Apa Yang Tersirat |
Najib Kena Selesaikan Isu 1MDB-Prasyarat Sokongan AMT Umno Posted: 12 May 2015 12:57 PM PDT 1. Sokongan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno kepada DS Najib terletak sejauh mana beliau dapat menyelesaikan isu 1MDB. 2. Kebanyakan AMT, bersuara pada mesyuarat AMT pada Isnin, bahawa mereka tidak menolak 1MDB, akan tetapi mahukan GLC itu cemerlang. Jika GLC itu bermasalah, Presiden yang juga Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan dan Penasihat kepada syarikat gergasi itu perlu menyelesaikannya. AMT dengan tegas, tidak mahu terpalit jika 1MDB berdepan masalah, misalnya kehilangan wang pinjaman, seperti mana dakwaan berbagai pihak termasuk daripada Mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir. 3. 1MDB yang mempunyai pinjaman mencecah RM42 bilion, berdepan dengan masalah aliran tunai, dalam usahanya membayar faedah atau hutang yang telah matang. 4. Pada 11 Mei, syarikat itu mampu membayar RM186 juta faedah sukuk yang berjumlah AS1.75 bilion yang matang pada tahun 2022 dengan kadar faedah 5.99%. Pada September syarikat itu memerlukan RM360 juta untuk membayar sukuk bernilai AS3bilion yang matang pada 2023 yang berkadar faedah 4.4%. 5. Sebelum ini, syarikat itu berdepan masalah membayar hutang, sehingga terpaksa meminjam daripada pihak ketiga sejumlah RM2bilion, dan meminta suntikan modal daripada kerajaan berjumlah RM950 juta. 6. Dalam perkembangan berasingan, kini terdedah sudah, bahawa keterkaitan Jho Low dengan 1MDB semakin jelas, apabila mantan MB Terenggangu-Datuk Ahmad Said memberitahu DUN Terengganu, bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) terpaksa membatalkan kerjasama dengan 1MDB, atas sebab syarikat itu mahu mengadaikan pengeluran minyak dan gas negeri itu. Jho Low pernah menjadi penasihat kepada urusniaga antara 1MDB dan TIA. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |