Taipingmali (tm) |
- PKR sokong PM GAY. ITU HAK PERIBADI
- PDM Taman Yayasan Meriah
- Unit Amal Pas Baik dan Tak Ganas
- Imam Osman Noh Masjid Kpg Expo Kamunting wajar dipecat
- Tsunami melanda puak pembangkang di Bagan Serai
- Nik Aziz : "kalau Anwar Tu Liwat Sekalipun Dah Dia Tu Cerdik, Terima Dia...
- Isu Menamatkan Perkhidmatan Imam Surau Diri Jumaat Taman Yayasan
- KETUA PEMBANGKANG GENTAR
- Risalah Komunis Diedar di Taiping
- KACANG LUPAKAN KULIT
- Semua mata fokus kepada Tun Faisal Ismail
- Tarikh luput Parlimen 29 April 2013.
- Kerana Projek IC Umno lah , Nizar Jamaluddin lahir di Malaysia
- Selepas Masjid, Pasaraya pula menjadi Sasaran Pas
PKR sokong PM GAY. ITU HAK PERIBADI Posted: 18 Mar 2013 07:43 PM PDT | ||||||||||||||||||||||||||
Posted: 18 Mar 2013 07:23 PM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||
Unit Amal Pas Baik dan Tak Ganas Posted: 18 Mar 2013 06:46 PM PDT Sdr Zainuddin B. Zainon (Gambar Kecil) selaku Komandan Unit Amal Bukit Gantang menjelaskan bahawa Unit Amal bukanlah kumpulan samseng,ianya adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk kerja-kerja amal bagi semua pihak,
Penugasan anggota Unit Amal dalam menjaga keselamatan dalam sesuatu program dilakukan dengan niat ikhlas bukan mencetuskan huru-hara sepertimana yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. | ||||||||||||||||||||||||||
Imam Osman Noh Masjid Kpg Expo Kamunting wajar dipecat Posted: 18 Mar 2013 06:18 PM PDT
PENGHULU ZAMBRY | ||||||||||||||||||||||||||
Tsunami melanda puak pembangkang di Bagan Serai Posted: 18 Mar 2013 04:37 PM PDT PAS Kawasan Bagan Serai dalam mesyuarat parti baru-baru ini telah membuat ketetapan akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dan tiga Dun . Dun itu Semanggol,Selinsing dan Alor Pongsu.Walaupun DS Anwar telah mengumumkan Dr Mohd Nor Manuty bertanding di Bagan Serai. Pas Bagan Serai tetap menyatakan akan bertanding di semua kerusi dun dan parlimen itu. Foto menunjukkan YB Ustaz Ramli Tusin dan YB Hj Husein Din serta saf pimpinan PAS Bagan Serai menunjukkan komitmen untuk bertanding dalam PRU 13 kali ini. Semalam, episod bantahan pencalonan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai berterusan apabila lebih 20 pemuda India menyokong Pakatan Pembangkang mengadakan demonstrasi susulan menuntut pucuk pimpinan PKR meletakkan calon tempatan. Demonstrasi kali kedua dalam tempoh sebulan itu menguatkan lagi spekulasi penyokong PR di sini mula mengorak langkah memprotes pencalonan Dr Muhammad Nur sekaligus menimbulkan desas-desus berlakunya masalah dalaman dalam PKR Perak. Jurucakap kumpulan, P Arumugam, 28, berkata, bantahan susulan dibuat berikutan bimbang berlakunya episod ulangan senario lompat parti sepertimana berlaku terhadap penyandangnya, Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar PKR dan menjadi calon bebas. Menurutnya, mereka kini sudah trauma dengan tindakan wakil rakyat PR keluar parti dan mengenal pasti peletakan bukan calon tempatan menjadi faktor insiden sebegini berlaku. "Penyokong PR melihat kepentingan peletakan calon tempatan merupakan satu keperluan bagi memulihkan keyakinan pengundi yang sebelum berasa 'dikhianati' dengan keputusan Mohsin menjadi calon bebas walaupun memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR. "Soal sama ada calon yang dipilih berpelajaran tinggi dan berpelajaran agama tidak penting memandangkan kami difahamkan calon sebelum ini mempunyai dua ijazah, tetapi lompat parti disebabkan tidak mempunyai asas kepartian teguh. "Dalam soal politik, bukan soal ketinggian pelajaran dan ilmu agama menjadi ukuran, sebaliknya cara pergaulan dengan rakyat dan pegangan prinsip politik adalah indikator penentu kejayaan seorang wakil rakyat," katanya sewaktu ditemui media di Ladang Gula, semalam. Seorang lagi wakil kumpulan, V Balamurugan, 31, berkata, selain faktor anak tempatan, pihaknya turut melihat kepentingan peletakan faktor calon berketurunan Banjar bagi mewakili masyarakat Bagan Serai yang terdiri 70 peratus orang Banjar. Menurutnya, penyokong PR di parlimen mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan suara anak muda dan tidak memandangkan rendah terhadap kemampuan anak tempatan disebabkan calon anak tempatan merupakan orang paling dekat dengan masyarakat. "Pada PRU13 ini, kami menggesa pucuk kepimpinan PKR mendengar suara rakyat dengan meletakkan calon pilihan kami bertanding di sini. "Kami juga tidak menolak kemungkinan untuk memboikot mana-mana calon luar yang diletakkan di sini memandangkan kami tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah pilihan raya lalu kami diabaikan wakil rakyat dipilih," katanya. Pas kawasan bagan serai melanggar PKR dengan mengambil keputusan sebulat suara ingin bertanding Kerusi Parlimen milik PKR dan DUN Alor Pongsu dalam pilihanraya 13 Situasi ini yang terbaru memberi tamparan hebat kepada pengerusi PKR,Dr. Muhammad Nur Manuty dan PKR Cabang Bagan Serai sesudah disusun beberapa siri demonstrasi oleh penyokong parti itu bagi membantah pemilihan Dr. Muhammad Nur sebagai calon untuk parlimen Bagan Serai. Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Bagan Serai,Ramli Tusin pula lansung tidak berbincang dengan Cabang PKR,lansung mengambil keputusan sebulat suara dari 57cawangan PAS aktif tanpa berbincang dengan Cabang PKR di kawasan tersebut dengan andaian kebimbangan pepecahan PKR yang menajadi punca kegawatan Pakatan Negeri Perak. YDP PAS lansung tidak memaklumkan kepada Pakatan Pusat ingin bertanding lagi cuma akan tetap pada calon PAS akan bertanding di Bagan Serai. Juga dimaklumkan bahawa YDP PAS Bagan Serai memberitahu bahawa Pepecahan PKR yang begitu serius di Negeri Perak terutamanya di Bagan Serai membuktikan kelemahan yang nyata Pakatan yang lansung tiada berpakat sehingga berebut kerusi yang telah dirancangkan sebelum ini. PAS Bagan Serai sudah bergerak secara bersendirian meninggalkan Pakatan,ini menunjukkan pepecahan pakatan sudah berlaku bukan sahaja di Pusat,malah di akar umbi juga berebut-rebut kerusi. Kenyataan kenyataan terbuka di media membuktikan pepecahan-pepecahan yang amat kritikal pepecahan dalam PKR dan PAS Bagan Serai makin emruncing dan gagal diselamatkan. Tempoh masa yang begitu singkat sebelum pilihanraya 13 ini membawa bencana besar kepada pakatan perak kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman walaupun sudah diberikan masa yang cukup sebelum ini.Ditambah pula dengan tindakan puak PAS membuat kenyataan sebegini menyukarkan kerjasama PKR dan PAS di Bagan Serai. PAS Bagan Serai meletakkan calonnya di 2 tempat ini juga bukan sahaja langgar dan ingkar arahan Pakatan negeri tetapi juga melanggar arahan Nik Aziz dan Hadi Awang Kepimpinan PAS Pusat atau semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Konsep Tahalul Siyasi juga dilanggar oleh PAS Bagan Serai menyebabkan pembahagian Pakatan negeri dan pusat dilanggar akibat merebut pembahagian kerusi Bagan Serai. Maka,kalau beginilah cara pakatan mentadbir keputusan,hancurlah Negara. | ||||||||||||||||||||||||||
Nik Aziz : "kalau Anwar Tu Liwat Sekalipun Dah Dia Tu Cerdik, Terima Dia... Posted: 18 Mar 2013 11:09 AM PDT | ||||||||||||||||||||||||||
Isu Menamatkan Perkhidmatan Imam Surau Diri Jumaat Taman Yayasan Posted: 18 Mar 2013 10:35 AM PDT
Isu menamatkan perkhidmatan imam nombor dua, Abdul Kadir Yaakub , Surau Diri Jumaat Taman Yayasan Kamunting menjadi panas setelah diputar belit oleh media Pas dan beberapa orang penyokong Imam Abdul Kadir Yakub. Surat yang dimukakan kepada pejabat agama meminta agar ditamatkan perkhidmatan imam telah mendapat jawapan yang mengelirukan daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid iaitu Tuan Hj Saiful Azizi bin Abdul Manap . Dalam surat beliau pada 7 Februari 2013 kepada Pengerusi surau menyatakan pemecatan imam tidak mengikut prosedur undang-undang. Paling malang apabila beliau menyatakan ia bidang kuasa Sultan. Kalau semua nak diputuskan oleh Sultan apa guna kerajaan membayar gaji kepada kaki tangan kerajaan untuk melaksanakan tugas. Ini lah putar belit ketua penolong pengarah yang seolah-olah memihak kepada imam yang sememangnya pro dan orang kuat Pas di kawasan tersebut. Paling malang lagi apabila Hj Saiful yang berjanji untuk turun ke masjid Adtec beberapa minggu lepas untuk menyelesaikan kemelut imam ini gagal turun dan menunaikan janji. Isu menamatkan imam ini masih lagi tergantung. Abdul Kadir dan 3 sahabat beliau telah membuat perjumpaan dengan salah seorang AJK surau di sebuah Restoran Muhamad Bistro agar menarik balik isu pemecatan tetapi menurut ahli jawatan kuasa tersebut jika nak selesaikan masalah ini semua kenalah berdepan dengan pegawai di Ipoh. PETIKAN DARI MEDIA PAS Isu ini akan disambung dengan temubual video..... bersambung/........ | ||||||||||||||||||||||||||
Posted: 18 Mar 2013 09:15 AM PDT Anwar failkan saman pada tv3 kerana menyiarkan lagu popularnya iaitu 'TANYA SAMA NAJIB'. Kalau dah berani buat,berani siarkan,kenapa nak main saman-saman pula? Nampak sangat Anwar dah mula gentar dengan perbuatan nya..Kononnya tv3 mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya sedangkan apa yang berlaku adalah kenyataan. | ||||||||||||||||||||||||||
Risalah Komunis Diedar di Taiping Posted: 18 Mar 2013 07:32 AM PDT Sebentar tadi TM terjumpa risalah parti komunis diedarkan di Tesco Taiping. Edaran ini dilakukan seorang balaci Unit Anal Pas. Risalah ini berat tuduhannya kerana ditujukan kepada MPT kononnya melindungi peniaga Melayu. Sebenarnya Dato Tan Lian Hoe dan MPT tidaklah bertindak secara zalim seperti Dap Penang. Dap Penang telah menghalau dan menyita barangan peniaga Melayu tetapi membenarkan peniaga Dap bermaharaja Lela di Padang Kota dan Gurney Drive. Tan Lian Hoe lebih berhemah dalam mendidik peniaga dan tindakan yang diambil lebih kepada menambah usahawan tanpa mengira kaum dan kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah parti komunis yang rasis dan bersifat dengki khianat. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Mar 2013 11:49 PM PDT Ramai penjawat awam sekarang ini menghentam kerajaan sendiri.Ini berpunca daripada terhasut dengan hasutan PR yang hanya pandai menghentam,menabur janji yang tidak pernah ditepati. Apa lagi pihak penjawat awam mahukan? Apa lagi yang tidak puas hati dengan kerajaan? Gaji? Sudah PM naikkan..Elaun? Imbuhan? Lebih dari pekerja swasta..Apa lagi yang tidak cukup pada mereka? Guru,sepatutnya mereka perlu mendidik,membimbing anak-anak bangsa supaya positif kepada kerajaan. Tetapi sebaliknya pada zaman sekarang. Di manakah akal mereka sehingga tidak tahu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu? Hari-hari pergi mengajar, habis mengajar cerita hal politik yang tak masuk akal.Begitukah sikap guru zaman sekarang? Jika mereka yang tergolong di atas ini sudah tidak selesa lagi dengan kerajaan,lepaskan jawatan yang ada kepada mereka yang lain. Ramai graduan-graduan yang menganggur disebabkan tiada kekosongan kerja.Kerja yang ada telah diisi oleh orang yang lupa daratan.Lupa asal usul mereka.Lupa perjuangan nenek moyang mereka.Lupa di mana mereka berada.Lupa segala-galanya. Apa yang mereka ingat hanyalah menghentam kerajaan. Apa yang kerajaan buat semua salah. Tapi bila kerajaan bagi bonus,puak-puak ini lah yang akan beratur dahulu di depan mesin ATM. | ||||||||||||||||||||||||||
Semua mata fokus kepada Tun Faisal Ismail Posted: 17 Mar 2013 10:48 PM PDT Tahniah kepada Tun Faisal yang berjaya mengemudi UMB sejak 2009. Walaupun ia satu entiti baru selepas penubuhan BPN yang memulakan perang cyber di PRK Bukit Gantang. Kemunculan UMB menggabungkan pakar facebook, twitter dan blog, Umb banyak melatih tenaga-tenaga baru bukan sahaj dari kalangan pemuda tetapi semua peringkat termasuk dewasa, wanita dan puteri. Pun begitu kita tahu, puteri Umno Malaysia pun ada teamnya tetapi tidak begitu ketara. Selepas ini diharapkan Ketua Peteri juga tidak tertinggal ke belakang dengan membantu jenteranya dan menubuhkan unit latihannya seperti yang dilakukan oleh UMB pemuda Umno, Kini Faisal menerajui jentera BN pula dan sudah tentu sayapnya akan menebar untuk 14 komponen BN. Semakin besar dan 50K adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan usaha dan tenaga yang dikeluarkan tetapi ianya sekadar compliment mungkin. Tm berharap lebih banyak penggiat cyber dari komponen BN yang hari ini dilihat terlalu kecil jumlahnya. Malah dari pihak Umno pun jumlahnya agak kecil. Yang ramai ialah penggiat pro kepada kerajaan yang ada. Masing-masing perlu ada locus standi sendiri dan tidak perlu ada hasad dengki atas kejayaan pihak lain. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||||||||||||||||||||||
Tarikh luput Parlimen 29 April 2013. Posted: 17 Mar 2013 05:50 PM PDT Banyak orang yang bertanya kenapa Parlimen belum dibubarkan sedangkan tarikh 9 Mac 2013 sudahpun berlalu. Kenapa 9 Mac? Mereka berkata pada tarikh itu usia Parlimen yang ada sekarang cukup lima tahun dan secara automatik Parlimen terbubar. Ini kerana pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Tidak betul. Itulah jawapannya. Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri akan bubar secara automatik bukan berasaskan tarikh pilihan raya tetapi tarikh mesyuarat pertamanya. Parlimen yang ada sekarang memulakan mesyuarat pertamanya pada 28 April 2008 hingga 29 Mei 2008 dan bermula pada tarikh itulah hayat lima tahun dikira, bukan bermula dari tarikh pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ini bermakna jangka hayat Parlimen sekarang berakhir pada 29 April 2013, iaitu tarikh Parlimen terbubar secara automatik. Ada yang berpendapat pada 28 April dan ada pula yang berkata 30 April. Walau apa pun, akhir bulan April depan. Itu yang pasti. Perkara ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Fasal (3) Perkara 55 - Parlimen dibubarkan selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama. Perkara 55 (3) memperuntukkan ...."Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar." Perkara 55 (2) pula menyatakan "Yang Dipertuan Agong boleh memberhenti atau membubarkan Parlimen." Oleh kerana perkara ini belum berlaku tetapi masih boleh berlaku, kita tidak boleh tolak sama sekali yang Parlimen berkemungkinan di bubar sebelum hujung bulan April. Itu pun jika Yang Dipertuan Agong perkenan akan nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian. Apabila Parlimen dibubarkan, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti menjalankan urusan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu dan selepas itu, Parlimen yang baru dipilih hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu. Bermula dari tarikh mesyuarat pertama itulah hayat Parlimen diambil kira, bukan dari tarikh pilihan raya. | ||||||||||||||||||||||||||
Kerana Projek IC Umno lah , Nizar Jamaluddin lahir di Malaysia Posted: 17 Mar 2013 05:21 PM PDT Nizar Jamaluddin mantan menteri besar perak ke 10 yang paling singkat dalam sejarah negara sekali lah mengeluarkan pendapat yang tidak matang. Kemungkinan besar beliau jadi begitu ialah kerana tahap pendidikan yang diterima dari awal hingga ke universiti adalah dalam aliran Inggeris. Zaman itu pelajaran tawarikh atau history bukan pelajaran wajib bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Peringkat rendah ia mengagung akan tokoh-tokoh barat, dan subjek Form 1 hingga Form 3 juga bukan lah seperti hari ini yang banyak menyentuh sejarah negara. Di peringkat Universiti pula Nizar belajar di Barat..negeri orang putih yang pernah menjajah negara kita. Hidup kebaratan Nizar menyebabkan beliau lupa sejarah negara. Apa yang penuh dalam kepala beliau hanyalah doktrin Pas kerana sepanjang pengajian beliau di sana, kegiatan politik Pas berkembang pesat melalui usrah dan kegiatan yang berlindung atas nama Islam. Kehadiran pemimpin Pas yang kerap turun ke barat sedikit sebanyak berjaya merubah pemikiran mereka menjadi radikal dan gemar kepada menentang kerajaan. Pada hal Nizar harus ingat kehadiran beliau ke United Kingdom adalah hasil biasiswa kerajaan Malaysia dan bukan hasil wang ringgit kerajaan Pas. Tidak ada sekelumit pun jasa Pas yang membawa Nizar ke kota London. Produk sekolah Pas hanya terdapat di kampung-kampung sahaja, setakat menjual kitab, menjual ayam di pasar malam dan sebagainya. Produk Pas tidak pergi jauh ke mana pun, jika ada yang ke Kaherah , Jordan atau Syria, mereka gemar menjadi militan upahan dan pengembang ajaran Syiah di tanah air. Boleh dikatakan hanya produk Umno seperti Nizar sahaja yang berjaya, produk Pas hanya berjaya melahirkan perusuh jalanan yang menterbalikkan kereta polis, membakar kereta DBKL, memukul polis sehingga masuk ICU. Itu lah produk Pas. Kerajaan Umno telah kerugian jutaan ringgit dalam menjaga Nizar dari dalam perut ibunya sehinggakan beliau ditatang dan dibawa ke London untuk memperolehi segulung ijazah dengan harapan sekembalinya beliau ke Malaysia akan menjadi satu produk yang berjaya kepada negara dan bangsa. Nizar sekembalinya di Malaysia tidak menganggur lama, kerana ketika itu tenaga kerja amat berkurangan, beliau berjaya menjawat jawatan kerajaan sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya. Sehingga beliau berhenti kerja dengan kerajaan beliau berjaya menjadi usahawan dan mendapat kontrak juataan ringgit dalam dan diluar negera. Akan tetapi tahap kecintaannya terhadap parti Pas semakin menebal, kebencian beliau kepada kerajaan yang berjasa kepada beliau juga semakin menebal. Akhirnya beliau menjadi funder kepada program Pas dan puncak penglibatan beliau ialah berjaya menjadi Menteri Besar Perak Ke 10. Walaupun parti Pas hanya memenangi 6 kerusi Dun, berbanding Umno 27, Dap 18 dan Pkr 7 kerusi. Oleh kerana Nizar lah satu-satunya individu yang berkelulusan tinggi maka beliau dipilih menjadi menteri besar Perak. Dap Perak telah memprotes dan sehingga Karpal ingin mencabar di mahkamah kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak tidak membenarkan bukan melayu dan bukan Islam menjadi menteri besar. Maka wujudkan usaha Dap untuk memboikot majlis angkat sumpah Nizar sebagai menteri besar. Akan tetapi setelah rundingan demi rundingan antara Pas Perak dengan Pas Kelantan, akhirnya sebagai tukar ganti dan berdamai, kerajaan Kelantan telah menyerahkan sejumlah besar tanah milik perbadanan Islam Kelantan kepada Dap Perak untuk menutup mulut mereka dan mengizinkan Nizar menjadi menteri besar Perak. Berbalik kepada projek IC yang disebut oleh Nizar dalam petikan di atas, Nizar lupa untuk meletakkan kesalahan kepada Tunku Abdul Rahman, Tunku lah orang yang bertanggung jawab dalam projek IC, jutaan pendatang dari Tanah Besar China, India, Sri Lanka dan negara-negara lain diberi kad pengenalan dan status mereka bertukar daripada menjadi warganegara British Colony kepada Warganegara Tanah Melayu dan kini selepas 1963 menjadi warganegara Malaysia. Jika tidak dengan jasa Tunku Abdul Rahman sudah tentu Nizar tidak lahir dan menjadi rakyat Malaysia. Nizar mungkin bernama Ngeh Nee Yong dan menjadi rakyat salah satu province di tanah besar China. Ini benar kerana ibu Nizar adalah keturunan cina yang berhijrah dari tanah besar cina dan memperolehi kad pengenalan yang diberikan oleh Tunku. Akhir kata macam ini lah wahai Dato Seri Nizar, kalau nak bercakap, fikir lah masak-masak, jangan main belasah sahaja. Sudah jadi ketentuan Allah bahawa Malaysia ini akan menjadi sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum, majmuk dan seperti yang dikatakan oleh Dato Seri Najib , kita blend menjadi satu bangsa, satu negara yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan membangun akan negara supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Tak gitu Dato Seri? | ||||||||||||||||||||||||||
Selepas Masjid, Pasaraya pula menjadi Sasaran Pas Posted: 17 Mar 2013 04:16 AM PDT Kerajaan Pas Kelantan telah memaksa pasaraya di sekitar Kota Bharu memainkan CD ceramah Nik Aziz dan Azhar Idrus sahaja (orang lain semua belum cukup ilmu) Projek ini ialah untuk menjamin penyokong dan ahli Pas masuk syurga, projek ini sudah berjalan sejak 2011. Hebat....bukan sahaja masjid digunakan untuk berpolitik, kini pasaraya pula menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman kerajaan Pas yang sedang nazak dan menunggu hari untuk mati |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |