Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Hot ! Calon PAS kata undi PR , Guan Eng akan peluk Islam !

Posted: 02 May 2013 06:04 AM PDT

Semakin terdesak calon Pas Bayan Lepas , Asnah Hashim untuk menagih undi Melayu .

Sampai sanggup menipu dengan  jual nama Guan Eng akan peluk Islam jika kerajaan Dap terus kejal berkuasa di P.Pinang.


5 tahun dulu depa dok jaja juga Guan Eng akan peluk  Islam tapi sampai sekarang  Father Joseph Dap ini tak juga berbuat demikian .

Ini semua kerja nak memperbodohkan orang Melayu .

TERKINI Blogger Milo Suam ditahan polis bawah Akta OSA !!

Posted: 02 May 2013 01:30 AM PDT




Pengendali blog milo suam yang dilindungi oleh PKR ditahan polis malam tadi di bawah akta rahsia rasmi dan kanun keseksaan.

Mengikut maklumat beliau ditahan berikutan satu laporan polis oleh SPR berhubung tindakannya menyiarkan kertas undi di dalam blog.

Di mana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan.Selain dari menyiarkan kertas undi beliau didapati telah menyiarkan semboyan polis dalam blognya juga semasa peristiwa Lahad Datu.

 Kami difahamkan pihak polis akan menyiasat lebih lanjut untuk mengetahui dari mana beliau mendapat semboyan tersebut. Ini kerana semboyan itu adalah sesuatu yang sulit dan untuk kegunaan dalaman sahaja.

Berikut adalah maklumat siapa pengendali blog milo suam yang kini dalam tahanan polis. - SEL13-




Komen GPB

Pastinya para macai Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penangkapan MILOSUAM dan tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia terutama sekali PDRM yang menahannya di KLIA.

Dan pastinya juga barisan peguam handalan PKR dan DAP sudah bersedia untuk membela blogger fitnah tersohor Anwar.



HOT! TS Rahim Noor akan bongkar mengapa tumbuk Anwar malam ini !#tolakPR

Posted: 01 May 2013 11:45 PM PDT



Luka lama lebam mata Anwar selama 15 tahun akan berdarah kembali bila mana malam ini Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor akan turun ke Permatang Pauh bagi mendedahkan mengapa beliau menumbuk Anwar Ibrahim pada 1998.

Rakyat yang mahu  tahu mengapa bekas IGP ini menumbuk Anwar Ibrahim di dalam lokap Bukit Aman perlu hadir beramai-ramai ke Padanh Bukit Jelutong , Prmtg Pasir


Selain TS Rahim ,bekas  pengasas PKR  Ezam Mohd Noor juga akan berceramah malam bagi mendedahkan siapa Anwar Ibrahim.

Hot ! Ranting PKR bubar lagi di P.Pinang pasal YB lari dari rakyat !!

Posted: 01 May 2013 08:44 PM PDT





PKR lumpuh lagi di P.Pinang ..INI KALI di Ranting Sg Pinang di mana 100 ahli isytihar  keluar parti . Sebabnya YB PKR mereka ini  tidak menjalankan tugas  seperti dijanjikan , sebaliknya cuba melarikan diri lagi  dari bertemu rakyat yang ingin menyuarakan masalah .

Apakah peristiwa ini  akan berulang lagi  jika kita masih lagi mentabalkan  Dr Norlela calon  Penanti & Dr Afif Bahardin calon Seberang Jaya  sebagai wakil rakyat PKR di kawasan ini ?




Dr Afif calon muda yang  tiada pengalaman mentadbir & berkhidmat dengan rakyat  begitu juga  Dr Norlela yang tinggal di Kuala Lumpuri tiba-tiba mahu jadi wakil rakyat di sini




PULAU PINANG 2 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Sungai Pinang menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Ahad ini apabila 100 ahlinya bertindak keluar daripada parti malam tadi. Wakil kumpulan berkenaan, Helmi Baharudin, 27, berkata, dia dan rakan-rakan kecewa kerana PKR tidak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat seperti yang dijanjikan.

 "Selama empat tahun menjadi penyokong PKR, kami tidak dapat apa-apa kerana sikap pemimpin mereka yang mengelak jika kami ingin bertemu dan menyuarakan masalah.

 "Jika begini keadaannya, apa lagi yang boleh rakyat harapkan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian menyertai Barisan Nasional (BN) kepada calon BN kerusi Parlimen Jelutong, Ng Fook On. - UTUSAN ONLINE

PANAS! KERETA PETUGAS BN SEBERANG JAYA DISERANG SAMSENG PKR !!

Posted: 01 May 2013 06:39 PM PDT



Kempen pilihan raya di Permatang Pauh semakin agresif apabila sekumpulan penyokong pembangkang bertindak merosakkan kereta jenis Nissan Frontier milik petugas Barisan Nasional (BN) di Jalan Tenggiri di sini semalam.

 Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, sekumpulan 18 orang menaiki motosikal telah melakukan provokasi kepada tiga petugas lelaki BN yang menaiki kenderaan yang mempunyai pelekat gambar calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah. Jurucakap pilihan raya polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, semasa petugas BN mahu bergerak dengan kenderaan itu, telah berlaku pergeseran menyebabkan empat motosikal kumpulan tersebut terbalik dan empat cedera ringan.

 "Kerana tidak berpuas hati, mereka mengejar kereta berkenaan yang menuju ke Bilik Gerakan BN Seberang Jaya di Lebuh Tenggiri di sini.

 "Sekumpulan 18 orang yang menaiki 10 buah motosikal telah bertindak memecahkan cermin depan kereta tersebut dan cermin sisi dengan menggunakan topi keledar dan besi," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi. Roslee berkata, sepasukan anggota polis unit tempur ringan (LSF) dan anggota Ops Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan itu.

 Katanya, tiga petugas BN yang terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya. - UTUSAN ONLINE

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>