Apa Yang Tersirat |
- Kaum Cina Khianat- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan
- Anwar proksi kuasa Barat
- Anwar Kian Terdesak- Guna Rakyat terutama kaum cina sokong bantahan PRU-13
Kaum Cina Khianat- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Posted: 12 May 2013 09:22 AM PDT Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik. "Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut. Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei. Dalam pilihanraya itu, hanya 10 peratus pengundi kaum cina menyokong BN, sementara 9 kawasan yang dimenangi parti-parti yang berasaskan kaum cina adalah kawasan campuran, di mana peratus kaum melayu melebihi 48 peratus. (Pada PRU lalu- MCA menang 7 Kerusi, Gerakan 1 dan SUPP 1). Bagaimanapun, Umno yang bertanding 117 di kerusi majoriti Melayu menang 88 dengan tambahan sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini, Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina. Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati. "...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya. Beliau turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina. "Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila. Lepas merdeka, menteri besar dan exco boleh isytiharkan kawasan-kawasan Melayu dan beri jaminan perlembagaan apa kita boleh buat. "Tanah rizab hendaklah diisytihar di kawasan bandar supaya orang Melayu boleh berniaga di kawasan bandar yang sebelum ini dimiliki oleh orang Cina. "Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah (membolehkan) orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja," katanya. Berucap dalam seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu, Mohd Noor mencadangkan agar penyusunan semula masyarakat itu dijalankan dalam tempoh 10 tahun. Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini. "Sudah 56 tahun berlalu, kita masih memiliki tidak sampai 20 peratus kekayaan negara ini. "Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus. "Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa saudara-mara kita," katanya lagi. Turut hadir menjadi ahli panel ialah bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahmad Arshad serta timbalan presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa. | ||
Posted: 12 May 2013 04:04 AM PDT Anwar Ibrahim, Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan. Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini. Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat pengeluar rokok. Katanya, seperti syarikat pengeluar rokok yang akhirnya menyebabkan jutaan kematian perlahan dan menyakitkan, perkara-perkara yang diperjuangkan oleh Anwar serta NGO proksi kuasa asing itu akan menyebabkan bencana kepada Malaysia. "Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012. "Di Rusia, pemerhati pilihan raya 'bebas' iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui 'National Endowment for Democracy' (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia yang juga ditaja secara terus oleh AS melalui NED. "Di sebalik semua ini, pertubuhan-pertubuhan media Barat mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia yang mendapat sokongan Barat dengan seringkali merujuk Merdeka Center sebagai 'bebas'," katanya dalam artikel bertajuk 'Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi. Artikel itu disiarkan di laman web Global Research kelmarin, milik Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Canada. Menurut Cartalucci, hasrat sebenar kuasa asing melalui Anwar dan pembangkang adalah untuk menyaksikan Malaysia tunduk kepada model dasar luar dan perdagangan bebas AS. Katanya, perkembangan itu akan menghentikan sifat kebebasan ekonomi Malaysia yang dicapai sejak merdeka, sementara kesemua sumber bahan semula jadi negara tidak lagi disalur untuk pembangunan domestik, tetapi ke arah konfrontasi proksi AS dengan China, seperti dilakukan AS di Korea, Jepun dan Filipina. "Kerana kebodohan itu, Malaysia mungkin perlu membayar harga yang mahal satu hari nanti - tetapi bagi Anwar dan pembangkang, mereka telah kalah dalam PRU-13 dan 'lapisan mempromosi demokrasi' ala AS 'yang digunakan pembangkang) kini semakin tertanggal. "Hubungan antara pakatan pembangkang diketuai Anwar dengan Jabatan Negara AS tidak terhenti setakat Merdeka Center tetapi turut merangkumi Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas. Secara realiti, Bersih digunakan Anwar untuk menggerakkan protes jalanan," katanya. | ||
Anwar Kian Terdesak- Guna Rakyat terutama kaum cina sokong bantahan PRU-13 Posted: 11 May 2013 11:59 PM PDT
Mahu sahaja kaum cina diperbodohkan Anwar. Dua Perhimpunan yang sudah diadakan oleh Anwar, pertama pada 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya dan kedua semalam, di stadium Batu Kawan rata-rata disertai kaum cina. Anwar memilih stadium yang kecil-kecil, agar berlaku kesesakan, bukan itu, sahaja Anwar mahu akan berlaku kematian dikalangan yang hadir, supaya emosi daripada kalangan peserta meningkat; dan dengan itu akan menimbulkan rusuhan. Di hati Anwar, dia mahukan rusuhan berlaku, atas sebab itu, ucapan-ucapannya penuh dengan hasutan dan tipu muslihat. Namun setakat ini, hasutan untuk merusuh belum belaku, walaupun himpunan itu menganggu orang ramai. Anwar mahukan pihak polis bertindak menyeruaikan peserta, namun taktik itu sudah dibaca oleh pasukan polis, atas sebab itu, gelagat Anwar dibiarkan, selagi tidak menganggu ketenteraman awam. Pada malam ini, Anwar akan ke Ipoh untuk menghasut para penyokongnya. Anwar tidak akan berhenti, selagi tidak berlaku rusuhan kaum. Selepas ke Ipoh Anwar ke Kuantan, kemudian ke Johor Baru. Anwar begitu terdesak, kerana gagal menduduki Putrajaya sepertimana yang beliau janjikan kepada pemberi dana luar negara. Merdeka Center dan Bersih yang mendapat dana daripada Amerika Syarikat, sejak 5 tahun lalu, menjalankan berbagai propaganda fitnah, termasuk menyalahgunakan kajian ilmiah yang dimanipulasikan. Anwar bolehlah menipu kaum-kaum cina yang menyokong Pakatan pada PRU-13. Pada Pru itu, 89 peratus kaum cina menyokong Pakatan; tetapi Anwar lupa bahawa daripada 222 kawasan Parlimen, 133 kawasan menolaknya. Anwar mahu suara majoriti mengikut kemahuannya, atas sebab itu dia bertindak liar seperti orang gila. Hitler dan napoleon semasa mendekati hari-hari akhir kehidupannya, menjadi tidak waras, perkara sama berlaku pada Anwar. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |