Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Umat Islam Diancam Fahaman Mengagungkan Nafsu Manusia Semata-mata - Najib
- SELEPAS KARPAL, ANWAR PULA EKSIDEN TETAPI MASIH HIDUP
- WAYANG TERENGGANU SUDAH TAMAT, ESOK MB BAHARU MULAKAN TUGAS
Umat Islam Diancam Fahaman Mengagungkan Nafsu Manusia Semata-mata - Najib Posted: 13 May 2014 07:20 PM PDT Agama Islam dan umatnya kini diuji dengan satu bentuk ancaman dan serangan baharu yang agresif iaitu fahaman humanrightisme yang mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara. "Fahaman humanrightisme ini, di mana rambu dan rencah utamanya adalah berasaskan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme. "Ia bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata dan menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila. Mereka lakukan ini kononnya atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah di sini malam ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Najib berkata pemikiran songsang itu cuba dicerna dan disebarkan dengan mengaitkan kesucian agama Islam dan ia merupakan ancaman yang amat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam itu sendiri. "Makanya pada hari ini sekali lagi kita menegaskan bahawa agama Islam yang dianuti, yang diamalkan dan dinobatkan sebagai agama negara (rasmi) di Malaysia adalah Islam yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad dan sahabat baginda. "Kita tidak akan reda dengan sebarang tuntutan agar hak untuk murtad daripada Islam diberikan, atau hak umat Islam ini dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah dinafikan, mahupun sebarang perilaku songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender)," katanya. Beliau berkata, sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan Maqasid Syariah (pelaksanaan syariat mengikut al-Quran dan Sunnah), Malaysia amat menitik-beratkan kebajikan setiap insan tanpa mengira kaum dan warna kulit, bahasa dan agama. Najib berkata keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan adalah ciri wasatiyyah atau kesederhanaan yang digunakan untuk pelaksanaan hak asasi manusia di negara ini. "Manakala pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, perlembagaan dan nilai budaya bangsa." Perdana Menteri berkata, pemahaman agama Islam yang sebenar dan menyeluruh menjadi asas kekuatan negara dan rakyat harus berusaha memahami al-Quran mengikut pemahaman Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketakwaan hanya kepada Allah SWT serta persaudaraan erat sesama Islam. "Oleh demikian, umat Islam diingatkan supaya terus menghayati dan memahami secara mendalam bacaan ayat suci al-Quran," katanya. Beliau berkata tema majlis tilawah kali ini "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' sesungguhnya berkait rapat dengan kesederhanaan yang dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sirahnya. "Meneladani sunnahnya (Nabi Muhammad SAW), maka telah sekian lamanya negara kita telah meletakkan keharmonian dan keadilan serta kesatuan antara rakyat dan Malaysia sebagai agenda utama negara. "Ini sejajar dengan usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif dalam mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya. -- BERNAMA |
SELEPAS KARPAL, ANWAR PULA EKSIDEN TETAPI MASIH HIDUP Posted: 13 May 2014 08:19 AM PDT |
WAYANG TERENGGANU SUDAH TAMAT, ESOK MB BAHARU MULAKAN TUGAS Posted: 13 May 2014 07:23 AM PDT ESOK MULAKAN TUGAS BAHARU, RABU JUMPA PM KUALA TERENGGANU,13 Mei - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi esok. Menurut Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Ahmad Razif (gambar)difahamkan akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman pada pukul 7.45 pagi. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri itu, semalam dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan. Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam tadi. Ahmad Razif, 49, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008 merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia. Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas. Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970), Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-12 Mei 2014). BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |