BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Peminat wanita berahi tengok puting selebriti separuh bogel di Instagram
- 'Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada'
- Pelakon remaja perempuan popular dirogol bapa tiri
- Artis tempatan amal seks songsang derita sakit kelamin
Peminat wanita berahi tengok puting selebriti separuh bogel di Instagram Posted: 12 May 2015 04:01 PM PDT BAGAI tidak serik, Wak Doyok sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila sengaja memuat naik gambar separuh bogelnya di laman Instagram. Tindakan ikon fesyen itu berkongsi gambar tidak berpakaian yang menampakkan putingnya menarik perhatian ramai peminat yang kelihatan teruja dan tidak kurang juga yang mengkritik. Bagaimanapun, komen 'berani mati' seorang peminat dikenali sebagai Syasya Mahmud yang memberi komen berahi mengejutkan sesiapa sahaja yang membacanya. "Mestilah suka dan gatal @Wakdoyok. Tak tahan tengok!" tulis Syasya. Tambah sensasi, Wak Doyok dilihat 'melayan' dan saling berbalas komen bersama gadis berkenaan. Tak pasal-pasal tindakan Wak Doyok bersama gadis itu dikecam ramai kerana dianggap tidak bersesuaian dengan budaya Timur. Sebagai public figure, Wak Doyok sepatutnya lebih peka dengan penerimaan peminat di luar sana apatah lagi dia pernah terpalit dengan isu komen 'merecik' yang dibuatnya terhadap Kilafairy. Erm, takkan nak 'pisang berbuah dua kali' kot?- MYNEWSHUB.CC |
'Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada' Posted: 12 May 2015 03:28 AM PDT Seorang wanita yang menyertai himpunan anti-GST pada 1 Mei lalu mendakwa dia diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Berikutan ugutan itu, Maisara Amira, 21, membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei. Maisara berkata, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlainan - dan bukannya oleh anggota di IPD Dang Wangi - kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan. Dia turut menuntut polis menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk menyiasat kes berkenaan. Dua kali kena ugut Maisara ditangkap polis selepas menyertai perhimpunan itu dan direman selama empat hari bersama 22 yang lain. Sehari sebelum remannya berakhir (pada 5 Mei) Maisara berkata, dia dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan dijaga tiga anggota polis, termasuk dua lelaki. Maisara (gambar kiri) mendakwa dia memilih untuk berdiam diri ketika disoal siasat namun tiba-tiba salah seorang daripada anggota polis lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata berupa ugutan, iaitu "Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya." Anggota Cawangan Khas? Walaupun diugut begitu, Maisara berkata dia masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang reaksi, namun anggota polis itu mengugutnya lagi. Kata Maisara, anggota polis lelaki itu berkata lagi: "Macam ni lah, aku bagi kau peluang. Kau jawab semua soalan yang ditanya oleh cik ni (anggota polis perempuan). Kalau tak, aku akan suruh dia keluar. Aku yang akan masuk dalam. Kau settle dengan aku." Menurut Maisara lagi dia berasa sangat takut melihat sikap anggota polis itu namun tetap berdiam diri. Maisara mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana dia tidak berpakaian seragam serta tiada tanda nama pada bajunya. Maisara berkata kejadian itu membawa trauma kepadanya menyebabkan dia sentiasa berasa tidak selamat. "Saya rasa hak saya sebagai wanita perlu dipertahankan dan diambil perhatian. Akhlak tak baik "Ini perkara serius. Ugutan rogol tidak seharusnya berlaku ketika proses siasatan," katanya di sidang media di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) hari ini. Sementara itu bapa Maisara, Mohamad Asmadi menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan siasatan menyeluruh supaya pihak yang berkenaan dibawa ke muka pengadilan. "Pak cik sedihlah. Akhlaknya tak baik. Bukan macam itu jadi pegawai polis. Biar akhlak mulia, biar orang percaya polis. "Sekarang pak cik nak keluar ke mana-mana pun tidak boleh tinggalkan anak, tak bebas," katanya. Turut hadir di sidang media itu, peguam Maisara, Sivamalar Genapathy dan Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah. |
Pelakon remaja perempuan popular dirogol bapa tiri Posted: 11 May 2015 09:01 PM PDT Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama bersiri yang disiarkan stesen televisyen berbayar disyaki menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak lelaki berkenaan mengahwini ibunya 10 tahun lalu. Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah. Katanya, gadis itu menjadi mangsa cabul lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tajuh tahun lagi selepas mereka tinggal di Johor Bahru dan suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sehingga merogol remaja berkenaan ketika mangsa berusia 12 tahun. Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang. Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan. (rtky/s) |
Artis tempatan amal seks songsang derita sakit kelamin Posted: 11 May 2015 07:01 PM PDT Berat hati SS untuk menulis gosip yang satu ini kerana kalau benarlah bagai dikata, SS simpati kepada nasib seorang artis lelaki ini. Harapnya tidak benarlah berita kononnya dia sedang menderita penyakit kelamin disebabkan pergaulan bebas. Pergaulan bebas yang sepertimana? Berdasarkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, artis terbabit seorang pengamal homoseksual atau tertarik dengan kaum sejenis. Akibat daripada amalan seks sebegitu, dia khabarnya dijangkiri penyakit kelamin itu. Antara percaya dengan tidak kerana SS langsung tidak mengesyaki artis ini seorang gay. Namun, selepas melihat foto terbarunya yang mengalami penurunan berat badan, boleh jadi juga gosip yang disampaikan itu ada kebenarannya. SS cuma berharap dia segera sembuh. Meskipun penyakit itu ada penawarnya dan tidak seperti AIDS, namun ia boleh berulang jika tidak menjalani gaya hidup yang sihat. SS: Tak sanggup, tak ada selera dan tak sampai hati nak meminati kaum sejenis. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50081#sthash.GvVsZ8oi.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |