DIMENSI |
- Omegay13: Siri Pembodohan oleh Srikondi PKR kehkehkeh >XD
- Omegay13: Zuraidah sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud? huhuhu..
- Omegay13: Pas tak berani hukum Mustope muka tembok!...Lajnah Pas tak bertelow! kehkehkeh >XD
Omegay13: Siri Pembodohan oleh Srikondi PKR kehkehkeh >XD Posted: 17 Apr 2013 01:00 AM PDT Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak. Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama. Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka. Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka. Malangnya, walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti. Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan, begitulah juga dengan Siti Aishah. Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah: 1. Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan. Bagi menjawab Siti Aishah, BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas. Selain itu, Sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian. Yang pasti, BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor. 2. Kemudiannya, menurut Siti Aishah, pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik, dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya. Apa yang boleh kita katakan ialah, bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan. Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara 'mengikis' Petronas. Mungkin kerana itu, maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara 'mengikis' Petronas. Namun, hakikatnya, BR1M pertama kali disebut oleh Dato' Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011, selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion.. Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka, BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan. Jelas, BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua. 3. Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah, kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi. Walhal, ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan. Pelik, Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu. Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu. Hakikatnya, seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu. Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari, atau MNLF. Tidak cukup dengan itu, Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu. Apa nak dikata…kata orang, nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa. Untuk pengetahuan Siti Aishah, yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu, tetapi Al-Haj Murad Ebrahim, iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina. Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF? Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung. 4. Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR, termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO. Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi, UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai. Namun, tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri. Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam 'jentera pembikin VCD lucah' yang sama? 5. Kita juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya. RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya, kata Siti Aishah. Nampaknya, sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak, zuhud dan sederhana, tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula. Soalan kita, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak? Dari langit? Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari? Dan untuk apa? 6. Akhirnya, Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar. Katanya, 18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim. Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja. Namun, setakat yang kita lihat, solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut, agar UMNO tumbang, agar semua pengundi hanya nampak bulan, yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan. Malah, sehingga kini, UMNO, Tun Mahathir atau Dato' Seri Najib belum tumbang, tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki, tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang. Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata. Sebagai pengundi, kita wajar bertanya kepada diri sendiri, inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat? Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat 'homework'? Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit? - Beruang Biru |
Omegay13: Zuraidah sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud? huhuhu.. Posted: 16 Apr 2013 09:30 PM PDT Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya. Ternyata apa yang dikatan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula "menjual" cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah Malaysia. Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah! Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar. Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara ... yalah, semua ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah Zuraidah ... ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang. Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu ila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita. Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. ![]() Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang. Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang. Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik. Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan, pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara. Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya? pening-pening Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat mesyuarat dan keluar satu resolusi "bersetuju untuk tidak bersetuju." - Beruang Biru |
Omegay13: Pas tak berani hukum Mustope muka tembok!...Lajnah Pas tak bertelow! kehkehkeh >XD Posted: 16 Apr 2013 05:25 PM PDT SEREMBAN 17 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam soal tragedi 13 Mei. Mustafa mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat, kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Katanya, ia bersandarkan bukti apabila berlaku tragedi 13 Mei pada tahun 1969, semua negeri ditadbir kerajaan BN berhadapan rusuhan kaum, kecuali di Kelantan yang ditadbir Pas. "Tahun 1968, Kelantan di perintah oleh Pas. Melayu ada, Cina ada, India pun ada tetapi tidak ada satu orang pun yang dicederakan. Ertinya kami (Pas) memperjuangkan Islam dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga semua kaum," katanya dalam ceramah 'bidan terjun' di sebuah hotel di Taman AST, dekat sini malam tadi. ![]() Selepas membidas UMNO dan BN, Mustafa kelihatan tenang seperti tidak ada apa-apa berlaku, malah tidak pula mempertahankan isu video yang didakwa membabitkan diri beliau dan tersebar dalam banyak blog di negara ini. Dalam pada itu calon Pas di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia tidak akan menarik diri daripada bertanding walaupun berhadapan sokongan tidak pasti ahli Pas, selain disahkan berhadapan calon berpengalaman BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. "Saya tidak nampak sengitnya pertembungan ini. Ada masa turun dan naik. Saya tidak akan menarik diri dan akan terus bertanding. Terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kelak," kata penyanyi era-90an itu. - Utusan Malaysiaku sayang p/s: kehkehkeh cian wally slipor...tegolek dog lepas ceramah sampai kena dokong macam baby dek penangan skandal pak mustope huhuhuhu |
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |