r b f |
Saya sokong 100 Peratus Haji Hadi Muncul Di TV Jawab Amanat Sesatnya Posted: 01 Jan 2013 11:33 PM PST Heboh diperkatakan tentang permintaan Haji Hadi untuk muncul di stesen-stesen TV bagi menjawab amanatnya yang dikeluarkan kira-kira 31 tahun yang lalu. Isu ini kembali hangat gara-gara sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli Pas seumur hidup, C.N Afghani@Cikgu Non. Cikgu Non adalah antara ahli Pas yang totok, dan beliau juga merupakan penulis buku yang diharamkan oleh Pas yang mendedahkan penyelewengan Tabung Memali. Haji Hadi mahu diberi ruang di dalam TV untuk menjawab perkara berkenaan. Itu sudah cukup untuk membuktikan Cikgu Non berjaya menggegarkan Haji Hadi walaupun Hadi cuba merendahkan martabatnya sebagai seorang guru yang mempunyai kelulusan yang rendah. Pada pendapat saya, saya sokong 100 peratus permintaan Hadi untuk muncul secara langsung di kaca TV bagi menjawab amanatnya itu... Dalam masa yang sama Cikgu Non selaku orang yang mencetuskan isu juga perlu diberi peluang untuk muncul bersama Hadi bagi membahaskan isu berkenaan. Jangan pula Hadi nak muncul seorang diri dan nak menguasai sepenuhnya siaran tersebut..... Amacam ??? Ada berani ? |
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |