BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Isteri Ku Li meninggal dunia..
- Wanita nyaris 'diperkosa' dua ekor monyet liar
- Aksi bogel di puncak Kinabalu punca Sabah dilanda gempa?
- 'Saya terpaksa dedah aib suami kerana kecurangannya' - Sharifah Shahora
- Gempa bumi Sabah: Lebih 100 orang terperangkap di Gunung Kinabalu
- (Foto) Gempa bumi kejutkan bumi Sabah
- Pemilhan PAS: Hadi & penyokong sapu bersih
Isteri Ku Li meninggal dunia.. Posted: 05 Jun 2015 07:23 AM PDT | ||
Wanita nyaris 'diperkosa' dua ekor monyet liar Posted: 05 Jun 2015 06:01 AM PDT
Mellissa Hart, 23, diserang secara seksual oleh sekumpulan monyet ketika sedang bercuti di sebuah tempat peranginan di Gibraltar. Menurut Mellisa, dia sangat teruja untuk melihat sekumpulan haiwan itu sehinggalah dua ekor monyet berkenaan bertindak meraba dan salah seekor daripadanya menarik pakaian mandinya. Pelancong yang menyaksikan kejadian berkenaan hanya melihat dan mentertawakannya. Bercakap kepada Olive Press, Melissa berkata, saya berasa tidak berdaya untuk melawan dan hanya mampu menjerit ketika monyet - monyet terbabit menarik dan merabanya. "Saya diserang secara seksual oleh haiwan berkenaan dan orang di sekeliling hanya fikir ini adalah jenaka," katanya. Namun kerana berang dengan insiden tersebut, Mellisa mengambil keputusan untuk mendakwa monyet berkenaan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Walaubagaimanapun, pihak polis berkata, tiada tindakan yang boleh dilakukan untuk mendakwa haiwan liar tersebut. - Sinar Harian | ||
Aksi bogel di puncak Kinabalu punca Sabah dilanda gempa? Posted: 05 Jun 2015 04:09 AM PDT KOTA KINABALU – Gempa terkuat dalam sejarah Malaysia yang melanda Sabah pagi Jumaat dipercayai akibat kemarahan aki atau pelindung Gunung Kinabalu terhadap aksi bogel 10 pelancong asing di situ baru-baru ini. Beberapa pengguna laman sosial Twitter mendakwa, tindakan biadap kumpulan pelancong dari Eropah tersebut bertelanjang dan memarahi malim gunung yang menegur mereka adalah kemuncak perasaan amat marah aki. Malah ada netizen tempatan menulis, gempa pukul 7.17 pagi bermagnitud 5.9 pada skala Richter sebagai balasan kepada sikap pendaki tidak menghormati kawasan yang dianggap suci di gunung tertinggi Asia tenggara itu. Seorang pembangun laman web berasal dari Sabah yang enggan dinamakan memberitahu, selain berbogel, ada pelancong asing kencing di kawasan itu, sekali gus mengundang kemarahan roh semangat Gunung Kinabalu. Pengguna Twitter @Zulfahmiabsalam pula menulis, seorang rakannya di Sabah turut berpendapat sama dan berkata, 'penjaga' gunung tersebut hanya menunggu masa sahaja sejurus insiden bogel pada 30 Mei lalu. Namun, @Zaxania menyifatkan cubaan penduduk tempatan mengaitkan dua insiden itu sebagai 'kenyataan bodoh' dan meminta mereka tidak merumuskan kelakuan pelancong terbabit mendapat balasan daripada hukum alam. Awal bulan ini, media tempatan menyiarkan gambar-gambar sekumpulan pendaki asing termasuk empat wanita gembira bertelanjang di South Peak dekat puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari paras laut tersebut. Ekoran itu, penduduk Sabah kesal dengan insiden itu dan ramai mendakwa, tindakan pendaki terbabit menggelar malim gunung tersebut sebagai bodoh hanya kerana menegur kelakuan mereka sebagai 'menjemput' bencana. Menurut pihak berkuasa Taman Sabah, setiap pendaki wajib mematuhi peraturan termasuk menjaga tingkah laku dan perkara ini turut dimaklumkan oleh semua malim sebelum pendakian bermula. – Agensi/H.A.AMREE | ||
'Saya terpaksa dedah aib suami kerana kecurangannya' - Sharifah Shahora Posted: 04 Jun 2015 11:44 PM PDT Beberapa hari lepas pelakon Sharifah Shahora telah mengeluarkan status yang berbaur makian ditujukan khas buat seorang perempuan misteri yang cuba mengganggu rumah tangganya. Dia yang ditemui semasa majlis Syukur Selalu TV3 memberitahu sudah lama bersabar dan ini masa untuk dirinya meluahkan segala apa yang terbuku di hati selepas 3 bulan menderita. "Saya cuba sabar dan sebagai manusia kita ada tahap kesabarannya, dan saya terpaksa berbuat sebegini walaupun terpaksa memalukan diri saya," katanya. Tindakannya mengeluarkan logo keluarga perempuan misteri itu yang dipercayai berasal dari Singapura di laman Twitter miliknya, berhasil apabila perempuan itu meminta maaf padanya kerana berasa tertekan apabila tembelangnya telah diketahui ramai. "Alhamdulillah bila saya keluarkan logo keluarganya dia minta maaf pada saya dan suruh saya buang semuanya. Tapi saya ada cakap saya tak boleh nak maafkannya lagi kerana saya takut ini hanya helahnya dan sengaja untuk dia melakukan tindakan yang seterusnya," ujarnya lagi. Menceritakan detik permulaan suaminya yang berkenalan dengan perempuan misteri itu ketika tayangan filem Ophilia tahun lalu dan dipercayai juga perempuan itu mahu menerbitkan sebuah filem dan mahu bergandingan bersama suaminya sebagai pengarah. "Mereka berkenalan sejak buat filem Ophilia. Mula-mula katanya hendak buat filem tetapi sudah melarat kepada benda lain pula, benda ini berlaku pada bulan Februari dan saya dapat tahu bulan Mac bila melihat perubahan yang berlaku kepada suami saya," tambahnya. Selain itu, Sharifah Shahora turut berkata bahawa tidak pernah berjumpa dengan perempuan misteri ini dan tidak akan mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun, keluarganya serta mertua tidak dilibatkan dengan perkara ini dan mahu diselesaikan sendiri. "Dia misteri saya tak pernah berjumpa dia. Semua mesej dia hantar melalui Twitter. Keluarga saya setakat ini tidak ada apa sangat, adik- beradik saya yang lain pun senyap, kalau boleh saya tak nak libatkan keluarga," katanya. Dalam pada itu, Sharifah Shahora memberitahu masih tinggal sebumbung lagi bersama suaminya walaupun hatinya masih 'panas'. Keterbukaannya untuk berkongsi bersama media dan peminat bukan untuk aibkan suami tetapi ini salah satu cara untuk selamatkan rumah tangga mereka. "Saya masih tinggal bersamanya walaupun masih 'panas'. Berhubung hanya melalui mesej sahaja. Bukan tujuan saya untuk aibkan suami tapi inilah salah satu caranya," katanya lagi. (rtky/h) | ||
Gempa bumi Sabah: Lebih 100 orang terperangkap di Gunung Kinabalu Posted: 04 Jun 2015 09:24 PM PDT KOTA KINABALU: Lebih 100 orang termasuk pendaki dan pemandu pelancong terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu, berikutan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di Ranau, pagi tadi. Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, berkata dianggarkan antara 105 hingga 109 orang masih terperangkap dengan empat daripadanya mengalami kecederaan. "Pasukan penyelamat kini sedang berusaha membawa turun kesemua mangsa terutama yang mengalami kecederaan.
"Kesemua mangsa yang terperangkap juga masih menunggu bantuan pasukan keselamatan kerana helikopter tidak dapat mendarat di situ untuk membawa keluar mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi. Dalam pada itu, Jamili masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu turut menyebabkan kehilangan nyawa. Difahamkan juga, semua aktiviti pendakian gunung terbabit dihentikan buat sementara waktu. | ||
(Foto) Gempa bumi kejutkan bumi Sabah Posted: 04 Jun 2015 06:08 PM PDT Beberapa keping foto tersebar melalui perisian Whatsapp mendakwa satu gempa bumi telah berlaku di Ranau, Sabah. Foto-foto tersebut menyaksikan keadaan muka bumi dan bangunan yang rosak akibat kesan gempa tersebut. Berikut adalah teks Whatsapp tersebut beserta gambar tersebut "Gempa bumi 6.1 melanda bumi Sabah pada jam 7:18 pagi tadi...gegaran berlaku selama 8-10 saat berpusat di Ranau." | ||
Pemilhan PAS: Hadi & penyokong sapu bersih Posted: 04 Jun 2015 03:31 PM PDT Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyokong beliau menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai sepenuhnya teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu. Abdul Hadi juga berjaya mengetepikan pencabarnya Ahmad Awang untuk mengekalkan jawatan presiden PAS, dengan memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi. Timbalan barunya adalah Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu. Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden - Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - tersingkir dan digantikan dengan Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Ab Samad. Bagi 18 jawatan jawatankuasa pusat pula, hanya seorang calon dalam 'cai' Abdul Hadi yang gagal, iaitu Kamaruzaman Mohamad. Sebaliknya, seorang calon progresif Mazlan Aliman berjaya mengekalkan kerusinya dalam jawatankuasa pusat. Beliau menduduki tempat ke-14 dari segi bilangan undi yang diperolehi. Senarai penuh Jawatankuasa Pusat PAS bagi penggal 2015-2017 adalah seperti berikut: PRESIDEN Datuk Abdul Hadi Awang TIMBALAN PRESIDEN Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man NAIB PRESIDEN Idris Ahmad Datuk Nik Amar Abdullah Datuk Iskandar Ab Samad ANGGOTA JAWATANKUASA PUSAT Nasrudin Hasan Ridhuan Mohd Noor Nasrudin Daud Solehin Mukhyi Nik Zawawi Salleh Khairuddin Aman Razali Fadhli Hasan Abdullah Husin Razman Zakaria Mohd Zuhdi Marzuki Mokhtar Senik Zaharuddin Mohamad Ali Akbar Gulasan Mazlan Aliman Dr Rosni Adam Mohd Noor Mohamad Muhamad Sanusi Md Nor Nor Azli Musa |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |