Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Nabila Huda muat naik gambar dalam tab mandi!

Posted: 01 May 2013 03:31 PM PDT

Aduh...Nabila Huda ni, rasanya dia sudah muak dengan cercaan peminat-peminatnya berkaitan penampilan yang agak 'ekstrem' di akaun Instagram.

Terbaru, beliau memuatnaik gambarnya yang sedang berendam di dalam tab mandi.

Gambar tersebut memperlihatkan bahagian bahu dan selebih bahagian tubuhnya pula dibiarkan tenggelam di dalam buih sabun kemudian diangkat pula paras peha kakinya.

Pergh...nak kata macam iklan sabun lebih kepada filem-filem panas aja...

Mengikut status yang ditulis, difahamkan Nabila Huda berada di sebuah spa di Brunei. Owh, mungkin keletihan bertugas menyebabkan beliau mencari ketenangan di situ.
Tapi perlukah gambar tersebut dimuat naik?

Didik Budiarto, wakil TV3 di Jakarta meninggal dunia

Posted: 01 May 2013 08:01 AM PDT

JAKARTA 1 Mei - Wakil stesen televisyen TV3 di Jakarta, Didik Budiarto, 54, meninggal dunia di sini hari ini.

Mendiang yang sudah lebih sedekad menyumbang laporan berita dari Indonesia kepada stesen televisyen swasta pertama Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Menurut anaknya, Kevin William Timothy, mendiang bapanya yang sedang menonton televisyen bersama seluruh ahli keluarga tiba-tiba mengadu kurang selesa dan meminta dibawa ke hospital.

"Namun begitu, sebaik tiba di hospital papa sudah tiada. Doktor juga tidak dapat berbuat apa-apa," kata Kevin kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Laporan berita terakhir yang sempat dikirim Didik kepada TV3 ialah mengenai pusat percutian Tangkuban Perahu di Bandung yang mula dibuka kepada orang ramai selepas ditutup sejak beberapa bulan lalu.

Mayat mendiang Didik akan dikebumikan pada Jumaat ini di Pondok Kelapa di sini.

'Anwar layak jadi PM sebab pernah dipenjara'...say what?

Posted: 01 May 2013 07:01 AM PDT

KLANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri kerana beliau sebelum ini pernah dipenjarakan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau juga berpandangan Ketua Umum PKR itu lebih memahami pahit maung rakyat hanya kerana pernah menjalani hukuman penjara untuk tempoh enam tahun, setelah didapati bersalah atas tuduhan salahguna kuasa.

"Sebab dia (Anwar) dah merasa pahit maung. Dia sudah merasa. Kalau orang dah dalam penjara, dia dah rasa kepahitan dan kesakitan rakyat."

"Jadi kalau orang tu jadi PM takkan la dia sombong, tak ingat rakyat? Saya sokong dia (Anwar) sebab dengan cara itu kita beritahu, rakyat mesti dibela, pendapatan rakyat mesti dinaikkan dan tak ada jurang rakyat yang kaya dengan miskin, cara tak ada rasuah," kata Khalid kepada lebih 100 orang yang hadir program Jelajah Manifesto dan Pembentangan Laporan Kecemerlangan Pakatan Rakyat di Restoran Iskandar, Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Dikala Khalid menyatakan keyakinannya kononnya Anwar akan menjadi perdana menteri yang berjiwa besar, rakyat pantas merujuk kembali kenyataan Anwar sebelum ini, yang mahukan wartawan meminta maaf kepadanya sebaik sahaja beliau diangkat menjawat jawatan itu.

Kenyataan itu dibuat Anwar sewaktu beliau menyampaikan ceramahnya di Sungai Buloh, Ahad lalu.

Pemerhati politik ketika dihubungi Antarapos berkata media tidak perlu memohon maaf kepada Anwar selagi tidak disabitkan kesalahan di mahkamah.

Sebaliknya jika Anwar atau mana-mana pemimpin pembangkang disaran menggunakan undang-undang apabila merasakan diri mereka difitnah media.

Anwar sebelum ini seringkali mendapat perhatian pemberita bukan sahaja bersabit karier politiknya tetapi juga dakwaan moral yang dihadapinya.

Antaranya dakwaan meliwat beberapa individu yang rapat dengannya, rakaman adegan seks dengan seorang wanita cina dan terbaru dakwaan beliau meliwat seorang mahasiswa dari Sabah di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Tumbangkan PAS di Kelantan adalah jihad

Posted: 01 May 2013 06:01 AM PDT

KUALA KRAI 1 Mei - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya berjihad dengan menolak Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana selama ini parti itu menyebabkan kemunduran kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan pimpinan Pas itu adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak berupaya sama sekali untuk membawa pembangunan di Kelantan walaupun telah diberi mandat memerintah sejak 23 tahun lalu.

"Inilah masanya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Kelantan. Ini adalah perkara jihad yang perlu dilakukan oleh rakyat Kelantan demi menolak kemunduran dan segala kelemahan yang telah dilakukan.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika rakyat sendiri terutama rakyat Kelantan tidak membuat perubahan itu," katanya pada majlis perasmian jambatan baharu Manek Urai di sini, hari ini.
PARA penduduk kampung melalui jambatan baharu Manek Urai selepas ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Kuala Krai, Kelantan hari ini
Turut hadir isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan semua calon BN kawasan Parlimen Kuala Krai iaitu Tuan Aziz Tuan Mat (Parlimen Kuala Krai), Azizzuddin Hussein (DUN Mengkebang), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (DUN Guchil), Che Jalal Muda (DUN Manek Urai) dan Datuk Ramzi Abdul Rahman (DUN Dabong).

Lebih 7,000 penduduk hadir pada majlis perasmian jambatan baharu berharga RM17 juta itu.

Muhyiddin berkata jika BN menang pada PRU-13, Ahad ini, Mustapa adalah calon terbaik untuk dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu dan beliau mampu membawa Kelantan ke era yang lebih cemerlang.

"Saya berjanji akan berhubung dengan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) pada setiap minggu untuk bertanyakan khabar mengenai Kelantan. Kita akan tolong menyelesaikan segala masalah rakyat Kelantan.

"Ini bukan janji palsu dan ini janji yang akan kita buat kerana ini merupakan amanah kerana setiap apa yang akan kita buat nanti akan dipersoalkan oleh Allah SWT," katanya.

Beliau berkata rakyat Kelantan mempunyai masa beberapa hari lagi bagi membuat keputusan dan Ahad ini merupakan hari yang terbaik buat rakyat mengubah kerajaan Pas sedia ada itu.

"Kita mahu memilih kerajaan bagi tempoh lima tahun lagi dan percayalah hanya kerajaan BN yang mampu mengubah keadaan yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Pas itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130501/px_80/PRU-13-Jihad-bagi-rakyat-Kelantan-tolak-Pas---Muhyiddin#ixzz2S1tyeToN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Presiden PAS kesal DS Anwar peralat Qharhawi untuk jawatan PM

Posted: 01 May 2013 05:31 AM PDT

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan Antarapos kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperalatkan ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi untuk menjustifikasikan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya Pakatan Rakyat menang menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13, 5 Mei.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret ulama Dr Yusuf Qardhawi dalam isu jawatan perdana menteri setelah PAS enggan memberi ketetapan untuk menyokong tuntutan beliau mengisi jawatan itu pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu," lapor Antarapos yang mendapat sumber dalaman Pas.

"Pada pembentangan manifesto Pakatan Rakyat, PKR mahu mengumumkan Anwar menjadi perdana menteri tapi PAS membantah. Anwar menggelabah dan terus menghubungi Yusuf Qardhawi." katanya.

Sumber itu menyebut tindakan Anwar itu telah memaksa Abdul Hadi bersemuka sendiri dengan Al Qardhawi untuk menjelaskan bahawa partinya menolak Ketua Umum PKR kerana beliau bukan pemimpin gerakan Islam.

"Abdul Hadi bergegas berjumpa Yusuf Qardhawi di Qatar pada 28 Februari lalu bagi menjelaskan mengapa Anwar tidak layak menjadi perdana menteri Pakatan Rakyat.

"Alasan yang diberikan Abdul Hadi kuat iaitu Anwar tak layak jadi perdana menteri kerana PKR bukan gerakan Islam dan Anwar bukan pemimpin gerakan Islam," kata sumber itu.

Namun Abdul Hadi dilaporkan gagal memujuk Qardhawi.

Menurut sumber itu, Abdul Hadi juga kesal kerana Anwar telah menggunakan anak Qardhawi untuk memujuk ayahnya menulis surat itu.

Beliau berkata surat itu jelas di luar amalan biasa Qardhawi apabila ia ditujukan "bukan sahaja kepada Abdul Hadi dan Anwar selaku pemimpin PKR, tetapi juga parti Cina (DAP) bahawa Anwar patut menjadi calon perdana menteri pembangkang."

"Tidak tahu bagaimana cara digunakan bagi mempengaruhi Qardhawi untuk menulis surat yang ditujukan kepada Anwar, PAS dan parti Cina," kata sumber itu.

Menurut beliau dengan surat itu membuktikan keghairahan PKR untuk meyakinkan pimpinan dan akar umbi PAS supaya menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

"PKR juga menggunakan surat ini untuk mempengaruhi pemimpin-pemimpin PAS. Nik Aziz sendiri yang melancarkan surat terbuka Yusuf Qardhawi, menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri," katanya.

Bagaimanapun, surat itu tidak menghakis sokongan akar umbi dan pimpinan PAS untuk Abdul Hadi menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.

Sumber-sumber PAS berkata tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati Hadi dan kepimpinan PAS.

Selain berjumpa Qardhawi, Al Hadi turut menguatkan hujah bahawa PKR bukan gerakan Islam dengan mendedahkan tindakan parti itu meletakkan calon tangkap muat, pengedar dadah dan sanggup jual kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Beliau turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dianggap PAS sebagai berkecenderungan komunis.

Abdul Hadi kemudian merestui keputusan parti meletakkan calon PAS di enam kerusi DUN dan Parlimen Labuan untuk menentang calon PKR.

Beliau menegaskan PAS terpaksa berdepan dengan PKR di kawasan tertentu demi "menyelamatkan Pakatan Rakyat."

Sebelum ini, Hadi turut menolak surat Qardhawi dengan menegaskan "Qardhawi tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi."

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib dilaporkan NST turut memberi isyarat awal bahawa akar umbi Pas boleh mencadangkan supaya parti Islam itu keluar dari Pakatan pada muktamar akan datang, iaitu selepas PRU 13.

Beliau berkata demikian selepas ahli parti itu melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez yang menggesa orang bukan Islam tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum nanti.

Sehubungan dengan itu Harun menyeru semua ahli akar umbi Pas untuk bersabar sehingga misi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selesai.

"Kita tentu sedih isu seperti ini timbul begitu dekat dengan tarikh pilihan raya. Tetapi dalam detik-detik terakhir, kita perlu meneruskan perjuangan kita dahulu.

"Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihan raya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, bukan sekarang," katanya .

Pelajar sempat berzina dengan suami orang sebelum dicekup khalwat

Posted: 01 May 2013 05:01 AM PDT

Pelajar tingkatan empat dibawa ke Pejabat Agama Dungun
selepas disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral bersama
teman lelakinya.
DUNGUN – Seorang pelajar tingkatan empat bersama teman lelakinya, seorang tukang masak di sebuah kedai makan ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, pegawai syariah bersama polis terpaksa memecahkan pintu bilik kerana pasangan terbabit enggan bekerjasama sebelum berjaya memasuki bilik disewa pasangan lelaki terbabit, sejak dua hari lalu.

Soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim dan bilik itu disewa pasangan lelaki yang berasal dari Balai Besar, dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Menurut pelajar terbabit, dia masuk ke bilik tersebut kira-kira jam 5 petang dan sempat melakukan seks bersama teman lelakinya yang telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

Pelajar terbabit yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Dungun itu juga turut mengakui pernah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan pasangan berlainan dan menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

Lebih memeranjatkan, selepas ujian saringan air kencing dilakukan mendapati pasangan itu turut positif dadah jenis methapethamine.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pasangan terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengambil dadah.

Wanita dakwa ditawar calit dakwat kekal oleh sekumpulan individu

Posted: 01 May 2013 02:01 AM PDT

PUTRAJAYA, 1 Mei – Seorang wanita yang tinggal di kuarters kerajaan di sini mendakwa dirinya didatangi sekumpulan individu yang menawar untuk mencalit dakwat kekal pada jarinya dalam satu kejadian malam kelmarin.

Menceritakan kejadian pada sidang media di sini malam semalam, penjawat awam berusia 47 tahun itu berkata kediamannya dikunjungi empat lelaki dan empat wanita yang tidak dikenali pada pukul 11.30 malam Isnin.

Katanya beliau membenarkan mereka yang berpakaian seperti golongan profesional masuk ke dalam rumah selepas diberitahu mereka hanya mahu memastikan beliau benar-benar tinggal di situ.

"Mereka kata mereka datang untuk semak sama ada saya ada tinggal di kuarters ataupun tidak. Mereka kata puan nampak tidak sihat dan mereka boleh calit," katanya.

Menurut ibu tunggal kepada seorang anak itu, kumpulan berkenaan terus memujuknya agar membenarkan mereka mencalit dakwat tersebut bagi memudahkannya pada hari pengundian kerana tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran.

Atas kesedaran dan keselamatan, wanita itu berkata beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 semalam bagi mengelakkan ada pihak lain menjadi mangsa kepada kumpulan tersebut.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan imbuhan oleh kumpulan itu, beliau berkata:"Tidak."

Beliau yang tinggal di kuarters itu sejak 12 tahun lalu juga tidak pasti sama ada kumpulan berkenaan turut mengunjungi jiran-jirannya.

(Video) Gempar! Bapa Saiful, Azlan keluar PKR kerana diperguna oleh pecacai DSAI

Posted: 01 May 2013 01:01 AM PDT

Gempar hari ini apabila Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini telah mengadakan sidang akhbar bagi mengisytiharkan beliau keluar dari parti PKR.

Menurutnya, beliau telah terpedaya dengan tipu helah individu tertentu yang mempergunakan beliau untuk kepentingan politik.

Beliau sebelum ini mengejutkan semua pihak apabila bertindak untuk menark balik laporan anak beliau dipergunakan orang untuk kes liwat Anwar Ibrahim.

Dalam sidang akhbar tersebut juga beliau memohon maaf kepada anaknya, Saiful kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

Beliau seterusnya menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta tetapi tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Wakil calon parti kunci sembilan peti undi apahal???

Posted: 01 May 2013 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Mei - Polis menyiasat perbuatan seorang wakil kepada calon parti yang mengunci sembilan peti undi di sebuah pusat pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kejadian berlaku pada pukul 7.10 malam dan selepas siasatan awal, individu itu dibebaskan malam tadi dengan ikat jamin.

"Individu itu telah bertindak mengunci sembilan peti undi tanpa kebenaran daripada Penolong Pegawai Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas di pusat berkenaan," katanya pada taklimat media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954

Abby Abadi berjaya 'hasut' Memey...

Posted: 30 Apr 2013 10:31 PM PDT

JIKA sebelum ini, Natasha Hudson, Puteri Sarah Liyana dan Alyah memilih untuk mengenakan imej bertudung, kini giliran isteri kepada pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza pula.

Mula mengenakan tudung ketika menghadiri majlis sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 8, dua minggu lalu, akui Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 25, dia mula selesa dengan imej itu.

"Alhamdulillah, akhirnya di usia ini, saya mendapat hidayah dari-Nya.

"Sebelum ini, abang (Norman) pernah meminta saya untuk bertudung ketika ulang tahun kelahirannya pada 8 Januari lalu.

"Namun, ketika itu saya masih belum bersedia walaupun niat untuk bertudung sudah lama difikirkan. Pun begitu, abang tidak mendesak dan memahami situasi saya. Apabila saya beritahu abang, dia sangat gembira dan menyokong penuh keputusan saya," katanya yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya, Mohamed Darwisz Hakim, pada 1 Februari lalu.

Selain Mohamed Danish Hakim, Memey turut mempunyai dua lagi anak tiri, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, hasil perkongsian hidup Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.

Ditanya mengenai keputusannya untuk bertudung berkait rapat dengan silaturahimnya bersama Abby Abadi, Memey tidak menafikan perkara itu.

Malah, menurut Memey, dia dan Abby pernah berborak dan Abby turut menasihatinya untuk berhijrah.

"Saya tidak kisah sekiranya ada yang berpendapat, penampilan dan penghijrahan Abby membuatkan saya terpengaruh untuk berhijrah kerana ia adalah sesuatu perkara yang baik.

"Dia (Abby) sering menasihati saya, namun ketika itu hati saya masih belum bersedia dan terbuka untuk berubah.

"Namun, saya tidak setuju jika ada yang mengaitkan saya dengan fahaman politik Abby. Walaupun saya bertudung, namun kami tidak pernah berbincang mengenai politik dan saya memilih untuk tidak mencampuri urusan politiknya," katanya yang mengakui menerima banyak tawaran sejak bertudung.

"Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah walaupun saya tampil bertudung.

"Sebelum ini, saya sering dihantui dengan persoalan dan dilema sekiranya perubahan saya ini sukar diterima industri. Namun, saya tak sangka, rezeki saya masih ada.

"Apa yang penting, keikhlasan kita dalam membuat sesuatu keputusan dan percaya pada rezeki ALLAH SWT," katanya yang baru sahaja menjalani penggambaran rancangan, Roda-Roda KL.

Ingin hamil lagi

Walaupun usia Darwisz baru sahaja menghampiri tiga bulan, Memey terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja.

Menurut Memey, walaupun terpaksa keluar bekerja, namun dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu.

"Bila saya di set penggambaran, memang tak sabar-sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang, saya akan 'curi masa' sejam dua ketika rehat untuk pulang dan datang semula ke set selepas itu.

"Masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk keluar bersama dan melayan karenah anak. Walaupun saya masih muda, namun saya perlu belajar untuk menguruskan anak sendiri.

"Saya bersyukur kerana Darwisz sangat baik dan tidak mudah meragam. Malah, melihat keletahnya, saya tidak menolak untuk mengandung lagi," katanya yang turut mengamalkan penyusuan badan kepada anaknya.

Ditanya mengenai siaran drama yang diulang tayang, Memey berkata, dia tidak akan menyalahkan pihak televisyen atau penerbit sekiranya lakonan sebelum bertudung ditayangkan.

"Saya perlu bersikap open minded dan profesional dalam bekerja. Penonton sendiri boleh menilainya.

"Lagipun, sebelum ini, saya bukanlah pelakon yang seksi. Hanya tudung sahaja yang membezakan antara dulu dan sekarang.

"Pun begitu, saya tetap menjaga batas-batas sebagai wanita Muslimah dan bertepatan dengan status serta imej sekarang," katanya.

'Dia memang rasis. nak tangkap saya, tangkap la!' - Tun M

Posted: 30 Apr 2013 08:23 PM PDT

TUN Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan lebih 5,000 orang di Padang Taman Klang Utama, Klang malam tadi.
KLANG 1 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mempedulikan ugutan engerusi DAP, Karpal Singh yang mahu beliau ditangkap kerana menuduh Lim Kit Siang sebagai rasis.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sedia ditangkap dan diheret ke mahkamah sekiranya Karpal mahu berbuat demikian.

"Dia hendak bawa saya ke mahkamah bawalah, saya tahu muslihat dia, macam Anwar Ibrahim juga.

"Tujuannya adalah untuk menutup mulut saya. Saya tidak hendak tutup mulut, saya hendak kata terus terang bahawa Kit Siang adalah rasis," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berceramah di Klang Utama di sini malam ini.

Yang turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil, calon BN Parlimen Kapar, Sakthivel Alagappan, calon DUN Sementa, Md. Ghazali Md. Amin dan calon DUN Meru, Sukaiman Ahmad.

Dr. Mahathir menjelaskan, kenyataan beliau bahawa Kit Siang adalah rasis ekoran tindakanya bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor kerana percaya 53 peratus pengundi Cina akan menyokong DAP.

"Lihat dia terang-terangan pilih kawasan orang Cina ramai," katanya.

Sedangkan kata beliau, masyarakat di Johor yang pelbagai kaum tidak pernah menolak BN sebaliknya bersatu memilih parti itu untuk menjadi sebuah kerajaan di negeri berkenaan.

"Kita tidak boleh tumpu satu kaum sendiri sahaja, kita kena berbaik-baik dengan semua kaum tetapi Kit Siang tak nak, dia bawa perkauman di Johor yang beri sokongan 100 peratus kepada BN. Sebab itu saya kata dia rasis," katanya.

Beliau mengingatkan agar Karpal jangan bersikap terlalu sombong kerana orang tidak akan suka.

"Beza antara BN dan pakatan pembangkang cukup ketara. BN suka kerjasama kaum dan kongsi kuasa serta kekayaan.

"Kita Siang hanya perjuang kaum dia saja, Pas untuk dia saja dan Anwar untuk diri dia saja, itu pakatan. Mereka bukan hendak pakat tetapi hendak tipu rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir meminta rakyat membuat pertimbangan yang waras dan tidak mengikut emosi dalam membuat pilihan semasa pilihan raya umum kali ini.

Beliau tidak mahu rakyat tertipu dengan orang yang bersikap seperti Kit Siang yang suka kepada pecah belah supaya mereka dapat undi.

"Fikirlah dengan mendalam. Saya yakin rakyat akan memilih BN kerana telah membawa keamanan dan banyak nikmat," katanya

Punca dakwat kekal mudah tanggal akhirnya dirungkai SPR...

Posted: 30 Apr 2013 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan seba hagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ka maruddin Mohamed Baria berkata, ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang bo tolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata, SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pen dedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata, SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pe mimpin parti politik berkaitan perkara itu. - BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>