Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Seronok, janda muda hanyut penuh khayal

Posted: 19 May 2015 06:07 AM PDT

KUALA KEDAH - Seorang janda muda beranak satu di sebuah perkampungan, di sini, mendakwa menjadikan dadah sebagai alat penghilang kebosanan dialaminya.

Dalam operasi bermula jam 4 pagi semalam, kira-kira 145 penduduk tempatan termasuk tiga janda muda ditahan kerana disyaki menghisap dadah.

Ketika diserbu, janda muda hanya dikenali sebagai, Kila , 22, dan rakannya, Sha, 22, didakwa sedang melakukan aktiviti mencurigakan dalam sebuah kediaman.

Kila berkata, dia mula menghisap dadah bagi menghabiskan masa lapang memandangkan dia berasa bosan dengan kehidupannya kini.

"Sebelum ini, saya di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar. Bukannya saya tidak boleh berhenti menagih dadah. Sebenarnya, saya hanya inginkan hiburan.

"Saya kebosanan dan tidak tahu hendak buat apa. Lagipun, kebanyakan rakan sebaya lebih kurang sama sahaja dengan keadaan saya," katanya.

Kila berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya, bagaimanapun memiliki seorang anak lelaki berusia lima tahun.

Seronok dan tekanan jadi punca ambil dadah

Manakala, Sya berkata, dia menghisap dadah jenis syabu atas dasar seronok-seronok semata-mata tanpa pengetahuan ahli keluarganya di Pulau Pinang.

Anak kedua dari tiga beradik yang tinggal bersama nenek dan datuk di kampung berkenaan berkata, dia tidak akan tidur seharian sebaik mengambil dadah.

Menurutnya, dia tidak bekerja mendakwa menggunakan wang simpanan hasil kerja di Pulau Pinang untuk membeli dadah antara dua, tiga kali seminggu.

Turut ditahan, janda muda berusia 32 tahun dikenali Di, yang memiliki anak berusia sembilan dan 10 tahun yang ditahan bersama seorang rakan lelakinya.

Di berkata, dia akan mengambil dadah apabila memiliki wang dengan membelanjakan antara RM100 hingga RM200  sejak tiga tahun lalu  bagi melepaskan tekanan.

Pendandan rambut mak nyah terpengaruh kawan

Manakala, seorang lelaki berperwatakan wanita dikenali sebagai Ki, 32, berkata, dia mengambil dadah jenis syabu sejak berusia lingkungan 20-an lagi.

Katanya, dia menetap di kampung berkenaan dan menyara kehidupan dengan melakukan pekerjaan sebagai seorang pendandan rambut di kediamannya sendiri.

Ki berkata, dia mula terjebak dalam kancah penagihan dadah sejak hampir 10 tahun lalu disebabkan terpengaruh dengan kawan-kawannya sendiri.

Menurutnya, keluarga sememangnya menyedari masalah ketagihan dialaminya, malah ada menasihatkannya untuk berubah dan balik ke pangkal jalan semula.

"Saya sendiri sememangnya berniat ingin berubah, bagaimanapun rasa agak susah.

"Sebelum ini, saya pernah cuba untuk tidak menagih," katanya.

Ki berkata, dia tidak memiliki pendapatan sekiranya tiada pelanggan, oleh itu dia akan menyimpan wang untuk mendapatkan bekalan dadah.

Anak bongsu dari dua adik beradik ini, berkata, dia mendapatkan bekalan dadah secara mingguan, yang mana dibeli dengan harga sekitar RM30 bagi setiap satu.

Kawasan hitam digempur

Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, operasi berkenaan diketuai Ketua Pegawai AADK Kota Setar/Pokok Sena, Suria Azlina Shaarin.

Mohammad Nazer berkata, seramai 145 individu yang mana tiga daripada merupakan orang kena pengawasan (OKP) antara ditahan kerana disyaki menagih dadah.

"Saya yakin 80 peratus daripada bilangan penduduk ditahan positif dadah. Kebanyakannya adalah golongan nelayan terdiri daripada remaja dan belia di kawasan tersebut," katanya.

Katanya, tiga kawasan terkenal sudah dikenal pasti panas antaranya adalah di bawah Jambatan Tok Pasai, Kampung Tepi Laut dan tepi Seberang Kota.

Namun, katanya, mereka dipercayai mengubah taktik mendapatkan bekalan apabila tidak menggunakan port, sebaliknya berpecah ke kawasan berhampiran.

Mohammad Nazer berkata, operasi terbesar bagi Kuala Kedah dilaksanakan bagi memutihkan daerah berkenaan yang dianggap hitam dan berisiko tinggi sebelum ini.

Menurutnya, operasi disertai 139 kakitangan AADK dan dibantu Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan kawasan panas berkenaan bersih dari penagih dadah.

Menggigil pegang tangan gebu

Posted: 18 May 2015 10:35 PM PDT

Pelakon yang semakin meningkat populariti, Shukri Yahaya, 27, mengakui mengigil sewaktu mahu menyentuh dan memengang tangan 'isterinya', Nur Fathia Latiff menerusi adegan berkahwin dalam drama terbaharu adaptasi novel terlaris, Dia... Isteri Luarbiasa (DILB).

Menyifatkan watak kali ini mencabar, Shukri yang ditemui pada majlis tayangan episod pertama semalam menyatakan sejak awal penggambaran lagi dia sendiri memang meletakkan jurang antara dia dan aktres jelita yang cukup popular dengan watak Ariana Rose itu.

Namun begitu, ia tidak menghalang mereka mewujudkan keserasian sebagai pasangan suami isteri cuma sifat dirinya yang pemalu membuatkan dia berasa gementar terutama jika melibatkan babak romantik bersama Fathia.

Bagaimanapun, aktor yang melonjak populariti menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia ini menyatakan Fathia seorang 'pasangan' yang profesional dan banyak menenangkan dirinya. Ia membuatkan dia berasa lebih relaks untuk menjiwai babak tersebut.

"Ini pertama kali saya bergandingan bersama Fathia. Sebelum masuk ke set, saya ada menonton lakonan Fathia menerusi drama Bencinta.

"Sepanjang penggambaran drama ini. saya banyak dapat tunjuk ajar daripada pengarah juga Fathia sendiri sekaligus dapat membina keserasian antara kami.

"Cuma saya ni seorang yang pemalu. Tambahan, awal-awal lagi saya sudah letak jurang di mana saya junior manakala Fathia pula adalah senior saya dalam bidang lakonan.

"Dia cantik dan lakonannya hebat. Mungkin itu yang membuatkan saya berasa segan dengannya.

"Ada satu babak kahwin di mana saya perlu pegang tangan Fathia. Mulanya sewaktu saya hendak pegang tangan dia, saya mengigil.

"Dia nampak tangan saya mengigil dan dia terus tenangkan saya. Bila dia memberi reaksi sebegitu, rasa gementar saya berkurang," katannya kepada Malaysian Digest ketika ditemui di Restoran Asmara Penchala, Selangor, semalam.

Memegang watak sebagai Dr Raden Amzar iaitu seorang pensyarah juga suami yang penyabar dan romantik, Shukri menolak dakwaan malu dengan heroinnya kali ini kerana takut terlalu berlebihan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang kepada teman lelaki Fathia iaitu pelakon Aiman Redza Hakim.

"Eh, taklah. Malah, saya ada jumpa Aiman ketika dia datang di set penggambaran tetapi dia tidak pesan apa-apa pun. Teman wanita saya pun okay," katanya sambil tertawa.

Semalam merupakan episod pertama drama terbitan produksi Pena Creative itu yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3.

Penyanyi Kahwin Dua, Belasah Isteri Pertama Sampai Gugur Kandungan?

Posted: 18 May 2015 08:19 PM PDT


HABIS manis sepah dibuang. Begitulah ibaratnya apa yang berlaku terhadap isteri kepada vokalis sebuah kumpulan yang pernah popular beberapa tahun lalu.
Si isteri tersebut dikatakan dipukul hanya kerana tidak merestui perkahwinan kedua suaminya.
Sebelum ini, kecoh sebentar industri seni tempatan apabila seorang penyanyi lelaki mengakui dia telahpun bernikah satu lagi, malah turut mendedahkan bahawa isteri pertamanya memberi keizinan.
Namun, selang sehari selepas itu, isterinya tampil menangkis kenyataan tersebut dan menafikan dirinya merestui perkahwinan kedua penyanyi tersebut.
Hari ini, timbul pula cerita baharu yang mana isteri pertama dikenali sebagai Baby itu dikatakan dipukul akibat penafian tersebut.
Melalui beberapa screen captured perbualan dua rakan rapat isteri pertama, terdedahlah cerita penderitaan yang ditanggungnya.
Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-1-ROTIKAYA
Sumber dari Rotikaya
Malah pukulan daripada si penyanyi itu juga khabarnya telah menyebabkan si isteri mengalami keguguran anak mereka yang kelapan!
Andai dakwaan tersebut benar-benar berlaku, si penyanyi lelaki tersebut sememangnya layak digelar dayus.
Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-2-ROTIKAYA
Sumber dari Rotikaya
Berdasarkan perbualan tersebut juga, si isteri dikatakan menolak untuk membuat laporan polis kerana bimbang bakal merosakkan reputasi mereka sekeluarga. Alahai..
Kedua-dua rakan tersebut turut mengamuk dengan sikap anak pertama pasangan terbabit yang seakan-akan tidak mengendahkan ibunya dan memilih untuk menghabiskan masa bersama teman wanita.
Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-3-ROTIKAYA
Sumber dari Rotikaya
Kasihan betul dengan nasib yang menimpa si isteri.
Sudahlah dimadukan walaupun tidak memberi keizinan, si suami yang sudah memiliki 'pucuk muda' tegar memukulnya pula..
– MYNEWSHUB.CC




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>