Sahabat-Gunung |
Posted: 04 Jan 2013 09:02 PM PST |
Noh Persoal Kerajaan Negeri, Masih Belum Beri Geran Tanah Posted: 04 Jan 2013 07:32 PM PST Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan negeri Selangor yang masih tidak memberikan geran tanah kepada 193 penduduk Kampung Seri Tiram Jaya di sini. Sedangkan, katanya penduduk telah mendapat kelulusan permohonan tanah pertanian seluas 80.9 hektar ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). "Penduduk yang terlibat telah memohon untuk mendapatkan geran tanah pada 2004. Malangnya sehingga hari ini, tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka," katanya ketika melawat kampung itu semalam. Noh berkata penduduk membayar premium tanah sejak 2008 tetapi sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran kepada mereka. "Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN sebelum ini atau pun pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya. Salah seorang pemilik tanah Mohd Tahrir Mustar, 59, melahirkan rasa kesal kerana kerajaan negeri sekarang tidak berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Beliau berkata beliau telah membayar premium tanah sebanyak RM356 bagi setiap 0.4 hektar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. "Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukan tinggi. Kami harap kerajaan negeri memahami masalah yang kami hadapi dan atasinya dengan segera kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sahabat-Gunung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |