Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Model jelita majalah dewasa terlibat kes rasuah terbesar di Indonesia

Posted: 12 May 2013 10:21 AM PDT

Kes 'money laundering' import daging lembu Ahmad Fathanah di negara seberang Indonesia turut melibatkan seorang model jelita untuk majalah dewasa.

Vitalia Shesha, model separuh bogel itu sudah pun disoal siasat dua kali oleh pihak berkuasa. Dipetik dari Liputan6, Vitalia dipanggil oleh pihak berkuasa setelah harta milik Ahmad Fathanah disita.

"Setelah dua kali disoal siasat, beliau mengaku dihadiahkan sebuah kereta Honda Jazz putih dan jam tangan mewah Chopard," kata wakil KPK, Johan Budi SP, di ibu pejabat KPK, Jakarta, Indonesia.

Honda Jazz berwarna putih itu telah disita KPK dan berada di ibupejabat.

Namun begiu, hubungan mereka berdua masih belum jelas. "Setakat ini, pemberian barang-barang ini adalah berdasarkan hubungan sebagai kawan," jelas Johan lagi.

Selepas kes tersebut tersebar, Vitalia menjalani kehidupan sebagai seorang model seksi seperti biasa.

Terbaru beliau muncul dalam sebuah majalah dewasa untuk sesi penggambaran.

Sudah-sudahlah dengan ambil hati Cina

Posted: 12 May 2013 09:30 AM PDT

Pepatah mengatakan, pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, kita pun tak hingin.

Selepas PRU13 DS Najib tidak harus mengulangi kesilapan membuang masa menfokus kepada menarik undi Cina kerana sudah jelas Cina menolak BN dan paling penting yang memenangkan BN PRU lepas ialah undi Melayu dan bumiputra Sabah Sarawak apabila UMNO berjaya memenangi 9 kerusi tambahan manakala MCA dan Gerakan hilang 8 kerusi lagi berbanding PRU12 lepas.

Masih terngiang-ngiang di telinga saya sewaktu melepak di kedai mamak, beberapa orang Guru berkata, "kalau bukan kerana Najib tak merasa beli rumah kita".

Saya pasti setiap menteri pendidikan berjasa, tapi tidak seperti jasa DS Najib, sedarlah, anwar hanya membawa bahasa baku, tetapi DS Najib lah yang menaik taraf guru dengan pengijazahan dan kenaikkan gaji, manakala Pak Lah dengan JQAF. Begitu juga setelah DS Najib menjadi menteri pertahanan di mana elaun dan imbuhan pasukan keselamatan dinaikkan.

Selepas ini DS Najib harus meneruskan reputasinya itu dengan melipat ganda budget MARA, menambah lebih banyak UiTM, MRSM, di setiap negeri-negeri yang di menangi BN TERUTAMA di Sabah dan Sarawak, menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap kerajaan dan menambah lagi jawatan dalam kerajaan untuk kaum bumiputra yang TETAP setia di belakang BN.

Di samping itu jangan dilupai kaum India yang sudah kembali kepada BN, pada 2008 tsunami kaum India kepada PR berakhir dengan mereka ditipu hidup-hidup oleh Guan Eng dan anwar Ibrahim, pastikan bila mereka swing balik kepada BN kali ini, mereka tidak menerima nasib yang sama.

Tun Dr Mahathir pernah berkata dia tidak perlukan undi bukan Melayu, dan dia telah berjaya memerintah selama 22 tahun! Jangan lupa itu, fokus lah kepada undi Melayu dan bumiputra Sabah Sarawak maka BN pastinya akan kekal berkuasa selagi Allah izinkan.

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya.

Junah

(Gambar) Pramugari ini tergamak....

Posted: 12 May 2013 08:02 AM PDT

Pengasas dan Pengerusi Virgin Group Sir Richard Branson (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez (kiri) tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah, di sini, Ahad.

Branson dan Fernandez tiba pada 12.30 tengah hari, dengan pesawat khas AirAsia X melalui penerbangan amal, yang berlepas dari Perth, Australia.

Derma telah berjaya dikumpul dan didermakan kepada Yayasan Kanak-Kanak Starlight, Australia.

Pada Disember 2009, Branson telah mencabar pasukan Lotus F1 Fernandes untuk mengalahkan kumpulan Virgin Racing dalam Formula 1 2010.

Yang kalah akan berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan pemenang.

Branson kalah dan perlu melaksanakan janjinya.







Orang Asli harap MB Kelantan yang baru tidak sezalim Nik Aziz?

Posted: 12 May 2013 06:31 AM PDT

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di beberapa kampung daerah ini, meminta kerajaan Kelantan yang baru tidak terus mengambil balik tanah yang diusahakan mereka.

Selain itu, mereka turut mengharapkan Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob memberi pertimbangan untuk mewartakan tanah yang dimajukan golongan berkenaan.

Akibat tindakan ambil tanah, kebanyakan Orang Asli tiada peluang pekerjaan kerana banyak tanah yang diusahakan dengan pelbagai tanaman diambil balik kerajaan negeri.

Malah, penempatan mereka juga terdedah dengan pelbagai masalah hakisan akibat daripada pembukaan tanah pertanian yang tidak terkawal termasuk sekitar Tanah Tinggi Lojing.

Penduduk, Arif Rami, 41, berkata, Orang Asli juga mahu hidup seperti orang lain, maju dalam bidang pertanian.

"Penduduk tidak mahu lagi hidup dengan pelbagai masalah, kerana sekarang bukan masanya bagi mereka memberontak untuk mendapatkan pewartaan tanah di kawasan penempatan.

"Kita benar-benar mengharapkan kerajaan negeri yang baru dapat memberi perhatian terhadap masalah Orang Asli.

"Sebelum ini kerajaan negeri berjanji untuk mewartakan tanah untuk Orang Asli, tetapi sampai sekarang belum tunaikan janji itu," katanya.

Azman Adam, 45, pula berkata, keutamaan juga perlu diberikan kepada generasi mudah Orang Asli yang puratanya tidak mempunyai peluang pekerjaan.

"Jika kerajaan negeri dapat mewartakan tanah untuk mereka, mungkin masa depan lebih cerah.

"Ladang rakyat yang dibuka kerajaan negeri langsung tidak memberi faedah kepada mereka kerana dividen setiap bulan lebih diutamakan kepada orang lain," katanya. -Sinar Harian

MB Terengganu difitnah dan dimaki hanya kerana wakil rakyat PAS makan gaji buta

Posted: 12 May 2013 06:01 AM PDT

Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said selepas Majlis Istiadat Perisytiharan Pelantikan MB & Portfolio EXCO Negeri Terengganu semalam telah di putar belit dan disalah tafsir oleh sesetengah pihak terutamanya oleh pembangkang.

Kenyataan sebenar apa yang ditekan oleh MB ialah semasa kekalahan Barisan Nasional Terengganu di kawasan DUN yang kalah, Barisan Nasional telah mengambil inisiatif mewujudkan Pegawai Pembangunan DUN (PPD) yang dilantik melalui Kerajaan Negeri BN bagi membantu rakyat kawasan DUN yang kalah bagi menyalurkan segala bantuan kerajaan negeri serta menyelesaikan segala masalah rakyat di kawasan pembangkang.

Tetapi di sebabkan sikap cakna PPD melalui kerajaan Barisan Nasional ini menyebabkan wakil rakyat PAS yang menang di kawasan PPD ini TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KERJA YANG TELAH DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.

Rakyat di DUN berkenaan diabaikan. Pembangunan tidak dilaksanakan sedangkan YB PAS ini dibayar gaji & elaun oleh kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat di DUN berkenaan.

Contoh yang jelas boleh dilihat di Rhu Rendang, Manir, Wakaf Mempelam. Apa pembangunan yang dibawa oleh wakil rakyat PAS, sedangkan mereka dibayar gaji. Ramai rakyat di kawasan berkenaan walaupun dari penyokong PAS sendiri mengadu pada wakil Pegawai Pembangunan DUN bukan pada wakil Rakyat PAS yang dipilih. WAKIL RAKYAT PAS yang dibayar gaji dengan duit rakyat ini perlu melaksanakan tanggungjawab yang diberi bukan meletakkan tanggungjawabnya pada Barisan Nasional.

Rakyat telah memilih YB di kalangan PAS. Oleh itu kita mahu melihat biar YB ini memainkan peranan yang lebih untuk membantu rakyat di kawasan mereka, langkah ini bagi memberi ruang kepada semua wakil rakyat dapat melaksanakan tugas kepada DUN masing-masing, bekerja untuk rakyat, supaya rakyat dapat menilai sendiri keupayaan wakil rakyat yang mereka pilih masa PRU 13 baru-baru ini.

Walaupun Barisan Nasional kalah di 15 kawasan DUN dalam Negeri Tetapi AKU JANJI BARISAN NASIONAL Terengganu tetap dijalankan di negeri ini untuk rakyat Terengganu dan mencapai Negeri Terengganu maju ada tahun 2020. Berkenaan dengan peruntukkan untuk pembangunan setiap DUN yang kalah akan sentiasa disalurkan tapi bukan lagi melalui Pegawai Pembangunan DUN tetapi melalui agensi-agensi kerajaan yang terdapat di kawasan berkenaan seperti Pejabat Daerah & Majlis Daerah yang akan diamanahkan untuk mengantikan PPD.

Jika Pegawai Pembangunan DUN ini diteruskan maka wakil rakyat PAS tidak akan bekerja untuk rakyat, JIKA perkhidmatan PPD ini diteruskan seperti tiada fungsi kepada DUN yang kalah kerana mereka seperti tidak dihargai & diperlukan lagi oleh rakyat.

Rakyat boleh menilai sendiri prestasi wakil rakyat di kawasan mereka sepanjang 4-5 tahun yang akan datang. Kerajaan juga mahu memberi lebih mandat kepada pegawai kerajaan melaksanakan tugas mereka dalam membangunkan negeri ini terutamanya di kawasan DUN yang kalah. Kerajaan BN tidak pernah menganiayai rakyat di negeri Terengganu ini tetapi rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi yang diberikan oleh kerajaan BN selama ini.

Terengganu Today

Bunuh pegawai kastam, seorang lelaki ditahan

Posted: 12 May 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 27 April lalu.

Menurut kenyataan akhbar dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, lelaki berumur 56 tahun itu ditangkap di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi semalam.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dipohon tahanan reman pada hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ," kata Mohmad.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang bertugas Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri maut ditembak sebanyak tiga kali oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau menuju ke pejabatnya.

Sementara itu, dalam perkembangan kes berasingan, dua lelaki ditahan berhubung satu kes tembak membabitkan mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Bulatan Billion, Cheras pada pagi 26 April lalu.

"Suspek berumur 35 dan 40 tahun itu akan direman sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan kes tersebut," katanya lagi.

Anwar proksi kuasa besar paling berpengaruh

Posted: 12 May 2013 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat pengeluar rokok.

Katanya, seperti syarikat pengeluar rokok yang akhirnya menyebabkan jutaan kematian perlahan dan menyakitkan, perkara-perkara yang diperjuangkan oleh Anwar serta NGO proksi kuasa asing itu akan menyebabkan bencana kepada Malaysia.

"Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012.

"Di Rusia, pemerhati pilihan raya 'bebas' iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui 'National Endowment for Democracy' (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia yang juga ditaja secara terus oleh AS melalui NED.

"Di sebalik semua ini, pertubuhan-pertubuhan media Barat mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia yang mendapat sokongan Barat dengan seringkali merujuk Merdeka Center sebagai 'bebas'," katanya dalam artikel bertajuk 'Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi.

Artikel itu disiarkan di laman web Global Research kelmarin, milik Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Canada.

Menurut Cartalucci, hasrat sebenar kuasa asing melalui Anwar dan pembangkang adalah untuk menyaksikan Malaysia tunduk kepada model dasar luar dan perdagangan bebas AS.

Katanya, perkembangan itu akan menghentikan sifat kebebasan ekonomi Malaysia yang dicapai sejak merdeka, sementara kesemua sumber bahan semula jadi negara tidak lagi disalur untuk pembangunan domestik, tetapi ke arah konfrontasi proksi AS dengan China, seperti dilakukan AS di Korea, Jepun dan Filipina.

"Kerana kebodohan itu, Malaysia mungkin perlu membayar harga yang mahal satu hari nanti - tetapi bagi Anwar dan pembangkang, mereka telah kalah dalam PRU-13 dan 'lapisan mempromosi demokrasi' ala AS 'yang digunakan pembangkang) kini semakin tertanggal.

"Hubungan antara pakatan pembangkang diketuai Anwar dengan Jabatan Negara AS tidak terhenti setakat Merdeka Center tetapi turut merangkumi Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas. Secara realiti, Bersih digunakan Anwar untuk menggerakkan protes jalanan," katanya.

Singapura tahan 21 rakyat Malaysia

Posted: 12 May 2013 03:15 AM PDT

Sebahagian daripada beratus rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Taman Merlion, Singapura pada Rabu lalu. - AGENSI
SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.

Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi haram.

"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan serius," jelas kenyataan tersebut.

Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka diberikan amaran oleh SPF. - AFP

Ketiadaan Nik Aziz beri kekuatan baru kepada PAS?

Posted: 12 May 2013 02:25 AM PDT

TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

"Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam.

"Tok Guru tetap memberi kekuatan tapi bila beliau tiada, benih Islam yang ditanam terus subur dan berkembang," katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Mohd Amar bagaimanapun mengakui Pas tetap menghadapi cabaran, selepas Nik abdul Aziz berundur tapi percaya ia tidak sampai menjejaskan perjuangan dan sokongan.

"Penyokong Pas ditarbiyah dengan baik, kita lihat bagaimana Datuk Asri meninggalkan Pas dahulu tapi Pas tak mati juga.

"Apa yang penting ialah kita semua komited menyokong perjuangan parti, tidak berpecah dan saling bersandar antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata, penyokong perlu memberi fokus kepada usaha mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN pada pilihan raya umum seterusnya.

"Kita bersyukur kerana menang dan menang bagi kita bukan meraih kerusi semata-mata, namun berjuang menegakkan Islam itu sendiri merupakan kemenangan cukup besar," katanya.

Penyatuan UMNO-PAS perlu dijadikan agenda berterusan

Posted: 12 May 2013 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR - Umno dan Pas harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, Pas memulakan usaha berkenaan tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini, hari ini.

Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - Bernama

Pelakon wanita disamun di stesen minyak

Posted: 12 May 2013 01:45 AM PDT

KERETA dipecah penyamun untuk merampas telefonnya.
Kuala Lumpur: "Saya merayu dikasihani tapi mereka mengugut mahu rampas beg bimbit pula," kata pelakon, Suriati Baharom, 42, menceritakan detik cemas dia disamun sekumpulan empat lelaki bermotosikal di depan sebuah stesen minyak di sini, pagi semalam, ketika dalam perjalanan membeli barang.

Dalam kejadian jam 7 pagi, Suriati berkata, dia berhenti di stesen minyak berkenaan untuk membeli minuman.

"Selepas membeli minuman di kaunter stesen minyak itu dan menoleh ke belakang, saya lihat empat motosikal dinaiki remaja berusia 20-an berpusing-pusing mengelilingi kereta saya," katanya.

Menurutnya, dia kemudian melihat seorang daripada lelaki itu memecahkan cermin sebelah penumpang lalu mengambil telefon Samsung Galaxy Tab miliknya yang diletakkan di tempat letak kaki sebelah penumpang.

"Saya berlari ke arah kereta sebelum merayu dikasihani, namun empat lelaki itu hanya ketawa sebelum seorang daripada mereka mengugut merampas beg bimbit yang digalas.

"Saya yang ketakutan berlari semula ke kaunter stesen minyak itu bagi mendapatkan bantuan," katanya sambil menambah, pekerja stesen minyak itu juga bagaikan tergamam dan tidak tahu berbuat apa-apa.

Menurutnya, dia bernasib baik apabila sebuah teksi berhenti di stesen minyak, menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri walaupun dia kerugian lebih RM1,500.

"Dengan bantuan pemandu teksi terbabit dan tiga lagi pemuda yang datang ke stesen minyak itu, saya dibawa ke balai polis berhampiran," katanya.

Katanya, biarpun masih trauma dengan insiden berkenaan, dia bersyukur kerana tidak cedera dan menasihatkan orang ramai, terutama wanita, supaya lebih berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan.

Padah ponteng sekolah, pelajar diperkosa teman lelaki

Posted: 11 May 2013 11:01 PM PDT

Gambar hiasan
ROMPIN - Tindakan seorang pelajar yang sanggup ponteng sekolah gara-gara ingin bertemu kekasih hati memakan diri apabila dia dirogol teman lelakinya itu di sebuah rumah di Kuala Rompin, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa yang tiba di sekolah dipercayai bersama suspek menaiki sebuah kereta Proton Saga di Tanjung Gemok menuju ke Kuala Rompin.

Menurutnya, sebaik saja sampai di Kuala Rompin, suspek yang berusia 20 tahun itu tidak dapat mengawal nafsunya lalu membawa mangsa ke rumah rakan lelakinya sebelum bertindak merogol mangsa kira-kira jam 9.30 pagi.

"Mangsa yang mengikut suspek dipercayai dirogol pada pagi hari yang sama dan dikatakan tidak pulang ke rumah dan tinggal menumpang tidur semalaman di rumah rakan suspek," katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, bapa mangsa yang bimbang anaknya masih belum pulang walaupun sudah lewat malam membuat laporan polis.

"Hasil semakan pendaftaran kenderaan suspek, polis berjaya mengesan lelaki itu di rumah bapanya dan ditahan untuk siasatan.

"Mangsa pula ditemui berada di tempat kerja suspek keesokan harinya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai culik dan disiasat di bawah Seksyen 363 Akta Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda.

Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Asmara dengan bini orang...

Posted: 11 May 2013 09:01 PM PDT

Pasangan suami dan isteri orang yang ditahan Penguatkuasa
JAIJ Batu Pahat memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan
diri.
BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi 'memujuk' pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

"Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

"Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

"Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran kepada mereka.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kekecewaan Anwar dan Kit Siang dah macam 'laki mati bini'

Posted: 11 May 2013 08:01 PM PDT

PADANG RENGAS 11 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.

Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

"Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah.

"Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71 tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah jadi perkara mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding.

"Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu, tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu, rumah siap, pahat masih berbunyi.

"Dua Ahli Parlimen ini 'gila' hendak jadi Perdana Menteri dan menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari alasan," katanya.

Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan.

"Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada kerajaan.

"Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama (Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan pilihan raya," katanya.

Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13 kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.

Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.

Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?

"Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau 'hang' tubuh kerajaan, 'hang' berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak Melayu)," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta Islam dalam Perlembagaan negeri itu.

Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam.

"Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi. Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan pembangkang," katanya.

Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.

Wanita berbogel gemparkan penduduk Lubuk Kawah

Posted: 11 May 2013 07:01 PM PDT

Polis membawa wanita yang dipercayai kurang siuman ke
Balai Polis Jertih.
LUBUK KAWAH - Seorang wanita dipercayai kurang siuman menggemparkan penduduk kampung ini apabila berjalan kaki di tepi jalan utama dekat Masjid Lubuk Kawah di sini, dalam keadaan bogel, petang semalam.

Wanita dipercayai berusia 40-an itu dilihat berbogel menyebabkan orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, penduduk kampung telah memberikan sepasang baju kurung kepada wanita yang tidak diketahui identiti itu sebelum dibawa ke Balai Polis Jertih oleh anggota polis.

Difahamkan usaha pihak polis mendapatkan maklumat diri dan keluarga wanita berkenaan gagal kerana wanita terbabit enggan bercakap.

Orang ramai juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat wanita berkenaan sebelum ini di kawasan Jertih dan usaha mengesan warisnya sedang dilakukan.

DAP tuding jari, dakwa PAS punca PR hilang Kedah

Posted: 11 May 2013 06:31 PM PDT

DAP menuding jari kepada PAS, sebagai punca kekalahan pakatan pembangkang di Kedah.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, masalah dalaman yang dihadapi PAS Kedah pada pilihan raya umum lalu, adalah penyebab utama kepada kekalahan itu.

"Salah satu sebab utama mengapa kalah bukan kerana BN hebat, kerana Pakatan Rakyat tak memastikan penyampaian yang baik. Masalah perpecahan dalam PAS di mana takde pasukan bersatu ini pun mencacatkan usaha Pakatan Rakyat menang di Kedah".

Lim Guan Eng berkata demikian pada Majlis Persidangan DAP yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di ibu negara, siang tadi.

Menurutnya ketidak-sefahaman di kalangan ahli akan memberi kesan kepada parti, sekaligus menyebabkan perpecahan sokongan pengundi.

Pada PRU lalu, Barisan Nasional memenangi 10 kerusi Parlimen di Kedah, PKR hanya memperoleh 4 kerusi dan PAS 1 kerusi.

Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula BN menang 21 kerusi, PAS 9, PKR 4 kerusi dan DAP 2 kerusi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>