Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

r b f

$
0
0

r b f


Tun Sedang Memukau Ribuan Warga Shah Alam Sekarang

Posted: 01 May 2013 07:34 AM PDT

Ceramah BN dah jadi seperti ceramah Pas pula. Khemah dah penuh, kerusi tak cukup. Orang duduk bersila tepi longkang, atas jalan raya dan atas motosikal.

Pemandangan begini jangan haraplah boleh dilihat di ceramah-ceramah BN sebelum ini. Tapi kali ini lain macam nampak. Semangat dan sokongan padu orang ramai makin hari makin memberangsangkan. Insyallah 2/3 akan kita capai.

Tun dalam ucapannya malam ini tiga kali ulang ayat "Kit Siang Rasis" sebagai cabaran kepada DAP.

Nak tangkap saya tangkaplah.....saya tak takut. Nak tutup mulut saya tidak sama sekali.

Orang ramai punya ralit dengar ceramah sampai semua diam terpaku. Hingga Tun terpaksa tanya, dengar tak saya bercakap ni ?

Dengarrrrrrrrrrrr......

Begitulah gambaran yang boleh saya katakan bagaimana orang ramai beri perhatian kepada ucapan Tun.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Ingat Mereka Boleh Terus Membodohkan Rakyat Kelantan

Posted: 01 May 2013 05:50 AM PDT


Itu adalah iklan Pas Kelantan satu muka surat penuh di Sinar Harian hari ini...

Judi - Toksir

Disko - Toksir

Rasuah - Toksir

Pecah Amanah - Toksir

Pas oh Pas....sampai bila nak hidup dengan pembohongan ?

Saya tak mahu mengulas panjang, saya bagi segala bukti-bukti di bawah kemudian anda nilailah sendiri...

 1) Video diatas baru lebih kurang sebulan lepas hasil pembongkaran wartawan NST di Kelantan....



2)  Sepasukan 45 anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Jabatan Imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan polis menyerbu pusat pelacuran dan perjudian yang lokasinya hanya kira-kira satu kilometer dari pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di sini, malam kelmarin.

Dipercayai, pusat yang memberi perkhidmatan tidak bermoral kepada masyarakat itu sudah wujud lebih 20 tahun di Kampung Limau Manis, di sini, dan serbuan kelmarin berjaya menahan seorang pelacur walaupun dipercayai terdapat 10 pelacur di kawasan itu.

Berita Harian



3) Agen Johnson tiba di pusat hiburan yang terletak 3.6 km dari rumah Nik Aziz di Pulau Melaka ini pada tengah malam. Ia terletak di kawasan yang merupakan kubu kuat PAS. Adalah agak mustahil untuk percaya bahawa MPKB-BRI ada mengeluarkan lesen untuk pusat hiburan ini. Pertamanya tidaklah diketahui bahawa ada lesen sedemikian yang dikeluarkan kerana ianya tidak bersesuaian dengan imej Parti PAS.

Keduanya, ia terletak di kawasan kampung dan dibuat secara terbuka menyebabkan gangguan bunyi ke rumah-rumah sekitarnya dan ketiga ianya beroperasi sehingga ke hampir subuh. Jadi, jika anda juga percaya bahawa mustahil pusat hiburan ini beroperasi dengan kebenaran MPKB-BRI, maka kita harus bertanya, mengapa MPKB-BRI tidak mengambil tindakan terhadap pusat sedemikian? Apakah kerana ia peninggalan UMNO-BN yang tewas pada tahun 1990 dahulu. Atau kerana di Mekah pun ada jugak karaoke bawah pokok kurma?

Kickdefella



4)  Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

Berita Harian


PECAH AMANAH

5 ) Isu kelulusan tanah oleh kerajaan PAS Kelantan kepada pemimpin DAP Perak terus mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk masyarakat luar Kelantan kerana tindakan tersebut dilihat seolah-olah telah mengkhianati rakyat negeri tersebut yang selama ini menyokong penuh kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Di Perak, rata-rata rakyatnya berpendapat tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang itu sewajarnya diserahkan kepada rakyat Kelantan bagi menjana serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk negeri tersebut yang masih berada di paras rendah.

Perak Today

Nak tahu berapa besar tanah yang Pas berikan kepada pemimpin DAP, sila klik di sini

RASUAH !

Kerajaan Islam ?

Negara islam - gugur

Hukum hudud - tinggal

Kalimah Allah - gadai

Islam Pas hanya tinggal jubah dan serban sahaja....

Balik Undi Pas Adalah JIHAD

Posted: 30 Apr 2013 11:37 PM PDT


Jihad beb.....

Jihad....jihad....jihad....

Wa....kah....kah...kah....kah....kah....

Cukuplah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya 'syahid' kerana 'berjihad' bersama-sama Pas nak tubuhkan negara islam. 

Hari ini Pas sudah gugurkan negara islam, buang hukum hudud, gadai kalimah Allah. Lagi nak bercakap pasal jihad ke ?

Cukuplah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya ditipu Pas. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan Pas seterusnya.

Dulu masa mereka nak kutip derma Memali pun mereka kata jihad....jihad....jihad....dah dapat derma berjuta-juta wang lesap entah ke mana. Anak nak berlajar, mak kena jual tanah. 

Individu gambar kanan diatas itulah yang memainkan peranan penting dalam kutipan Tabung Memali. Tanya dia kereta merchedes yang dia beli pakai duit daripada mana ? Jika dia tak nak jawab, jawapannya ada dalam buku Air Mata Di Bumi Memali.

Dakwat Kekal: Jam Tangan Yang Kantoikan Fitnah Mereka

Posted: 30 Apr 2013 09:15 PM PDT


Saya nak ajak anda berfikir cara mudah sahaja untuk anda nilai sistem pilihan raya di Malaysia betul atau tidak ?

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, 5 negeri tidak akan jatuh ke pembangkang pada PRU 2008.

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul , BN tidak akan hilang 2/3 di Dewan Rakyat. 

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, bolehkah Pas bertahan di Kelantan 23 tahun ? Tahun 2004 Pas perintah Kelantan dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Dan satu kerusi itu (Dun Kemuning) Pas menang dengan hanya majoriti 2 undi sahaja. Jika SPR menipu dan menyebelahi BN , tak kan SPR tak boleh tipu 3 undi sahaja lagi untuk membolehkan BN memerintah Kelantan ? Tapi itu tak berlaku kan ? Pas masih sihat walafiat di Kelantan walaupun memerintah dengan kelebihan 2 undi. 

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, dah lama BN tawan kerusi Permatang Pauh.

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul kenapa sekarang ini setiap hari Anwar dan kuncu-kuncunya mengatakan mereka akan menang dalam PRU ini ? 

Apa yang mereka laungkan selama ini adalah pembohongan semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang ramai terhadap SPR dan BN.

Merekalah sebelum ini yang meroyan-royan menuntut penggunaan dakwat kekal. SPR pula mencadangkan penggunaan sistem biometrik. Mereka kata biometrik tak boleh dipercayai. Jawatankuasa Pilihan Khas Penambaikan Proses Pilih Raya yang turut dianggotai oleh ahli-ahli parti pembangkang bersetuju untuk pengunaan dakwat kekal. 

Perkara itu dibentang di Dewan Rakyat, dibahas dan kemudiannya diluluskan sehingga menjadi satu undang-undang dan perlu dikuatkuasa dalam PRU ini. 

Semalam dakwat kekal telah digunakan buat pertama kalinya untuk pengundi-pengundi awal. Mereka putar cerita bahawa dakwat itu boleh tanggal. Jika digosok, ditenyeh dan sebagainya tidak dinafikan dakwat itu boleh tanggal. Tetapi ianya tidak akan hilang 100 %. Kesan-kesan dakwat masih boleh kelihatan di jari pengundi dan cukup untuk membuktikan orang itu telah mengundi.

Ada gambar-gambar jari yang mereka sebarkan semalam menunjukkan langsung tidak ada kesan dakwat kekal di jari pengundi. Itu adalah pembohongan yang direka cipta oleh mereka semata-mata. 

Allah maha kaya, Allah maha besar dan Allah akan menyebelahi pihak yang benar. Mereka boleh merancang, mereka boleh menipu, mereka boleh memfitnah, tapi Allah jua yang menentukan.

Kerja jahat mereka kantoi. Yang mengantoikan mereka adalah jam tangan yang dipakai oleh salah seorang pemfitnah. 
Pusat pengundian awal dibuka jam 8 pagi. Mereka rakam gambar jari yang bersih daripada sebarang calitan jam 7.55 pagi. Lihat jam tangan yang dibulatkan. Gambar-gambar yang mereka sebarkan sebenarnya dirakam sebelum jari pegundi dicalit.

Lihatlah wahai rakyat Malaysia....

Lihatlah bagaimana jahatnya mereka merencanakan fitnah untuk menipu anda semua....

Jangan fikir panjang, jangan termenung panjang. Tekadkan diri anda bermula dari saat ini untuk mengajar mereka habisan-habisan atas kertas undi anda Ahad ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>