The Unspinners |
- Suhaizat KAYAP tak minat tapi dipaksa tanding Ketua Pemuda PAS
- Mat Sabu sindir Hadi tapi tak ngaku, Didedah salahkan media ...
- Mazlan Aliman peringatan untuk pengamal politik fitnah
- Malaysiakini reverse psikologi: Sokong ulamak, bantu PASMA
- PASMA tak perlu gubra dipanggil budak suruhan DAP
- George Soros dalang dan wang belakang Sarawak Report
Suhaizat KAYAP tak minat tapi dipaksa tanding Ketua Pemuda PAS Posted: 01 Jun 2015 10:30 PM PDT Rekod kehadiran Suhaizan Kaiat pada tahun 2012/2013 ketika zaman Ustaz Nasruddin Hassan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS pusat lebih teruk jika dibandingkan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Rekod kehadiran menunjukkan Suhaizan hanya hadir mesyuarat 5 kali berbanding dengan 14 kali mesyuarat Pemuda PAS berbanding dengan Nik Abduh 13/14. Baca sepenuh SINI.Gini sajalah ... kehadhiran cerita kecik. BUkan petunjuk prestasi sebenar. Pilihlah Suhaizan ... dia sama cerdik dengan Nasruddin Hasan At Tantawi atau lebih cerdik sindir sesetengah ahli PAS yang tahu. Boleh lawan KJ yang belajar Oxford... kikiki. Apa yang boleh difahami Suhaizan bukan minat nak jadi Ketua pemuda tapi puak Anwarinas sudah suruh pasal tak ada orang lain dari puak mereka. Si lembab pun lembab lah .... |
Mat Sabu sindir Hadi tapi tak ngaku, Didedah salahkan media ... Posted: 01 Jun 2015 08:21 PM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional dan dua akhbar utama yang menyiarkan laporan mendakwa beliau menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mohamad berkata ucapannya dalam ceramahnya di Tumpat Jumaat lalu "diputar belit" sehingga mencetuskan "keresahan ahli, memburukan imej beliau dan menjadi ketidakharmonian dalam parti." "Oleh itu saya akan berbincang dengan peguam. Kalau ada kes, tindakan undang-undang akan diambil. "Tulisan (laporan) itu berniat jahat terhadap saya dan terhadap parti saya," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Petaling Jaya petang ini. Kelmarin Bernama melaporkan krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Mohamad semakin lantang mengkritik kepimpinan Abdul Hadi. Menurut laporan itu, beliau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir Hadi yang mahu keluardaripada pakatan pembangkang. Sepenuh di SINI |
Mazlan Aliman peringatan untuk pengamal politik fitnah Posted: 01 Jun 2015 05:28 PM PDT |
Malaysiakini reverse psikologi: Sokong ulamak, bantu PASMA Posted: 01 Jun 2015 08:29 AM PDT Siapa pilihan Dewan Pemuda PAS yang akan mula muktamar di Dewan Shah Alam hari ini? Malaysiakini dipetik berikut: Pada keseluruhannya, para pemerhati politik berpendapat bahawa sejak kebelakangan ini, Dewan Pemuda dilihat lebih cenderung menyokong golongan pro-ulama. Oleh itu, kata mereka, tidak mengejutkan sekiranya Nik Abduh terpilih untuk menerajui dewan itu. Dan peluang regu Nik Abduh pula ialah anak lelaki Hadi - Muhammad Khalil - dilihat cerah untuk mempertahankan jawatan timbalan ketua Pemuda. Beliau berdepan cabaran bekas ketua Pemuda Perak, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob selaku regu Suhaizan. Begitu juga dengan jawatan naib ketua di mana penyandangnya, Khairil Nizam Khirudin - yang juga pro-ulama - dilihat tidak bermasalah untuk mempertahan jawatannya. Beliau berdepan dengan cabaran ketua Pemuda Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad. Dan pertembungan itu juga dijangka berlanjutan bagi pemilihan senarai ahli jawatankuasa kerja Pemuda yang pada masa ini diwakili oleh kedua-dua kumpulan pada nisbah 50-50. Namun kali ini, golongan pro-ulama dijangka menguasai lebih banyak kerusi, setidak-tidaknya pada nisbah 60-40. Apa yang nyata, tidak sepertimana sebelum ini, pemilihan kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah PAS di mana pertembungan golongan profesional dan pro-ulama dapat dilihat dengan begitu ketara sekali. |
PASMA tak perlu gubra dipanggil budak suruhan DAP Posted: 01 Jun 2015 06:15 AM PDT Haji Hadi dah jelas sedia putus dari DAP. Kini DAP jelas mahukan PASMA. Apa perlu PASMA takut dikatakan ada rancangan bersama DAP? Mkini melaporkan berikut: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mencabar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki supaya menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya mengenai kewujudan "rancangan besar" calon tertentu dalam muktamar akan datang. Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, kenyataan dibuat Zuhri semalam adalah tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang pemilihan. "Berlaku adillah Zuhdi. Jangan menyemarakkan fitnah dalam PAS, kerana fitnah itu sekaligus akan memburukkan imej Islam sebagai agama adil, serta imej Pakatan Rakyat sendiri," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Semalam, Zuhdi membayangkan sebarang perubahan kepimpinan utama PAS akan menjadikan parti itu sebagai "budak suruhan DAP" dalam Pakatan. Sepenuh di SINI |
George Soros dalang dan wang belakang Sarawak Report Posted: 01 Jun 2015 12:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Unspinners To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |