Panglima Perang Cyber |
- Gambar MB Terengganu Dato' Haji Ahmad Razif Masuk Pejabat Pagi Ini
- Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar Umno - Politik - Sinar Harian
- Berita @Anwaribrahim @drwanazizah Kemalangan Semalam Akan Menutup Keributan Pemilihan PKR 2014
- Tiga Sebab Ahmad Razif kekal MB yang sah - Pakar Perlembagaan
Gambar MB Terengganu Dato' Haji Ahmad Razif Masuk Pejabat Pagi Ini Posted: 13 May 2014 06:15 PM PDT |
Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar Umno - Politik - Sinar Harian Posted: 13 May 2014 06:10 PM PDT Tarikh: May 13, 2014 ![]() KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Sent from my iPhone |
Berita @Anwaribrahim @drwanazizah Kemalangan Semalam Akan Menutup Keributan Pemilihan PKR 2014 Posted: 13 May 2014 05:49 PM PDT Jika melihat gambar kita merasa kesian atas kemalangan yang dilalui Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim dan isteri. Namun jika ia sandiwara kerana banyak persoalan boleh timbul dari gambar yang tidak pula disertakan gambar kereta yang turut terlibat dalam kemalangan maka sebagai Blogger kita melihat ia seakan satu pengalihan isu (diversion) isu pemilihan PKR yang begitu teruk tahun ini. |
Tiga Sebab Ahmad Razif kekal MB yang sah - Pakar Perlembagaan Posted: 13 May 2014 04:51 PM PDT ![]() Mohd. Hafarizam KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi kekal sebagai Menteri Besar Terengganu yang sah meskipun tiga wakil rakyat daripada UMNO mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas. Pakar Perlembagaan, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika ditemubual menerusi siaran langsung Buletin 12 Awani di saluran Astro Awani 502 hari ini berkata, kedudukan itu berdasarkan beberapa faktor iaitu: * Selagi kedudukan Ahmad Razif tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diambil undi tidak percaya, maka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu adalah Menteri Besar Terengganu yang sah. * Selagi tiada permintaan untuk membubarkan DUN oleh Ahmad Razif selaku Menteri Besar, maka DUN sedia ada masih lagi berterusan dan beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Besar. * Selagi tiada pelantikan Menteri Besar baharu oleh Sultan Terengganu atas sebab baginda telah mendapati Ahmad Razif telah hilang kepercayaan ADUN-ADUN, beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Mohd. Hafarizam berkata, situasi yang berlaku di Perak pada 2009 apabila tiga ADUN pakatan pembangkang mengumumkan keluar parti adalah berbeza dengan keadaan di Terengganu. Beliau yang juga Penasihat Undang-Undang UMNO berkata, ini kerana tiga ADUN berkenaan bukan sahaja keluar daripada parti masing-masing menjadi ADUN Bebas tetapi turut menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). "Disebabkan itu, Sultan Perak selepas menemuduga 31 ADUN termasuk tiga ADUN Bebas yang memberi sokongan kepada BN telah berkenan melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menjadi Menteri Besar baharu,'' ujarnya. Tambah beliau, situasi antara kedua-dua buah negeri itu juga berbeza kerana apa yang berlaku adalah pengumuman secara lisan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud bahawa mereka telah keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas. Berikutan itu, katanya, beberapa persoalan timbul iaitu apakah surat mengenai keputusan itu diterima oleh Pejabat Setiausaha Agung UMNO secara rasmi dan apakah dimaklumkan kepada Speaker DUN Terengganu. "Jika diambil kira pengumuman secara lisan oleh ketiga-tiga ADUN ini, mereka hanya menyatakan keluar daripada UMNO tetapi mereka tidak menyatakan menyokong Pas. Ini berbeza dengan situasi di Perak kerana sokongan tiga ADUN Bebas telah diberikan kepada BN,'' katanya. Mohd. Hafarizam berkata, rakyat Terengganu tidak perlu gusar bahawa kerajaan BN Terengganu telah tumbang kerana Ahmad Razif masih Menteri Besar. Katanya, kerajaan yang memerintah Terengganu pada masa ini adalah kerajaan BN yang diterajui UMNO. "Tidak timbul Pas mengambil alih tampuk pentadbiran kerana apakah 15 ADUN mereka telah menghadap Sultan Terengganu. "Apakah Sultan Terengganu berpuas hati bahawa kerajaan BN telah hilang majoriti dan paling penting apakah baginda berkenan melantik Menteri Besar baharu daripada Pas,'' katanya. http://m.utusan.com.my/Politik/20140514/po_07/Ahmad-Razif-kekal-MB-yang-sah Sent from my iPhone |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |