Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Tun Dr Mahathir Tidak Bohong- Saya Juga Tidak Bohong: Tan Sri Pandikar

Posted: 19 May 2015 01:33 AM PDT

1. Sebelum tulisan ini, AYT pernah menulis, bahawa isu perletakan jawatan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat, telah berlaku salah faham maklumat antara Speaker tersebut dengan Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir.

2. Hari ini, terungkai sudah, antara dua pemimpin itu, tiada yang berbohong. Hanya kesilapan komunikasi sahaja menjadikan isu menjadi kemelut, sehingga timbul, di antara keduanya ada yang berbohong.

3. Pada selesa, di kediaman rasmi Speaker di Bukit Tunku, akhirnya, Tan Sri Pandikar mengaku, telah menulis surat perletakan jawatan sebagai Speaker pada 19 Mac lalu, namun perletakan jawatan tersebut tidak diterima oleh Perdana Menteri. 

4. Oleh kerana maklumat tersebut, tidak sampai kepada makluman Tun Dr Mahathir, maka pada Sabtu minggu lalu di Ipoh Perak, mantan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa speaker sudah meletakkan jawatan.

Berikut kandungan rumusan sidang akhbar Tan Sri Pandikar.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar berkata satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju untuk menerima saranan bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

"Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu.

"Sebaliknya dia tanya apa sebenarnya permasalahanmu sebagai speaker,"

Pandikar berkata antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.

Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan.

"Jawatankuasa pilihan Parlimen baru juga perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatan kuasa pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan proses perbahasan rang undang-undang.

"Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaik taraf sedarjat seperti bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Istana Kehakiman," katanya.

Beliau berkata, Najib meminta masa untuk memenuhi segala kehendak bagi menambah baik perjalanan Parlimen kerana semuanya memerlukan persetujuan Kabinet.

Katanya, mesyuarat Kabinet pada 10 April berbincang mengenai perkara yang diajukan dan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai kajian pembaharuan Parlimen termasuk penggubalan undang-undang.

"Adalah tidak benar perkara yang membawa kesinisan di mana-mana saja kenyataan akhbar yang speaker itu letak jawatan kerana merajuk tiada tandas atau perabot tidak sesuai dengan taraf Parlimen adalah tidak betul.

"Saya meletak jawatan atas niat saya mahu memartabatkan Parlimen Malaysia setaraf Parlimen kelas pertama di dunia," katanya.

Pandikar berkata, sudah menjadi janjinya selepas pilihan raya umum lalu untuk melakukan pembaharuan Parlimen dan sudah menunggu7 tahun untuk berbuat demikian.

Katanya, sebagai speaker, beliau akan terus mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tidak akan tunduk kepada kuasa eksekutif.

"Ini tahun ketujuh saya sebagai speaker, kalau tiada perubahan seperti saya sebut tadi, saya tidak akan teragak-agak menulis kepada perdana menteri dan saya akan meletak jawatan.

"Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan.

"Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>