Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Penangan mabuk, habis dicium, diramas dan diraba...

Posted: 11 Mar 2013 03:31 PM PDT

Mengapa kita haram minum minuman keras?

Salah satu daripadanya adalah kerana ia memabukkan.

Apabila seseorang itu mabuk, ia boleh menghilangkan kewarasan dan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan tidak masuk akal.

Jauhilah minuman keras kerana ianya haram di sisi agama. Kepada yang bukan Islam, mabuk bukanlah perkara yang hebat untuk dinikmati.

Anda mungkin berubah sifat dari malu sebagai manusia menjadi rakus seperti binatang.

Tak percaya?

Cuba lihat rentetan gambar di bawah bagaimana kesan mabuk kepada seorang lelaki di sebuah kelab.

Sebelum melihatnya, kalau anda sedang makan, kami nasihatkan habiskan dahulu makanan anda.

Jika anda seorang penggemar hubungan 'jenis' ini, kami no komen!

Raih simpati Melayu, Tian Chua hadir beri keterangan berbaju Melayu...puih!

Posted: 11 Mar 2013 08:45 AM PDT

Hampir 200 laporan polis dibuat ke atasnya. Akhbar lidah rasminya sendiri yang punya angkara, melaporkan 'kebenaran' yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

Semangat racist kepartian, politik membabi buta menyebabkan satu Malaysia naik angin dengannya! Tian Chua mula berpeluh bila PRU13 semakin hampir...

Dek kerana telurnya makin mengecut ketakutan, beliau memberanikan diri hadir memberi keterangan di balai polis.

Kemunculan memang agak menarik, apabila memakai baju Melayu berwarna ungu. Kami percaya, tindakan beliau adalah cuba mengambil hati pengundi-pengundinya yang berbangsa Melayu yang kini mula berbelah bagi akibat dari keceluparan mulutnya.

Adakah tindakannya itu relevan?

Lee Kuan Yew pernah juga beraksi demikian untuk 'membeli' hati Melayu. Walaupun bukan berbaju Melayu pada ketika itu, tetapi beliau tetap mengenakan outfit yang sering dipakai oleh orang Melayu, iaitu songkok. Beliau pada ketika itu meronda di dalam kampung Melayu dambil dukung anak Melayu demi mendapatkan kepercayaan mereka..namun akhirnya?

Ah! Ini anak didik yang tiada bezanya...ingat baju Melayu tu boleh beli semula undi?

(Gambar) Gaya ghairah seorang 'wanita' dalam keretapi

Posted: 11 Mar 2013 08:02 AM PDT

Bahaya kalau kerap tertidur dalam pengangkutan awam ni. Kalau tak jadi mangsa raba, jadi mangsa fotografi curi.

Itulah yang terjadi kepada wanita dalam gambar yang dibawah ini.

Sedang beliau enak dibuat mimpi, gambarnya telah diabadikan, malah tersebar luas di dalam internet.

Dalam gambar yang dipercayai dalam sebuah keretapi bawah tanah itu, kelihatan seorang wanita yang berkemungkinan terlalu letih dan tertidur ketika dalam perjalanan.

Aksi wanita itu kemudiannya diambil oleh seorang lagi penumpang keretapi berkenaan.
























Eh! Kami tak ada maklumkan yang dia ni 'lelaki' ke?




TUDM keluar surat siaran berikutan keceluparan Mejar Khalid hina kematian anggota polis

Posted: 11 Mar 2013 06:12 AM PDT

Kuala Lumpur, 11 Mac 2013: Memetik Siaran Media yang dikeluarkan oleh Perhubungan Awam TUDM hari ini, berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia amat kesal dengan catatan negatif yang telah dibuat oleh Mejar Khalid terhadap anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya.

Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM.

TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.IMG-20130311-WA0047.

Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu.

Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu.

Pihak TUDM telah meminta mana-mana pengguna maya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan komen negatif yang disebarkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melalui sebarang laman sosial.

TT

Karpal mahu kerajaan hentikan bayaran kepada Ketua Keturunan Sulu

Posted: 11 Mar 2013 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR - Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.

Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.

"Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.

"Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.

"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama

Komander no.2 pengganas Sulu terbunuh

Posted: 11 Mar 2013 04:37 AM PDT

**Komander Musa dipercayai orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram

SATU DARIPADA 18 MAYAT PENGGANAS DIPERCAYAI KOMANDER MUSA

Lahad Datu – Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi. –BERNAMA

(Video) Wartawan kena maki 'Melayu Bodoh' di sidang akhbar bapa Saiful

Posted: 11 Mar 2013 03:31 AM PDT

Sidang media pagi Azlan, bapa kepada Saiful Bukhari pagi tadi dipendekan oleh pihak PKR yang kurang senang dengan soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita.

Tidak sampai 20 minit sidang media itu berlangsung, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menamatkanya dan membawa Azlan pergi ke tingkat lain.

Ramai wartawan yang benggang kerana inikah kebebasan media yang dilaungkan PKR…kebebasan mengikut keuntungan sendiri.

Lebih menarik, seorang blogger pembangkang kemudian bangun dan memarahi wartawan kerana bertanya isu sumpah laknat.

Dia berkata; MELAYU MACAM AWAK SEMUA BODOH!

Tontonlah mamat ketaksuban si bodoh ini...

Mungkin kerana blogger yang tidak dikenali itu tahu kalau Azlan tidak mahu melakukan sumpah laknat seperti yang pernah dibuat anaknya dihadapannya sendiri, sudah tentu dia akan dilihat sebagai menipu bila mendakwa anaknya menjadi mangsa konspirasi dalam Liwat II.

mynewshub

Bapa Saiful 'gerun' dengan sumpah laknat

Posted: 11 Mar 2013 02:01 AM PDT

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim enggan membuat sumpah laknat bagi membuktikan bahawa anaknya adalah mangsa konspirasi politik dalam isu Liwat II.

Alasan yang diberikan beliau ialah; bukannya takut tetapi ia tak memberikan apa-apa makna.

Jawapan itu agak menghairankan kerana Azlan pernah membawa anaknya untuk melakukan sumpah yang sama bagi membuktikan kebenaran Saiful diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azlan berkata demikian dalam sidang media ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadialan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya pagi tadi.

Beliau juga menafikan menerima duit daripada Anwar berhubung dakwaan terbarunya.

mynewshub

Penjawat awam dapat satu kenaikan gaji tahunan

Posted: 11 Mar 2013 01:01 AM PDT

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI). - Bernama

Lelaki terkejut bila terpegang 'anu' teman wanitanya

Posted: 11 Mar 2013 12:01 AM PDT

Gambar hiasan
MIRI: Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari lalu.

Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.

Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.

Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.

"Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.

"Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu," katanya.

Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.

- Harian Metro

PM umum 9 'berita gembira'

Posted: 10 Mar 2013 10:35 PM PDT

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)

'Saya tiada niat khianati anak saya, Saiful' - Azlan

Posted: 10 Mar 2013 10:03 PM PDT


PETALING JAYA - Di sebalik dakwaan banyak pihak bahawa beliau membuat pusingan 'U' dalam isu berkaitan kes liwat Saiful-Anwar, Azlan Mohd Lazim hari ini memohon maaf kepada Saiful Bukhari sambil menegaskan, tindakannya Jumaat lalu bukan bertujuan mahu menganiaya dia.

Menyifatkan beliau tahu apa yang berlaku di belakang tabir, Azlan berkata, kasih sayangnya kepada anak kandungnya itu tidak berbelah-bahagi.

"Saya menghargai kenyataan Saiful yang hormat dan sayang saya hingga ke akhir hayat.

"Bukan bermakna saya sertai PKR, saya akan sisih mereka (Saiful dan adik-beradik)," kata beliau pada sidang media selepas menyerahkan permohonan untuk menyertai PKR di sini, hari ini.

(Gambar) Aksi 'ringan-ringan' bekas pelakon filem Sembilu bersama teman lelaki pula tersebar

Posted: 10 Mar 2013 08:15 PM PDT

Agak lama juga kita tidak mendengar khabar berita tentang penyanyi dan pelakon yang seorang ini, kan? Hetty Sarlene, 28, anak kelahiran Singapura yang satu ketika dulu pernah popular di sini, menerusi lakonannya sebagai Zetty dalam filem Sembilu.

Kemudian watak Zetty itu semakin membawa penyanyi Sangsi Asmara ini mengecap populariti menerusi drama bersiri pula berjudul, Sembilu Kasih.

Sekian lama menyepi, nama Hetty kini kembali diperkata ramai apabila tersiar beberapa keping gambarnya bersama teman lelakinya dalam keaadan yang cukup mesra.

Seperti tidak peduli dengan tanggapan peminat, Hetty tanpa segan silu sekali lagi memuat naik gambar bersama kekasihnya itu dan jelas dia mahu mengkhabarkan yang dirinya sekarang sedang berbahagia. Semoga kalian terus bahagia.

Sebelum ini, Hetty pernah dihimpit kontroversi pada tahun 2008 menerusi gambar- gambar sebegini.
..
..
.
.
..
.
.
-mD
 

'Dalil' Kit Siang adalah satu pembohongan

Posted: 10 Mar 2013 07:31 PM PDT

SHAH ALAM: Penganalisis politik Dr Chandra Muzafar hari ini membidas DAP kerana menyebarkan dakyah kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini memegang jawatan tertinggi itu secara haram.

Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam mendakwa mulai hari ini (9 Mac), Najib memegang jawatan itu secara tidak sah.

"Hari ini pun satu tarikh yang penting..9 Mac, kenapa hari ini mustahak? Oleh kerana bermula hari ini, kita ada seorang Perdana Menteri yang tidak sah di Malaysia," kata Kit Siang di majlis sambutan lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor semalam.

Chandra berkata dalil yang digunakan oleh Kit Siang itu satu fitnah kerana penggal kerajaan Barisan Nasional hanya berakhir pada bulan depan.

"Kenyataan Lim Kit Siang bahawa 8 Mac 2013 adalah tarikh tamat tempoh riwayat Parlimen yang ke 12 tidak benar kerana mengikut peraturan Parlimen, Parlimen punya tempoh riwayatnya hanya akan tamat pada 28 April berdasarkan permulaan sesi Parlimen," kata Chandra kepada Antarapos.

Pilihan Raya Umum ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008 manakala Parlimen hanya mula bersidang pada bulan seterusnya.

Antarapos

PM umum kenaikan gaji, COLA penjawat awam hari ini?

Posted: 10 Mar 2013 06:45 PM PDT

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum.

Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara sebelum ini, kami yakin akan ada berita baik berkenaan dua perkara ini, kalaupun tidak kesemua lima perkara," kata pemimpin kanan Cuepacs.

Bagaimanapun kata pemimpin itu, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji telah dibuat tahun lalu."

Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun seperti imbuhan perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."

Najib dijadual hadir Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya hari ini.

Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting akan diumumkan oleh perdana menteri.

"Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.

"Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatkan kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.

Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

"Kemungkinan beberapa baik dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) (yang telah dibatalkan), seperti penyusunan semula gred akan diumumkan untuk pelaksanaan. Perkara baik dalam SBPA tak salah dikekalkan dan dilaksanakan," katanya.

Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan SBPA dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau berkata, kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara tersebut merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam negara ini.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam, hari ini, perdana menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif, kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.

Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

"Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya.

Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga imbuhan tetap perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.

'Tembak mati atau tangkap hidup-hidup' - Zahid Hamidi

Posted: 10 Mar 2013 06:31 PM PDT

IPOH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini hari ini.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan."Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya.- Bernama

Hoki: Malaysia kejutkan New Zealand 2-1

Posted: 10 Mar 2013 06:15 PM PDT

IPOH 10 Mac - Skuad hoki negara meneruskan kecemerlangan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah apabila menewaskan New Zealand 2-1 di sini malam ini.

Chua Boon Huat menjaringkan gol sulung Malaysia pada minit ke-40 sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menambah jaringan kedua, empat minit kemudian.

Gol saguhati New Zealand disumbangkan Shay Neal melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-64.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut skuad negara pada kejohanan edisi ke-22 ini selepas mengejutkan Korea Selatan 3-2 pada perlawanan pertama semalam. - UTUSAN

All England: Chong Wei kempunan gelaran ketiga

Posted: 10 Mar 2013 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Mac - Impian jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan All England buat kali ketiga tidak kesampaian apabila tumpas kepada bintang muda China, Chen Long dalam perlawanan akhir di Arena Tertutup Nasional, Birmingham sebentar tadi.

Turun dengan reputasi sebagai juara 2010 dan 2011, Chong Wei, yang beraksi dalam final All England buat kali kelima berturut-turut kalah straight set 17-21, 18-21 kepada pemain nombor dua dunia itu dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam, dua minit. - UTUSAN

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>