DARUL EHSAN TODAY |
- TANGKAP MEREKA SEGERA Sebelum Rahsia Pertahanan Negara Bocor...
- Ketua Ulama Pas Sifatkan Kematian 10 Anggota Di Lahad Datu Sebagai Mati Sia-Sia...
- Singapore Habiskan 12.3 Bilion (rm 30.6b) Untuk Beli Jet Tempur...
TANGKAP MEREKA SEGERA Sebelum Rahsia Pertahanan Negara Bocor... Posted: 18 Mar 2013 10:00 PM PDT Mereka tergamak menghina dan memperlekehkan perjuangan anggota tentera yang berkorban nyawa di lahad datu, walhal mungkin ada yang berjuang di sana itu bekas anak buah mereka... Mereka dengan berani mendedahkan aset pertahanan negara yang selama ini menjadi rahsia negara... klik sini Aku yakin dan percaya, mereka juga telah mendedahkan segala maklumat sulit mengenai aset pertahanan, jaringan keselamatan, blue print segala kem dan markas pertahanan, kubu, bunker dan apa sahaja yang berkaitan dengan operasi ketenteraan malaysia kepada anwar ibrahim... Pada aku mereka ini cukup bahaya, keselamatan negara boleh terancam sekiranya mereka ini masih lepas bebas berkeliaran... Ingat walaupun mereka ini sudah pencen, tapi barua-barua mereka masih ada dalam angkatan tentera, sudah tentu barua-barua ini akan menyalurkan maklumat kepada mereka... Anwar dengan mudah mendapat segala maklumat mengenai tentera darat, laut dan udara dari pada mereka... Jadi aku sarankan kepada kerajaan tolong tangkap mereka dengan kadar SEGERA bagi mengelakan maklumat keselamatan dan pertahanan negara bocor dan jatuh ke tangan musuh... |
Ketua Ulama Pas Sifatkan Kematian 10 Anggota Di Lahad Datu Sebagai Mati Sia-Sia... Posted: 18 Mar 2013 07:00 PM PDT Ada 3 jenis mati syahid, Syahid Dunia dan Akhirat Mereka adalah umat Islam yang mati terbunuh akibat peperangan dengan orang Kafir. Mereka bertempur, tidak berundur. Supaya menjadikan Kalimah Allah ditinggikan. Dan Kalimah Kuffar direndahkan. Tanpa sebarang impian dan matlamat duniawi. [Ruj. Mughni Muhtaj, Jil.1, m/s 350] Di dalam sebuah hadith yang disampaikan oleh Abu Musa r.a., beliau telah berkata: Dua orang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w. lantas bertanya untuk memahami (sebuah masalah): "Seorang perajurit berperang kerana harta, seorang lagi kerana zikir (Alllah), dan seorang lagi berperang kerana mahu dilihat kedudukannya (rsombong), yang mana satukah yang telah berperang di jalan Allah?" Rasulullah pun menjawab: "Orang yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi, ia adalah (berperang) dijalan Allah." [Direkodkan oleh al-Bukhari] Syahid Dunia Mereka adalah umat Islam yang berperang dengan orang kafir kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang, atau untuk menyombong diri, atau bagi mendapatkan kepentingan-kepentingan dunia. Syahid Akhirat Mereka adalah umat Islam yang terbunuh secara zalim (musibah) seperti orang yang mati kerana penyakit diperut, atau kerana penyakit Taun, lemas, mati akibat pertempuran (rompakan atau sebagainya), Penuntut ilmu yang mati semasa menuntut ilmu, orang yang bernifas dan mati ketika itu, dan sebagainya. Namun, terkecuali bagi orang yang mati dalam musibah tetapi atas dasar maksiat yang dia lakukan sendiri seperti mati kerana AIDS disebabkan perlakuan sumbang, mati ketika melahirkan disebabkan zina dan seumpamanya. Pahamnya kita dari kenyataan ketua dewan ulama pas itu, matinya 10 anggota keselamatan di lahat datu, adalah mati yang sia-sia kerana niat mereka untuk menyombong dan membangga diri bagi mendapat kepentingan dunia... Terima kasih harun taib atas kenyataan bodoh kau itu, lepas ini makin banyaklah anggota tentera dan polis tidak akan mengundi pakatan lagi... |
Singapore Habiskan 12.3 Bilion (rm 30.6b) Untuk Beli Jet Tempur... Posted: 18 Mar 2013 06:16 AM PDT Singapura: Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35 Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber. Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini. Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt & Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk F-35. Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang. "Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35," katanya di Parlimen. Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos. Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache. Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya. REUTERS komen aku: negara sekangkang kera sanggup perabis duit rakyat untuk beli jet, aku pun tak tau untuk apa... tapi nampak pergerakan negara singapore nie cukup lain macam sejak kebelakangan ini, akhbar utama singapore, straits times, boleh dikatakan tiap-tiap minggu menyerang pentadbiran najib, mungkinkah ada kaitan serangan straits times singapore dengan pembelian jet F-35 itu...??? |
You are subscribed to email updates from DARUL EHSAN TODAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |