sekupangdua |
- VIDEO BUKTI LADANG RAKYAT YANG KINI JADI LADANG DAP!
- TAMBUN TAK SEMISKIN NIE, TOLONG TEGAS DAN SIASAT DENGAN SENDIKIT NIE
- PENDEK UMUR JIKA BERBUAT ZINA
- KANANG YANG SEKUPANG KENALI...
VIDEO BUKTI LADANG RAKYAT YANG KINI JADI LADANG DAP! Posted: 04 Jan 2013 09:30 PM PST PAS TOLONG JAWAB! Terutama pencacai atau Barua Pakartun Roket yang memang tegar dan setia kepada dema yang jadi sekutu menghalang dari Pembongkaran Tanah dan ladang rakyat yang diusahakan oleh Rakyat kelantan sendiri di rampas dan diserahkan kepada orang Luar.Mulianya sedekah dari mengira untung nasib sama ada Ahli PAS sendiri atau Rakyat Kelantan sekali pun, Sedekah itu lebih penting dari membela Hak Rakyat? Tanah yang diusahakan Rakyat boleh diambil serta merta demi kerana mau sengaja nak berjasa pada Orang luar apatah lagi pemimpin Parti yang sebenarnya mempunyai kuasa? PAS tidak lagi bermaruah, malah sebenarnya hak rakyat sendiri pun dirampas dan diberikan kepada orang kafir yang lain kononnya sebagai sedekah atau pertukaran harta untuk kuasa? Lihat sendiri dalam video dia betapa mereka-mereka yang terinaya termasuk Orang Asli sendiri yang telah pun menetap beberapa keturunan lagi dan merupakan kawasan nenek moyang mereka dirampas, Alasan PAS sebagai kerajaan Negeri yang kononnya menjadikan tanah ni sebagai Ladang Rakyat. segala usaha yang dijalankan oleh mereka yang bertahun-tahun lamanya tiba-tiba terpaksa diserahkan kepada Kafir yang bukan pun Orang Kelantan atau ahli PAS sendiri. Kenapa tiba-tiba PAS bagai hilang telor untuk bersuara, buta ker Ahli Pas sendiri juga mrnjadi mangsa apabila tanah Ladang Rakyat yang berpuluh tahun diusahakan akhirnya terpaksa diserahkan kepada Orang Luar dengan penuh Musykil kenapa samai sanggup menginaya rakyat kelantan demi mahu jugakdiberikan kepada Kafir Harbik sekalipun ramai yang terpaksa menderita dan kecewa bila kehilangan Ladang Rakyat yang telah rampas Nampaknya kita dah boleh nampak bagaimana Kelakuan atau sikap pemimpin PAS yang tak peduli soal Rakyat sebaliknya mementingkan kuasa dalam apa cara sekalupun untuk mendapatkan nya, memang dema tak peduli drngan Hak Rakyat, apatah lagi nak bantu, memang tak merasa ler, Yang penting mesti utamakan Kuasa dengan apa cara sekali pun... | ||||
TAMBUN TAK SEMISKIN NIE, TOLONG TEGAS DAN SIASAT DENGAN SENDIKIT NIE Posted: 04 Jan 2013 04:00 PM PST
Kalau anda pernah ke Tambun yang berdekatan dengan LOST WORLD, terdapat sebuah Maybank bangunan bersebelahan dengan Gaint, Pasti dapat tengok boleh dikatakan setiap hari akan ada dua dan kekadang seorang budak perempuan seusia lebih kurang 12 tahun kebawah yang akan berada diluar Mesin ATM Kawanku yang kononnya meminta derma Kadang-kadang sehingga lewat malam anak-anak nie akan tunggu sesiapa sahaja yang menggunakan mesin Atm untuk berurusan masuk atau keluar duit disini. Kekadang memang nampak kesian dan sedih bila kita tengok semuda usia 12 tahun ni akan duduk disini meminta derma. Seperti Biasa kita memang tahu tajuk derma tentulah berkenaan pembinaan sekolah agama, Pembiayaan untuk anak yatim, masjid dan banyak lagi yang ada kaitan tuntutan sebagai umat Islam perlu bantu demi nasib anak-anak seperti ini. Tetapi bila hari-hari dan begitu lama sehingga bertahun dema ni masih ada disini untuk mintak derma dan kekadang setiap sedekah kununnya dengan membeli kalender dan pelbagai benda bagi mengantikan sumbangan kita yang kononnya sebagai derma demi membantu sekolah agama ataupun anak yatim dan lain-lain.
Tetapi ada sepekara yang musykil bagi teman bila bertahun anak-anak ini diperhambakan begini dengan menjadikan agen meminta derma di kawasan ini yang sebenarnya cukup membangun dan smenjadi diantara terbaik dari segi pembangunan di sini terutamanya kerana kita cukup tahu kawasan yang diwakili oleh YBMK II Datuk Seri Husni Hanazlah, Dato Nazri dan Dato Rosnah Yb parlimen disini, Buktinya kalau kita menuju ke Taman Perpaduan akan dapat kita tengok sekolah agama yang baru dibina disini yang satu ketika dahulu sekolah agama nie tak lah sebesar dan lengkap seperti sekarang. Disebelahnya akan kita lihat Surau yang begitu besar semacam masjid yang turut diusahakan oleh kerajaan terutama YBMK II yang cukup perihatin dengan kawasan beliau, Pelik dan menjadi tanda tanya kenapa masih lagi ada yg menggunakan anak-anak ini yang kadang-kadang sehingga malam akan berada di Luar pintu ATM bank nie, memang pelik jika YBMK II terlepas pandang atau tidak membantu, tidak dinafikan juga bila kita tahu ada sendikit yg menggunakan anak-anak nie untuk meminta derma dan ada juga kesempatan nie yang kita cukup tahu digunakan oleh Pati Ajaran sesat kununnya demi membangunkan bangunan atau sekolah anak-anak yatim ataupun kategori sekolah agama atau pondok persendirian Setahu teman YBMK II belum pernah menyisih rakyat terutama di kawasan beliau sendiri, pernah satu ketika bila teman dalam kedai gunting rambut bersembang dengan seorang India, pada mulanya teman tengok gayanya dengan badan yang tegap bertindik dan bersubang serta dengan suara yang amat kasar bersembang dengan teman bila teman agak dia nie macam dari Parti Pembangkang. sambil tengah digunting rambutnya teman masih ingat apa yang dia kata... ' Abang kita sini tak payah mau minta-minta sana sini, tak payah tunggu itu kerajaan atau parti MIC, Samy Vellu. sini semua boleh dapat, masa tu teman dah rasa macam betul tekaan teman dia ni mungkin group Hindraf... Sini banyak senang la bang, cukup senang kalu ada lain orang kata ini kerajaan tarak baik saya ingat itu satu worang punya dalam dunia tarak otak, Sini ha bang kadang-kadang kita tak payah tulis surat pun, turus pigi jumpa iti Datuk Husni cakap dan mintak sama dia GARENTI dapat punya, kita minta apa saj mau minta tolong biking kuil pun tarak masala tuntu dia kasi punya, Dia baik punya worang bang, lagi apa mau ini macam? ini Datuk Husni ha tarak double standard semua worang banyak hormat sama dia, dia baik punya worang la bang, tipu la kalu worang cakap dia tarak baik punya worang, itu serupa BERSIH ka tarak guna punya worang, itu semua busuk hati punya worang, kalu betul ini tempat punya worang ha semua suka sama ini Datuk Husni... Nampaknya salah tekaan teman, hehehe.. tapi nyata memang cakap dia ni memang betui Tambun cukup membangun dan memang tak da harapan kalau pakartun Roket nak menang walaupun kita tahu sekarang nie dema tengah berperang nak dapat kerusi tambun antara PAS dan PKR yang sebenarnya memang jauh kalau nak mimpi dapat tambun dari YBMK II nie. Teringat jugak teman satu ketika Hari Raya thun lepas bila teman cuba spy YBMK II macamana dia boleh berada diprogram masa raya disini, macamana dia boleh hadir di Program di tambun kerana dia boleh sampai disini on time sedangkan banyak yang merunggut bila balik keIpoh yang memakan masa sehingga 8 Jam kerana kesesakan lalu linta samada jalan lama atau Highway kerana sesak dengan kenderaan dan kemalangan? Rupanya dia (YBMK II) berseorangan turun Ipoh dari Kl dengan menaiki ETS, hahaha kalau ETS nie kan kita tahu ikut jadual dan tepat, nyadin (selamba) jer dia sorang-sorang naik ETS dari Kl ke IPOH, sampai diIpoh dema jemput dia terus ke program begitu juga bila balik ke KL. Bila disiasat kenapa dia tak menggunakan kereta rasmi dia kata Jalan Jem dan Driver dia pun nak raya jugak. bagi ler dia peluang... Dan paling kelakor bila ada sahabat yang cerita kat teman ' Bro masa teman balik naik ETS teman jumpa sebijik muka sama macam datuk Husni.... Siap ada yang nak mintak tangkap gambor sekali. Tak kan komer tak dapat agak siapa yg sebenornya dema jumpa dalam Train? PADA PIHAK YANG BERWAJIB TOLONG LAH SELAMAT KAN ANAK-ANAK INI, JANGAN ABAIKAN NASIB MEREKA BEGINI DEMI KEPENTINGAN LAIN, ANAK-ANAK JUGA BERHAK MENDAPAT ZAMAN MEREKA, TEMAN PERCAYA ADA DALANG DISEBALIK ANAK-ANAK YANG MEMINTA DERMA YANG TERPAKSA MENGHABISKAN MASA SEPANJANG HARI DISINI, APAKAH MEREKA TAK BERSEKOLAH? TEMAN TIDAK PERCAYA YBMK II TIDAK BANTU JIKA BENAR ADA YANG MEMERLUKAN SEKOLAH ATAU TEMPAT TINGGAL APA TAH LAGI UNTUK ANAK-ANAK YATIM! | ||||
Posted: 04 Jan 2013 06:00 AM PST Berzina boleh memendekan Umur atau Hayat? Rasullulah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri dari Zina, Ada enam pekara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan Zina, Tiga didunia dan tiga lagi di akhirat... Didunia ialah hilangnya keceriaan Wajah, Pendek Umur dan sentiasa fakir. manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, Balasan Neraka dan Hisab Buruk Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa setitik air mani yang diletakan seoranglelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya Demikianlah balasan yang akan diterima oleh mereka yang terlibat dengan Zina. Mereka yang beriman kepada Allah tidak melakukannya, dan mereka yang telah melakukannnya akan memberhentikannya. Azabnya begitu mengerikan, seringan-ringan balasan neraka itu ialah andainya batu neraka itu diletakan di Tapak Kaki, nescaya menggelegaklah otak orang yang diseksa tadi. Walaupun demikian, andainyaseseorang itu bertaubat, beriman kepada Allah dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan itu akan diganti oleh Allah swt dengan kebajikan, Dan adalah Allah swt itu maha pengampun lagi maha penyayang. Kerana itu atas alasan ini jalan yang saudari mesti lakukan ialah bertaubat.... | ||||
KANANG YANG SEKUPANG KENALI... Posted: 04 Jan 2013 01:30 AM PST
Sekadar berkongsi duka dengan kalian. terus terang saya katakan saya amat sedih bile dengar tentang kehilangan Kanang anak langkau, Mungkin sahabat saya sdr Azlan Che Lah juga merasakan begini, kami pernah terjah dan merakamkan cerita kanang sekitar awal tahun 90an, sedikit kita berkongsi cerita, sama kita sama merasa tentang erti perjuangan. Betapa Bodohnya sebelum ini kita diperlekehkan olah pakartun Roket demi mencacai menghina pejuang negara bila Mat Taboo yang menganggap Komunislah sebagai HERO dengan memperlekeh pejuang yang sanggup mengorbankan nyawa demi Keamanan yang kita kecapi sehingga kini... Pejuang menentang komunis terutamannya di gubir, bukit kepong , sempadan Thailand, sg siput dan banyak lagi tempat yang kini menjadikan peristiwa hitam yang mungkin tak semua yang tahu cerita disebalik pejuang kita, antaranya Major Rasyid para 17(kem terendak), SM Kanang 8 renjer (kem terendak), Kopral Adnan ( makenise 19 Sg petani dan banyak lagi. saya dan rakan sdr Azlan pernah menerjah banyak kem diseluruh Malaysia untuk dapatkan cerita terutama tentang perjuangan mereka, banyak yang kami dapat semuanya berakhir dengan kesedihan. termasuk bila diantaranya di makenise sg petani yang terlibat dalam operasi sebenar 'THE BLACK HAWK DOWN' yg berkesudahan Amerika akhirnya sebagai hero walaupun sebenarnya tentera Malaysia lah penyelamatnya, Cerita psl Datuk Temenggung Kanang nie, teman masih ingat bila kami terjah di kem Para di Terendak masih teringat tertera AGI IDUP AGI NGELABAN untuk 8 renjer yang menjadi kem terakhir buat kanang, 8 Renjer cukup digeruni apabila mereka adalah diantara yang paling kuat disiplin diantara kem-kem lain di terendak... buktinya kalau komer pegi ke kesana, percayalah seawal pagi akan kedengaran jerit oder KAWAD yang diakui semua kem disana apabila 8 Renjer adalah pasukan yang hebat dalam kawad, kita boleh dengar derap dan hentakan kaki mereka setiap kali kawad, dan mereka juga lah yang menjadi juara di terendak KEM PARA ( Paracut) disitulah kem Kanang yang Terakhir kalau tak silap teman ... Teman dah lupa nama Major yang juga pengendalin utama atau CO ( Comand Officer) tak siap teman Major Kumar, dia yang dilihat tegas sebaliknya tumbang dengan kami bila disoal selidik, menagis bila diasak oleh kami Ketika menemuramah beliau banyak cerita yang di luahkan oleh beliau. Kanang merupakan anak Sarawak yang begitu tegas dalam setiap operasi dan begitu banyak amalkan petua mengikut bagaimana kaumnya. pengiraan serta congak dalam setiap gerak, Kumar sebelum ini merupakan anak didik kanang dan pada ketika itu hanya berpangkat prebet jer, tetapi sebaik selesai bila kami minta dia katakan apa yang dia mahu pada kanang dan kami akan jumpa kanang selepas temuramah tersebut dan pastinya akan kami panjangkan ucapan beliau, dia bagai budak kecik yg tak dapat menahan air mata berjujus keluar dari matanya berkata teramat rindukan Kanang (bersara) yang dianggap Sebagai bapanya kerana mendidik dan menjadikan beliau hingga kini sebagai seorang warga negara yang terus akan berjuang untuk KEAMANAN negara selagi hayat. selain mengatakan rindu teramat beliau dengan kanang kami juga terharu bila dia memberi tabik hormat dengan tangan yang terketar-ketar dan berharap beliau akan sentiasa sihat senantiasa. Kanang sebenarnya Tegas dalam setiap Operasi yang siketuainya, Kanang tidak pernah leka dalam hutan, dia juga merupan renjer terbaik sebagai peninjau, Beberapa cara bagaimana beliau membaca setiap pegerakan musuh, Mengikut Firasat dan sebagaimana Keturunan Pahlawan Sarawak, melihat pada daun, ranting patah, melihat kesan tapak, mendengar ditanah tentang musuh dan banyak lagi memang sudah menjadi keistimewaan Kanang terutama Platun yang dipimpinnya yang sentiasa berjaya dalam setiap operasi yang dijalankan . Membunuh komunis dan tidak sesekali terepaskan walau seorang pun memang jadi ketegasan beliau, tetapi ada juga pantang larang nya bila ada PGK ( kumunis) perempuan yang dibunuh oleh Paltun beliau ketika PGK tersebut membuang air besar di sungai didalam operasi mereka juga menandakan bahawa bakal ada musibah mendatang. Platun beliau kemudiannya diambush oleh komunis, menyedari kesilapan kerana membunuh bandit perempuan yang sedang membuang air besar adalah diantara pantang pada Pahlawan Sarawak nie, menjadikan beliau risau tentang MUSIBAH yang bakal menimpa Platun beliau lalu beliau mendahului Platon tersebut kerana beranggapan biarlah beliau di ambush dulu demi keselamatan paltun kesayangan beliau. Akhirnya beliau mendapat celaka bila kalau kita tahu ada kesan tembakan menembus dikiri dada beiau yang menyebabkan salah satu buah pinggang beliau rosak tidak boleh digunakan. Demi mengutamakan keselamatan anak buah beloau dalam operasi beliau menjadi yang paling hadapan dalam Platun semasa dalam Operasi beliau. Bukan itu saja menurut Major Kumar pernah beliau dan palton kehabisan makanan, beliau sendiri akan memasak beras yang ada dibuat bubur dan dikongsi sama rata semua platon walaupun sesudu seorang. Menurut Kumar lagi bekalan yang ada pada beliau berbaki sekadar segengam dua beras yang ada dikongsi semua merasa. dengan menjadikan bubur dan berkongsi semua walaupun sekadar beberapa sudu untuk setiap orang. Sebaik kami sampai di Kuching dalam siri menjejak beliau, belaiu begitu terharu dengan kehadiran kami, kata nya Kanang hanya dikenali di Semenjung tetapi tidak Di Sarawak. Suatu ketika pernah pingat Gagah Berani dijual dipasar bagi menyara kehidupan keluarga beliau bila beliau terdesak, Beranggapan bukan pekara besar untuk perjuangan demi kemanan negara yang akhirnya kementerian sendiri pergi mendapatkan semula untuk beliau. Pingat seperti ini adalah penghargaan tertinggi bagi Pahlawan negara. Selepas menemuramah beliau kami ke bandar Kuching membuat temu bual dengan orang ramai bagi membuktikan apa yag beliau dakwa, seramai 20orang yang kami temuramah,. Tahukah kalian apa jawapannya? 10 darinya mengatakan tidak kenal lansung Kanang, 5 mengatakan kenal (alasan) tapi tak tahu dia dimana dan kononnya sudah mati, 3 mengatakan Kanang ni sebagai penghibur ataupun artis, seorang mengatakan kenal Kanang sebagai seorang Artis RAP, Hanya seorang yang tahu Kanang sebagai hero dalam tentera dengan keberaniannya, malangnya dia mengatakan Kanang sudah lama mati, ini interview yang kami buat di kucing dengan Orang Sarawak sendiri, betul lah Kanang hanya dikenali semenanjung sebagaimana dia perkatakan semasa kami berjumpa beliau di Rumah Panjang sebelum menemuduga Orang ramai Dan sepekara lagi unik nya si Kanang nie apabila disetiap Operasi beliau beliau akan sentisa membawa parang Sarawak yang terselip di sisi beliau, bagi orang Sarawak panglima perang kaum mereka akan memenggal kepala musuh dengan parang tersebut dalam pertembungan yang menggunakan senjata. Bukan menjadi pekara pelik bila Parang Sarawak ( yang macam kita tahu sekarang nie dijual sebagai perhiasan) digunakan dalam paltun Ranjer yang dipimpinnya di setiap Operasi yang dipimpin beliau, Bukan pelik bagi tentera terutama dalam Renjer sendiri yang ramai yang berasal dari sarawak dan sabah Bagi Kanang soal nama yang perlu dikenang bukan soal utama, yang penting sebagai rakyat wajib pertahankan Kemanan Negara, itu kemestian, begitulah antara yang masih teman ingat, jika ada nama yang tak betul sebutan teman... teman mintak maaf kerana sudah lebih kurang 20 tahun peristiwa ini berlaku, walau bagaimana pun teman masih ingat lagi dari sudut cerita dan kesudahan team kami yang telah pun di episodkan dalam siri IKRAR PERWIRA yang kini telahpun dijadikan Eset dalam Library yang tersimpan terutamanya di RTM sendiri. Kenapa teman ceritakan pada Kalian? rasanya tentu kaian tahu, kalian berhak mengetahui cerita ini kerana bagi teman Rakyat perlu tahu kemanan yang diprtahankan oleh PEJUANG seperti beliau dan lain-lain pejuang yang pernah dihina oleh mat Taboo bila. mengangkat Komunis adalah Hero sebenarnya sebelum ini, Berani mendedah dan berhadapan dengan musuh cyber yang cuba porak porandakan minda rakyat juga merupakan pejuang bagi teman, sebagai pejuang kalian terserlah BERANI dalam apa sahaja pendedahan, bersatu kita dalam satu saf Perang Menentang fitnah dan ramcangan memporak perandakan negara dengan merosakan pemikiran rakyat... Insyallah Saya beranggapan dewasa ini seperti Blogger Pisau yang bakal berhadapan dengan saman akan terus kita perjuangkan sebagai memertabat dan memperjuangkan blogger sesama kita, Apa sahaja pendedahan terhadap penyelewengan serta fitnah nampaknya bakal diugut dengan saman walaupun jalan terbaik adalah menceritakan pekara yang sebenar, Nak menentang korupsi dan penyelewengan demi kebenaran nampak bakal berhadapan dengan saman kerana punya kuasa, harta dan pengaruh yang membolehkan golongan begini tidak lansung takut dengan dosa SEKUPANG DUA... mohon maaf jika ada kesilapan teman dalam sudut penceritaan, Insyallah akan saya cerrita lagi kisah benar pejuang kita dalam episode lain... Mat Taboo contoh terbaik sebagai pencacai demi kuasa sehingga sanggup menghina pejuang seperti Leftenan Adnan serta Peristiwa Bukit Kepong yang telah mengorbankan Pejuang tanah Air kita demi memperjuangkan Keamanan yang kita kecapi sehingga kini Terbaru kita ketahui demi kuasa dan untuk memburukan kerajaan yang ada Pencacai Pakartu Roket sampai sanggup bertemu Kedutaan Jepun dengan hasrat mencari apa sahaja keburukan yang boleh difitnah kepada kerajaan yang sedia ada oleh Pakartun Roket, demi kuasa apa saja sanggup dibuat sekali pun bersekutu dengan Musuh negara suatu ketika dulu seperti Jepun Dan Komunis,Pernah mereka fikirkan kalau ada adik beradik atau saudara mara yang meletakkan nyawa dema sendiri demi mempertahan kan negara mahu dianggap sebagai pengkhianat, Dema pulak yang bersekutu dengan Kumunis dan terbaru dengan Jepun Pulak, memang dema ler sebenarnya PENGKHINAT SEBENAR kepada Negara sehingga sanggup buat apa sahaja termasuk bersekutu dengan Jepun sekali demi mahu memburukan Negara Malaysia yang aman damai termasuk dema sekali yang kecapi, NAK SANGAT NEGARA HURU HARA DAN BERPERANG KER! DAH HATI DAJJAL... DEMI KUASA!!! |
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |