KEPAL NASI KEPAL BERAS |
MAHATHIR MAKIN SEHAT, ANWAR MAKIN SERABUT!!! Posted: 11 Mar 2013 07:09 AM PDT Kita merancang, "Dia" merancang. Perancangan "Dia"lah yang paling sempurna. Rencana dan perancangan Anwar untuk menggapai kuasa "terbantut" setakat "Step 10" bila mana negara digemparkan dengan pemecatan mengejut Anwar dari semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Jika di peringkat awal pemecatan dulu hampir seluruh rakyat terkeliru , tidak tahu yang mana satu "kebenaran" dan yang mana satu "kebatilan". Siapa yang dizalimi dan siapa yang menzalimi tidak jelas. Apa yang jelas Allah berjanji, Dia akan "memelihara dan memberi nikmat" kepada mana-mana pihak yang dianiaya dan dizalimi dan akan menghukum dan memberi balasan kepada pihak yang berlaku zalim dan menganiaya pihak lain samada di dunia mahupun di akhirat ataupun ke dua-duanya. Setelah gagal untuk memenuhi matlamat untuk menggapai "kuasa" secara "join them", Anwar telah merombak keseluruhan "modus operandinya" kerana secara otomatik seluruh perancangan sudah menjadi "irrelevant" selepas pemecatannya. Misinya untuk menggapai kuasa tetap membara. Modus operandi baru terpaksa dirangka melalui kaedah "Lawan Tetap Lawan". Standard Operating Procedure(SOP) berjuang dari dalam dan berjuang dari luar amat berbeza. Anwar sudah ada pengalaman bergerak dari luar sebelum menyertai UMNO. Tidak ada masalah baginya untuk mendapatkan kembali rentak "Lawan Tetap Lawan". Rukun 1 - Damage control - Memenangi persepsi rakyat adalah rukun politik paling penting. - Menyedari hakikat ini, antara langkah-langkah yang wajib dilakukan ialah; Step 1."Apa nak jadi pun jangan mengaku". Mesti beritahu rakyat bahawa "Semua ini fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi" kerana mereka begitu takut dengan prinsip saya yang tidak berkompromi dengan segala bentuk rasuah, kronisma mahupun nepotisma yang sudah menjadi makan penguasa rakus dan zalim". step 2. Dalam keadaan "rakyat sedang keliru", hukum Marchiavelli menyebut, "ambil peluang untuk menambah kekeliruan sediada". Inilah yang dilakukan oleh Anwar dan kemahirannya memang terserlah. step 3. Dalam kebingungan inilah, Anwar melambakkan segala "maklumat ilusi palsunya" di saat rakyat begitu dahagakan kisah sebenar di sebalik pemecatan ini. Step 4. Musnahkan kepercayaan rakyat secara total terhadap media perdana, khususnya Utusan dan TV3 yang sudah terlepas dari kawalannya selama dia berada dimercu kuasa. Tujuannya tak lain tak bukan agar rakyat akan menolak apa saja maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Step 5. Sebarkan maklumat tentang kononnya pengakuan dari pegawai tinggi Bukit Aman yang begitu simpati dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap Anwar, "bahawa saya telah diarahkan oleh Mahathir Mohammad untuk menyuntik Anwar dengan kuman HIV". Step 6. Sebarkan Mahathir dan Ketua Polis Negara sudah menerima balasan Allah. Rahim Noor lumpuh sebelah tangan. Mahathir mengidap penyakit koma. Inilah balasan Allah terhadap penzalim. Bila ada yang menjawab "Mahathir dan Rahim Noor baru sebentar tadi keluar TV", mereka kata, "Itu video klip lama yang diulang tayang bagi menutup cerita sebenar". Step 7. Mengambil peluang kelemahan utama IGP yang panas baran dengan melakukan pelbagai provokasi terhadap pasukan polis dengan hinaan "Anjing kerajaan", polis gestapo dsb. Step 8. Provokasi yang berkesan. Bila ditangkap Rahim Noor "bagi penumbuk, sepak dan terajang pada Anwar. Kesakitan sebegini adalah terlalu kecil bagi Anwar jika dibandingkan dengan "pulangan" yang bakal diperolehi dari kesan lebam tumbukan di mata. "Modal Lebam mata ditumbuk IGP" terlalu sedikit berbanding dengan "tuduhan liwat dan main perempuan" yang mahu dicover. Pendekatan damage control, provokasi, pemusnahan kredibiliti media perdana dan penyebaran maklumat palsu yang membangkitkan simpati kepada Anwar dan menimbul perasaan benci terhadap kerajaan, telah memberikan hasil yang sangat memberansangkan. Lebam mata inilah yang dijadikan bahan bukti bahawa "kerajaan memang zalim". Lebam mata inilah yang membangkitkan simpati rakyat. Kezaliman dan penganiayaan serta ketakutan Mahathir terhadap Anwar amat keterlaluan. Tak cukup sekadar pecat, malah sampai hati pula memberi arahan mencucuk Anwar dengan kuman HIV. Simpati datang mencurah terhadap Anwar hasil dari gambaran persepsi yang dibina melalui kaedah paling kotor di dalam situasi yang mengelirukan. Pendekatan ini amat berjaya. Golongan rakyat yang "baru terjaga tentang isu politik negara" hasil dari kegemparan pemecatan Anwar adalah "mangsa terbesar" yang "bersimpati"dengan Anwar. Simpati yang terbit dari propaganda maklumat palsu dan fitnah. Rakyat perlu tahu kerana rakyat tidak boleh dibiarkan terus-terusan dipermainkan minda dan perasaannya oleh Anwar. Bersambung.... |
Posted: 10 Mar 2013 10:11 PM PDT Semua sudah maklum, matlamat utama Anwar adalah "kuasa". Untuk mencapai "kuasa", perlu kepada beberapa "medium sokongan" seperti kaedah & strategi, platform yang digunakan, kekuatan jaringan sokongan dan kekuatan ekonomi. Berikut adalah kronologi strategi dan "milestone" perancangan yang digunakan oleh Anwar dalam usaha mencapai matlamat dan bagaimana perancangan Anwar Ibrahim ini menemui jalan buntu dan gagal sama sekali mengatasi perancangan Allah; Step 1- Peringkat introductory - Zaman pelajar digunakan sepenuhnya untuk "memperkenalkan diri" melalui pelbagai demonstrasi mahasiswa. Dia berjaya "positioning" dirinya sebagai "pemimpin pelajar". Step 2 - Pasca mahasiswa - selepas tamat dengan Ijazah Am Pengajian Melayu, PPIM dan ABIM digunakan sebagai platform ke arah pencapaian matlamat seterusnya. - Platform belia seperti MBM dan WAMY(di peringkat antarabangsa) juga turut digunakan. - Dengan platform ini, Anwar berupaya mengekalkan rangkaiannya dengan mahasiswa yang masih menuntut dan pada masa yang sama terus mengekalkan "enggagement" dengan graduan seangkatan dengannya melalui platform ini. - Pelebaran jaringan di peringkat antarabangsa bermula melalui jaringan WAMY. Step 3 - Image branding. - Meneruskan strategi "image branding" sebagai pemimpin pelajar melalui pendekatan demonstrasi yang menggabungkan mahasiswa universiti dan gabungan belia yang dipimpinnya. - "Image branding melalui ABIM dengan tag line "Insan Akademis Bertakwa" telah berjaya membuka mata ramai pihak hingga beliau dilihat sebagai pemimpin masa depan dari kalangan "golongan muda intelektual" yang mempunyai "Islamic value". Image branding yang dibawanya "tepat pada ketikanya". Step 4 - Spinning & propaganda bermula. - Tiik tolak peningkatan popularitinya bermula dari "Peristiwa seorang penduduk Baling mati kebuluran". - Hakikatnya tiada sesiapa pun yang "mati kebulur" di Baling. - Tapi "peristiwa palsu mati kebulur" inilah yang telah menobatkan Anwar sebagai pemimpin gerakan pelajar, sebagai pemimpin gerakan belia dan sebagai pemimpin muda yang lantang membela golongan miskin dan tertindas. - Meraih populariti melalui jalan penipuan, samalah kotornya seperti seorang yang diiktiraf sebagai dermawan melalui hasil rompakan. Perbuatan ini di sisi Allah adalah sia-sia sama seperti seorang yang berpuasa dan bersembahyang tanpa niat. Step 5 - Penangkapan ISA - "Tangkap dan penjara" adalah rukun lazim untuk seseorang itu dengan mudah diiktiraf sebagai pemimpin. Ramai pemimpin dunia yang melalui proses ini. Ada yang gagal dan ada yang berjaya. - Syarat ini juga turut dilalui oleh Anwar. Step 6 - Membuat pendekatan "U-Turn" dengan menyertai UMNO - Cuba perhatikan. Setiap gerakan Anwar mesti ada elemen "kontroversi". - Kontroversi adalah sebahagian dari kaedah propaganda mencari populariti yang sering diamalkan oleh mereka yang mahu "naik cepat". Ia bergantung kepada "timing" atau "ketika". - Mahathir baru mengambil-alih kepimpinan negara dan parti pemerintah. - Islamisasi sedang berlaku di mana-mana di seluruh dunia. - Mahathir juga sudah mempunyai "branding" Ultra melayu dan beliau juga seorang yang kontroversial. - "Imej kontroversial dan perjuangan Ultra Melayu" yang ada pada Mahathir memberi kelebihan kepada UMNO. UMNO sudah dipimpin oleh pemimpin yang "mempunyai acuan" yang akan menenggelamkan imej Anwar kerana "posisi" itu sudah dimiliki oleh Mahathir. - If u cant beat them, join them. Itu yang dilakukan oleh Anwar kerana dia sudah membaca masa depannya akan "kelam" sepanjang tempoh negara ini di bawah kepimpinan Mahathir. - Di sini Anwar bijak membuat gerakan dengan mengambil pertimbangan dari segi "timing". Maksudnya faktor Perkembangan Islam, faktor kepimpinan yang sedang menguasai "establishment" dan lain-lain faktor, maka keputusan yang paling sesuai ketika itu ialah "menyertai UMNO". Step 7 - Membeli kepercayaan dan jiwa Mahathir - tidak perlu penjelasan kerana semua orang sudah maklum. Step 8 - Kejayaan membeli kepercayaan dan jiwa Mahathir telah membuahkan hasil. Dalam tempoh paling singkat Anwar berjaya menaiki tangga demi tangga hingga menjadi orang ke 2 terpenting di dalam kerajaan dan parti pemerintah. Step 9 - Proses tikam belakang bermula. - Anwar memikirkan bahawa strategi "taat dan akur" kepada bos hanya perlu diamalkan sehingga berjaya menjawat jawatan TPM, TP parti dan Menteri Kewangan. - Selepas menjadi TPM dan TPP, bermulalah modus operandi baru iaitu, "menikam bos dari belakang". - Sejak dari itulah Mahathir menjadi "sedikit kurus" kerana "hati bising". Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati anak. Anak yang dibesarkan dengan kasih sayang dan penuh kemewahan berbentuk tongkat, subsidi, senapang dan keris sudah menurut jejak "Anak ku Sazali". Segala harta kemewahan dan takhta(kuasa) dilonggokkan di hadapan Anwar. Hanya wanita saja yang tidak dibekalkan oleh Mahathir keoada Anwar. Step 10 - Gagal mengejut kerana wujudnya "intervention" dari pihak "Yang Lebih Berkuasa dari Mahathir". Step 1 - 9 yang dirancang oleh Anwar berjalan dengan lancar dan licin. Di peringkat ini sebagai manusia yang lalai kita sendiri pun tidak nampak kekuasaan "Penguasa kepada segala penguasa" yang mentadbir alam ini. Kita merancang, Dia merancang. Perancangan Dialah yang paling sempurna. Sebijak-bijak tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Jika Allah kata kun..maka jadilah ia. Jika Alkah kata tidak, maka tidaklah. Step seterusnya akan dipaparkan kemudian.... |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |