PEJUANG BANGSA |
- MISTERI KERETA MEWAH PLAT KHAS "PENANG" DINAIKI GUAN ENG DI HONG KONG !!
- PEMILIHAN 1987 : NAJIB BERBOHONG ATAU ZAM MAIDIN KAKI PUTARBELIT
- TONY PUA SUDAH KECUT KENA SAMAN NAJIB , MINTA MAHKAMAH BATALKAN ..
- BILA PRESIDEN PAS TAK SETUJU NAJIB DIDESAK LETAK JAWATAN
- ORANG LUAR UMNO JADI JEMUAN ADU DOMBA UNTUK PECAHBELAHKAN PARTI
- WIRA BLACK HAWK DOWN CERITA KEHEBATAN ASKAR MELAYU DI BUMI SOMALIA
MISTERI KERETA MEWAH PLAT KHAS "PENANG" DINAIKI GUAN ENG DI HONG KONG !! Posted: 12 May 2015 10:00 AM PDT Kereta mewah dengan nombor plat khas "PENANG" untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang di Hong Kong. Persoalan: 1. Siapa pemilik sebenar kereta ini? Mengikut siasatan dan maklumat diperolehi dari Hong Kong, pemilik kereta ini membayar sejumlah HK$ 5000 untuk memperoleh nombor khas berkenaan pada 9 April 2012. 2. Apakah kereta mewah dengan nombor plat "PENANG" ini disediakan khas untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Kerajaan Hong Kong apabila beliau ke sana? Jika tidak disediakan oleh Kerajaan Hong Kong, apakah ia disediakan oleh individu tertentu atau syarikat tertentu di sana? 3. Apakah Kerajaan Hong Kong menyediakan kenderaan yang serupa untuk semua pemimpin luar yang berkunjung ke sana? Isu dibangkitkan oleh Adun BN Sungai Acheh Dato' Mahmud Zakaria |
PEMILIHAN 1987 : NAJIB BERBOHONG ATAU ZAM MAIDIN KAKI PUTARBELIT Posted: 12 May 2015 09:00 AM PDT |
TONY PUA SUDAH KECUT KENA SAMAN NAJIB , MINTA MAHKAMAH BATALKAN .. Posted: 12 May 2015 08:30 AM PDT Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee memfailkan permohonan bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perkara itu dimaklumkan peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Pua ketika ditemui pemberita selepas kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi K. Pavani. Alliff berkata mahkamah turut menetapkan 17 Jun untuk pengurusan kes. Prosiding yang berjalan hari ini turut dihadiri peguam Choo Shi Jin yang mewakili perdana menteri. Pada 8 Mei lepas, Pua memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib atas alasan plaintif (Najib) tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan saman terhadapnya dan mendakwa saman itu bertujuan untuk menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah. Najib, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman itu pada 5 Mac lepas dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51, sebagai defendan pertama dan kedua. Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 Nov tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP telah memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh defendan kedua sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat. Perdana menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya telah dikongsi oleh defendan pertama dan/atau ejen-ejennya di laman facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejen-ejennya di laman facebook Mediarakyat. Najib berkata sehingga 2 Mac lepas, rakaman itu ditonton 194,979 kali di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna Facebook mengikuti rakaman itu di laman Facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna Facebook Mediarakyat mengikuti rakaman itu. Katanya, rakaman ucapan itu mengandungi perkataan-perkataan yang merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu yang dikenali sebagai 'Prime Minister' dalam perkataan-perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib). Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam. Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya. |
BILA PRESIDEN PAS TAK SETUJU NAJIB DIDESAK LETAK JAWATAN Posted: 12 May 2015 07:53 AM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin kerajaan kerana dipilih menerusi sistem yang adil. Kenyataan Hadi ini merupakan pertama daripada Pakatan Rakyat (PR) – menyokong Najib yang kini diserang hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya," kata Hadi di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Mstar Online. "Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya." Menurut Hadi, adalah sia-sia mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1MDB. "Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat. "Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama," katanya lagi. Semalam Dr Mahathir meneruskan serangannya, mengatakan dirinya dalam keadaan serba salah apabila mahu melihat Umno memenangi pilihan raya tetapi enggan melihat kemenangan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. SELOKA BLOG KERIS PUSAKA UNTUK JEMUAN DALAM UMNO Seloka buat jemuan UMNO Ada orang UMNO nk desak PM berundur dan berhenti, kerja 24 jam pecah belah parti,cucuk sana sini, yg dah jadi mantan gigih kutuk pemimpin parti, tak bagi muka kpd Perdana Menteri utk selesai sendiri, Presiden PAS pun sokong Perdana Menteri , Perlu apa PM berundur diri, Dipilih dengan sah melalui sistem demokrasi, Jika tak puas hati tunggulah pemilihan parti, Biar nanti PRU 14 rakyat buat pilihan sendiri, Pemimpin datang dan pergi, UMNO tetap akan teguh berdiri, ~Keris Pusaka~ |
ORANG LUAR UMNO JADI JEMUAN ADU DOMBA UNTUK PECAHBELAHKAN PARTI Posted: 11 May 2015 09:40 PM PDT Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata "orang luar" Umno cuba mengadu domba dan memecah-belahkan parti Melayu itu dan ingin melihat pemimpin dan ahli mereka rasa "gelisah". Berucap merasmikan ulang tahun Umno ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi, perdana menteri berkata mereka yang terbabit dalam usaha memecah belahkan parti itu bukanlah individu yang mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Umno. "Hari ini kita sambut tarikh lahir kita... mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini antara yang terbaik yang pernah kita lakukan selama ini, kenapa? Kerana di luar macam-macam cerita, rekaan oleh pihak-pihak yang ingin melihat kita berpecah, adu domba antara kita, meracuni pemikiran kita menyebabkan kita gelisah. "Mereka bukan orang yang sayang dan cintakan parti, hari ini saya lihat kematangan Majlis Tertinggi kerana seia sekata dengan kata-kata, bulat manis setinggi kata, mereka mahu melihat pucuk pimpinan, presiden dan timbalan presiden seiring dalam mentadbir," kata Najib. Beliau berkata, penyatuan yang ditunjukkan dalam mesyuarat anggota Majlis Tertinggi yang berlangsung petang tadi juga adalah isyarat kukuh membuktikan pemimpin dan ahli Umno bersatu padu sehingga peringkat akar umbi. "Ini juga harapan saya, semoga kalau kita ada pemimpin yang serasi, percaya mempercayai, maka sudah tentu ini akan jadi isyarat jelas. "Kalau di atas kukuh, sudah tentu di bawah akan padu dalam semangat dan ikatan sebenar," katanya. |
WIRA BLACK HAWK DOWN CERITA KEHEBATAN ASKAR MELAYU DI BUMI SOMALIA Posted: 11 May 2015 04:30 PM PDT "KALAU saya tak jumpa rumah itu, depa mati," demikian kata Sarjan (B) Salim Jaafar, 46, mengimbau pertempuran sengit di Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1993. Salim yang ketika itu berpangkat prebet adalah pemandu kereta perisai pengangkut infantri (APC) RPZ Condor ZA9462, kenderaan pertama yang tiba di lokasi insiden di mana tentera elit US Rangers terperangkap di dalam sebuah rumah di Pasar Bakara. Ketika itu Pasar Bakara yang terletak di tengah-tengah Mogadishu menjadi medan pertempuran sengit dengan keadaan rumah musnah terbakar dan asap berkepul-kepul di sana sini, diselangi dengan bunyi tembakan. Salim yang ketika itu baru berusia 24 tahun mengakui di dalam benaknya hanya ada satu tujuan iaitu menyelamatkan anggota US Rangers sekalipun berdepan tembakan bertubi-tubi puak militia, seperti diarahkan. Katanya, ketika itu, tiada istilah patah balik sebaik RPZ Condor yang dipandunya memasuki kawasan Pasar Bakara dan menerima tembakan musuh bermula jam 11 malam, pada 3 Oktober 1993. ![]() ANGGOTA Malbatt 1 UNOSOM II sedang meninjau sekitar Mogadishu pada 1993. – Foto Zulfadhli Zulkifli "Maklumat diterima, mereka (askar Amerika Syarikat) terperangkap di dalam sebuah rumah terbakar tapi bila sampai, kita dapati semua rumah terbakar," katanya. Sebelum tiba di lokasi itu, APC dipandu Salim bertembung dengan APC ZA9341 yang dipandu Prebet Mat Aznan Awang yang gugur ditembak musuh. "APC itu tak bergerak, mereka dah bawa arwah dan lain-lain keluar," katanya merujuk kepada arwah Mat Aznan, terkorban selepas ditembak puak militia menggunakan RPG. APC ZA9341 yang tidak bergerak itu telah mengelirukan tiga lagi kereta perisai yang mengikut dari belakang termasuk APC yang membawa Leftenan Muda Muhammad Juraimy Aripin yang juga Ketua Platun 3 Kompeni A dalam misi menyelamat itu. "Ketua Platun berkali-kali mengarahkan 13 Charlie (call sign kereta perisai Salim) supaya bergerak, rupa-rupanya mereka terkeliru dengan kereta perisai arwah yang rosak dan tidak bergerak," kata Salim. Buat seketika kereta perisai Salim berada di depan tanpa tiga lagi APC Platun 3 yang mengekori dari belakang sebelum semuanya tiba di lokasi terbabit beberapa minit kemudian. ![]() GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli Salim dan krew ZA9462 kemudian menemui rumah di mana tentera AS berlindung apabila beliau berjaya mengesan bulatan cahaya biru yang ditanda di hadapan rumah berkenaan. Berbekalkan "cover fire" (tembakan perlindungan) oleh helikopter tentera AS sebaik menerima arahan bergerak dari ketua platunnya, Salim memecut kenderaan perisainya ke rumah itu walaupun ditembak bertalu-talu oleh puak militia. "Kereta saya yang pertama dari Kompeni A sampai di rumah itu. Saya terkejut apabila melihat dalam rumah itu ada dua tiga anggota tentera kita dari Kompeni B ada dalam rumah itu dalam keadaan cedera parah bersama tentera AS yang turut parah. "Depa (anggota Kompeni B) cakap kalau kami tak sampai, depa dah mati kerana musuh sudah kepung rumah itu untuk ambil mereka. Depa sendiri tak sangka akan hidup kerana sudah cedera parah. Depa dok bertahan ketika itu," katanya mengesahkan ada dua tentera AS terperangkap di dalam rumah itu. Sebaik mengambil tentera Malaysia dan AS yang cedera itu, Salim memandu keluar APC dari kawasan berkenaan dengan bantuan tembakan udara oleh helikopter AS terhadap musuh. Salim adalah antara 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Malbatt 1, yang terbabit dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara selepas misi AS untuk menangkap dua pemimpin kanan panglima perang Jeneral Mohamed Farrah Aidid pada sebelah siang 3 Oktober 1993, gagal. ![]() GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli Dalam misi menyelamat di bawah panji-panji UNOSOM II itu, dua kompeni 19RAMD dari Malbatt 1 menggunakan 32 kereta perisai RPZ Condor dalam pertempuran sengit itu. "RPZ Condor ni walaupun ia (kenderaan) lama, tapi banyak berjasa," kata Salim yang mempunyai empat anak dan kini menyara keluarganya dengan mengusahakan chalet di Langkawi secara kecil-kecilan selepas bersara pada tahun 2012 sebagai jurulatih RPZ Condor 19RAMD. * Ikuti pengalaman Mejar Muhammad Juraimy Aripin yang mengetuai Platun 3 Kompeni A 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers di Pasar Bakara, Mogadishu, dalam siri keempat Menjejak Wira Black Hawk Down dalam BH, esok. Nota: Bekas tentera Malaysia yang terbabit dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia pada 1993 boleh berkongsi pengalaman dengan pembaca BH dengan menghubungi Azrul Affandi Sobry (019-6623360 atau e-mel kepada bhnews@bh.com.my. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |