Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Artikel Rasis Dari Seorang Cina.

Posted: 18 Mar 2013 10:35 PM PDT


Seorang rakan memanjang satu artikel dari FB (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=584802658214452&set=a.179879922040063.44929.100000541683743&type=1).

MALAYSIA'S EDUCATION DISASTER - TIME FOR CHANGE
An Open Letter From Koon Yew Yin
Dec 20, 2012

As election day comes closer, we will be asked for reasons as to why we should want to change the BN.
When the question is put to me, I tell people that there is no need to enumerate three, four or five reasons.
One simple reason alone is sufficient for Malaysians to elect a new government.

The reason is that the BN has ruined our educational system and put us back at least one generation in our educational standards and standing.

When the country became independent in 1957 our educational system was acknowledged to be amongst the best in the region - and our standard of English education was second to none then.

Today, post May 13 1969, after the introduction of NEP policies in education, we are scraping the bottom of an empty barrel in our standards of educational achievement at all levels. BN's record Whether it is in primary, secondary or tertiary education, the rot and decay is clear. Half literate primary school dropouts that cannot write or speak properly in either English or Bahasa; secondary students with abysmal standards in Mathematics, Science and other core subjects; tertiary students who are provided with glossy university degrees but in fact are unemployable except in the civil service.
This is the disastrous outcome of UMNO BN rule. This is the result of the politicisation of the educational system and UMNO's cynical use of our education system as a political and racial football.
Whether it is with regard to mission schools or vernacular schools or SRJK schools; teaching of science and mathematics; teaching of English; or worst, the creeping Islamisation of our schools; appointment of administrators and heads of schools; the curriculum; examinations; vocational education; funding and allocations - UMNO has inserted its racial and political agenda to debase and corrupt the system. Even issues of race and religion can get mixed up in the food and drinks served in the school canteens. If readers think that I am overly critical of the BN, let me provide two pieces of evidence on the disaster in our education. The first is from the government itself. According to the national education blueprint (Preliminary report, Malaysia Education Blueprint 2013-2025, pp, E4-E5), Malaysia was ranked in the bottom third of 74 participating countries of the Programme for International Student Assessment (PISA) 2009+.

60% of the 15-year-old Malaysian students who participated in Pisa failed to meet the minimum proficiency level in Mathematics, while 44% and 43% did not meet the minimum proficiency levels in Reading and Science respectively.

A comparison of scores shows that 15-year-olds in Singapore, South Korea, Hong Kong, and Shanghai are performing as though they have had three or more years of schooling than 15-year-olds in Malaysia.

Low achievement standards in TIMSS (Maths and Science): far behind first tier; now comparable to countries such as Indonesia.
By 2007 (last published cycle) 18% and 20% of our students failed to meet the minimum proficiency standards in Maths and Science.

The conclusion of the blueprint is shocking. Not only are the gaps between Malaysia and other countries in our region growing, international assessments also revealed that Malaysian student performance is declining in absolute terms.


This dismal and damning conclusion - that we are going backwards instead of moving forward in our education standards and achievement - shows that the problem is not a new one.

It is a long-standing crisis which the BN has successfully concealed from Malaysians thanks to media manipulation and its diversionary focus on use of Bahasa Malaysia as a political weapon and Chinese school issues.

It is a longstanding and divisive "us versus them" issue -between the Malays and non Malays, between Muslims versus non Muslims. In other words, our education system is hijacked or ransomed to serve UMNO's agenda of political survival. Playing up on issues of race and religion is the bane in our schools now.

Baca seterusnya di sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=584802658214452&set=a.179879922040063.44929.100000541683743&type=1

Sepanjang artikel ini, tiada perkataan lain selain daripada menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional.

MyMassa yakin pembaca boleh kesan penulis ini menyokong parti mana.

Cuma SATU persoalan untuk penulis rasis ini :

PARTI MANAKAH YANG BERIA-IA MENOLAK PPSMI SEHINGGA A. SAMAD SAID SAMPAI SEKARANG BERKEMPEN UNTUK PARTI TERSEBUT?




Satu hakikat yang perlu direnung dan difikirkan oleh rakyat Malaysia yang KRITIKAL terhadap Kerajaan adalah transformasi bidang pendidikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Sebelum ini mungkin Kerajaan yang menetapkan dasar dengan kurangnya partisipasi dari rakyat. Namun di bawah  pentadbiran YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran, kerajaan telah memperkenalkan DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA.


Satu platform untuk rakyat terutamanya ibu bapa memberi input-input untuk memperbaiki sistem pendidikan negara.

Tidak perlu untuk turun ke jalan raya. Tidak perlu untuk meroyan di Facebook sambil menyelitkan elemen rasis dan kepartian untuk menghasut orang lain. Cuma perlu pergi menyertai DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA untuk menyumbang pendapat anda.

Jika dibaca dalam artikel tersebut, antara propaganda En. Koon adalah pelajar Malaysia gagal kerana tidak dapat menjawab Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat universiti. Kerajaan Malaysia ketika Tun Dr. Mahathir memperkenalkan PPSMI untuk mengatasi masalah ini. Namun parti pembangkanglah terutamanya PAS yang beria-ia mahu menghapuskan dasar ini. Yang peliknya, bila dasar ini tarik balik, pemimpin pembangkang (dari DAP dan PKR) juga yang beria-ia supaya PPSMI diwujudkan semula!



Sebagai penutup, MyMassa tinggalkan satu lagi soalan untuk pembaca... 
 
Adakah dengan mengundi pembangkang, isu ini dapat diselesaikan kerana dalam pembangkang sendiri tak sepakat dalam hal ini?

*Fikir-fikirkan.

Menjelang Pilihan Raya : Tips Untuk Mengenali MACAI!

Posted: 18 Mar 2013 09:12 PM PDT

Sejak kebelakangan ini, di lihat beberapa blog, facebook, twitter malah selebriti yang menyokong Barisan Nasional menjadi serangan macai.

Apa itu MACAI dan macam mana nak kenali sang MACAI. Jom tengok tips di bawah.


Contoh sang MACAI :

Sumber : http://mymedialab.blogspot.com/2013/03/penyokong-tetap-terima-ketua.html


*Sebar-sebarkan.

PENGUMUMAN, PENGGANAS KIRAM

Posted: 18 Mar 2013 07:00 PM PDT


Mymassa baru sahaja dihubungi oleh rakan-rakan di dalam Persatuan Suluk Bersatu Sabah supaya kita tidak menggunakan istilah pengganas Sulu sebaliknya menukarkannya kepada pengganas Kiram. 

Menurut mereka, masyarakat Suluk di Sabah yang sudah lama menetap di Sabah sebelum merdeka lagi tidak boleh disamakan dengan orang-orang Sulu yang menetap di Kepulauan Sulu, Mindanao, Tawi-Tawi dan sekitarnya di Filipina.

Walaupun terdapat juga Pelarian Perang dari Kepulauan Sulu pada tahun 1970an dan awal 1980an ke Sabah dahulu, dan kebanyakan mereka yang menetap berpuluh tahun di Sabah sudah berjaya dalam permohonan menjadi warganegara Malaysia, namun mereka sangat tidak suka dikaitkan dengan kegiatan Pengganas Kiram ini. Mereka juga tidak mahu digunakan perkataan pengganas Sulu kerana seolah-olah melibatkan diri mereka juga.

Masyarakat Suluk di Sabah, yang menggunakan ejaan "Suluk" bukan "Sulu" merasakan tidak adil kepada mereka kerana tempias keganasan pengganas-pengganas Sulu itu terkena juga kepada mereka, walhal mereka adalah masyarakat Suluk Sabah yang patuh kepada kerajaan dan negara Malaysia.

Oleh itu, mula saat ini mereka meminta supaya bloggers, media dan orang ramai menggunakan istilah yang lebih sesuai yakni Pengganas Kiram.

Dalam hal ini, mymassa boleh sampaikan dan mengharapkan semua rakan media internet dan bloggers menggunakan istilah yang lebih tepat seperti Pengganas Kiram, Pengganas Jamalul Kiram3 dan sebagainya.

Sekian, diharap posting ini membantu. Terima kasih.

PERCUBAAN ANWAR MEMBUNUH KARIER LIM KIT SIANG: PKR TANDING 96

Posted: 18 Mar 2013 05:30 PM PDT

ANWAR YOU NAK BUANG I KAT GELANG PATAH, U JANGAN LUPA I AM THE FIRST PRIME MINISTER OF REPUBLIK MALAYSIA...YOU ULANG, SAYA SAMAN YOU PULAK!
SEMALAM, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, sebuah kawasan berjiran dengan Singapura. Ahli Parlimen Gelang Patah YB Tan Ah Eng menang dalam PRU12 dengan majoriti 8,851 undi. Rekod menunjukkan PRU pada tahun 2004 dan 2008, MCA dan PKR dua kali berlaga di kawasan Gelang Patah dan dimenangi oleh MCA. 

Kali ini khabarnya Lim Kit Siang dari DAP pula akan bertanding di situ. Namun, Lim Kit Siang belum menjawab setuju atau tidak.

Kesilapan Anwar ialah mengandaikan Lim Kit Siang bodoh untuk menerima permainan politik Anwar itu. Anwar lupa, kepada DAP atau khususnya kepada LKS dan LGE biarkan sepohon pokok rosak kerana matlamat DAP bukan sepohon pokok itu, matlamat mereka ialah Sehutan Pokok.

Maksudnya, biarkan PAS rosak kerana ia hanya sepohon pokok. Biarkan PKR rosak, jangan matlamat DAP rosak.


PAS 76, DAP 50, PKR 96

Pembahagian kerusi dalam pakatan sudah boleh dibaca, kerana kepimpinan PAS bercakap PAS mahukan 76 kerusi walaupun dalam PRU yang lalu-lalu PAS hanya bertanding di 60 kawasan sahaja.

DAP pula bercakap tentang angka 40 hingga 50. 

Sudah tentu PKR akan bertanding dalam kitaran 96 hingga 106, iaitu angka kurafat Anwar yang sangat suka nombor 6. Kereta peribadi Anwar pun angka 666.

Maknanya, UMNO dan BN mempunyai peluang yang besar untuk mendapat majoriti 2/3 memandangkan sokongan rakyat yang semakin memuncak kepada UMNO dan BN tidak dapat dinafikan lagi.

Dengan jumlah yang minoriti kepada PAS, jelas menunjukkan idealisme Negara Islam sudah berkubur dari jantung hati sanubari kepimpinan PAS.

Orang-orang Melayu dan Islam sudah tiada pilihan, marilah menyertai YB Nasharudin, sertailah YB Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Harun Taib, Datuk Taib Azimudin, Dr. Harun Din, Ustaz Ismail Mina, Ustaz Hassan Basri dan pasukan Ulama sebenar. Kali ini, tinggalkan PAS jangan undi mereka sebagai Pengajaran atas kelemahan mereka mendaulatkan Islam sebaliknya mendaulatkan matlamat DAP.









Lawak Si Kiram Dengan Cop Mohor

Posted: 18 Mar 2013 09:30 AM PDT

MyMassa jumpa lawak ni kat sini (http://eekaa.wordpress.com/2013/03/05/itu-apa-pula-bom-hey-kita-tak-order-benda-tu-kah-belum-tuanku-kita-baru-hendak-mintak-duit-kiram-spring/).

Itu apa pula. "Bom". "Hey, kita tak order benda tu kah". "Belum, tuanku, kita baru hendak mintak duit. " Kiram Spring
 
Kiram: "Apa lak bunyi kuat tuh, Maleek?".

Maleek: "Bom, F18, dan grenade launcher, Tuanku!"

Kiram: "Hotak engkau, nape tak order benda tu juga, Maleek?"

Maleek: "Boleh order tuanku, pakai American Express. Tetapi credit line dah tutup dah. Kalau boleh pun siapa nak jadi pilot, semua mat mat kita tembak lari jer, sekolah tak pas apa apa camna nak masuk akedemi tentera udara?. Tuanku tak beri duit ajar penduduk kita, duit tuanku masuk mulut tuanku saja".

Kiram: "Celako engkau ni, kang melayang pedang ni ke tengkok engkau! Pergi tengok siapa masih hidup, beri pedang suruh rodok tentera Malaysia tu".

Maleek: "Tuanku sahaja yang masih hidup, saya pun dah patah tangan dan kaki ni, nah ambil pedang ni dan rodok lah sendiri, tuanku".

Kiram: "Ya kah. Cheh celako. Aku ingat kau pahlima yang hebat, habis tentera Filipina engkau pancung, jadi camna nih?".

Maleek: "Jangan gusar tuanku, pergi pakai seluar dalam merah. Lepas itu tuanku telanjang bulat sampai ke kawasan polis tuanku cabut seluar dalam tu dan kibar kan dia menyerah diri. Ingat telanjang bulat tuanku. Saya dah tak boleh bergerak dah tuanku".

Kiram: "Komander jenis apa lah engkau nih, ada pulak suruh aku telanjang bulat. Engkau tak reti rasa malu kah, baso".

Maleek: "Sekarang nak rasa malu dah terlewat tuanku. Tuanku, chop mohor dimana tuanku, tolong chop kertas claim insurance nih, hamba nak claim insurance masuk spital".

Kiram: "Mana aku ada chop mohor. Di Lahad Datu tak der ke kedai boleh buat chop mohor?. Kalau ada aku tempah satu dan karang aku cop lah".

Maleek: "Tak pa tuanku, tuanku keluar kan dodek tuanku tu, ambil bahagian kepala tuh dan cucuk kat kertas nih. Insurance company boleh terima chop mohor jenis semacam ni kut".

Kiram: "Babi, engkau Maleek".

Sumber : http://eekaa.wordpress.com/2013/03/05/itu-apa-pula-bom-hey-kita-tak-order-benda-tu-kah-belum-tuanku-kita-baru-hendak-mintak-duit-kiram-spring/

Boleh tahan gak blogger ni buat lawak. Rasanya ramai jugak kawan-kawan yang belum link kan blog ni.

Rugi kalau tak link sebab entri dalam blog ni memang mantap.

Update Insiden Lahad Datu : TIGA SUSPEK LELAKI DITAHAN DI KAMPUNG SIM-SIM SANDAKAN

Posted: 18 Mar 2013 08:00 AM PDT

TIGA SUSPEK LELAKI DITAHAN DI KAMPUNG SIM-SIM SANDAKAN

Sandakan, 18 Mac - Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, hari ini selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan pada 3 petang tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat, mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - BERNAMA


Sumber : www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

 

JANGAN RAGUI MEREKA, TUN MUSA & YB KJ

Posted: 18 Mar 2013 06:00 AM PDT

Sepanjang sebulan dua ini, kita telah bercakap banyak perkara khususnya isu pengganas di Lahad Datu. Namun begitu, kami dapati ada beberapa isu yang kita terlupa untuk memperkatakan khususnya kata-kata seorang YB DAP kononnya orang India boleh dibeli dengan Mutton Curry dan Beer. Kami yakin, jika tweeter YB DAP itu didedahkan, masyarakat India akan sangat kecewa dengan penghinaan itu.

Ada juga blogger  tentang yang bercakap kesetiaan Tun Musa Hitam. Apa kata kita lihat pandangan kritis penulis di bawah ini, ianya ada kaitan. Kami rasa perlu kita kongsikan dengan pembaca mymassa. Silakan


BERSATU


Pada tahun 2008, Kerajaan BN yang dipimpin Tun Abdullah AHmad Badawi (Pak Lah) mengalami kemerosotan yang paling terok dalam sejarah, walaupun pada tahun 2004 Pak Lah memenangi Pilihanraya dengan sangat bergaya sehingga hampir-hampir menawan negeri Kelantan. Hanya tinggal 1 dan 2 kerusi sahaja.

Sepanjang 2003-2009, Tun Musa Hitam menerima kesenangan yang amat besar kerana Pak Lah memberikan penghormatan dan layanan yang baik kepada Tun Musa Hitam. 


PERPADUAN
YB Khairy Jamaludin

Ramai orang melihat antara sebab kejatuhan Pak Lah ialah campur tangan di saat-saat akhir YB Khairy Jamaludin dalam urusan pencalonan semasa PRU13. Saya tidak hendak komen apa yang telah berlaku, namun Pak Lah sudah tidak lagi mengetuai parti, maka satu pandangan baru mesti diberi keutamaan.

Saya bukan anti YB Khairy Jamaludin. Saya beberapa kali melihatnya berhujah, dan hujah-hujahnya bolehlah tahan terutama ketika dalam debat, forum dan juga di Parlimen. Namun, bagi saya secara peribadi YB Khairy Jamaludin bukanlah individu yang sesuai pada masa dan tempatnya untuk memaksa Presiden parti untuk menerima listnya, kali ini. Masa YB KJ sudah berlalu, khususnya ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh YB KJ sekarang memadai dan diucapkan terima kasih dalam memperkuatkan imej dan prestij parti UMNO dan BN. Itu pun sudah cukup baik. Soal sama ada ianya sudah membayar kesilapan lamanya dahulu, hanya masa dan keadaan yang akan menentukan, namun YB KJ perlu membuktikannya semasa PRU13 nanti.
BERSATU PADU
Tun Musa Hitam

Tun Musa Hitam adalah berketurunan Bugis. Bezanya, YAB Perdana Menteri dari keturunan Bangsawan Bugis.

Baru-baru ini Tun Musa Hitam melakukan perkara pelik apabila dilaporkan berkata negara tidak akan bankrap apabila kerajaan bertukar tangan! Kita tidak pasti apakah kata-kata itu terbit kerana isu di Sime Darby, atau isu lain seperti kekuatan Tun Dr. Mahathir hari ini dalam kerajaan.

Semasa Pak Lah mengetuai kerajaan kita, Tun Musa Hitam menikmati pelbagai perkara. Pak Lah memberikan merit dan kesahabatan yang tinggi kepada Tun Musa Hitam, sebaliknya kelihatan kurang kepada Tun Dr. Mahathir.

Pada zaman DS Najib Tun Razak, tidak ada perbezaan yang ketara dalam hubungan DS Najib dengan kedua-dua tokoh negara ini. DS Najib memberikan penghormatan dan layanan yang sangat baik kepada Tun Dr Mahathir dan juga kepada Pak Lah.

Semasa kerajaan Pak Lah mengalami pelbagai tekanan daripada pelbagai sudut seperti Harga Minyak yang melambung, Isu Harga Gula dan Beras yang meningkat, Ketiadaan Bonus, isu Hindraf dan pelbagai lagi...pernah di dapati Pak Lah dan Tun Musa Hitam kelihatan bersama-sama. Apakah Pak Lah pergi bertemu Tun Musa Hitam mendapatkan nasihat Tun Musa Hitam atau Tun Musa Hitam yang memberikan pandangannya kepada Pak Lah, hanya mereka mengetahuinya.

Hanya yang boleh kita tulis ialah, selepas itu, keputusan PRU12 tidak memihak kepada Pak Lah.

Pandangan saya ini tidaklah bermaksud kedua-dua mereka ini hendak diketepikan.

Bagi saya, YB Khairy Jamaludin dan Tun Musa Hitam perlu berada di atas landasan yang kukuh di belakang DS Najib. Kita memerlukan kemenangan lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Lihatlah Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun sudah berusia 88 tahun beliau tidak berdiam diri. Beliau tidak menuntut apa-apa pun. Beliau hanya mahu membantu kemenangan BN lebih 2/3.

Atas nama Ketua Pemuda UMNO, saya mengajak YB Khairy Jamaludin untuk bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jika YB Zulkifli Noordin pada tahun 1998 mencerca dan menghina Tun Dr Mahathir tetapi baru-baru ini YB Zulkifli Noordin bertemu dan memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukankah ia sangat baik kepada imej. Tun Dr. Mahathir adalah manusia pemaaf, itu sudah cukup.

Saya percaya, imej Pemuda UMNO akan lebih terserlah dan terkedepan jika perkara ini dapat dilakukan menjelang PRU13! Saya tidak pernah melihat ada satu Majlis Pemuda UMNO bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad!

Salam, jika anda tidak bersetuju, tidak mengapa, ini idea sahaja, yang penting BN menang besar 2/3 majoriti. Saya tidak boleh mendetailkan tulisan saya ini. Jika anda faham sedikit pun sudah ok. Yang pentingnya, yakinkan rakyat, berikan undi kepada DS Najib dan BN.

Baca lengkap dengan komentar di sini jentayuabaka.blogspot.com

Insiden Lahad Datu: Kereta Kebal VS Tangkal Kebal

Posted: 18 Mar 2013 04:02 AM PDT


Jalan Mati buat Militan Sulu


UPDATE LAHAD DATU: Kereta kebal berantai dari Tawau tiba di bandar Lahad Datu kira-kira jam 2.30 petang tadi. 

Kereta kebal berantai itu diangkut menggunakan treler diiringi trak tentera dan polis, meneruskan perjalanan ke FELDA Sahabat untuk membantu Ops Daulat. 

Tangkal Pengganas Sulu
Mampukah Pengganas Sulu yang mengamalkan ilmu hitam dengan menggunakan tangkal dan azimat dalam pencerobahan Lahad Datu ini bertahan daripada serangan kereta kebal kita? Ataupun menjadi abu dan tidak lagi dapat dikenal pasti identiti mereka?

Kita telah beri mereka peluang untuk berundur secara aman... Inilah akibatnya, jangan sesekali menggugat kedaulatan Negara Malaysia!

Kebebasan Media Ala PAS. Bolehkah Dijadikan Ikutan?

Posted: 18 Mar 2013 01:50 AM PDT

Kebebasan media ala PAS.

Cerita Nik Aziz dijaja macam nak gila. Cerita Tun Mahathir ditutup serapat mungkin.


Hanya bila ada propaganda jahat terhadap Tun Mahathir, baru gambarnya keluar Harakah.

Macam tu ke perangai parti Islam?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>