BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Dari 'bangsa Johor' kepada parti nasionalis negeri?
- Mati sebelum sempat rogol
- Jurufoto Terkenal Menyesal Selepas 'Berlagak Nak Mampus' Dengan Marina Mahathir
- Mayat Pelakon Jelita Ditemui Hancur
- Kapal tangki #MTOrkim Harmony yang hilang ditemui semula
- Aksi Selamba Pasangan Lakukan Seks Atas Lantai Pasar Raya Dirakam
- Syak Pakistan 'main' dengan isteri orang dalam kereta
- Nahas bongkar rahsia suami
- Dicabul ketika tidur dalam surau
Dari 'bangsa Johor' kepada parti nasionalis negeri? Posted: 18 Jun 2015 03:19 PM PDT Kerabat diraja Johor boleh mempertimbangkan membentuk sebuah parti nasionalis Johor jika mereka benar-benar ikhlas bercakap berkaitan perkara itu, kata penganalisis politik. Felo Penang Institute Wong Chin Huat membangkitkan perkara itu selepas idea "bangsa Johor" diketengahkan ketika seorang putera Johor bertelagah dengan seorang menteri kabinet. Wong, pakar dalam bidang federalisme, berkata ini bukan pertama kali kerabat diraja terlibat dalam politik kerana ia pernah berlaku melalui penglibatan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman. "Jika ada orang mahu terlibat dengan politik mereka patut pertimbangkan sertai politik. "Mereka patut mengambil kira membentuk parti nasionalis Johor seperti Parti Nasionalis Penduduk Scotland (SNP)," jata Wong kepada Malaysiakini. Pengalaman SNP menunjukkan, walaupun ia hanya memperjuangkan pemerintahan sendiri Scotland, tetap berjaya mencapai kejayaan tidak pernah berlaku dalam pilihan raya United Kingdom tahun ini. SNP kini menjadi parti ketika terbesar di negara itu. Menyentuh isu Johor boleh terkeluar daripada Malaysia, Wong berkata beliau ragu negeri itu boleh bersendirian. | ||
Posted: 18 Jun 2015 01:33 AM PDT Johor Bahru: Polis menyiasat lelaki yang ditemui mati akibat jatuh dari tingkat sembilan Blok A, Apartment Sri Wangi, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, petang semalam sebagai suspek cubaan rogol seorang wanita. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya juga dalam usaha mengesan seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, seorang wanita mendakwa suspek pertama (si mati) menghubunginya untuk berjumpa namun dia menolak. "Kemudian suspek pertama datang ke rumah wanita itu sebelum cuba merogolnya dan suspek kedua turut datang kemudian melakukan perkara yang sama. "Wanita terbabit mendakwa tiba-tiba berlaku pertelingkahan antara kedua-dua suspek sebelum suspek pertama lari ke dalam bilik dan mengunci pintu dipercayai untuk menyelamatkan diri. "Bagaimanapun pihak polis mendapati tingkap bilik terbuka dengan grill yang sudah tercabut dan percaya suspek pertama adalah lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan blok itu," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25810#sthash.zDmeXPIN.dpuf | ||
Jurufoto Terkenal Menyesal Selepas 'Berlagak Nak Mampus' Dengan Marina Mahathir Posted: 17 Jun 2015 11:01 PM PDT Bagi siapa yang suka tengok gambar deep, gambar acah-acah #ootd mesti kenal dengan photographer yang famous dengan nama TTFGA (Tukang Tangkap Foto Gembira Anda). Dengar cerita sebelum ni ramai yang cakap mamat ni memang gaya dia poyo-poyo sikit. Hurm, betul ke dia macam tu? Tapi kami rasa peristiwa ni akan jadi pengajaran sepanjang umur hidup TTFGA kerana dia telah ditegur oleh Marina Mahathir di komen Instagram. Haa tu laa, orang tanya elok-elok lain kali jangan la sombong, kan dah terkonooo.. Huhuuu "So not "glamour" of you to ask that question."![]() ![]() Pada mulanya Marina Mahathir nak tanya je siapa individu dalam gambar TTFGA tu dan rantai apa yang dipakai.. Last2 dengan tak menjawab soalan, boleh pula perli cakap "so not "glamour" of you to ask that question".. Hok Aloh.. "I don't think I deserved such rudeness.."![]() Agaknya TTFGA ni tak tau kot dia tengah reply komen siapa kat Instagram tu.. Oleh sebab TTFGA 'rude' sangat, Marina Mahathir bagi nasihat supaya buat baik kat semua orang, sebab kita tak tahu orang yang kita pandang rendah tu lah nanti yang akan tolong kita. Dah kena tegur, baru nak jawab betul-betul..![]() Pengajarannya ialah jangan sombong dengan semua orang walaupun orang tu bukan dari kalangan budak-budak 'up'.. Tak dinafikan memang TTFGA punya shot gambar cun habis, tapi tak salah kan kalau stay humble? Baru orang respect.. just saying~~ Sumber: Merdeka Online | ||
Mayat Pelakon Jelita Ditemui Hancur Posted: 17 Jun 2015 10:01 PM PDT Selepas tiga hari hilang, nasib pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah akhirnya diketahui umum tetapi dengan berita yang cukup menyayat hati. Aktres 35 tahun ini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada Selasa lalu sekaligus berita menyedihkan itu menarik perhatian ramai peminatnya di Internet. Menerusi laporan beberapa media Korea menyebut Jung In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young melakukan aktiviti payung terjun atau 'skydiving' pada 13 Jun lalu di daerah Goheung yang terletak di wilayah Selatan Jeolla, Korea. Namun, selepas memulakan penerbangan, tidak lama kemudian dia disedari hilang dan misi mencari serta menyelamat segera dilakukan. Pencarian tersebut berakhir dengan tragis pada 16 Jun lalu apabila Jung In Ah ditemui bersama payung terjunnya yang terapung di perairan pantai berhampiran. Laporan juga menyebut mayat pelakon itu ditemu dalam keadaan hancur. Pihak polis dan penyelamat mendakwa Jung In Ah menghadapi kesulitan dan tidak dapat melakukan pendaratan dengan sempurna. Selain faktor cuaca buruk, kemungkinan besar payung terjunnya tidak mengembang dengan sempurna pada waktu berkenaan. Sebelum ini Jung In Ah memang sudah aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak setahun lalu sebagai menjiwai wataknya dalam sebuah filem yang akan dibintanginya. Sejak itu dia sering berkongsi gambarnya melakukan aktiviti itu di media sosial untuk tatapan peminatnya. Selain berbakat dalam dunia lakonan dan peragaan, pelakon drama The Secret of Keu Keu Island ini juga dikenali sebagai pengajar yoga dan pilates. Dia juga dikenali sebagai seorang idol yang bijak dan mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Seoul. Sementara itu, hari pengebumian pelakon ini akan diadakan esok. - mD | ||
Kapal tangki #MTOrkim Harmony yang hilang ditemui semula Posted: 17 Jun 2015 09:10 PM PDT Kuala Lumpur: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia. Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya. Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. BERNAMA | ||
Aksi Selamba Pasangan Lakukan Seks Atas Lantai Pasar Raya Dirakam Posted: 17 Jun 2015 09:01 PM PDT SYDNEY: Seorang lelaki ditangkap mengadakan hubungan intim bersama pasangannya di sebuah pusat membeli belah di sini, baru-baru ini. Memetik laporan Daily Mail UK, aksi tersebut berjaya dirakam orang awam yang dikenali sebagai Abraham Jniedi berasal dari Peakhurst, Sydney. Abraham dilaporkan memuat naik video yang dirakamnya ke laman sosial Facebook pada Ahad lalu sebelum menjadi viral dengan mengumpul 3,213 'likes' dan dikongsi sebanyak 728 kali di laman sosial tersebut. "Kami berada di tempat kejadian pada ketika itu dan berjaya merakamkan video ini," tulis Abraham di halaman Facebooknya. Video yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit tersebut menunjukkan pasangan itu mengadakan hubungan seks di atas lantai pusat membeli belah. Difahamkan, pasangan tersebut membetulkan semula pakaian mereka dan meninggalkan tempat kejadian selepas ditegur orang awam. - mD | ||
Syak Pakistan 'main' dengan isteri orang dalam kereta Posted: 17 Jun 2015 08:33 PM PDT
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari kelmarin, dua suspek lelaki warga tempatan dan Indonesia didakwa memukul mangsa di Batu 11, Kampung Sungai Serai, di sini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek dipercayai menyerang lelaki Pakistan dan guru wanita berusia 40 tahun itu selepas disangkakan sedang melakukan perkara tidak senonoh. "Hasil siasat polis mendapati, mangsa wanita dan lelaki Pakistan itu rakan perniagaan perabot. Mereka sedang berbincang di dalam kenderaan berkenaan," katanya. Menurutnya, suspek menyerang mangsa kerana menuduh mangsa melakukan hubungan sulit dengan isteri orang. "Bagaimanapun, suami wanita itu yang juga seorang pensyarah mendakwa isterinya dan mangsa tidak mempunyai apa-apa hubungan. "Suami guru itu memberitahu polis, mangsa dan isterinya hanya rakan perniagaan," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58493#sthash.ksQgxM4o.dpuf | ||
Posted: 17 Jun 2015 08:08 PM PDT
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Abdullah Suhaime, 30, yang bertugas sebagai pembantu juru X-ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru terbunuh apabila Ford Fiesta dipandu isteri keduanya, Rohayu Abas, 29, dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung sebuah lori pasir. Kejadian itu turut menyebabkan ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan. Farah berkata, dia pada mulanya mengetahui suaminya ditimpa kecelakaan jalan raya melalui rakan WhatsApp sebelum dimaklumkan oleh polis. "Pada Ahad lalu, suami ada beritahu saya bahawa dia hendak menghadiri kursus selama beberapa hari. Saya juga ada mengirim pesanan ringkas ke telefon bimbitnya beberapa hari lalu mengadu sakit kaki, tetapi tidak dibalas. "Saya juga tidak tahu ibu mentua dan isteri barunya ikut bersamanya. Sehinggalah pagi ini (semalam) sebaik saja saya dimaklumkan kemalangan terbabit, barulah saya tahu dia sudah bernikah seorang lagi," katanya yang kini hamil anak sulung selepas dua tahun berkahwin. Farah yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Kota Tinggi (HKT) bagaimanapun tidak dapat menahan kesedihannya sehingga ditenangkan oleh ahli keluarga yang turut menemaninya. Sementara itu, adik kepada Abdullah Suhaime yang dikenali Maizatul, 25, berkata, dia mendapat berita kejadian itu jam 7 pagi semalam daripada ibu saudaranya. Katanya, terkejut dengan berita itu, dia bergegas ke HKT bersama bapanya, Abd Rahman Ali, 58. "Rohayu isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke sana sejak tiga hari lalu. "Kami hanya dua beradik, selepas tidak tinggal bersama keluarga, saya sudah jarang berbual dengannya. Malah sejak akhir-akhir ini, dia tidak seceria seperti ketika kami tinggal bersama ibu bapa dulu," katanya. Maizatul berkata, semua jenazah dibawa ke Pahang untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran selepas bedah siasat selesai dilakukan pihak hospital. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Ford Fiesta dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah lori. Menurutnya, akibat pertembungan itu, pemandu dan dua penumpang maut termasuk seorang warga emas tercampak keluar beberapa meter dari kereta. "Pemandu lori iaitu Mohamad Amirul Faiz Azman, 23, berasal dari Felda Pasak, Kota Tinggi mengalami kecederaan di mata, dada dan kaki dirawat di HKT. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan berkembar dua hala yang lurus serta dalam keadaan cuaca baik," katanya. Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan Rohayu dan Abdullah yang tersepit. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58504#sthash.pUgKvYUb.dpuf | ||
Dicabul ketika tidur dalam surau Posted: 17 Jun 2015 04:01 PM PDT Seorang wanita yang sedang tidur di dalam surau di sebuah pusat beli-belah, di Kajang, terkejut apabila punggungnya digosok oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam kejadian cabul jam 3.30 petang kelmarin, mangsa yang juga penyelia pusat beli belah berusia 24 tahun itu dikatakan tidur di dalam surau ketika waktu rehat. Ketua Polis Daerah Kajang. ACP Willey Richard berkata, mangsa yang baru bertugas 15 hari di pusat beli-belah itu diraba salah seorang pekerja Ielaki di bangunan sama. Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan telah berjaya memberkas suspek yang berusia 20 tahun di rumahnya yang terlelak di taman Wawasan, Hulu Langat. Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 lahun atau sebatan atau ke dua-dua sekali. Sumber: Harian Metro |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |