Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


PM @NajibRazak : Letak Jawatan Jika Tidak Bersama #1MDB

Posted: 01 Jun 2015 06:58 PM PDT


Letak jawatan jika tidak bersama

Najib nyatakan pendirian tegas dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat berhubung pemulihan 1MDB
MOHD. ASRON MUSTAPHA | 01 Jun 2015 2:35 AM

2671 13 Google +0


KUALA LUMPUR 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.


Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Hal sama yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan portal berita, Malaysia-today.net.

"Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama)," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Shahrir yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Jelas Menteri Kewangan II itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/letak-jawatan-jika-tidak-bersama-1.98002#sthash.bQqTUGu4.dpuf

Kadir Jasin Tulis Pelabur Arab Suntik RM 16.4 Billion Bantu 1MDB - Sebelum Ditutup Tahun Hadapan

Posted: 01 Jun 2015 08:30 AM PDT


Kadir Jasin memang dikenali pro Tun M. Beliau kini menulis tanpa halangan di blog beliau sendiri di sini http://kadirjasin.blogspot.com/2015/05/nak-tutup-1mdb-tapi-berhutang-lagi.html

Terbaru cerita 1MDB timbul lagi. Kisah dana arab untuk tutup hutang 1MDB. 

Adakah ada gosip anda pernah dengar bahawa serangan terhadap Habib-Habib  di Malaysia melalui Utusan Malaysia termasuk dalam perjanjian bantuan berbillion ringgit ini ? Harap ia bukan pertukaran wang dengan maruah ulama keturunan Nabi.

Di saat jawapan balas dilakukan oleh pihak Najib, penyokong Tun M nampaknya tidak memperlahankan serangan mereka.

Di bawah sudah terdengar gosip Najib akan turun bulan Jun ini. Wallahu A'lam.

Tun M tidak berkuasa menaikkan sesiapa dan hanya Allah akan menentukan segalanya.

Sebagai pihak tidak sebelah mana-mana kecuali pihak Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan maka pandangan Kadir Jasin boleh jadi benar dan boleh jadi tidak.

Jika sudah sampai ke peringkat melampau membuat fitnah maka elok disaman sahaja.

Mungkin keberanian itu akan menunjukkan tidak ada yang mahu disembunyikan oleh Perdana Menteri.

Kita yakin anak Bugis akan terus bertarung hingga akhir langkah pendekar !

Hidup PM !!!


Pesanan : jawab apa yang dibangkitkan berkenaan 1MDB dan jangan hina Tun M atau lari dari persoalan yang diutarakan oleh beliau.

Setakat ini jawapan balas PMO memang hebat dan sangat viral. Syabas !


Saiful Bukhari Tarik Saman @Anwaribrahim

Posted: 01 Jun 2015 08:13 AM PDT


Tidak Mampu Biayai Kos Guaman, Mohd Saiful Tarik Balik Saman



KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas ketuanya berhubung kes liwat II kerana tidak mampu membiayai kos guaman.

Mohd Saiful, yang kini bekerja sebagai ejen insurans, berkata beliau mempunyai kes dan hujah kukuh dalam kes saman itu namun proses perundangan kadang-kala mengambil masa yang panjang untuk sampai ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu. Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah.

"Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membuktikan kebenaran laporan polis yang saya buat pada 2008," katanya dalam kenyataan akhbar yang diperoleh daripada peguamnya Zamri Idrus.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian liwat itu telah dibuktikan benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwatnya.

"Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan bercakap benar," katanya.

Mohd Saiful juga berkata beliau tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman itu kerana tidak mahu perbicaraan kes saman itu dieksploitasi untuk kepentingan pihak tertentu.

"Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala isi kandungan dalam laporan polis yang saya buat terhadap Anwar," katanya.

Pada 23 Jun tahun lalu, Mohd Saiful, 30, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, memfail saman itu kerana mendakwa telah mengalami trauma dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar telah menuduhnya sebagai memfitnah dan berkonspirasi terhadap Ketua Umum PKR itu dalam laporan polis pada 28 Jun 2008.

Pagi tadi Mohd Saiful, melalui peguamnya menarik balik saman itu dan perintah penarikan saman direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1139982

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710