JEBAT BERKOKOK |
Kisah penyokong PKR yang terlampau!!! Posted: 12 May 2013 09:14 AM PDT Manusia yang bodoh ialah manusia yang tak pernah sedar bahawa mereka adalah bodoh. Agak lama Jebat melihat bekas cendol Jebat petang tadi. Semuanya kerana hilang selera akibat daripada tersalah masuk warung. Rupanya warung cendol yang Jebat masuk petang tadi adalah milik pencacai tegar PKR. Kalau namanya tegar tentulah sumpah seranah tidak akan terlepas dari bibir pencacai. Pergi seorang datang pula seorang yang baru. Semuanya pencacai PKR. Kisahnya berkisar kepada perhimpunan yang telah mereka sertai di Kelana Jaya baru-baru ini. Jebat bukan seorang yang hipokrit dan menidakkan perkara yang betul. Jika betul, ianya akan tetap betul di mata Jebat tetapi kalau pencacai PKR ini bodoh lagi dungu maka tetaplah dungu lagi bodoh di mata Jebat. 'Abang tahu, 20 juta bang 20 juta bang yang datang kat stadium malam tu. TV tak tunjuk. Tak masuk berita' Itu antara fitnah terbaru yang pencacai PKR lontarkan. Jebat angkat kaki dan meletakkan RM 5 di atas meja untuk semangkuk cendol. Kalau dilayan sudahnya kita akan jadi seperti Mat Sabu yang tak pernah tahu apa yang dia sendiri cakapkan. Rakyat Malaysia bilangannya sekitar 28 juta orang. Jadi kalau 20 juta yang datang ke stadium malam itu makanya hanya 8 juta yang tidak hadir. Aduh..Tolonglah..Kebodohan apakah ini? Patulah mudah benar Anwar dan Kit Siang menipu hidup-hidup puak bodoh sombong ni.. Aduhai malangnya ibu bapa kamu ada anak seperti kamu..!!! |
Apa khabar Ali Rustam aka Tok Ali? Posted: 11 May 2013 09:28 PM PDT Apa khabar agaknya Tok Ali di Melaka selepas kecundang di Bukit Katil? Sebagai anak Melaka, Jebat rasa amat dukacita di atas kekalahan Tok Ali tambah-tambah lagi di tangan manusia yang paling tinggi di Melaka aka Sam Kemetot. Tetapi sebagai rakyat yang faham erti undang-undang, Jebat menghormati keputusan orang Bukit Katil walaupun Jebat merasa sedikit hairan adakah orang-orang di Bukit Katil sudah buta sehingga terlupa akan sumbangan Tok Ali kepada negeri Melaka? Kita penyokong tegar BN bukan seperti penyokong Pakatan Haprak yang tidak tahu menerima keputusan dengan hati yang tenang sehingga memaksa mereka melolong di jalanan. Kalau acuan pemimpinnya begitu apalah yang mahu kita hairankan dengan sikap biadab penyokongnya. Seorang rakan Jebat memaklumkan pada Jebat yang beliau ada menghantar sms pada seseorang yang rapat dengan Tok Ali supaya mencadangkan Tok Ali bertanding di Parlimen Tangga Batu. Tetapi jawapan daripada makhluk perosak kepada Tok Ali itu membalas dengan penuh angkuh ' Kau tak perlu masuk campur'. Pada peringkat awal lagi, Jebat sudah merasa kurang selesa apabila Tok Ali memaklumkan mahu bertanding di Parlimen Bukit Katil. Bukan kerana risaukan kekuatan Sam Kemetot tetapi risaukan akan senario dan trend pengundi di situ. Pada tahun 2004, BN menang besar di situ. Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani menang bergaya di Bukit Katil sebelum landskap politik negara berubah yang menyaksikan Dato Mat Sirat hampir tersungkur di Bukit Katil pada tahun 2008. Bayangkan daripada majoriti puluhan ribu yang diperolehi Mohd Ruddin hanya tinggal seribu lebih semasa era Mat Sirat. Bukit Katil terus menjadi ruang untuk Pakatan bertapak dan menjadi seribu pertanyaan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengibarkan panji BN di situ dalam PRU yang baru lalu. Akhirnya sebagai anak jantan, Tok Ali mengibarkan bendera untuk berjuang di Bukit Katil. Tindakan yang Jebat lihat amat berani walaupun sedikit menggusarkan. Dengan beberapa DUN di situ, yang terdapat ramai pengundi Tionghua risiko yang di ambil Tok Ali amat tinggi. Tetapi tentulah Tok Ali fikir orang-orang Melaka tahu mengenang budi. Tanggapan Tok Ali jauh meleset apabila segala jasa Tok Ali kepada negeri Melaka dihumban begitu sahaja oleh pengundi di situ. Tok Ali tersungkur. Haprak sungguh pengundi di Bukit Katil yang tidak tahu mengenang budi. Kalau selepas ini Melaka kehilangan pemimpin yang berwibawa seperti Tok Ali andalah yang menjadi punca kepada keadaan ini. Lebih malang kerana langkah pertama Tok Ali untuk membantu menambah bangunkan Malaysia telah dibantutkan oleh pengundi di Parlimen Bukit Katil semata-mata dek kerana kecintaan kepada manusia bantut bernama Sam Kemetot. Kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, intai-intailah apa yang boleh Datuk lakukan untuk memberikan kedudukan kepada Tok Ali selaras dengan kemampuan dan jasa Tok Ali. Semoga Tok Ali tidak patah semangat!!! |
You are subscribed to email updates from JEBAT BERKOKOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |