ANGIN PERUBAHAN |
- Anifah Aman Jawab Kembali Kritikan Tun M
- Pembangkang Sudah Tidak Bersih, Mahukah Ambiga Buat Demo?
- Apakah Semua ADUN PKR Masih Setia Dengan Azmin Ali?
Anifah Aman Jawab Kembali Kritikan Tun M Posted: 18 Jun 2015 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Menteri Luar membidas kecaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times. Datuk Seri Anifah Aman kesal melihat Dr Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi. "Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara," kata beliau dalam surat terbuka itu, yang dikirim kepada Bernama hari ini. Anifah mengkritik serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno dan tuduhan terhadap Perdana Menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini ialah beberapa petikan surat Anifah mengenai 1MDB. "Contohnya dengan menyatakan bahawa RM42 bilion lesap dari 1MDB untuk menimbulkan kebimbangan awam sedangkan hakikatnya ini hutang yang diaudit bersandarkan aset bernilai RM51 bilion. Dakwaan-dakwaan melulu ini memberi kesan kepada sentimen pasaran terhadap Malaysia. "Selain itu, beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. "Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir tidak berminat kepada jawapan daripada pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.' Mengenai pandangan Dr Mahathir terhadap UMNO yang menjadi 'lubuk untuk ahli politik bernaung', Anifah berkata: "Tun Mahathir yang mengetuai parti selama 22 tahun. Beliaulah semasa pemerintahannya berusaha untuk memupuk budaya "yes men" (Pak Turut) dan mengukuhkan kedudukannya." Mengenai tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib, Anifah berkata ia semata-mata keterlaluan, dan tidak benar sama sekali. Beliau berkata ia adalah hasil daripada langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara begitu kritikal terhadap parti dan kerajaan yang beliau pernah memimpin. "Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya," katanya. - Bernama |
Pembangkang Sudah Tidak Bersih, Mahukah Ambiga Buat Demo? Posted: 18 Jun 2015 03:30 AM PDT Wan Azizah sudah cakap pakatan sudah mati. Guan Eng sudah kata pakatan sudah tidak wujud lagi. Peguam PKR pun kata pakatan sudah khianati pengundi di Selangor. Ambiga pun setuju pakatan sudah bercelaru di Selangor. Oleh itu, Ambiga yang selama ini seronok sangat dengan "BERSIH" perlu membersihkan pakatan yang sudah mati. Apakah akan ada demo BERSIH di Selangor ? |
Apakah Semua ADUN PKR Masih Setia Dengan Azmin Ali? Posted: 18 Jun 2015 12:57 AM PDT Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang sudah sahkan pakatan pembangkang sudah mati. Bermakna jika sudah mati, segala pakatan yang ada termasuklah di Selangor perlulah dinilai semula. Selangor tidak boleh dilihat sebagai satu pakatan lagi kerana di peringkat nasional ianya sudah pun diiktiraf sebagai mati oleh Ketua Pembangkang sendiri. Pilihan raya di Selangor mungkin penyelesaian terbaik terhadap isu ini. Atau ada ADUN PKR yang mahu melompat masuk PAS dan menubuhkan pakatan baru di Selangor? |
You are subscribed to email updates from ANGIN PERUBAHAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |