Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Adakah @tianchua Meraih Simpati Ramai Dengan Berbaju Melayu Semasa Memberi Keterangan Kepada Polis?

Posted: 11 Mar 2013 06:57 AM PDT


Nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada apabila CTS melihat gambar Tian Chua berbaju Melayu bersamping apabila beliau hadir untuk memberikan keterangan kepada pihak polis, petang tadi. Teringat soalan CTS semasa kecil kepada Aruah Bapa, mengenai kenapa orang bersongkok dan memakai ketayap di kepala ketika hadir di mahkamah. Jawab Aruah Bapa, itu mungkin untuk memberi tanggapan kepada Tuan Hakim dan orang ramai bahawa beliau sudah insaf. 

Berbalik kepada Tian Chua yang berpakaian baju Melayu bersamping. Mungkin beliau ingin meraih simpati orang ramai apabila hatinya sudah menjadi kecut apabila setakat ini sudah 230 laporan polis yang dibuatkan ke atasnya. CTS ingin bertanya kepada pembaca-pembaca CTS, kesiankah kita kepada Tian Chua? Kesiaaaaan ... itulah kata-kata yang diucapkan oleh pelakon-pelakon dalam filem P Ramlee, Madu Tiga. Eloklah kiranya Tian Cua memakai kupiah untuk menambahkan rasa kesian terhadap dirinya. Kalau hendak lebih bagi orang ramai lagi kesian, lain kali pakai jubah Parsi dan serta lebai di kepala macam Haji Hadi. Kesian tak? Kesiaaaaaaaaaan.

Ini Sahajakah Barisan Artis Yang Sudi Bersama Anwar Ibrahim?

Posted: 11 Mar 2013 01:10 AM PDT


Hari ini Anwar Ibrahim telah mengadakan dialog dengan karyawan seni hiburan dengan di Petaling Jaya.  tiada baik ada kan? Ada Abby Abadi, Hairie Othman, Dayang Ku Intan, Ito, Aishah, Abu Bakar Juah, Aznah Hamid, Bob Lokman, Faizal Chal Ahmad, Zunar dan beberapa artis lagi yang CTS tidak kenali. 

Agak-agaknya ini sahajalah kot barisan artis yang sanggup bersama PGayR? Kalau kita boleh "group"  kan mereka di dalam satu kumpulan, persamaan yang sama di atara mereka adalah masing-masing sudah "menapous" dan sudah tidak lagi mendapat tempat di hati peminat. 

Mungkin inilah satu cara artis-artis berkenaan untuk terus kekal menyara hidup mereka. Pasti banyak yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim kan? Kalau hari ini mereka boleh membuat Azlan Mohd Lazim buat "u-turn" yang terbesar dalam hidupnya dengan menyertai PGayR, apalah susah sangat untuk menarik artis-artis yang sudah "menapous". Kalau setakat dua peristiwa penting bagi PGayR ini sahaja yang berlaku hari ini, rasanya Barisan Nasional tidak mengalami sebarang impak pun!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710