Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

The Antics of Husin Lempoyang

$
0
0

The Antics of Husin Lempoyang


Strategi baru, Peranan sama PKR

Posted: 17 Jun 2015 11:44 PM PDT


Dengan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tamat, PKR sama menurut untuk umumkan PR sudah mati. Pelbagai analisa dan ramalan senario politik pembangkang akan dibuat, namun PKR akan berada dalam keadaan yang susah.

Selama ini, PKR bergantung pada jentera PAS yang kini bakal terbelah dua - pecahan saja tidak diketahui besar mana. Dengan tercampak jauh semua pemimpin Anwarinas luar cai, kumpulan golongan ulamak berkemungkinan lebih besar dari kumpulan Anwarinas.

PKR selama ini berperanan menjadi gam yang melekatkan kedua-dua PAS dan DAP yang ideologi jauh sangat berbeza. PKR juga yang akhirnya merenggangkan dengan cuba masuk campur dalam politik dalaman PAS.

Pada tahun-tahun 1990an dulu, peranan yang dimainkan oleh PKR sebagai gam pelekat dimainkan oleh Parti Melayu Semangat 46. S46 ada hubungan nikah mutaah dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Dibelah sana, S46 bersekedudukan dengan DAP dan PBS dalam Gagasan Rakyat.

Jika PKR dan DAP tuduhkan satu pakatan baru dengan PASMA, DAP akan jadi kuasa dominan ke atas  PKR tanpa Anwar Ibrahim dan PASMA yang pecahan lebih lemah dari PAS. Datin Seri Dr Wan Azizah hanya Ketua Pembangkang boneka.

Untuk PKR kekal berperanan, taktik Semangat 46 boleh digunakan oleh PKR yang berbilang kaum dan ugama:
  • Dengan DAP, ada persamaaan antara ahli-ahli Cina dan penganur Kristian Evangelis
  • Dengan PAS, masih ada bibit-bibit persamaan antara aktivis-aktivis Islam
  • Dengan PASMA, ada persamaan dalam selera.
Selera apa tu?

Syyy! Kurang pahala puasa jika disebut

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>