PEJUANG BANGSA |
- TUN M BILA PERTIKAI JET BARU KERAJAAN,JANGAN LUPA SKYHAWK NEVADA
- BERANIKAH WAN AZIZAH LETAK NAMA UNTUK PM BAYANGAN ??
- GUAN ENG JADIKAN PAS KAMBING HITAM UNTUK BUAT KABINET BAYANGAN SENDIRI
- MEMALUKAN ! DAP JATUHKAN MARUAH WAN AZIZAH KETUA PEMBANGKANG
- TUN M YANG AIBKAN DIRI SENDIRI KERANA BOCORKAN RAHSIA ORANG
- Saya bukan anak yang khianati parti UMNO - @NajibRazak
TUN M BILA PERTIKAI JET BARU KERAJAAN,JANGAN LUPA SKYHAWK NEVADA Posted: 19 May 2015 10:00 AM PDT Tun Mahathir terus mempertikaikan kewajaran Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib yang telah membeli jet rasmi kerajaan untuk digantikan dengan yang lama . Tetapi kerajaan dipimpin Najib cukup telus sekali dalam pembelian jet kerajaan baru ini hingga diketahui umum bukan seperti zaman Mahathir ketika beli pesawat Skyhawk dari US . Dalam mempertikaikan kewajaran Kerajaan Najib beli jet kerajaan , Tun Mahathir telah terlupa tentang 40 buah Skyhawk yang telah ditinggalkan di Padang Pasir Nevada yang telah diperolehi semasa era pemerintahannya.. SKYHAWK dan TUDM Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah. Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti. Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans. A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick. 6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40). Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan. Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bila mana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan. Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994. Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia. 40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun. Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya. Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM! Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia. Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan. Menguntungkan kah? Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta? Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai? RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang. Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun? Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung? Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa.. Kenali Skyhawk kita Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM) Enjin : .......................Wright J65-W-20 Panjang Sayap : .....8.38m Panjang : ................12.6m Tinggi: .....................4.57m Kelajuan maksima: 1083 km/j Had penerbangan: 12,192m Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom, ..................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke darat sumber |
BERANIKAH WAN AZIZAH LETAK NAMA UNTUK PM BAYANGAN ?? Posted: 19 May 2015 09:05 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dicabar menamakan siapa calon Perdana Menteri dalam kabinet bayangan Pakatan Pembangkang selepas ketiadaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bakal Perdana Menteri Malaysia hendaklah datang dari sebuah parti yang kuat dan dalam konteks pakatan pembangkang, parti Dap dilihat lebih layak untuk menduduki kerusi terbabit kerana parti itu memenangi 37 kerusi di Dewan Rakyat berbanding parti PKR dan Pas. "Dap mempunyai 37 kerusi Parlimen, PKR cuma 29 dan Pas ada 21 kerusi. Sudah pastilah Dap yang boleh jadi Perdana Menteri bayangan di kalangan pakatan mereka. "Jadi, nak bagi siapa jawatan tersebut kerana jika nak letak pada Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri bayangan, maknanya ia datang dari parti yang lemah. Jika parti yang lemah tentulah sukar untuk menjadi Perdana Menteri yang kuat kepada Malaysia", ujarnya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Ketua pembangkang yang baharu, Dr Wan Azizah yang mahu melaksanakan kembali kabinet bayangan pakatan pembangkang. Malaysia jelas beliau lagi memerlukan seorang Perdana Menteri yang datang dari parti yang kuat, contohnya Perdana Menteri hari ini adalah dari sebuah parti yang mempunyai 89 kerusi di Parlimen, jumlah kesemuanya termasuk BN ialah 134 kerusi Parlimen. Tambahnya, sekiranya PM dalam kabinet bayangan itu datangnya dari PKR, maka ia adalah calon yang lemah kerana parti itu tidak menguasai majoriti di Parlimen berbanding UMNO yang menguasai 89 kerusi Parlimen. Terdahulu Ketua Pembangkang baharu, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil langkah drastik apabila mengumumkan akan membentuk kabinet bayangan Pakatan pembangkang. – MediaUMNO |
GUAN ENG JADIKAN PAS KAMBING HITAM UNTUK BUAT KABINET BAYANGAN SENDIRI Posted: 19 May 2015 07:52 AM PDT DAP merangka Kabinet bayangannya sendiri dengan alasan tidak mampu bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak yakin Kabinet bayangan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan berikutan keengganan Hadi untuk berbincang dengan rakan sekutunya berhubung beberapa perkara sebelum ini. "Dia tidak meminta pandangan kami, malahan dia tidak berunding dengan pemimpin PAS sendiri. Jadi, bagaimana kami dapat bekerjasama? "Kami juga sudah memutuskan untuk tidak menjalin sebarang hubungan dengan Hadi, tetapi kami akan terus berurusan dengan pemimpin PAS lain," katanya pada sidang media di Parlimen, Selasa. Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin mahu membentuk barisan Kabinet baharu, Guan Eng berkata, ia tidak praktikal untuk pakatan pembangkang itu ketika ini. "Kabinet bayangan Pakatan Rakyat itu sukar dikawal kerana Hadi ada kuasa veto untuk menolak sebarang keputusan berasaskan persetujuan bersama. "Hadi tidak berunding dengan kami berhubung sebarang hal terutama hudud, dengan itu saya percaya ia sukar dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Bagan itu. ![]() Guan Eng bagaimanapun berkata, semua parti gabungan pakatan itu masih mampu bersatu jika masing-masing mempunyai Kabinet bayangan sendiri. "Setiap parti ada jurucakap untuk portfolio masing-masing dan masih boleh bersatu membabitkan isu yang dipersetujui bersama. "Sama ada pakatan akan memiliki Kabinet bayangan atau tidak, kita tunggu dan lihat," katanya. Kabinet bayangan DAP membariskan 34 pembuat dasar yang akan bertanggungjawab terhadap 18 kementerian. Antara portfolio adalah Pendidikan, Sains dan Teknologi (Zairil Khir Johari-Bukit Bendera, Teo Nie Ching-Kulai), Dalam Negeri dan Perundangan (Gobind Singh Deo-Puchong, Ngeh Koo Ham-Beruas, Thomas Su Keng Siong-Ipoh Timur dan Ramkarpal Singh-Bukit Gelugor) serta Kewangan dan Ekonomi (Tony Pua-Petaling Jaya Utara, Oscar Ling-Sibu dan Wong Tien Fatt-Sandakan). Guan Eng menambah, beberapa Ahli Parlimen memegang lebih satu portfolio, tetapi parti tidak membenarkan pihak lain menjadi jurucakap untuk lebih daripada satu bidang. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan Guan Eng sendiri adalah pemimpin yang tidak diberi portfolio khusus. Ditanya situasi itu kerana Guan Eng adalah calon Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan itu, beliau berkata: "Saya bukan perdana menteri bayangan. Hal itu patut ditanya Ketua Pembangkang." |
MEMALUKAN ! DAP JATUHKAN MARUAH WAN AZIZAH KETUA PEMBANGKANG Posted: 19 May 2015 06:43 AM PDT Macamana nak memerintah negara , soal menentukan siapa kabinet bayangan pun gagal putuskan . Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang di Parlimen pun dimalukan DAP bila cadangan menubuhkan kabinet bayangan ditolak keras Guan Eng . Tindakan DAP menolak cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ingin menubuhkan kabinet bayangan memperjelaskan hakikat yang selama ini masih kabur dan tidak mahu diakui ramai. Alasan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ialah cadangan tersebut langsung tidak praktikal ekoran masalah mencapai kata persetujuan antara ketiga-tiga parti khususnya PAS. "Selepas pengalaman kita dengan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa beliau boleh veto, dia boleh tolak (keputusan) sama sekali, beliau boleh buat keputusan diri sendiri seperti kes hudud yang tiada perbincangan langsung dengan mana-mana pihak saya rasa cadangan (kabinet bayangan PR) adalah tidak praktikal. "Oleh itu, cadangan tersebut saya rasa susah untuk dilaksanakan, sebab itu pihak kami rasa lebih baik kita ada satu kabinet bayangan untuk setiap parti dan setiap parti akan adakan perbincangan, jadi mekanisme ini telah berubah dan saya rasa benda ini juga akan dipersetujui oleh Ketua Pembangkang," katanya di Lobi Parlimen, Selasa . seterusnya Apabila kena sound dengan DAP , Ketua Pembangkang paling lemah ini cuba cover malu dengan menyatakan ia hanya comittee Parlimen . Dalam isu ini jelas membuktikan Pakatan Rakyat jelas tidak sepakat dalam soal membuat keputusan bersama dan Wan Azizah hanya boneka saja diletakkan sebagai Ketua Pembangkang. Setelah cadangan kabinet bayangan pakatan pembangkang ditolak DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil menyatakan bahawa cadangan beliau sebenarnya ialah untuk mewujudkan jawatankuasa parlimen. Nyatanya, Ketua Pembangkang itu yang termalu dengan penolakan DAP serta PAS berhubung cadangan kabinet ketua pembangkangbayangan bertindak untuk cuba mengalih perhatian ramai dari usul tidak praktikal yang dibuatnya. "Ini bukan kabinet bayangan, tapi ia adalah satu komiti," katanya di lobi Parlimen, Selasa. Beliau sebaliknya cuba mengalih tumpuan kegagalan dirinya dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional, (BN) kerana tidak memperuntukkan bajet bagi menubuhkan jawatankuasa parlimen. seterusnya Sebaliknya DAP membuat sendiri kabinet bayangan mereka dengan mengetepikan PKR & PAS |
TUN M YANG AIBKAN DIRI SENDIRI KERANA BOCORKAN RAHSIA ORANG Posted: 18 May 2015 11:58 PM PDT Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia pertemuan mereka yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari pada 13 Mac 2013 yang lepas. Tegas Pandikar, pertemuan yang dikatakan perbincangan hati ke hati dan seumpama seorang anak dan ayah itu diakui memang berkisar kepada isu mahu meletakkan jawatan kerana kecewa dengan sistem Parlimen pada masa itu. "Saya mohon kemaafan jika ia mengguris hati Tun M, saya tak mahu aibkan dia, sebagai respon Tun M semalam yang menyifatkan saya memalukan dia, bagi saya kenyataan Tun M yang memalukan dirinya sendiri apabila melanggar etika kerahsiaan yang seharusnya pertemuan itu tidak patut dizahirkan kepada sesiapa. "Saya jumpa Tun M di Yayasan Bukhari pada 13 Mac 2013. Dalam pertemuan itu kami bincang banyak perkara politik semasa dan saya akui sudah curahkan isi hati kekecewaan dan tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat selain meluah rasa hendak meletak jawatan Speker. "Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan," katanya semasa sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini. Tun Mahathir baru-baru ini, berkata Pandikar telahpun meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Bagaimanapun, kenyataan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan itu disangkal oleh Pandikar Amin menerusi satu kenyataan. |
Saya bukan anak yang khianati parti UMNO - @NajibRazak Posted: 18 May 2015 05:00 PM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau bukan anak yang khianati parti, sebaliknya memperkukuhkan dan memartabatkan UMNO seperti yang diperjuangkan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Justeru itu, Presiden UMNO itu meminta diberikan peluang dan sokongan untuk menghabiskan agenda pembangunan negara serta mempertahankan kedudukan UMNO parti pemerintah. Najib berkata, dasar yang diperkenalkannya sebagai Perdana Menteri adalah selari dengan prinsip dan perjuangan UMNO.. "Saya akan jalankan tugas dalam Kabinet dan Majlis Tertinggi supaya agenda memperkasakan UMNO berjaya diteruskan sebab bapa saya yang bangunkan parti ini,"katanya di majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, Isnin. Beliau turut membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sedangkan beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu. "Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus… lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah. "Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun…kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas… dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?," katanya. Najib berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di era pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti. "Ingat masa Tun M tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita," katanya. Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama. "Kita nak jaga parti… parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan UMNO, sayangkan UMNO. Kalau kita ada masalah kita betulkan, kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan," katanya. Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara. "Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |