Duke of UMNO |
- GEMPARRR..!!! KIT SIANG GELABAH BEWAK BILA SEDAR ANWAR PEDAJAL DIA..?!
- PEDASSSS..!!! SELOKA PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAFA ALI..!!!
- SENARAI PENUH CALON-CALON BN PERINGKAT PARLIMEN SELURUH MALAYSIA
- GEMPARRR..!!! ANWAR MENGAMUK MARAH SAIFUDDIN NASUTION KERANA LAGU INI..???!!! #PRU13
- GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM HILANG SELANGOR KERANA KHALID GAGAP..?!!
- PANASSS..!!! SURAT TERBUKA UNTUK DR. JUANDA... #PRU13 @ustazfathulbari
- GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF SEKITAR MAJLIS PENGUMUMAN CALON BN KEDAH SEMALAM...
- PERUTUSAN BLOGGERS PRO-UMNO/BN KEDAH SELEPAS PENGUMUMAN CALON BN...
- LAWAK PAGI #PRU13... SALE OFFER DI KEDAI BARANGAN PURBA SADIQ SEGARAGA..!!! TAWARAN MENAKJUBKAN..!!!
GEMPARRR..!!! KIT SIANG GELABAH BEWAK BILA SEDAR ANWAR PEDAJAL DIA..?! Posted: 17 Apr 2013 08:50 AM PDT Saya tertarik untuk mengulas mengenai pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dicalonkan Pakatan Haram untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor. Mungkin benar Tun M merupakan idola saya, namun setiap kenyataannya itu tidaklah saya terima bulat-bulat. Namun berdasarkan pengalaman beliau yang luas di dalam dunia politik tanahair dan benar-benar kenal DAP, saya setuju dengan pandangannya itu. Kata beliau, bangsa Melayu, Cina dan India di Johor hidup di dalam suasana harmoni dan tidak pernah tercalar dengan sebarang insiden yang melibatkan isu perkauman. Keharmonian itu diterjemahkan melalui kemenangan 100% BN di negeri itu pada setiap kali pilihanraya diadakan. Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah kerana majoriti kaum di parlimen itu diwakili oleh masyarakat Tiong Hua dan kehadiran bapa Guan Eng itu dianggap mampu menjejaskan keharmonian yang subur di sana apabila calon DAP itu dijangka sekali lagi mempergunakan slogan "Malaysian Malaysia". Sebetulnya mengikut sejarah, slogan tersebut diwarisi dari parti PAP di Singapura, pimpinan bekas "boss"nya, Lee Kuan Yew dan ia membawa maksud bahawa segala yang ada di negara ini perlu diberi samarata di mana ia secara automatik akan menghilang segala keistimewaan kaum bumiputera di negara ini. Dalam bahasa mudah, keistimewaan bangsa bumiputera kekal seperti sedia ada, dan hak keistimewaan itu juga kononnya wajar diperoleh oleh kaum-kaum lain yang bukan bumiputera di negara ini berdasarkan merit. Dalam ertikata lain, Kit Siang berjuang untuk menafikan perkara 153 di dalam perlembagaan Malaysia, jus soli dan sosial kontrak yang telah dipersetujui ketika di zaman merdeka dulu. Anda setuju dengan perjuangan DAP itu? Model perjuangan yang diperjuangkan Kit Siang itu boleh dilihat di Singapura. Hasil "kerja tangan" PAP, bumiputera di negara itu kini menjadi golongan minoriti dan mereka tidak mendapat hak-hak sebagaimana yang diperoleh oleh golongnan bumiputera dan Islam di negara ini. Misalnya, azan di Singapura sangat terhad dan muamalah yang berlandaskan Islam hanya dilaksanakan secara minimal. Persoalannya, mahukah kita jadi seperti itu? Kita sudah tentu tidak suka. Tapi bagaimana dengan golongan bukan bumiputera? Sudah tentulah mereka sokong, bukan? Jadi, dengan pertikaian hak yang berlaku di antara bangsa bumiputera dan bukan bumiputera itu, keharmonian kaum di negara ini akan tercalar dan kesempatan inilah yang dikatakan cuba direbut oleh Kit Siang. Pada saya, keadaan ini sangat merbahaya. Keharmonian kaum yang selama ini subur disemai BN dalam suasana saling menghormati hak masing-masing, kini cuba dileraikan dan dipecah belahkan oleh parti yang bertunjangkan "chauvinis ultra kiasu" itu. Saya yakin, sekiranya perkara ini tidak dibendung dan Kit Siang dibenarkan menghasut kaum bukan bumiputera untuk percaya pada propagandanya itu, tidak mustahil peristiwa yang lebih buruk dari 13 Mei akan berulang sekali lagi. Lagipun menurut sejarah, sentimen sebeginilah yang mencetus huru-hara di negara ini pada tahun 1969 dulu sehingga memaksa rakyat hidup di dalam keadaan darurat dalam beberapa tempoh. Persoalannya, relakah rakyat di negara yang aman harmoni ini menggadaikan segala nikmat yang dikecapi selama ini semata-mata untuk memuaskan kehendak fahaman Kit Siang, DAP dan PAP itu? Sukakah kita menghadapi konfrontasi perkauman di negara ini sekali lagi? Negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan kita berhak memilih atau mengundi pihak mana yang kita yakini. Namun suka saya ingatkan supaya kita berfikir dahulu sebelum memilih dan buatlah keputusan yang bijak demi kestabilan negara. Bukan apa, kestabilan sesebuah negara sangat penting untuk memacu kemajuan dan kekecohan hanya akan merugikan rakyat. Pilihlah dengan bijak dan sememangnya saya memilih BN yang selama ini terbukti berjaya memacu perkembangan negara sehingga dicemburui negara luar. BN memang terbaik..! Sumber: Mykmu.net | ||||||||||||||||||||||||||||||||
PEDASSSS..!!! SELOKA PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAFA ALI..!!! Posted: 17 Apr 2013 07:37 AM PDT
Seloka ni dikarang oleh orang Kedah yang menggunakan nama pena Awang Luku. Katanya dia tinggal di kaki Gunung Jerai. Tak tau la apa nama sebenar atau tempat tinggal sebenar. Lagi pun ia dipetik dari rakan blogger, Mummy Rokiah... Agak panjang seloka ni. Semuanya dalam bahasa Kedah. Cuba-cubalah biasakan diri dengan loghat Kedah ni...heh! Memang lawak bebbbbb..!!! Pedas sampai meleleh peluh..!!! Bercerau peluh, kata orang Kedah... Heh! Hangpa baca sendiri... PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAPHA ALI... Ini kisah pemimpin besag Hukum agama diputag-putag Takut kat bini terketag-ketag Kalau pompuan cukup lekag Awal bicara wayang kulit Memang orang bukan pelesit Bergoyang-goyang terkepit-kepit Sampai nampak senjata sulit Depa kata bukan depa Itu pelanduk dua serupa Itulah selalu alasan depa Kata UMNO punya angkara Cakap agama berdegag-degag Hukum Islam pun depa langgag Depa ingat kita tak pikiaq Yang Mana katil yang mana pelenggag Seluag dalam rona putih Berkibag-kibag berlapih-lapih Bila semua bongkaq habih Baru la kalut dok betepih Seni senggama ketipang payung Rambut merah tak pakai tudung Toksah dok tipu toksah dok muhong Bangkai gajah macam mana nak tudung Selak buku tak dak bab Cucoq kodok kueh karipap Awat sms I you tak jawab? You bagi alasan macam-macam sebab Itulah dialog dalam gambag Macam mana nak muhong semua dengag Tuala putih kain kebag Dok terlentang terkapag-kapag Apa yang jadi minta simpang Mai ke Kedah jangan dok temberang Parti PAS dah tunggang langgang Sampai rakyat naik bengang Pintu taubat masih terbuka Tuhan melihat jangan leka Kalau ingat kena niaya Angkat tangan tadah berdoa. Oleh : Awang Luku, Kaki Gunung Jerai, Kedah | ||||||||||||||||||||||||||||||||
SENARAI PENUH CALON-CALON BN PERINGKAT PARLIMEN SELURUH MALAYSIA Posted: 17 Apr 2013 05:37 AM PDT Untuk memudahkan para pembaca, di sini saya siarkan senarai rasmi penuh calon-calon BN bagi peringkat Parlimen di seluruh negara. Semuanya ada 222 kerusi yang bakal dipertandingkan... Anda boleh print atau simpan senarai ini untuk rujukan pada hari mengundi, 5 Mei, nanti. Pesanan saya, LENGKAPKAN HIDUP ANDA PADA 5 MEI INI DENGAN MENGUNDI BN..!!! Sila rujuk senarai di bawah... Sumber: Mynewshub.my | ||||||||||||||||||||||||||||||||
GEMPARRR..!!! ANWAR MENGAMUK MARAH SAIFUDDIN NASUTION KERANA LAGU INI..???!!! #PRU13 Posted: 17 Apr 2013 03:37 AM PDT Ishhhhh..!!! Anwar ingat dia sorang saja pandai nyanyi? Heheheheee..!!! Dia tak tahu, ahli keluarga Nasution pun pandai jugak nyanyi. Lebih sedap dan tepat liriknya...heh! Aku rasa, kalau Anwar dengar lagu yang dinyanyikan khas untuk dia ni, berkemungkinan besar dia akan panggil Saifuddin Nasution ke pejabat dan mintak surat tunjuk sebab. Kalau Pudin Nasution salah jawab, kemungkinan besar pencalonan dia kat Lunas akan ditarik balik! Semuanya kerana gara-gara lagu di bawahhhh... Datuk Shahlan di abang kepada Pudin Nasution. Datuk Shahlan setia pada UMNO, tapi Pudin Nasution setia pada "agen Yahudi"....heh! Dalam setandan pisang, dah tentu ada yang busuk dan aku yakin sebiji pisang yang busuk tu ialah Pudin Nasutionnnnn...heh! | ||||||||||||||||||||||||||||||||
GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM HILANG SELANGOR KERANA KHALID GAGAP..?!! Posted: 17 Apr 2013 01:37 AM PDT Saya tak tahu dimana Bendahari PKR Selangor, William Leong meletakkan akalnya. Saya pasti dia ada otak. Tapi kalau ada otak sekalipun, belum tentu dia punya akal untuk berfikir secara waras, rasional atau adil seperti manusia lain. Baru-baru ini William dalam kempen politiknya menggesa agar UMNO/BN berhenti menghentam Kerajaan Pakatan Haram Selangor dengan isu krisis air di negeri termaju itu. Gesaan William itu turut dilaporkan oleh laman propaganda Pakatan Haram Selangor, Selangorku. William dalam kenyataannya mendakwa semua masalah air di Selangor adalah berpunca dari SYABAS dan BN cuba menutup kesalahan syarikat konsesi air tersebut. Itu hujah dangkal dari pengampu Khalid "Gagap"? Nampaknya William sudah ketinggalan "keretapi". Orang sudah lama tahu punca krisis air yang bakal melanda Selangor sejak tahun 2000 lagi, dia cuba nafikan hakikat itu. William pakar air dari universiti mana dan bila dia buat kajian mengenai industri air di Selangor? Berkali-kali dijelaskan bahawa pakar-pakar industri air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah mengkaji sejak krisis air 1998 di Selangor dulu dan menjangkakan malapetaka itu akan berulang sekali lagi pada tahun 2014. Siapa William untuk menafikan kajian pakar dan SPAN? Jadi, hujah pertama William itu ternyata cetek dan dia mengeluarkan kenyataan tanpa melakukan sebarang "homework". Lain kali kalau nak serbu orang, tolonglah pakai helmet. Kalau tak tahu fakta, tak payah gatal nak keluarkan kenyataan, boleh? SYABAS terbukti cekap menguruskan air di Selangor. Khalid menyerang SYABAS kononnya syarikat itu gagal menguruskan kadar peratusan air tidak terawat (NRW). Padahal, sebelum Khalid menjajah Selangor dulu, SYABAS telah berjaya mengurangkan NRW dari 44% kepada 33%. Setelah Khalid berjaya menipu rakyat dan menjajah Selangor pada tahun 2008, dia bekukan Capex SYABAS. Buktinya boleh diperoleh dari laporan audit syarikat konsesi berkenaan sejak tahun 2008 hingga kini. Memang benar SYABAS patut kurangkan NRW pada kadar yang lebih rendah. Tapi kalau Khalid sabotaj dan bekukan modal SYABAS untuk beroperasi, macam mana syarikat itu nak buat kerja? Khalid nak suruh SYABAS bayar harga paip baru dengan daun kayu, kah? Itupun dah cukup baik SYABAS berjaya mengekalkan paras NRW pada 33%. Kalaulah Khalid yang bukan pakar mengendalikan operasi bekalan air, saya yakin bahawa paras tersebut akan meningkat ke paras yanng lebih teruk. Silap-silap boleh meningkat sehingga lebih 50% NRW..! Terbaru, para penduduk di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri mengamuk kerana menghadapi masalah air. Kalau nak tahu, Bandar Tasik Permaisuri terletak di dalam Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Ahli Parlimen "serba gagap", Khalid Ibrahim. Insiden itu merupakan kali kedua kawasan itu mengalami gangguan bekala air yang teruk. Kali pertama dulu, penduduk pansapuri itu menyalahkan SYABAS. Mungkin mereka ketika itu terpengaruh dengan propaganda Khalid yang menyalahkan syarikat konsesi tersebut. Berbeza dengan kali pertama, penduduk pangsapuri berkenaan kali ini benar-benar marahkan Khalid! Mungkin mereka sudah "celik" dari terus "dibutakan" oleh Menteri Besar yang terlalu sebok dengan propaganda politiknya berbanding menyelesaikan masalah mereka. Rakyat Selangor majoritinya sedar kini betapa Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah lari dari tanggungjawab mereka untuk memastikan mereka menerima bekalan air bersih seperti dulu. Mereka sedar kini bahawa SYABAS tidak bersalah, dan yang salahnya ialah Khalid yang lari dari tanggungjawabnya! Jadi, tidak hairanlah jika rakyat yang dizalimi Khalid itu mencabar Menteri Besar itu supaya turun ke tempat mereka dan beliakkan matanya supaya sedar betapa mereka yang mengundinya sebelum ini menderita kerana kegagalannya mentadbir Selangor dengan cekap. Ingatlah Khalid dan konco-konconya, isu krisis air Selangor bukanlah tentang hal politik. Ia adalah tentang rakyat dan mengenai perihal sebuah kerajaan negeri yang tahu mentabdir dengan baik atau tidak. Ia soal tanggungjawab kerajaan sesebuah negeri dan ia bukan isu politik! Sumber: Mykmu.net | ||||||||||||||||||||||||||||||||
PANASSS..!!! SURAT TERBUKA UNTUK DR. JUANDA... #PRU13 @ustazfathulbari Posted: 16 Apr 2013 11:37 PM PDT Secara peribadi, aku mengenali Dr. Juanda. Kami ada duduk semeja beberapa kali. Antaranya ketika aku membuat liputan langsung Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu dan majlis-majlis bersama ulama anjuran Mykmu.net sebelum ini... Aku hormati Dr. Juanda. Hak dia untuk memilih parti. Tapi tolonglah jangan PKR. Kenapa PKR? Sebab PKR dah takde ulama selepas Badrul Amin "kantoi bertuala" kat Kuanta tu ke? Kalau nak masuk pembangkang sekalipun, agak-agak la Ustaz. Refer la dulu kat Dr. Sidek Baba yang dah buat kajian selama 3 tahun tu. Kalau betul pun marah kat UMNO, sila join geng Hasan Ali, Ustaz Nasharuddin atau Zul Noordin... Depa lebih lama berada dalam medan politik pembangkang, depa tau la... Kalau join Anwar tu nampak tak sesuai sangat la Ustaz... Heh! Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya membiarkan ramai pihak berteka-teki kedudukan dirinya menjelang pilihan raya umum kali ini. Khabar ini sehingga kini belum dinafikan ialah beliau. Tindakan Juanda membenarkan khabar angin dan gosip ini melingkungi dirinya sangat tidak wajar untuk beliau dan juga institusi mufti sendiri. Jika mahu menyertai politik atas sebab marahkan UMNO pun sertailah Pas atau menyertai Datuk Hasan Ali bukannya membenarkan diri diperguna oleh Anwar Ibrahim yang jelas telah berhadapan pelbagai isu moral yang tidak terjawab. - Mykmu.net | ||||||||||||||||||||||||||||||||
GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF SEKITAR MAJLIS PENGUMUMAN CALON BN KEDAH SEMALAM... Posted: 16 Apr 2013 09:37 PM PDT Semalam, aku sempat menyelit di tengah-tengah keriuhan majlis pengumuman calon BN Kedah di Anak Bukit. Redah je laaa...depa bukan tahu aku sapa pun. Heheheheee.. Hasilnya, dengan kamera cap ayam aku ni dapat la aku rakamkan beberapa keping gambar panglima-panglima yang bakal menjadi calon BN Kedah pada PRU ke-13 kali ni... Berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakam semalam dan aku siarkan secara eksklusif untuk tatapan semua. Demi perjuangan Islam, Bangsa dan Tanahair, kita perlu pastikan semua calon-calon BN di Kedah menang dengan majoriti yang besar...!!! InsyaAllah...
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
PERUTUSAN BLOGGERS PRO-UMNO/BN KEDAH SELEPAS PENGUMUMAN CALON BN... Posted: 16 Apr 2013 07:37 PM PDT Alhamdulillah, semalam selesai proses pengumuman calon yang disampaikan oleh pemegang amanah, Datuk Bashah Md Hanipah, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Selesai semua 36 calon DUN dan 15 calon Parlimen BN Kedah. Tahniah saya ucapkan pada pemimpin-pemimpin yang terpilih. Ingatlah, Datuk-Datuk semua kini adalah komander-komander perang. Sama ada menang atau kalah, itu semua terletak pada kebijaksanaan Datuk Datin semua dan takdir Allah... Pikullah amanah Allah itu dengan baik dan kita sama-sama berjuang untuk memastikan kemenangan BN untuk merampas kembali Kedah dari tangan rakus PAS. Tanggungjawab tersebut diiringi amanah yang berat dan saya percaya kalian semua dapat memikulnya... Pada yang tak tersenarai, saya tahu Datuk Datin semua sedih, kecewa, bengang dan ada yang marah. Tapi redakanlah api kemarahan itu dengan wudhu dan ketahuilah ada hikmah Allah yang berselindung di sebalik takdir ini... Ingatlah, perjuangan sebenar kita adalah demi Islam, bangsa dan tanahair. Perjuangan kita bukan bertujuan nak jadi calon, kan? Kemaskan minda dan perkukuhkan azam sebagai pendokong UMNO. Sama-sama kita gempur PAS dan Pakatan Haram Kedah yang cuba merosakkan negeri kita ini... Lebih 5 tahun kita derita dan Kedah hampir rosak dikerjakan PAS. PAS tipu rakyat kononnya depa pandai perintah. Hakikatnya depa penipu fakta dan pemutar alam di Kedah. Depa ingat rakyat Kedah ni bodoh macam depa? Ayuh kita bangkit. Tiada kompromi lagi. Sama ada terpilih atau tidak terpilih, ia sama saja. Kemenangan ini adalah kemenangan BN dan calon hanyalah sebagai wakil kita saja di dalam medan pertempuran demi rakyat ini... Kami para bloggers sudah tekad. Biar putih tulang, jangan putih mata. Berpantang maut sebelum ajal, bujur lalu melintang patah, takkan ku undur biar setapak..!!! Ayuh kita pastikan BN kembali menyelamatkan Kedah Darulaman..!!! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!! | ||||||||||||||||||||||||||||||||
LAWAK PAGI #PRU13... SALE OFFER DI KEDAI BARANGAN PURBA SADIQ SEGARAGA..!!! TAWARAN MENAKJUBKAN..!!! Posted: 16 Apr 2013 05:37 PM PDT Tawaran istimewa kembali lagi dari Kedai Barangan Purba Sadiq Segaraga..!!! Kali ni memang hebat "barang-barang purba" yang ditawarkan... Bukan setakat "mesing typewriter" yang berusia 72 tahun... Malah yang paling "purba" berusia 82 tahun..!!! Menakjubkan..!!! Mari beramai-ramai ke Kedai Barangan Purba Tuan Sadiq... P/s: Boleh dapat diskaun dari Tuan Penasihat 25%..!!! Heh! |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |