Pinang. Nik Aziz memotong kek tanda ulangtahun kelahirannya dengan disaksikan oleh pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Sebelum ini, para pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan memprotes khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Khalid Samad yang pernah menimbulkan kontroversi apabila membuat bai'ah untuk menceraikan isterinya jika berlaku perbezaan fahaman politik menyelar Khutbah Jumaat yang dibacakan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai "tidak wajar" dan "tidak bertanggungjawab."

Khutbah yang dibacakan pada hari Jumaat (25 Januari 2013) menyeru umat Islam agar bersatu untuk menentang sebarang bentuk percubaan mengoncangkan akidah umat Islam dan ia bukanlah bersifat menanam perasaan benci ke atas penganut agama lain, termasuk Kristian berhubung desakan menterjemahkan God atau Lord kepada Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kecaman Khalid dibantah oleh ramai pihak termasuk alim ulama. Mereka melihat pendirian Khalid itu sebagai melampau dan terdesak, boleh memberikan kesan buruk kepada umat Islam. Peranan khutbah Jumaat bukanlah menghasut penganut Islam agar membenci penganut Kristian, sebaliknya mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan gerakan mempengaruhi pemikiran, boleh menerima istilah Allah bukan khusus untuk Islam.

Melihat perkembangan terbabit, jelaslah PAS bukanlah sebuah parti politik yang mempunyai dasar perjuangan yang jelas, kerana perjuangannya berubah-ubah. Gaya kepimpinan politik juga terlalu mengalah dengan kehendak dan kemahuan DAP atau PKR manakala akar umbi mahukan parti itu keluar dari pakatan pembangkang, jika mahu meraih sokongan besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti (PRU 13).

Akar umbi tidak dapat melihat matlamat perjuangan PAS membawa kebaikan, kerana bibit-bibit kemusnahan sedang menular masuk dalam perjuangan politik mereka. Rakyat semakin sedar dan bangkit mempersoalkan sejauhmanakah hubungan dalam pakatan pembangkang mampu memperkasakan Islam. Rakyat sudah terhidu dengan tembelang para pemimpin tertinggi yang terlalu terdesak sehingga sanggup membuang pemimpin sendiri yang dilihat tidak bersetuju dengan kehendak DAP dan PKR.

Dr Hasan Ali sudah dipecat kerana enggan menyerah atau tunduk kepada kehendak politik DAP dan PKR berhubung dengan percubaan mengkhianati Islam. Hasan Ali digugurkan sebagai ahli PAS dan EXCO yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan peraturan Islam di Selangor, kerana tegas mempertahankan tindakan JAIS dan MAIS dalam tindakannya menyekat aktiviti pemurtadan, penjualan arak di kedai serbanika dan larangan bekerja di rumah-rumah hiburan yang menghidangkan alkohol.

Terakhir ialah pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS kerana keterlibatan bekas Timbalan Presiden PAS dengan beberapa lawatan Perdana Menteri ke negara-negara Arab. Beberapa bulan lalu, Nasharudin dilihat bersama Perdana Menteri bertemu dengan pemimpin tertinggi Arab Saudi dan terbaharu ialah bersama mengunjungi Gaza beberapa hari lalu.

Kejayaan Perdana Menteri menjejakkan kaki ke bumi Gaza telah membuahkan tuduhan melampau sehingga Nasarudin Hasan melihatnya sebagai "hipokrasi yang durjana." Tuduhan itu sebenarnya berpunca daripada keengganan PAS untuk mengakui bahawa Perdana Menteri telah berjaya membawa misi kemanusiaan yang lebih besar kepada masyarakat antarabangsa bahkan mendapat liputan meluas media Amerika Syarikat.

PAS sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah imej yang serius dan bertambah buruk setelah jatuh terjerumus dalam jerat bukan Islam, bersetuju dengan kehendak DAP dan PKR. PAS begitu sangat ingin mempertahankan pakatan pembangkang walhal akar umbi sudah melihat hubungan itu semakin menjadi liabiti bersar kepada parti.

Pemimpin PAS sebenarnya sedang kebingungan kerana kedudukan Tok Guru dan Tuan Guru tidak lagi dianggap berpengaruh, kerana yang paling berpengaruh dalam organisasi itu ialah pengaruh Anwar. Akar umbi semakin tidak mahukan Anwar, tetapi petunjuk itu tidak dapat dibaca dengan jelas oleh Nik Aziz dan Haji Hadi.

Akar umbi sudah bersedia untuk menolak Haji Hadi dan Nik Aziz, cuma mereka masih belum menyatakan keinginan tersebut secara terbuka. Mereka khuatir, jika Nik Aziz tidak mengetuai PAS di Kelantan, parti itu ketandusan pemimpin yang berwibawa dan mampu berhadapan dengan serangan UMNO. Pemimpin lain masih belum terserlah kepimpinan dan sikap politiknya, kerana dalam PAS terlalu ramai wakil rakyat yang suka mengambil kesempatan, termasuk menguasai projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Belum jelas orang Islam mendakwa PAS sebagai sebuah parti politik kafir walaupun PAS begitu mudah membuat tuduhan UMNO sebagai kafir. Kali ini, PAS terpaksa menjilat semula semua tuduhan yang menyebabkan UMNO "jadi kafir" kerana PAS sudah "mengkafirkan dirinya" bila bekerjasama dengan DAP yang lebih sembilan puluh peratus keahliannya adalam bukan Islam.

Pendirian parti PAS kian keliru dan kerana itulah ada kedengaran imejnya sebagai "parti ajaran sesat" sudah kedengaran. PAS hanya mampu membalas, dengan alasan bodoh dan dungu, "UMNO buang Islam" dan kerjasama dalam pakatan pembangkang sebagai satu kemenangan kepada perjuangan dakwah.

Realitinya, PAS bukan berdakwah kepada masyarakat bukan Islam tetapi, menyerah diri untuk diperkudakan (menurut Haji Hadi, rela diperkudakan asal tidak diperlembukan), akhirnya parti semakin mendekati persimpangan kemusnahan diri.

Mustakim Muhammad

OMG! PAS Kedah Restu Tarian Separa Bogel PKR

Posted: 06 Feb 2013 08:00 PM PST


Selepas Bertam Nite di Pulau Pinang, tarian separa bogel pula dianjurkan di Kulim, entah apa lagi tarian bogel pula yang akan diperkenalkan PKR pulak untuk tatapan penyokong Pakatan Haram.

Amat terkejut dengan kenyataan PAS Kedah, apabila Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.

Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.


Sepatutnya kerajaan negeri boleh nasihatkan PKR supaya kurangkan 'seksi' semasa persembahan, ini tidak. Marilah kita ucapkan tahniah kerajaan Pas kedah yang menghalalkan tarian separa bogel anjuran PKR. PAS for All! Hancussss!

Piiisssttt Kenapa tak pecat orang macam ni?

Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad

PAS Hantar Surat Pecat Nasharudin Guna Pos Laju

Posted: 06 Feb 2013 06:00 PM PST


Masyarakat semakin curiga sejak PAS berkawan baik dengan DAP parti itu sudah jauh menyimpang dan melupakan matlamat yang membentuk legasi politiknya sejak ditubuhkan pada tahun 1951.

Segala-galanya mungkin kerana "nothing impossible" bagi DAP.

Terkini: Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akhirnya menerima surat penggugurannya daripada Majlis syura Ulama parti itu iaitu kira-kira 24 hari selepas beliau dipecat.

Bagaimanapun sebab khusus penggugurannya daripada majlis berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas dalam surat bertarikh Januari 14 itu.

Mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu pada Rabu, Nasharudin berkata tarikh yang dicop pada sampul surat Pos Laju berkenaan ialah 30 Januari.

"Surat bertarikh 14 Januari itu ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Syura. Sebab (pemecatan) tidak dinyatakan dengan jelas," katanya.

Murysidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata Majlis syura Ulama memutuskan untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat pada 13 Januari lalu kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut.

Nasharudin bagaimanapun masih ahli PAS.

Khalid Gagap Kebas RM 120 Juta Dari Kerajaan Pusat?

Posted: 06 Feb 2013 05:00 PM PST


Kerajaan PKR Selangor yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim dalam kebanyakan kenyataan media seringkali menuding jari menyalahkan kelemahan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai punca berlakunya krisis air di Selangor.

SYABAS dituduh tidak berupaya menambah baik sistem bekalan air termasuk menukar ganti paip air lama yang menyebabkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) di negeri itu masih berada di paras yang tinggi.

Serentak dengan itu juga Khalid menjadikan alasan tersebut untuk menjustifikasikan pentingnya penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu.

Walhal umum mengetahui sejak Selangor diambil alih oleh PKR, kerajaan negeri telah bertindak membekukan perbelanjaan modal (Capex), akibatnya pemegang konsesi air itu terpaksa menghentikan kerja pembaikan serta menaik taraf paip.

Bila mana naik taraf paip air dihentikan disebabkan Capex disekat, bermakna sasaran 19.98% NRW gagal dicapai.

Tanyalah sesiapa pun hatta kanak-kanak yang baru masuk sekolah rendah pun tahu, tanpa modal perbelanjaan tidak mungkin barang lama berganti baru.

Sedangkan ramai yang maklum sekiranya Capex tidak disekat, sasaran tersebut tidak mustahil dicapai.

Sebagai contoh, dengan adanya Capex hasilnya pada tahun 2005 NRW yang ketika itu ialah 42.78% telah berjaya dikurangkan kepada 37.65 peratus.

Manakala bagi tahun 2008 37.28% NRW berjaya diturunkan kepada 33.17%.

Namun selepas Kerajaan PKR Selangor menyekat SYABAS menggunakan modal perbelanjaan Capex kesannya NRW kekal diparas 33%.

Jelas sekali tujuan Kerajaan PKR Selangor menyekat Capex tujuannya tak lain tak bukan untuk mensabotaj SYABAS supaya orang ramai akan memfokuskan kemarahan mereka kepada syarikat konsesi air itu selanjutnya menyokong saranan MB Selangor untuk penstrukturan semula bekalan air.

Menyedari masalah yang dihadapi SYABAS jika gagal ditangani segera kesan tempiasnya akan menyebabkan orang ramai berdepan risiko masalah bekalan air bersih akhirnya Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil inisiatif memberi peruntukan tambahan RM120 juta.

Peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang telah diberikan kepada Syabas sebelum ini bertujuan untuk menambah baik bekalan air sekaligus mampu mengurangkan kesan sampingan terhadap kehidupan rakyat Selangor.

Sepatutnya PKR dan rakan sepakatannya dalam PR yang memerintah Selangor tika ini yang sebetul-betulnya perlu memikul tanggungjawab membantu SYABAS apatah lagi Kerajaan Negeri sendiri memiliki kepentingan 30% dalam syarikat konsesi air itu.

Dengan kata lain bantuan kewangan RM120 juta mahupun RM606 juta itu patutnya adalah tanggungjawab Kerajaan PKR Selangor dan bukannya Kerajaan Pusat.

Tapi disebabkan MB yang paling lembap dalam sejarah negeri itu terlampau kemaruk mahu mengambil alih SYABAS demi kepentingan kroni sendiri akhirnya tanggungjawab tersebut gagal dilakukan.

Mujurlah Kerajaan Pusat cepat menyedari denyut nadi kebimbangan khalayak umum, lantaran itu tanpa mengira perbezaan politik maka bantuan kewangan tetap disalurkan demi memastikan keselesaan rakyat disamping mengekang kesan sampingan lain terhadap perkembangan ekonomi negeri.

Jika diharapkan Kerajaan PKR Selangor yang asyik mengutamakan kepentingan politik silap gaya saban minggu ada sahaja masalah bekalan air berlaku sebagaimana yang terjadi baru-baru ini.

Apapun, majoriti rakyat Selangor kini semakin faham permainan politik Kerajaan PKR Selangor yang ternyata mendahulukan perihal politik kepartian mengatasi kepentingan khalayak, bukannya satu model kepimpinan yang baik.

Cukuplah hampir 5 tahun rakyat Selangor dibuai retorik politik dan polemik yang tidak berkesudahan.

Justeru itu, eloklah PRU 13 kelak ditalkinkan sahaja Khalid Ibrahim dan kerajaannya itu.

Al-Fatihah: Pakar IT Azli Paat Meninggal Dunia

Posted: 06 Feb 2013 08:30 AM PST


Salam perjuangan... Tak sangka sekali Azli Paat meninggal tanpa diduga... Namun semua ini ketentuan dari Allah... Pemergiannya amat dirasai... beliau merupakan sifu yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku dalam selok belok dunia maya IT.

Semoga roh arwah tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah swt.

Usahawan dan Pakar IT Azli Paat meninggal dunia petang Rabu.

Allahyarham yang dikatakan mengalami demam sejak beberapa hari menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6.45 petang dirumahnya di Segambut, disini.

Azli merupakan penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728) yang digunakan untuk menggerakan sistem Rakan Cop yang dibangunkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga merupakan individu yang terbabit dalam pengwujudan sistem besepadu mySMS 15888 untuk kerajaan Malaysia yang membolehkan pesanan tanpa sempadan diantara pelbagai syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia.

Azli juga merupakan ahli lembaga dan presiden Persatuan Pembekal Pengisian Mudah Alih Malaysia.

Dikalangan rakan-rakanya, Azli merupakan seorang yang kurang tidur kerana sering ke udara melalui corong radio samaada di tengah malam, dinihari mahupun tengahari.

Beliau merupakan pakar rujuk bagi beberapa rancangan IT di radio dan televisyen termasuk di Astro Awani.
Kebolehannya untuk memberi ulasan dan penjelasan tentang IT dalam Bahasa Malaysia telah menjadikan beliau seorang pakar rujuk yang mempunyai ramai pengikut.

Azli mula dikenali ramai sebagai pakar rujuk bidang IT melalui pembabitannya dalam rancangan IT di KLFM sekitar tahun 90an.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Pedada Kuning, di Batu Pahat, hari Khamis.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Azli Paat... Semoga Allah Taala menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.... amiiiinnn..

Hot : Mat Sabu Terkena Panggilan Hangit

Posted: 06 Feb 2013 08:00 AM PST


Kami terus memburu mangsa baru.....

Rakaman panggilan hangit melalui telephone Mat Sabu ini dirakamkan pada tahun 1994/1995... Kualitinya kurang jelas. Sila dengar menggunakan ear/headphone.


Nasharudin Gesa PAS Keluar Dari Pakatan Haram!

Posted: 06 Feb 2013 06:00 AM PST


PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS.

Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline di sini, semalam.

Nasharudin menegaskan kelantangan DAP bersuara dalam isu membabitkan kepentingan Islam, terutama mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu menjadi kewajaran untuk PAS mengkaji semula tahaluf siyasi mereka.

Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.

Antara syaratnya ialah kita jangan mudah lunturkan dasar Islam, jangan biarkan mereka yang bertahaluf mudah sangat mengusik Islam, hendak cubit Islam, tetapi saya lihat mutakhir ini ia berlaku.

Jadi bagi saya, jika benda itu berlaku, ia melanggar syarat walaupun ada tahaluf dan apabila sudah melanggar syarat ia harus dikaji semula.

Jika tidak ditulis dalam syarat tahaluf, tetapi secara umumnya jika orang lain itu menegur agama kita secara terbuka dalam bentuk cabaran, saya rasa tanpa tahaluf pun orang Islam kena bangkit nyatakan pendirian, katanya.

Nasharudin berkata, dalam isu kalimah Allah, PAS perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya yang jelas kerana kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kepemimpinan pakatan pembangkang lain jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, ketika sesi temu bual eksklusif secara online bersama pembaca BH, beliau turut menjawab beberapa persoalan membabitkan Anwar sama ada pemimpin pembangkang itu turut campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran PAS.

Beliau berkata, kemungkinan itu memang ada dan ia tidak sewajarnya berlaku dalam PAS.

Timbul beberapa isu berkaitan Anwar Ibrahim yang menimbulkan keraguan. Saya berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya adalah calon terbaik untuk memimpin, katanya – BH

Akhirnya Hadi Berjaya Dikambinghitam

Posted: 06 Feb 2013 05:00 AM PST


Roslan Bian - Kasihan tengok Datuk Seri Abdul Hadi Awang terkial-kial nak lepaskan diri daripada kemelut kalimah Allah.Mutakhir ini Presiden PAS itu betul-betul tersepit antara menghormati sekutu dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR atau patuh kepada Majlis Syura Ulama.

Maklumlah Anwar dan Karpal tetap mahu Hadi berpegang ketetapan PAS pada 8 Januari tetapi dalam masa sama keputusan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari berpendapat sebaliknya.

Apabila Karpal Singh 'mengaum' mahu Hadi kekal dengan pendirian Pakatan Rakyat dan mengenepikan keputusan Majlis Syura, Hadi fikir Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat akan membelanya.

Namun, Nik Aziz hanya mampu cakap ' itu dia (Karpal) punya pasal'.

Menteri Besar Kelantan itu menyatakan Karpal tidak tahu pasal keputusan Majlis Syura kerana Pengerusi DAP itu bukan orang PAS.

Bagi Nik Aziz dan kebanyakkan pemimpin PAS, mereka anggap isu kalimah Allah sudah selesai.

Kumpulan Anwarinas yang sebelum ini sokong keputusan Hadi pada 8 Januari lalu pun sudah menikus.

Mana mereka berani lawan keputusan Majlis Syura sekarang ini kerana silap haribulan nama boleh 'padam' daripada senarai calon PRU 13.

Sekarang isu itu sudah jadi Hadi 'punya pasal'.

Beliau kena selesai sendiri. Itulah pendirian terbaru Majlis Syura yang mahu Hadi membincangkan perkara itu dalam pakatan pembangkang.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, apa lagi isu berbangkit pasal Kalimah Allah dan pendirian PAS dalam PR kena tanya Hadi.

"Keputusan Majlis Syura adalah keputusan muktamad yang selari dengan sikap umat Islam," tegas beliau.

Ini betul-betul buat Hadi macam lagu 'ikan di laut, asam di darat- dalam air badan berpeluh' .

Dalam usaha melepaskan dirinya yang semakin tersepit, pada Sabtu Hadi menyalahkan UMNO dan pada Ahad, beliau mengalih senapangnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh KDN dan bukannya oleh parti tersebut.

Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.

"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.

"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam, pagi Ahad.

Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.

Memang betul pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa sebuah penerbitan Kristian berhak menggunakan kalimah Allah.

Tetapi KDN telah merayu keputusan itu dan setakat ini tidak ada tarikh perbicaraan ditetapkan.

Kesimpulannya Hadi tidak payah menunding jari pada orang lain.

Beliau kena berani tanggung kesan perakuannya pada 8 Januari lalu.

Lagipun, sudah ada pemimpin dan ahli-ahli PAS Terengganu mahu PAS Pusat menyatakan pendirian dalam isu itu.

Eloklah Hadi renung-renung kedudukannya sekarang dan di manakah pemimpin PAS geng Anwarinas yang menyokongnya sebelum ini.

Siapa lagi nak mempertahankan beliau? Jika dulu ada Nasharudin Mat Isa sebagai timbalannya, kini ahli parlimen Bachok itu hanya ahli biasa selepas Menteri Besar Kelantan yang kini popular dengan 'itu dia punya pasal' memecatnya daripada keahlian Majlis Syura.

Harap Hadi tidak menerima nasib sama seperti ustaz Nasha. -5/2/2013-OLEH ROSLAN BIAN

Hadi..Hadi!…Karpal yang mengamuk kenapa UMNO pulak kena tembak…

Gara-gara onar tidak sudah-sudah DAP khususnya Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menikus.

Sepatahpun Presiden PAS itu tidak sentuh rasa geram dan kesal Pengerusi DAP itu ekoran kenyataan beliau bahawa isu kalimah Allah sudah selesai selepas DAP mendengar penjelasan PAS berhubung keputusan Majlis Syura Ulama.

Sebaliknya satu dunia sudah dengar bagaimana Karpal Singh mengaum kata belum beres.

Kalau nak kira malu memang malu PAS kena sergah dengan otai DAP itu dalam isu yang begini penting.

Seperti orang yang gabra berdepan dengan perkembangan terbaru ini …kini Hadi menghala muncung senapang kepada UMNO menuduh isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..

"Ini kerja UMNO. Mengaku Islam… bawa isu kalimah Allah musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama PAS di sebuah hotel dekat ibu negara, Ahad.

Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura PAS berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media
sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.

"Allah tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama Allah digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.

"Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Perkataan Allah tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) Allah dalam bangsa kamu, itu hak
kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," tegasnya.

Alahai Hadi kenapa kena ding dong macam ni.

Kalau cakap macam tu, maknanya Hadi masih kekal dengan ketetapan yang dibuat PAS bersama DAP dan PKR dalam mesyuarat majlis pimpinan pekatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

Sedangkan Majlis Syura Ulama yang mesyuarat pada 13 Januari memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang lain.

Ini bermakna kalimah itu juga tidak boleh diterjemahkan dalam Bible Bahasa Melayu.

Mungkin sebab itulah Hadi tidak menjawab kecaman Karpal terhadapnya kerana pendiriannya masih sama seperti dituntut Karpal dan DAP.

Pasti ramai pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin masih berpendirian sama seperti Hadi walaupun mengaku akur keputusan Majlis Syura Ulama.

Justeru itu, wajar sangat Hadi minta disegerakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat supaya beliau dapat ulangi pendirian PAS yang pernah dibuat pada 8 Januari lalu.

Kenapa beliau nak kambing hitamkan UMNO dalam isu ini?

Tidak perlulah Hadi rasa takut untuk mengakui hakikat bahawa PAS memang perlu sokongan DAP dan sebab itu PAS perlu akur kehendak Karpal dan DAP.

Cukuplah isu Amanat Hadi 'disenyapkan' begitu sahaja, Jangan pula, isu Kalimah Allah ini Hadi nak berdolak dalih juga.

Biarlah PAS dan PR dengan persetujuan penggunaaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam yang dibuat sebelum ini.

Tak kisahlah kalau Karpal nak perlekeh Majlis Syura Ulama kerana bukan Hadi yang patut jawab tetapi Nik Aziz.

Siapa tahu Nik Aziz kalau nanti Nik Aziz juga mahu tuduh ini juga permainan UMNO.

Kini dikacamata ramai orang nampak sangat PAS yang mempolitikkan isu kalimah Allah untuk politik kerana takut undi penyokong dan ahli DAP terlepas dalam PRU 13.

Namun, elok juga diingatkan kepada Hadi dan Nik Aziz, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahlah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710