The Unspinners |
- Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 3)
- Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 2)
- Patutnya kita sibuk main isu ini (Part I)
- Tunggu lepas 17hb atau tidak tunggu: Apa pandangan anda?
- Dato Huan patut dedahkan amalan rasuah Guan Eng
Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 3) Posted: 13 May 2014 10:39 PM PDT Kita sedang gelak melihat dewan DAP kosong kerana tiada minat orang untuk dengar DAP. Kita boleh analisa apa maknanya ini untuk memahami lagi tabiat pengundi. Mungkin berapa pengundi keluar pun akan turun. Tapi dua PRK sedang berjalan dan PRN Sarawak akan datang tak dapat diberi fokus |
Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 2) Posted: 13 May 2014 08:38 PM PDT Dan kita kata .... Disimpulkan sebagai ... Nampaknya kita pula tembak sesama kita untuk pertahankan boss atau parti atau apa-apa saja ... macam PKR dan biarkan PAS senyum dari telinga ke telinga. |
Patutnya kita sibuk main isu ini (Part I) Posted: 13 May 2014 06:12 PM PDT Ini tidak ... kita pulak kena tembak sesama sendiri atas alasan Mat Said dah bukan ahli UMNO maka ini isu UMNO lawan musuh UMNO. |
Tunggu lepas 17hb atau tidak tunggu: Apa pandangan anda? Posted: 13 May 2014 04:53 AM PDT Tak tau nak kata apa, ini lah yang orang kata, "tak ada penyakit, cari penyakit" tak pasal-pasal umno bergolak... Baru dua-tiga hari lepas, najib kata, "tiada parti politik segagah umno" nah sekarang apa dah jadi? umno haru biru dek kerana keegoan pemimpin... Jujur aku kata, kalau itulah alasan ahmad said, apa salahnya najib tunggu sehingga majlis itu selesai, aku yakin ahmad said seorang yang menepati janji... Demikian pandangan Darul Ehsan Today SINI Manakala Duke pula lihat alasan untuk anak kahwin tidak perlu untuk sampai ke tahap keluar parti. 1. Apa perlunya Mat Said & the geng letak jawatan? Sebab anak nak kenduri? Kalau tak jadi MB maka anak tak boleh akad nikah ke? Sejak bila jawatan MB jadi rukun nikah? Abih tu nanti saya perlu jadi MB baru boleh nikahkan anak-anak saya? 2. Bila Mat Said & the geng keluar parti, jadi ADUN Bebas, Kerajaan Negeri jadi tak stabil. Parti pemerintah tak stabil dan tak memiliki majoriti. Dah la sebelum ni pun menang simple majoriti (lemah), dan sekarang ni hampir tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kestabilan politik Kerajaan Negeri. 3. Ketidak stabilan Kerajaan Negeri Terengganu bukan disebabkan parti. Ia disebabkan oleh attitude pemimpin itu sendiri. Bila diminta letak jawatan, tak mampu bersikap gentleman macam Idris Jusoh dan beberapa pemimpin lain sebelum ni... 4. Tidak mampu terima keputusan pucuk pimpinan, sebab tu keluar parti? Kalau dilihat dari sudut Mat Said sendiri, memang la "jantan" buat tindakan keluar parti. Tak setuju dan letak jawatan. Tapi, dari sudut rakyat jelata, ia dilihat sebagai tidak menjaga kestabilan pemerintah (kerajaan), kebudak-budakan, taksub kuasa dan cepat melatah... cool la sikit... chill.. Baca sepenuh SINI Apa pandangan anda? GAP pula di SINI meminta Md Said kembali ke UMNO. Unspinners pula lihat ini masaalah orang atas dan harap mereka selesaikan sendiri tanpa mengheret orang-orang bawah untuk perang sesama sendiri. Yang rugi orang bawah kerana kawan dah jadi lawan... Parti jadi tidak stabil ..... Satu masa parti hampir kalah .... yg atas tak ada masaalah? Kalau ianya inisiatif PMO, maka PM sebagai ketua pejabat tersebut diminta selesaikan. Walaupun dua bebas itu masih sokong kerajaan BN, berapa lama mereka akan sokong? Dia buatnya PAS pancing dengan umpan yang baik, tak ke lompat nanti? Stabil dan efektif ke kerajaan demikian? BIla kerajaan tak efektif, rakyat yang susah kerana kerajaan tak boleh buat keputusan. Belum lagi nak tukar orang atas-atas. Harap orang atas selesaikan tanpa menyusahkan rakyat yang perlu didahulukan baik oleh Md Said dan juga pihak yang tak boleh tunggu 3 atau 4 hari lagi. |
Dato Huan patut dedahkan amalan rasuah Guan Eng Posted: 13 May 2014 01:30 AM PDT Dalam kenyataan kepada media semalam, calun bebas BN friendly untuk PRK Bukit Gelugor dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan menyatakan akan mendedahkan pelbagai salahlaku kerajaan Pulau Pinang dalam kempen dan manifestonya yang akan diumumkan pada hari rabu. Hal ini selari dengan pendedahan yang dibuat oleh kumpulan NGO, Kongres Melayu Pulau PInang dan pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dalam satu aduan SPRM yang dibuat terhadap kerajaan negeri pada April 25hb lepas. Mereka mendakwa pihak kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyalahguna kuasa dan mengesyaki wujud unsur-unsur rasuah dalam projek parking berkopon elektronik dan pencerobohan Bukit Relau atau Bukit Botak. Turut disebut Dato Huan adalah masaalah ramai penduduk berpendapatan sederhana termasuk pelajar lepasan IPT yang menderita atas kegagalan kerajaan DAP membina rumah kos rendah di Pulau Pinang. Dato Huan yang tidak menjangka BN tidak bertanding juga berkata DAP hanya mengamalkan demokrasi dan keadilan sekadar percakapan mulut. Pada realitinya, mereka hanya mengamalkan politik keluarga. Bapa dan anak yang akan menjadi calon dan pemimpin DAP. Dato Huan meminta semua pengundi Parlimen Bukit Gelugor untuk menolak DAP pada PRK kali. Beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya menang dan berharap pengundi parlimen Bukit Gelugor agar memberinya satu peluang. |
You are subscribed to email updates from The Unspinners To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |