PEJUANG BANGSA |
- TERKINI ! CALON BN BAWA KELAINAN KEMPEN DI PERMATANG PAUH @NajibRazak @dzainalabidin #PRU13
- Dah 20 tahun Sharif jadi wakil rakyat , tak cukup lagi pegang kuasa @dzainalabidin #PRU13 #PG13
- TERKINI ! PAS Permatang Pauh sokong Dr Mazlan lawan Anwar #PRU13 ??
- HOT ! DR MAZLAN SINDIR BERAPI ANWAR IBRAHIM & WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH #PRU13 #PG13
- Hot ! Jui Ming malu besar dengan pengundi Segamat pasal Anwar tak hadir ceramah #PRU13 #GE13 #tolakPR
- Sebab ini lah Kit Siang lari Gelang Patah dari Ipoh Timur !!
- ANWAR MENGAKU PERGADUHAN REBUT KERUSI PR BOLEH HALANGNYA KE PUTRAJAYA #tolakPR #PRU13
- Jom lihat Calon PKR Tambun rupanya kaki temberang kuat #PRU13 #tolakPR
TERKINI ! CALON BN BAWA KELAINAN KEMPEN DI PERMATANG PAUH @NajibRazak @dzainalabidin #PRU13 Posted: 17 Apr 2013 10:27 AM PDT Malam tadi GPB mengikuti program calon-calon BN di majlis perlancaran Bilik Operasi Jentera Belia BN Permatang Pauh . Semua calon -calon BN yang bertanding di Parlimen dan DUN hadir seperti Dr Mazlan Ismail , Dato Nasir Abdullah , Anuar Faisal Yahya dan Ibrahim Ahmad . Dr Mazlan semasa ucapannya berkata kali ini di PRU13 sudah tiba masanya pengundi di parlimen ini selepas 15 tahun mengambil balik Permatang Pauh daripada pembangkang . Beliau juga memberi kata-kata semangat kepada jentera agar terus yakin bekerja keras merampas kembali undi kemenangan PR dahulu kembali kepada BN . " kita mesti mengetuk setiap pintu rumah yang ada di dalam Permatang Pauh , supaya mesej kita akan sampai , risalah kita akan sampai " katanya beliau . Mesej yang beliau dan rakan-rakan calonya bawa adalah mereka adalah " HARAPAN BARU PERMATANG PAUH & " UNDILAH ORANG KAMPUNG KITA " GPB yakin tagline yang barisan calon BN bawa untuk pengundi di Permatang Pauh mampu menarik perhatian terutaman pengundi muda yang mana akhirnya akan diterjemahkan dalam undi . perpaduan utuh & sokongan kuat kepimpinan bahagian kepada calon BN PRU13 adalah kunci utama untulk menang Menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pengundi yang mengalami sakit lumpuh . penyampaian sumbangan kepada pengundi oleh calon BN sokongan NGO belia Gerakan Belia 4B Permatang Pauh mampu menarik sokongan pengundi baru kepada calon BN Ketua Pemuda UMNO Bahagian , Sdr Mohd Zaidi Said menyatakan sokongan padu Pemuda UMNO kepada calon2 BN Calon BN DUN Permatang Pasir , Cikgu Anuar Faisal Yahya |
Dah 20 tahun Sharif jadi wakil rakyat , tak cukup lagi pegang kuasa @dzainalabidin #PRU13 #PG13 Posted: 17 Apr 2013 05:30 AM PDT Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata,bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang mengumumkan mahu bertanding di kawasan Parlimen Tasek Gelugor atas tiket parti lain tidak patut bertindak sedemikian. Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, ini kerana ketika Mohd Sharif menjadi wakil rakyat selama lebih 20 tahun, beliau telah menerima sokongan dan bantuan daripada para pengikut dan pendokong parti. Malah beliau perlu memberi peluang kepada anak-anak didiknya yang dipilih sebagai calon di kawasan itu kali ini kerana sebelum ini mereka banyak membantu beliau semasa menjadi calon dahulu. "Lagi pun Mohd Sharif sudah lebih 20 tahun terlibat dalam parti, menjawat pelbagai jawatan dalam negeri dan persekutuan...Inilah masanya beliau menunjukkan kesetiaan kepada parti. "Calon-calon di kawasan Parlimen Tasek Gelugor itu semuanya anak didik beliau (Mohd Sharif) terdiri daripada pegawai dan ketua wanita yang ketika beliau bertanding merupakan orang kuat menjalankan kerja jentera parti bagi memastikan kemenangannya," jelas Zainal Abidin. Shariff pada lewat malam Selasa telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Bebas atau parti lain setelah tidak disenaraikan sebagai calon BN. Bekas timbalan ketua menteri dan timbalan menteri pertanian itu mahu bertanding semula di kerusi berkenaan kerana mendakwa, ketika beliau menyerahkan kerusi tersebut kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob pada 2008, beliau telah dijanjikan akan diberi semula kerusi tersebut selepas sepenggal. Nor Mohamed yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut digugurkan dari senarai calon BN Pulau Pinang kali ini. *** Menteri dan MB tak jadi calon pun tak kecewa dan tak tanding bebas , siapa dia Sharif Omar untuk ugut BN dan Najib . Memang jenis manusia tak kenang budi ..dulu masa dia berkuasa, orang yang sokongnya , kini bila orang yang sokongnya jadi calon nak pulak dicantasnya . Hang pi masuk parti PKR memang elok la sebelumUMNO akan keluar surat pemecatan. |
TERKINI ! PAS Permatang Pauh sokong Dr Mazlan lawan Anwar #PRU13 ?? Posted: 17 Apr 2013 04:50 AM PDT PAS Permatang Pauh mengucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail kerana terpilih sebagai calon Umno Parlimen Permatang Pauh. Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan dalam kenyataan pada Harakahdaily menegaskan, tanggungjawab PAS Kawasan sebelum ini yang mengadakan pertemuan silatulrahim dengan Dr Mazlan sudah selesai dan terpulang padanya untuk bertanding atau tidak melawan Datuk Seri Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. "Bila kita ketahui pengumumanya sebagai calon Barisan Nasional (BN, kita akur itu adalah pendiriannya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi untuk bersuara. "Selepas ini PAS akan melancarkan serangan ke arah BN seperti biasa walaupun tuan tubuh yang mewakilinya merupakan ahli seumur hidup PAS, " jelasnya. Omar yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Negeri menyifatkan pembabitan Dr Mazlan dalam Umno sudah dijangka. Menyentuh mengenai statusnya sebagai ahli PAS seumur hidup yang berdaftar di kawasan Permatang Pauh beliau menyerahkan kepada pihak PAS negeri untuk tindakan sewajarnya. ** Apa maksud PAS tak serang "tuan tubuh' ( Mazlan ) dan hanya ke arah BN ?? |
HOT ! DR MAZLAN SINDIR BERAPI ANWAR IBRAHIM & WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH #PRU13 #PG13 Posted: 16 Apr 2013 11:15 PM PDT Dengan pengesahan calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah Dr Mazlan Ismail, ramai yang kata, kali ini 'buku bertemu ruas'. Dr Mazlan, 53, adalah anak tempatan, kelahiran Kubang Ulu, Penanti, dia memang terkenal di kalangan penyokong pembangkang di kawasan itu selama ini, berikutan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang untuk PRU ke 10 dan 11. Dia tahu Permatang Pauh, demografi, mood, pemikiran penduduk di situ sama macam "back of his hand'. Sebab itu ramai yang teruja apabila Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd (TM) ini sanggup melepaskan jawatan dengan gaji lumayan hanya untuk 'melayani' penduduk Permatang Pauh. Orang yang jadi saingan bukan sebarangan, tapi Dr Mazlan sudah bersedia mental dan fizikal untuk mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Meskipun sedar bukan mudah meruntuhkan kubu pembangkang yang dibina sejak bertahun-tahun lalu dan lawannya bukan calang-calang orang, ia bukan penghalang kerana matlamatnya mahu menjadi pemimpin mensejahterakan rakyat. Bekas ahli PAS yang menekankan keseimbangan antara dunia dan akhirat itu, memilih perjuangan bersama BN bagi melihat kawasan kelahirannya membangun seperti kawasan lain, sekali gus menjadi bekalan di akhirat kelak. Beliau melihat Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pemimpin 'touch n go,' iaitu sekadar bertanding untuk menang dan selepas itu balik ke Kuala Lumpur dengan hanya sekali sekala pulang ke kawasan. "Sejak 15 tahun lalu, apa yang mereka buat? Mereka tak berkhidmat kepada rakyat, bahkan tiada satu pun pembangunan dilaksanakan. "Jika sekali lagi orang Permatang Pauh bagi undi kepada beliau, tak mustahil beliau akan jadi pemimpin 'smart tag' pula, lalu (bertanding) saja, tak payah buka tingkap pun (khidmat kepada rakyat) sebab tahu buat apa nak bagi kerana akhirnya rakyat sokong juga," katanya. Berbanding dirinya, Mazlan berkata, beliau adalah anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan itu serta pernah merasai kesusahan kerana berasal daripada keluarga kurang berada. Bapanya seorang pemandu bas, manakala ibunya penoreh getah dengan adik-beradik lapan orang. "Saya ada di sini (Permatang Pauh), tinggal dan akan mati juga di sini. Saya tak ada pilihan, melainkan berkhidmat kepada rakyat yang semua mereka terdiri daripada ahli keluarga, adik-beradik dan rakan," katanya.-17/4/2013 |
Posted: 16 Apr 2013 10:16 PM PDT Dah nama dan muka ada di poster , tiba-tiba last minute tak mai ..mau tak marah orang yang mai . Ye la sapa tak bengang pasal ditipu terang-terang . Kalau janji nak mai ceramah pun tak boleh tunaikan , bagaimana pulak janji2 manifesto PR ? Sebahagian penonton bertindak 'angkat kaki' selepas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Segamat Datuk Chua Jui Meng mengumumkan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah yang diadakan di sini malam Selasa. Anwar yang diuar-uarkan melalui beberapa poster di sekitar Segamat akan memberi ceramah di dua kawasan di sini diberitahu sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur. "Saya minta maaf kerana Datuk Seri Anwar tidak dapat sampai kerana mesyuarat Pakatan Rakyat masih belum tamat lagi. Tetapi beliau berjanji akan datang berjumpa orang Segamat sebelum 5 Mei nanti," ujar Chua sebelum memulakan ceramah, di Taman Yayasan, malam Selasa. Bagaimanapun, selesai saja pengumuman tersebut sebahagian besar penonton yang rata-ratanya penduduk tempatan mula beredar daripada lokasi tanpa mendengar ceramah daripada Jui Meng. Turut hadir pada ceramah tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Ghafir Abdul Hamid dan Naib Ketua PKR Negeri, Hassan Karim. |
Sebab ini lah Kit Siang lari Gelang Patah dari Ipoh Timur !! Posted: 16 Apr 2013 06:59 PM PDT |
ANWAR MENGAKU PERGADUHAN REBUT KERUSI PR BOLEH HALANGNYA KE PUTRAJAYA #tolakPR #PRU13 Posted: 16 Apr 2013 05:00 PM PDT Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu berkata, pakatan pembangkang masih gagal mencapai kata sepakat di kerusi-kerusi yang menjadi rebutan sesama mereka. Walaupun menyifatkan pergeseran itu sebagai perkara biasa, Anwar mengingatkan keadaan tersebut boleh menyukarkan usaha pembangkang untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei ini. "Esok (hari ini) kita ada mesyuarat, ada lawan sana, gaduh sini. Ini Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin) ada, DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Acheh gaduh sikit-sikit. "Kita jangan banyak sangat gaduh, kalau banyak sangat gaduh sama-sama macam mana mahu lawan UMNO?," katanya dalam ceramah di Padang Taman Gopeng Jaya, di sini malam tadi. Seperti biasa, dalam ceramahnya, Anwar terus menabur janji manis untuk menurunkan harga minyak selain memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam ceramah terbabit, Anwar turut mengumumkan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Lee Boon Chye akan mempertahankan Parlimen Gopeng pada pilihan raya kali ini. |
Jom lihat Calon PKR Tambun rupanya kaki temberang kuat #PRU13 #tolakPR Posted: 16 Apr 2013 11:52 AM PDT Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak. Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama. Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka. Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka. Malangnya, walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti. Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan, begitulah juga dengan Siti Aishah. Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah: 1. Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan. Bagi menjawab Siti Aishah, BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas. Selain itu, Sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian. Yang pasti, BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor. 2. Kemudiannya, menurut Siti Aishah, pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik, dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya. Apa yang boleh kita katakan ialah, bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan. Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara 'mengikis' Petronas. Mungkin kerana itu, maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara 'mengikis' Petronas. Namun, hakikatnya, BR1M pertama kali disebut oleh Dato' Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011, selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion. Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka, BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan. Jelas, BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua. 3. Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah, kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi. Walhal, ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan. Pelik, Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu. Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu. Hakikatnya, seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu. Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari, atau MNLF. Tidak cukup dnegan itu, Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu. Apa nak dikata…kata orang, nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa. Untuk pengetahuan Siti Aishah, yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu, tetapi Al-Haj Murad Ebrahim, iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina. Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF? Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung. 4. Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR, termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO. Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi, UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai. Namun, tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri.Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam 'jentera pembikin VCD lucah' yang sama? 5. Kita juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya. RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya, kata Siti Aishah. Nampaknya, sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak, zuhud dan sederhana, tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula. Soalan kita, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak? Dari langit? Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari? Dan untuk apa? 6. Akhirnya, Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar. Katanya, 18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim. Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja. Namun, setakat yang kita lihat, solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut, agar UMNO tumbang, agar semua pengundi hanya nampak bulan, yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan. Malah, sehingga kini, UMNO, Tun Mahathir atau Dato' Seri Najib belum tumbang, tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki, tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang. Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata. Sebagai pengundi, kita wajar bertanya kepada diri sendiri, inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat? Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat 'homework'? Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit? |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |