Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LEBUHRAYA RAKYAT: DUIT TIN MILO KENA SONGLAP, JANJI DIBUDUKAN...

Posted: 01 Jun 2015 08:30 PM PDT


Kalau nak tahu cekap atau tidak pemimpin parti PAS memimpin sesebuah kerajaan atau negeri maka lihatlah janji dan perlaksanaan program mereka.

Dulu bukan kemain Husam Musa Pantalon canang kat rakyat seluruh negara terutamanya di Kelantan dan Putrajaya kununnya kerajaan Negeri Kelantan akan membina sebuah Lebuhraya Rakyat.

Ya sebuah Lebuhraya Rakyat idaman yang tak akan dikenakan sesen pun tol. Dilancarkan pada Mei 2012 dan dijangka siap akhir Mei 2015.

Sebuah lebuhraya yang akan menghimpunkan segala wang-wang jihad akhirat yang mana siapa melalui highway ini seolah-olah melalui lebuhraya ke sorga.

Digembar-gembur kununnya apabila siapnya lebuhraya ini maka ia akan terbinalah pula sebuah lingkaran jalan keretapi laju direct KL ke Kota Bharu...lalu duit pun dikutip lagi...

Tapi lebuhraya rakyat entah ke mana, ladang rakyat sepi tanpa berita, stadium tercanggih ntah bila nak mula...projek kambing jamnapari rugi sentiasa. 

Bila banjir tsunami habis semua kena musibah gara-gara kerosakan alam akibat projek ladang rakyat dan lebuhraya rakyat. 

Dah kena bala musibah Allah Taala pun masih dok kata orang UMNO - BN kapir dan salah.

Sedar-sedar Husam al Pantalon agen PASMA ni nak bertanding jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar nanti.

Hujung-hujung projek lebuhraya rakyatnya dihempuk pada kerajaan Pusat suruh buat. Tiga tahun projek tak siap nampak sangat dok khianat rakyat! 

Lebuhraya Rakyat: Kelantan serah pada Pusat

KOTA BHARU 1 Jun - Gara-gara berdepan pelbagai masalah termasuk didakwa kekurangan dana, Kerajaan Pas Kelantan dijangka menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab melaksanakan projek Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang telah dilancarkannya kira-kira tiga tahun lalu kepada Kerajaan Persekutuan.


Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mengikut persetujuan dicapai sebelum ini, Kerajaan Persekutuan akan membantu menyiapkan jajaran sejauh kira-kira 43 kilometer bermula di Kota Bharu hingga ke Machang.

Dalam masa sama, kata beliau, kerajaan negeri pula akan menyiapkan laluan sejauh 30 kilometer bermula di Machang hingga ke Kuala Krai.

"Kita dimaklumkan lebuh raya ini (Machang-Kuala Krai) menghadapi banyak masalah terutama dari segi pembiayaan.

"Jadi, difahamkan sudah ada ura-ura untuk memindahkan tanggungjawab ini kepada Pusat. Perbincangan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerajaan negeri itu sudah ada namun saya tidak pasti perinciannya. Saya akan semak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2015, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha; Pengarah Pendidikan negeri, Hussain Awang serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada 28 Mei 2012, bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah dan meletakkan batu asas pembinaan Lebuh Raya Rakyat di Felcra Mek Nab, Berangan, Machang.

Ketika itu, Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan pembinaan projek tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan meminta rakyat tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya yang menghubungkan bandar Kota Bharu dengan Kuala Krai.

Isu pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini terus menjadi perbualan hangat apabila Kerajaan Pas Kelantan turut menukar kontraktor yang dilantik beberapa kali selain salah sebuah syarikat tersebut turut memfailkan saman kerana mendakwa ditamatkan kontrak tidak mengikut prosedur.



Sejak April tahun lalu, Kerajaan Persekutuan giat melaksanakan pembinaan projek tersebut bagi Pakej 1B Pasir Hor-Kadok sejauh tujuh kilometer selain telah memulakan kerja-kerja pembinaan Pakej 2A Kadok-Ketereh sejauh 6.4 kilometer, bulan lalu.

Dua fasa berkenaan menelan belanja kira-kira RM350 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, pada Ogos tahun lalu, Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan kerja-kerja pembinaan fasa pertama projek pihaknya telah pun bermula di Bukit Bakar. Projek tersebut bagaimanapun dikatakan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.


Itulah senang berjanji tetapi susah nak dikotakan. Segala janji-janji PAS dan Husam Pantalon sudah kusam menjadi budu busuk.

Nak makan tak boleh nak buang sayang. Curah ke longkang mencemar alam, buang ke sungai mati ikan-ikan...

Cuma nak tanya ke manakah lesapnya duit-duit lebuhraya rakyat yang telah dikutip setiap kali ceramah?

Adakah ia digunakan untuk kempen Husam jadi Naib Presiden atau bail out ladang rakyat?   

Bohonglah kalau dia kata duit kempen nak tanding jadi Naib Presiden pakai duit tabungannya. Silap-silap dah kawtim masyuk dengan Nga Ngeh si tokey balak ladang rakyat.  

Takkan nak tunggu dapat royalti yang bukan hak kamu baru nak buat lebuhraya. Negeri lain pun ada keperluannya juga. 


Dah la banjir banyak wang negara disalurkan ke Kelantan, sampai kering akaun GLC bantu pulihkan...tapi adakah mereka tahu dan bersyukur?

Hujung-hujung dikatakan Najib, Rosmah dan UMNO habiskan wang negara dan boros belanja. Sampai yang dah nyanyuk pun join semangkuk.

Yang tolong pulihkan banjir dan pasca banjir tu ambil dan pakai duit mana?   

Fikir-fikirlah Husam Pantolon 10% punya pasal habis seluruh Kelantan jahanam. Macam ni nak dijadikan pemimpin masa depan?

SUHAIZAT PEMALAS, HANYA HADIR 4 KALI DARIPADA 14 MESYUARAT

Posted: 01 Jun 2015 05:24 PM PDT

Rekod kehadiran Suhaizan Kaiat pada tahun 2012/2013 ketika zaman Ustaz Nasruddin Hassan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS pusat lebih teruk jika dibandingkan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Rekod kehadiran menunjukkan Suhaizan hanya hadir mesyuarat 5 kali berbanding dengan 14 kali mesyuarat Pemuda PAS berbanding dengan Nik Abduh 13/14.
Baru-baru ini, Suhaizan yang juga penyandang Ketua Pemuda PAS telah mendedahkan dokumen rekod kehadiran exco-exco di bawah kepimpinan beliau dari kumpulan pro ulama (yang dipilih melalui muktamar) lebih teruk jika dibandingkan dengan exco-exco lantikannya.
Dokumen yang sengaja disebarkan dengan tujuan tertentu itu telah menjadi viral di media maya. Merujuk kepada sebaran itu, Zaharudin Muhammad, bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat yang dilucutkan jawatannya berkata Suhaizan lebih mengetahui apa yang berlaku dalam Pemuda PAS.
"Sebaran fitnah dah bermula. Saya tak nak sebut panjang-panjang. Suhaizan lebih tahu sebabnya. Saya dah letak jawatan atas beberapa protes melibatkan integriti. Saya memberi peluang kepada Suhaizan tadbir ikut cara dia. Cuma saya tak nak benda ni kecoh-kecoh sebab tu saya tak pernah umumkan perletakan jawatan saya kepada public.
"Kenapa tak sebarkan perbandingan kehadiran saya dalam Majlis Syura Ulama (MSU) dan sewaktu awal-awal dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan sewaktu sesi lepas. Kenapa tak sebar benda sama kehadiran sebahagian exco hari ni pada masa lepas. Apapun saya takkan sebarkan benda sama yang saya sebutkan tadi.
"Saya pesan ke saraf Hawai supaya jangan buat kerja2-kerja kotor macam ni. Nanti orang yang awak semua nak angkat akan terpalit,"katanya.
Harakahdaily melaporkan Suhaizan pada Oktober 2014 telah melakukan rombakan melucutkan jawatan Zaharuddin yang menang melalui pemilihan muktamar dengan orang-orang kepercayaan.
Zaharudin dilucutkan sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS dan dipindahkan ke jawatan baharu Pengerusi Lajnah Pendidikan untuk memberi laluan kepada orang kuat Suhaizan, Mohd Nasaie Ismail mengisi jawatan tersebut.
Mohd Nasaie, sebelum ini adalah Setiausaha Pemuda PAS, individu yang dilantik yang Suhaizan setelah tewas sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat sesi 2013/15.
Kekosongan jawatan Setiausaha Pemuda PAS kemudian diisi oleh seorang lagi orang kuat Suhaizan, Abang Ahmad Kardee. Dalam masa sama, tugas Mohd Nasaie diperkasa apabila turut dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru.
Mengulas lanjut mengenai kemelut dalaman Pemuda PAS itu, Zaharudin berkata isu kehadiran itu akan merosakkan reputasi Suhaizan jika perkara sebenar didedahkan.
"Nanti kalau saya keluarkan kronologi daripada awal termasuk surat asal yang konon-kononnya tak sampai ke pejabat agung (PAS), rakaman perbincangan personal di pejabat agung; Suhaizan juga yang susah.
"Jadi saya harap hentikan kerja 'tak matang' seperti ini,"katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710