Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all 15710 articles
Browse latest View live

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PASMA EDAR SURAT ARAHAN LIM GUAN ENG DI MUKTAMAR, LIST PRO-DAP DISERTAKAN PULAK !

Posted: 03 Jun 2015 07:08 PM PDT


PASMA Mula mencetak Surat Arahan LGE 
Di Sebuah Kilang Percetakan Cina Untuk Edaran

Akibat kekalahan besar kumpulan Pemuda PAS Pro-DAP, amat mengejutkan bilamana geng PASMA mula mencetak surat arahan daripada Lim Guan Eng supaya memenangkan Ustaz Ahmad Awang dan tumbangkan Tuan Guru Hj. Hadi Awang. Ianya dicetak di sebuah kilang percetakan Cina di Petaling Jaya.

Nampak sangat PASMA memiliki dana yang besar untuk mencetak edaran-edaran kepada para perwakilan Muktamar agung PAS kali ini. Patutlah Mat Sabu menyeru ahli-ahli PAS supaya mengenang Budi parti DAP dan PAS.

Tak tahulah apa nak kata. Serah sahaja kepada kebijaksanaan para perwakilan untuk membuat pilihan. Portal Pro DAP seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider turut membantu ustaz Ahmad Awang dengan memberi gambaran 60% peratus pembaca mereka menolak Tuan Guru Hj Hadi Awang.

Sungguh mereka punya dana maha besar untuk menumbangkan TG Hj Hadi Awang.



1MDB: FAKTA YANG PENCACAI DAN PENYANYUK MEROYAN BILA DENGAR...

Posted: 03 Jun 2015 09:57 AM PDT


1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan senarai perbelanjaannya yang menyebabkan firma itu menanggung hutang RM41.8 bilion (digenapkan angka menjadi RM42 bilion).

Ia bagi menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tidak dapat dikesan.

"Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa 'tidak ditemui' atau 'hilang'.

"Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari dari hutang RM42 bilion, maklumat yang sudah didedahkan dalam akaun 1MDB yang diaudit dan boleh didapati orang orang ramai dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

"Kami percaya penjelasan ini akan membantu menerangkan apa-apa kekeliruan mengenai perkara ini," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB; Arul Kanda.

Arul menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut:

Berikut adalah perbelanjaan wang yang didakwa lesap kununnya diselewengkan. 

RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas
RM8.5 bilion untuk Powertek
RM2.3 bilion untuk KLPP
RM1.2 bilion untuk Jimah
RM6 bilion dari hutang yang diwarisi

RM1.7 bilion untuk pembelian tanah
RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange
RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia
RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang

RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan
RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal
RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing
RM0.4 bilion untuk cukai

RM16.4 bilion untuk dana pelaburan
RM6.1 bilion dalam Brazen Sky
RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit
RM5.1 bilion dalam GIL Funds


1MDB juga begitu berani membenarkan akaunnya diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dan PAC yang begitu berintegriti dan tegas dalam siasatan mereka.

Malah Perdana Menteri sendiri tidak teragak-agak akan membenarkan SPRM menyiasat akaun 1MDB jika ada penyelewengan semata-mata nak membuktikan ketelusan. 

Berani kerana benar, tapi kalau yang nyanyuk tentu akan merapu kerana selalu dihasut. 

Kita lihat siapa yang akan kena saman oleh 1MDB kerana tabur fitnah sana sini...


Untuk rekod, Deloitte Touche Tohmatsu (juga terkenal dengan nama Deloitte) adalah firma profesional kedua terbesar di dunia selepas Pricewaterhouse Coopers dan merupakan anggota Big Four auditors, kelompok akauntan internasional terbesar di dunia.

KPMG juga merupakan salah satu anggota the Big Four auditors, bersama dengan PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Deloitte.

Kedua-dua firma internasional ini sangat terkenal di dunia ini kerana profesionlisme mereka di dalam bidang mereka dan diiktiraf oleh dunia. 

Tidak mungkin firma-firma ini akan merekacipta audit yang tidak benar atau dimanipulasikan kerana imej firma-firma ini yang berpegang kepada integriti.

Adakah puak pencacai pembangkang dan penyanyuk akan buat siasatan sendiri berdasarkan fitnah dan tohmahan semata-mata?


Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


Kenyataan Husni Timbalan Menteri Kewangan

Posted: 03 Jun 2015 03:47 PM PDT

Watch "DAILOG : 1MDB - DI MANA WANGNYA?? [ 3 JUN 2015]" on YouTube - https://youtu.be/wQUv7T1-SZs

1. RM42 bilion perlu lihat bukan dalam konteks hutang semata2 tetapi juga Aset, Kos Kewangan dan Dana Pemegang Saham

2. Dari segi struktur kewangan, modal berbayar RM1 juta dan ada 560 ekar tanah yg lambat beri pulangan, jd bergantung kpd hutang

3. IPO Edra Energy pula tertangguh kerana penyata kewangan lambat disiapkan, jadi perlu laksana rasionalisasi untuk bayar hutang

4. Tidak ada pengesahan ttg transaksi dgn JhoLo, Petrosaudi buat laporan polis di London menyatakan laporan portal tidak betul

5. Kenyataan Tony Pua mengenai transaksi kepada Good Star tak betul kerana bercanggah dgn penyata kewangan

6. Labur dlm Petrosaudi atas sbb 'strategic partnership'. Hasilnya, Prasarana dilantik kendali operasi Arafah - Mina Metro System

7. Bila pelaburan Petrosaudi dipulangkan, dpt semula USD 2.3 b. 1st tranche tlh bayar hutang & faedah. Bakinya dlm btk fund units

8. Bila ada pihak dakwa RM27b hilang, bank akan panik dan cepat2 panggil minta bayar hutang. Cerita RM27b hilang tidak betul

9. Baki di BSI, Aabar telah setuju untuk bayar unit di BSI pd bulan Ogos, tp kerana pelan rasionalisasi, setuju bayar awal.

10. Kenapa BSI? Husni - Brazen Sky bayar semula dlm bentuk investment instrumentnya, BSI sbg custodian yg dipersetujui bersama

The Antics of Husin Lempoyang

$
0
0

The Antics of Husin Lempoyang


Tsunami sapu licin melanda PASma

Posted: 03 Jun 2015 05:25 PM PDT


Sebaik saja rasmi Suhaizan Kaiat dan Zailah serta kumpulan ulamak sapu licin semua jawatan sayap-sayap dalam PAS, keadaan sudah berubah.

Tsunami nak datang lalu segera masing-masing perlu konar dan lari.

Contohnya cybertrooper PASma sudah segera umum handphone kena hack.


Malaysiakini yang guna macam-macam trick untuk angkat pemimpin PASMA hingga guna psikologi songsang pun tak tertahan gelombang besar yang mendatang.


Khabarnya puak Anwarinas terpaksa lakukan strategi dan rancangan baru dengan segera. Masa sudah tidak ada lagi.

RANCANGAN BENCANA TSUNAMI PASMA:

Buat sementara, Dato Ahmad Awang jadi drebar Nga Kor Meng yang banyak kereta

Hanipa Maidin sudah mohon lesen gerai roti canai di Sepang dari kerajaan PKR/DAP

Salahuddin Ayub akan buka perkhidmatan kaunter jual tiket bas

Zailah manyan Ketua Muslimah akan berjualan nasi dagang Rantau Panjang guna beras smuggle hingga ada rancangan seterusnya.

Suhaizan Kaiat diletskkan jadi opis boy pejabat Lim Guan Eng

Khalid Samad ganti guru Kafa yang dibuang kerajaan selangor

Mat Sabu diambil DAP jadi tenaga pengajar di Sekolah Demokrasi untuk subjek buat demo sambil ada affair dengan bekas calun Telok Intan.

Dato Mahfuz bakal muncul season akan datang Maharaja Lawak membawa watak Mr Bean yang suka cabar debat

Dato' Husam dijangka lancar Kedai 1Pasma jual permaidani bulu kambing jamnapari di tepi Lebuhraya Rakyat.

Dr Hatta tidak ada harapan. Jadi gelandangan jalanan dengan baju koyak ke sana kemari.

Dato Nizar Jamaluddin diarah Ahmad Awang ngajar muqaddam kepada Reverend Ngeh Koo Ham sampai masuk Islam dan terima hudud.

Dr Mariah dikatakan akan jadi doktor balik untuk suntik diri sendiri dengan insulin 3 kali sehari. Kencing manis akibat selalu pergi kenduri.

Dato Kamaruddin Jaafar tidak bercadang kembali ke UMNO. Puashati dapat bini baru :)

Wow! Jangan viral hingga Polis, Askar, RTM, Bernama dan Tadika Kemas sahkan








bumiyang

$
0
0

bumiyang


Bolasepak Sukan Sea - Separuh Mas Pertama Mas 0 : Thai 0

Posted: 04 Jun 2015 01:53 AM PDT

Politik Harian

$
0
0

Politik Harian


Felo Perdana buka ruang belia bekerja di pejabat Jemaah Menteri termasuklah #PMO @NajibRazak @Khairykj

Posted: 03 Jun 2015 06:00 PM PDT


Peluang masih terbuka untuk rakan-rakan menyertai Program Felo Perdana, tapi kena cepat! Kemaskini dan hantarkan CV, hantar gambar pasport, dan esei sebelum jam12 tengah hari ni!

Felo Perdana memberi peluang kepada pelajar universiti menjalani program latihan ilmiah di beberapa kementerian di bawah tunjuk ajar Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ianya bertujuan memberi anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara menggunakan pendekatan yang mempunyai persamaan dengan 'The White House Fellows Programme'.

Dimana peserta felo akan didedahkan kepada urusan penting dalam pentadbiran tertinggi kerajaan, selain berpeluang mencurahkan bakti menjayakan segala program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Program Felo Perdana adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan manakala Kementerian Belia dan Sukan pula berfungsi sebagai sekretariatnya.

Untuk memohon mengikuti program ini, calon mestilah warganegara Malaysia, sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi, dalam dan luar negara, mempunyai keputusan akademik yang memuaskan, berumur 30 tahun ke bawah, mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh, menunjukkan pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi.

Maklumat mengenai program itu boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.perdanafellows.com/.

Rebutlah peluang keemasan ini untuk merasai pengalaman kerja dalam kehidupan sebenar di pejabat menteri!

Nota: Tak perlu nak ragukan lagi… Chip KJ sentiasa bekerja keras dan buat yang terbaik untuk PM! Bersuara bukan bermakna membenci tapi untuk perbetulkan keadaan dan perjelaskan kepada rakyat agar rakyat tidak keliru dangan dakyah pembangkang. So… tangan ghaib yang cuba nak cubit-cubit KJ tu please respect!


waadat

$
0
0

waadat


Mat sabu husam tewas

Posted: 04 Jun 2015 11:22 AM PDT

Apa khabar saudara Islam Demang semua?

Akhirnya Mat Sabu dan Husam tersungkur di selekoh terakhir balapan dan TG Haji Hadi, Ustaz Tuan Ibrahim srta pasukan meeeka meranduk pita penamat dengan senyum bergaya.

Memang lah rebah belum bererti kalah namun dalam pusingan ini tiada istilah lain bagi menggambarkan keputusan yang dikongsi hampir semua calon bukan-ulama dalam PAS.

Di luar dewan muktamar orang ramai menerima keputusan ini dengan rasa syukur, termasuk lah Demang. Apa ertinya membuang UMNO jika penggantinya tidak terlebih baik? Sekurang-kurangnya UMNO telah membuktikan mereka lebih berani berdepan dengan rakan-rakan mereka dalam BN.

Itulah mesej tersirat kekalahan team Mat Sabu: ukhwah Islamiyah jauh lebih penting berbanding percaturan politik kerana di situlah asas siloturrohim yang menjadi jambatan antara rohim ke jannah.

Di sudut hati Demang hanya satu harapan; barisan kepimpinan 2015-2017 ini akan lebih menghampirkan perjuangan PAS kepada Islam, bukan lagi berpaksi pada pendirian bebal ciptaan chauvenis DAP: 'Asal Bukan UMNO'. Adakah jika bukan UMNO maka segalanya menjadi halal? Demang memang tidak boleh faham anutan songsang ini.

Dalam negara seperti Malaysia, strategi politik memang perlu licik namun mesti sentiasa berpegang pada tali Islam kerana apabila tali itu putus maka tunggulah saat kemusnahan kita.

Di satu pihak lagi, DS Najib masih bergelut dengan bekas mentornya bagi menjelaskan isu-isu mutakhir yang dibangkitkan. Bagi Demang, fakta-fakta yang diberi selepas sesuatu kejadian (dan selepas ditanya berkali-kali) adalah alasan. Jikalau 'tujuan' seharusnya ia dinyatakan sebelum orang mempersoalkan sesuatu kejadian.

Parti rojak (PKR) pula sedang melengung kekosongan. Apa diharap pada puan presiden yang tidak lebih baik daripada patung yang menunggu arahan dari sebalik tembok penjara? Sedangkan yang di dalam sana itupun belum ketentuan nasib sendiri. Lebih merisaukan rakyat ialah berapa banyak dana tidak diketahui sumbernya telah terlebur sepanjang tempoh perjuangan sia-sia demi seorang manusia dan keluarganya. Akan dibiar begitu sahajakah oleh para pembiaya?

Demang percaya malam ini tawkey-tawkey DAP dan PAP bermesyuarat lagi sambil memegang sempoa.

Sebenarnya kerja meruntuh bukan lah susah sangat. Sentiasa ada ramai yang mahu membantu jika kena dengan upahnya.

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Kemenangan Golongan Ulama- Berakhirkah Pakatan Rakyat?

Posted: 04 Jun 2015 09:34 AM PDT

1. Apa kah Pakatan Rakyat akan berakhir? Kalau ikutkan kenyataan Lim Kit Siang pertengahan Mei lalu, jika Hadi kekal, maka dalam minggu ini juga Pakatan Rakyat akan berakhir.

2. Namun, kenyataan Nik Abduh Nik Aziz semalam sebaik diumumkan menjadi Ketua Pemuda yang baru, beliau membuat pendirian, bahawa Pas akan kekal dengan Pakatan Rakyat.

3. Melalui pemilihan Pas kali ini, semua pemimpin yang disokong DAP tewas, termasuk ketiga-tiga penyandang Naib Presiden dan juga Timbalan Presiden.

4. DAP yang mahukan Hadi tewas telah mengeluarkan "cai" namun semua yang tersenarai itu tewas dengan teruk.

5. Mat Sabu hanya mendapat undi 279 berbanding pencabar beliau Tuan Ibarhim Tuan Man 881. Manakala semua penyandang Naib Presiden hanya mendapat undi kurang daripada daripada 400. Dengan keputusan tersebut, parti itu 100 peratus mendapat Naib Presiden yang baru yang terdiri daripada Idris Ahmad (942 undi), Iskandar Samad (801) dan Mohd Amar Nik Abdullah (778 undi).

6. Melalui kemenangan golongan ulama, terbukti laporan-laporan portal online seperti Malaysiakini yang cuba mempengarui perwakilan, kononnya golongan ulama bakal kecundang, terbukti semua auta.

7. Pada pemilihan kali ini, seramai 1,162 perwakilan telah menentukan barisan kepimpinan parti tersebut bagi periode 2015-2017.

Pemilihan Pas: Kumpulan Ulama Menang Besar

Posted: 04 Jun 2015 08:47 AM PDT

1. Kumpulan ulama menang besar bagi Jawatan Kuasa Pas period 2015-2017, dengan dimulai kemenangan Dato Hadi Awang yang mendapat undi 928 menewaskan pencabarnya Ahmad Awang yang mendapat 223.

2. Lebih sedekad, Hadi tidak pernah dicabar bagi jawatan Persiden, pada pemilihan kali ini, julung kali beliau dicabar.

3. Dengan kemenangan Hadi tersebut, regu beliau Tuan Ibrahim Tuan  Man berjaya mengalahkan Mat Sabu apabila mendapat undi 881 sementara Mat Sabu hanya mendapat 279.

4. Nama-nama seperti Nizar Jalamluddin, Sallahudin Ayob, Mujahid Yusof Rawa, Zulkefli Ahmad, Husam Musa, bakal hanyut.

5. Melalui pemilihan kali ini, nampak benar, para pemimpin yang codong kepada DAP dan Anwar dibuang jauh-jauh oleh perwakilan.

6. Nampaknya Pas akan kembali kepada asas perjuangan parti tersebut.

1MDB: Apa Kah Pelaburan Tunai RM15.4bilion Sudah Ditebus Semula?

Posted: 04 Jun 2015 03:11 AM PDT

1. Perkara pokok yang perlu dilihat dan diperiksa Ketua Audit Negara dan PAC adalah pelaburan berbentuk tunai kepada Brazen Sky (RM6.1bilion), Aabar Deposit (RM4.2bilion) dan 1MDB Gil Fund (RM5.1bilion) sudah dicairkan atau belum?. 

2. Jika semua dana itu sudah dicairkan adakah mendapat keuntungan? atau telah mendapat jumlah pelaburan asal? 

3. Jika pelaburan tunai tersebut dicairkan, maka hutang 1MDB hanya berbaki RM 26.4 bilion, daripada jumlah tersebut RM 19.7bilion merupakan aset yang boleh dijual yang terdiri daripada IPP Powertek, KLPP dan Jimah berserta tanggungan hutang IPP tersebut yang telah diambil alih sejumlah RM6bilion serta tanah TRX, Bandar Malaysia dan tanah di Pulau Pinang. Ertinya baki hutang adalah RM6.7bilion. Daripada RM6.7bilion tersebut RM5.8bilion merupakan kos kerja, kos tetap dan cukai, ertinya RM900 juta seharusnya berada dalam akaun syarikat tersebut.

4. Powertek dan Jimah sebenarnya telah berproduksi dan menghasilkan pendapatan RM2.4juta sehari atau RM876juta setahun. Katakan pendapatan bermula pada Julai 2012, maka sehingga julai 2014, dua IPP itu telah mengumpul pendapatan RM 1.752bilion. Bermula hingga Ogos sehingga 31 Mei pendapatan berjumlah RM730juta. Ertinya sejak 1MDB mengambil dua 1PP tersebut, keuntungan yang telah diraih sekitar RM2.482bilion. Jika pendapatan tersebut ditolak dengan hutang tertunggak RM6bilion, ertiya hutang tertunggak berbaki RM3.518bilion.

5. Persoalannya sekarang apakah Powertek dan Jimah masih bernilai RM9.7 bilion? Sementara itu, tanah TRX dan Bandar Malaysia yang dibeli sebanyak RM0.6bilion, kini telah mempunyai nilai lebih RM6bilion dan jika diambilkira tanah Pulau Pinang, ketiga-tiga aset tersebut bernilai RM10bilion. 

6. Jika diambilkira pembelian berberapa IPP dan hartanah yang berjumlah RM19.7bilion, termasuk hutang yang turut ditanggung, jika diambilkira nilai asal 2 IPP@RM9.7bilion dengan hutang berbaki RM3.518bilion dan nilai hartanah RM10bilion, maka 1MDB seharusnya mempunyai aset terakru setara tunai berjumlah (RM10bilion+RM9.7bilion- RM3.518bilion)=RM16.182 bilion, daripada jumlah ini tidak termasuk kos membeli KLPP yang berjumlah RM2.3bilion. Berasaskan data ini, tanpa mengambil kira pelaburan tunai, kerana pelaburan tunai tersebut hanya diimbangkan dengan jumlah pinjaman, maka seharusnya syarikat milik MOF tersebut mempunyai aset mudah cair berjumlah RM18.482bilion.

7. Daripada aset mudah cair tersebut telah termasuk kos pengurusan, kos tetap dan cukai sejumlah RM5.8bilion.

8. Oleh kerana adanya syarikat tersebut, MOF sebenarnya telah mendapat tambahan pendapatan sebanyak (RM10bilion-RM1.7bilion) + (RM6bilion-RM3.518bilion)=RM10.782bilion yang dianggap sebagai kenaikan nilai harta atau modal. Daripada kenaikan nilai harta modal tersebut ditolak Kos berubah+kos tetap+ cukai, maka nilai bersih yang diperolehi sebesar RM4.982bilion.

9. Katakan 2 IPP yang diperolehi sebanyak RM9.7bilion dan merupakan sebahagian daripada aset terakru RM18.482bilion dijual dengan diskaun 25peratus, maka akan bernilai RM7.275 bilion dengan kerugian buku RM2.425bilion. Kerungian buku tersebut jika ditolak pada keuntungan aset bersih yang berjumlah RM4.982bilion, ertinya 1MDB masih ada keuntungkan bersih RM2.557bilion. Jumlah ini boleh membayar suntikan kerajaan yang berjumlah RM950juta, tetapi masih kurang RM1.053juta bagi membayar Ananda Khrisnan.

10. Oleh kerana analisa ini hanya berasaskan analisa atas kertas, dan tidak mengetahui kedudukan pelaburan tunai sebanyak RM15.4 bilion pada syarikat antarabangsa, apa kah memperolehi keuntungan ataupun tidak. 

11. Akan tetapi menurut Laporan Audit yang dikeluarkan untuk 31 Mac 2014, 1MDB hanya mengalami kerugian RM665juta sejak beroperasi daripada Februari 2009. Apa yang tidak pasti, apakah kerugian RM665 juta tersebut sudah termasuk pinjaman RM2bilion daripada Ananda dan suntikan modal daripada kerajaan yang berjumlah RM950juta? Namun berasaskan analisa AYT, sebenarnya di atas kertas syarikat tersebut rugi dalam lingkaran RM1bilion secara keseluruhan.

12. Apapun, penjelasan pasti, kita tunggu laporan ketua Audit negara dan PAC.

13. Nota 1MDB hanya mempunyai modal asal RM1juta dan tanah seluas 560 ekar, atas sebab itu, operasi syarikat sangat bergantung kepada modal pinjaman.

14. Adalah sesuatu yang membanggakan sebuah syarikat yang hanya bermodal RM1juta, akan tetapi mendapat kepercayaan mendapatkan modal sehingga RM41.8bilion.

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


GAJI AMAH INDONESIA RM1,200? PATUT BAGI RM400 JE SEBULAN...!

Posted: 04 Jun 2015 12:40 AM PDT


Sedang rehat sebentar nak hilangkan lelah bekerja, saya terbaca tentang kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang memaklumkan bahawa Malaysia belum lagi beri kata putus pada Indonesia berkenaan tuntutan gaji amahnya yang mahu dinaikkan hingga RM1,200 sebulan.


Saya tidak pasti mengapa kenaikan gaji amah itu perlu dinaikkan dan saya juga tidak tahu apa yang kementerian itu nego dengan kerajaan Indonesia... 

Tapi kalau susah sangat nak nego dan Indonesia nak juga amahnya dibayar dengan gaji berkenaan, saya ada beberapa usul cadangan di bawah untuk dikemukakan pada kementerian terbabit untuk dipersetujui oleh kerajaan Indonesia... 


1. Setiap majikan bersetuju memberikan gaji setinggi RM1,200 sebulan bagi setiap amah yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka.

2. Setiap amah perlu membayar sewa bilik yang didiami di rumah majikannya itu dengan kadar paling minimum sebanyak RM250 sebulan hingga RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan dan tahap keselesaan bilik.

3. Setiap amah perlu menyumbangkan sebanyak RM20 untuk bil air dan RM40 ringgit untuk bil elektrik di rumah majikan yang didiami setiap bulan, sebagai tanggungjawab menggunakan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik.

4. Setiap amah juga perlu membayar sekurang-kurangnya RM500 sebulan atau RM17.00 sehari bagi menampung kos makan minum mereka di rumah majikan masing-masing setiap bulan.

5. Setiap kerugian yang ditanggung majikan yang berasaskan kecuaian amah Indonesia seperti memecahkan pinggan mangkuk, kerosakan pekakasan elektrik akibat penggunaan yang salah dan sebagainya, perlulah dikenakan penalti minimum sebanyak RM10, bergantung kepada kos kerugian semasa. Bayaran perlulah dibuat oleh amah tersebut kepada majikan masing-masing.

6. Sebarang salah laku oleh amah seperti penggunaan telefon milik majikan juga perlu dibayar oleh amah mengikut kadar penggunaan.

7. Segala kos rawatan anak-anak yang calar balar, lebam dan sebarang bentuk kecederaan yang disebabkan kecuaian dan punca dari amah Indonesia perlu dicaj atau ditolak dari gaji amah terbabit.

8. Sebarang perubahan ke atas terma dan syarat di atas adalah tertakluk di bawah kuasa majikan yang membayar gaji pada amah Indonesia berkenaan.

Jadi, setelah dicampur tolak syarat-syarat di atas, maka carilah sendiri jumlah gaji amah Indonesia yang sewajarnya dibayar majikan di Malaysia.

Jika tidak setuju, maka kerajaan Indonesia tak payahlah nak demand gaji amah mereka yang bekerja di sini....

WARIS PURBA

$
0
0

WARIS PURBA


SKANDAL 1MDB & JHO LOW

Posted: 03 Jun 2015 07:00 PM PDT

























Dakwaan pelaburan usahasama  dengan Petrosaudi lesap, masuk poket Jho Low tidak benar

MENTERI KEWANGAN ll, DS Ahmad Husni Hanadzlah dalam wawancara TV1 menjelaskan usahasama dengan Petrosaudi tiada kaitan dengan Jho Low dan tiada kehilangan dana, sebaliknya mendatangkan pulangan. Katanya:

1. Dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi, Petrosaudi mempunyai pegangan sebanyak 60% dan 1MDB 40%.

2. Petrosaudi telah meletakkan aset, iaitu 2 telaga minyak yang berada dalam peringkat cari gali. Petrosaudi juga telah memberi pinjaman sebanyak USD 700 juta bagi menyokong operasi cari gali yang sedang dilaksanakan.

3. Apabila 1MDB melabur USD 1 bilion ke dalam usahasama ini, 1MDB diminta membayar balik pinjaman berjumlah USD RM700 juta.

4. Petrosaudi meletakkan jumlah ini di dalam Good Star, iaitu 100% milik Petrosaudi. Laporan media yang menyebut bahawa Good Star milik Jho Lo, tetapi tiada pengesahan mengenai perkara ini. Petrosaudi telah membuat laporan kepada Fraud Division Polis London menyatakan laporan akhbar itu tidak betul.

5. Pokok persoalannya, adakah pelaburan USD 1bilion itu dapat dibawa balik atau lesap? Tidak. Tiada kehilangan dana dan pelaburan pokok diperolehi semula bersama pulangan, iaitu sebanyak USD 2.3 bilion yang kemudiannya dipindahkan dari Cayman Island ke BSI Singapura melalui firma pelaburan Brazen Sky limited.

6. Pengeluaran pertama USD 1.2 bilion telah dikeluarkan bagi membayar hutang dan faedah. Pengeluaran kedua mengambil masa untuk dicairkan dan
Aabar Investment PJS, sebuah firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju untuk suntik dana sebagai tukaran kepada instrumen pembayaran semula Brazen Sky, iaitu dalam bentuk unit dana di BSI. Aabar sepatutnya membuat pembayaran dalam bulan Ogos, tetapi bersetuju untuk membayar lebih awal kerana proses rasionalisasi 1MDB.

7. Kenapa BSI bukan bank lain? BSI merupakan penjaga atau custodian yang dipersetujui bersama oleh Brazen Sky dan 1MDB.

8. Tidak timbul soal dana hilang dan ada sejumlah dana yang 'lesap' yang dibayar kepada Jho Low.









BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pemilihan PAS: Ibarat kemenangan palsu, kata Ahmad Awang

Posted: 04 Jun 2015 03:05 PM PDT

Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi 233 undi.

Pemilihan PAS: Hadi menang, Mat Sabu tewas

Posted: 04 Jun 2015 02:52 PM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan presiden PAS bagi penggal 2015-2017.

Hadi memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat 233 undi.

Bagaimanapun, Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Beliau ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi.

Mohamad hanya mendapat mendapat 279 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Sebaik sahaja nama Hadi diumumkan, kira-kira seratus penyokong, pemerhati dan perwakilan melaungkan takbir.

Sebanyak 1,162 kertas undi dikeluarkan dan bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi sebanyak 1,161.

Sebanyak satu kertas undi tidak dikembalikan dan tiada undi rosak.

Keputusan itu menunjukkan kira-kira 70 peratus perwakilan mengundi mengekalkan Hadi sebagai presiden parti, dan memilih Tuan Ibrahim sebagai timbalan Hadi.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, tiga muka baru dipilih menggantikan penyandang sebelum ini.

Mereka ialah MP Bukit Gantang Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah dan Exco Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Idris mendapat 896 undi, Nik Amar (710 undi), Iskandar (672 undi). Manakala tiga calon lagi Datuk Husam Musa mendapat (317 undi), Salahuddin Ayub (435 undi) dan Datuk Mahfuz Omar (378 undi).

Manakala 18 ahli jawatankuasa PAS yang dipilih ialah:

- Nasrudin Hasan 782
- Ridhuan Mohd Noor 782
- Datuk Nasrudin Daud 777
- Solehin Mukhyi 763
- Datuk NIk Zawawi Salleh 749
- Datuk Khairuddin Aman Razali 736
- Datuk Fadhli Hasan 722
- Datuk Abdullah Husin 679
- Razman Zakaria 674
- Mohd Zuhdi Marzuki 670
- Mokhtar Senik 656
- Zaharuddin Mohamad 611
- Ali Akbar Gulasan596
- Mazlan Aliman 593
- Dr Rosni Adam 590
- Mohd Noor Mohamad 566
- Muhamad Sanusi Md Nor 556
- Nor Azli Musa 544

Sementara itu, kemenangan itu amat bermakna kerana ini kejayaan sulung Hadi di peti undi setelah mengambil alih kerusi itu daripada allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Dalam 13 tahun menjadi presiden, Hadi tidak pernah dicabar sehinggalah Ahmad, bekas naib presiden dan presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tampil memecahkan tradisi itu tahun ini.

Hadi juga mungkin mencipta rekod sebagai presiden PAS paling lama dalam sejarahnya apabila dipilih berkhidmat untuk dua tahun lagi.

Sebelum ini, daripada lapan presiden PAS, belum ada yang berkhidmat melebihi 13 tahun.

Kemenangan Hadi itu dilihat bakal memberi kesan besar kepada hala tuju PAS ketika komitmen beliau kepada Pakatan Rakyat mula dipertikai.

DAP sendiri sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi.

Antara isu yang sentiasa menjadi duri dalam daging hubungan parti Islam dan DAP, sebuah parti sekular, tentunya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

DAP sudah beberapa kali menyatakan kebimbangan riwayat Pakatan mungkin berakhir minggu ini, dipercayai merujuk kepada keputusan hari ini yang sudah dijangkakan olehpenganalisis lebih awal.

Guru dirogol kenalan internet

Posted: 04 Jun 2015 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu pelancong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang guru yang dikenalinya melalui laman sosial, bulan lalu.

Khairul Faizi Abu Bakar, 29, didakwa merogol dan pada masa sama menyebabkan kecederaan kepada guru berusia 34 tahun itu di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini pada 4.45 petang, 11 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Khairul Faizi juga mengaku tidak bersalah mencuri barang kemas iaitu dua bentuk cincin, seutas gelang tangan, seutas rantai dan sebentuk loket milik mangsa pada 5.07 petang, di lokasi dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau kemudian boleh dikenakan penjara atau denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping tidak menawarkan wang jaminan atas alasan tertuduh telah memukul mangsa dan menyebabkan kecederaan.

Hakim Azman Mustapha menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

- BERNAMA;">

ANGIN PERUBAHAN

$
0
0

ANGIN PERUBAHAN


Baca 6 Fakta Tentang 1MDB Ini Dulu Sebelum Hendak Jadi Pakar Pengulas Di Facebook

Posted: 04 Jun 2015 07:30 AM PDT


PAS Lebih Takut DAP Berbanding Hudud

Posted: 04 Jun 2015 01:36 AM PDT



 Tinggallah usul ini hanya retorik dan sekadar laungan semata mata bila Hadi Awang sendiri menyatakan tidak akan keluar dari pakatan. Takut sungguh PAS dengan DAP. Entah lah kenapa agaknya ketakutan itu berlaku.

Sesi Santai PM @NajibRazak Bersama Anak Anak Sarawak

Posted: 04 Jun 2015 12:00 AM PDT


Penjelasan Lengkap Ke Mana Perginya Duit 1MDB, Wajib Tonton

Posted: 03 Jun 2015 10:25 PM PDT


Belantan

$
0
0

Belantan


DAP parti cauvinis Cina mahu kuasai Pas satu fitnah – Khalid?

Posted: 04 Jun 2015 09:45 AM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, tampil mempertahankan DAP dengan menganggap tuduhan bahawa parti cauvinis Cina itu cuba menguasai parti Islam tersebut melalui muktamar kali ini adalah fitnah semata-mata.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bertegas bahawa sikap DAP terhadap Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada kena-mengena dengan pemilihan Pas.

Kenyataan Khalid itu jelas bertentangan dengan 'pengesahan' Abdul Hadi sendiri apabila Presiden Pas tersebut dalam kenyataan terbaharunya berkata terpulang kepada ahli Pas untuk memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP pada pemilihan kali ini.

"Saya tidak nampak adanya apa-apa usaha DAP untuk menguasai Pas. Sikap DAP terhadap Presiden tiada kena-me­ngena dengan muktamar. Ia adalah hasil dari salah faham berpanjangan sejak isu Menteri Besar Sela­ngor," kata Khalid menerusi blognya hari ini.

Khamis lalu, Pengarah Opera­si Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya peranca­ngan parti itu untuk me­nguasai Pas melalui pemilihan muktamar Pas bulan depan.

Tegasnya lagi, sikap DAP yang keterlaluan campur tangan terha­dap urusan dalaman Pas serta cubaan untuk mencorakkan orga­nisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Khalid bertindak menyelar Mohd. Zuhdi dengan menu­duh, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas tersebut mahu memecah­belahkan Pas dengan DAP dan PKR apabila mengeluarkan kenyataan DAP mahu mencorakkan Pas.

"Mesej di sebalik tulisan Mohd. Zuhdi adalah jelas. Mesejnya adalah DAP musuh Pas sebenar. Menuduh DAP ingin menguasai Pas dan adanya proksi DAP dalam Pas merupakan usaha untuk menanamkan kebencian dalam kalangan ahli Pas terhadap DAP," katanya.

Suara Politik
Belantan

Bukan Pas yang beritahu saya apa perlu dilakukan – Guan Eng?

Posted: 04 Jun 2015 05:15 AM PDT


Meskipun dikecam hebat oleh Pas, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng tetap berkeras untuk terus menyerang rakan sekutunya sambil menegaskan, parti Islam itu tidak layak mengajar partinya cara berpolitik.

Guan Eng berkata, beliau akan terus bersuara sekiranya perlu demi kepentingan par­ti dan rakyat.
Malah tegas beliau, pendirian DAP itu tidak akan berubah, tidak kira sebelum atau selepas muktamar Pas yang sedang berlangsung sekarang!

"Bukan Pas atau Abdul Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang memberitahu saya apa yang perlu saya dilakukan. Hanya DAP boleh beritahu saya apa yang perlu dilakukan.

"Jika dengan berbuat demikian ia memberi manfaat kepada sokongan (perwakilan Pas terhadap) Abdul Hadi, jadi, Abdul Hadi perlu menggalakkan kita untuk terus bersuara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu, beliau telah pun mengemukakan lima soalan untuk dijawab Abdul Hadi yang merangkumi persoalan tentang hudud, Kerajaan Perpaduan (UG), keengganan Presiden Pas itu berunding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan tidak berpegang kepada komitmen pada manifesto pembangkang.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

$
0
0

The Unspinners


Wake up UMNO to a stronger Anwarinas-free PAS!!!!

Posted: 04 Jun 2015 10:31 PM PDT



Hadi remains as PAS president


The progressive faction were almost totally wiped out.

Umno people who think this means Pas will be pulling out of Pakatan may want to throw a party in celebration but I think they should pause a bit and THINK.

Are they very sure this latest development in Pas is really good for Umno.

Go to the link above and check out the line-up of Pas new set of leaders.

They are almost all serious looking committed Islamists.

All the jokers are now gone.

Umno people cannot joke around anymore about Mat Sabun, Din Puduraya and other funny Erdogan personalities after this.

Now, try to remember what I was trying to warn about the re-emergence of an overwhelmingly dominant conservative Pas leadership,

Umno, you realize this coming danger from Pas or not?

Now, you check once more the list of new Pas leaders and compare them with that of Umno's.

Then think about what is happening in this country.

Well, who do you think the Malays will now choose to lead them?

Previously, Umno could tell the Malays that the party provides for them a better and dignified existence.

More on Life of Annie HERE

DAP cannot refuse PAS. Pasti PAS pasti kekal dalam Pakatan Rakyat

Nothing2Hide .. Gaduh diluar, KENSEL!!!!

Posted: 04 Jun 2015 08:46 PM PDT

Keadaan di PWTC










Dilaporkan ada NGO yang berniat nak datang buat kacau terkejut bila tidak dibenarkan masuk atas sebab tiada kad jemputan.

Majlis ini adalah dari mula dianjur atas jemputan. Majlis kahwin haram datang tanpa dijemput.

Usaha untuk sabotaj kuat dilakukan.

Malam tadi tersiar mesej bahawa majlis akan dibatalkan. Tujuannya untuk mengejek Dato Najib sebagai pengecut.

Ada pula disebarkan mesej palsu:


Nama majlis pun dah salah.

Dipercayai Tun dr Mahathir dan Tunku Aziz akan datang:


ELoklah ... asal jangan gaduh. Kami percaya dua-dua adalah gentlemen yang boleh agree to disagree.

Yang masaalahnya adalah balaci-balaci. Khabarnya ada grup yang tak dijemput terjerit-jerit di luar dewan dan ada yang kononnya merempuh pintu.

Konon ada anggap mereka nak beri keselamatan pada Tun M. Rasanya Tun M selamat. Semua orang masih sayang padanya. Mereka mahu lihat Najib dan Tun M berbaik kembali.

10:00 AM

Yang dah kelihatan ...






Sementara itu, majlis dilihat dah pasti berjalan tapi M'pukini cuba nak bohong:


11:00




Dengan gelagat kumpulan Ali Tinju, akhirnya polis umum majlis dibatalkan.


Pihak sukaguam seolaholah minta TunM memberi ucapan. Sebaik diumum polis batal, Tun M mula bercakap.





Akhirnya polis minta Tun M berhenti dan batalkan majlis.






Majlis bersurai.



Mazlan Aliman seorang jebon yang lepas

Posted: 04 Jun 2015 05:20 PM PDT


Di atas hanya satira. Wakil rakyat bukan, jawatan dalam parti pun tidak ada. Padan muka di dungukan Anwarinas dan DAP.

Eloklah Ustaz DAP terima tawaran kerja Nga Kor Meng sebagsi mata pencarian dari ambil duit pencen yg haram baginya... Nga kan banyak kereta... hehehe.


Sementara itu, ulamak kurang 0.001% untuk capai Anwarinas sifar. Mazlan Aliman yang terlepas.


Nama tertinggi dalam cai ulamak, YB Ustaz Abdullah Husin kurang dapat undi.

Kire demokrasi tu ... ada lagi wakil Jebon.






Husam tercorot ... akan letak jawatan, jual bulu kambing

Posted: 04 Jun 2015 08:42 AM PDT


Presiden TGHH 928 TGAA 233
Timbalan Presiden Mat Sabu 278 TITM 881
Naib Pres Idris Ahmad 942 Iskandar Samad 801 Mohd Amar 778
Salehuddin 320 Mahfuz 285 Husam 267

Husam lebih corot dari Mahfuz. Khabar kata husam bakal keluar pas untuk berniaga permaisani kambing jamnapari.

Mahfuz dah ada rancangan


Salahuddin dah sedia


Mat Sabu terbarai

Posted: 04 Jun 2015 08:20 AM PDT



Calun DAP untuk Presiden PAS tumpas!!!!

Posted: 04 Jun 2015 07:34 AM PDT



Hadi Awang kekal Presiden dengan Undi 928 berbalas Ahmad Awang 233

Keputusan lambat, Anwarinas mula cerita kerjasama dgn PKR, DAP

Posted: 04 Jun 2015 07:12 AM PDT



Dah pukul 10.mlm, keputusan tak keluar lagi. Pengerusi pemilihan, Asmuni diketahui ramai adalah Anwarinas.

Sementara itu, TMI di SINI mula menyuarakan pandangan pemimpin Anwarinas seperti Dr Hatta, Salahuddin Ayub, dan Dr Dzulkefly yang masih mahukan hubungan baik dengan PKR dan DAP yg telah hina Haji Hadi.

Adakah apa2 berlaku pada perkiraan undi?

Menjadikah cai faction ulamak?

Posted: 04 Jun 2015 01:45 AM PDT



Tengah kira ...

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Watch "DIALOG PM @NajibRazak BERSAMA NGOs" on YouTube #LIVE STREAMING Esok

Posted: 04 Jun 2015 10:17 AM PDT

klik https://youtu.be/jttQX1HEbmg

Tun M dijangka hadir....

Blog Jebat Must Die Tuduh Husni Menipu Di RTM1 Semalam #1MDB

Posted: 04 Jun 2015 09:15 AM PDT

Panglima telah membaca tulisan beliau menuduh beberapa penipuan telah dibuat oleh MK2 (Menteri Kewangan 2) semasa dialog khas di RTM 1 semalam.

Tulisan beliau klik sini

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/06/04/husni-hanadzlah-and-the-misrepresentation-of-1mdb-facts/

Boleh sesiapa berikan jawapan benar atau tidak tulisan blogger JMD ini atau sebagai sebaliknya.

Dalam perkembangan lain ramai berpuas hati dengan penjelasan duit 1MDB ke mana pergi.

Namun bukan senang mahu memuaskan hati semua orang.

Harap semua sabar memberi jawapan dan lebih-lebih lagi menunggu jawapan.

oyabun

$
0
0

oyabun


Muktamar Pas: Pesuruhjaya PAS Perak Dedah “Rahsia” Ahmad Awang?

Posted: 04 Jun 2015 05:31 AM PDT


IPOH– Ketokohan calon jawatan Presiden Pas, Ahmad Awang belum mampu menandingi kredibiliti penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya mengetuai perjuangan parti.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tanpa niat mahu memperkecilkan harapan Ahmad, namun rekod membuktikan bekas Pesuruhjaya Pas Perak itu antara individu yang pernah 'menghilangkan diri' selepas Perak kembali diperintah BN.

"Tempoh 11 bulan pada masa itu kita memerintah tetapi tak nampak pun peranan atau track record dari sudut kepimpinan dimainkan Ahmad, bukan saja untuk Pas bahkan dalam PR pada masa itu di Perak.

"Apabila Perak jatuh semula kepada BN, beliau (Ahmad) menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau memberitahu, pengalaman Ahmad selaku bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun juga, tidak setanding dengan kehebatan Abdul Hadi yang merupakan Naib Ketua Ulama Dunia.

"Selain menjadi rujukan politik Islam seluruh dunia, beliau turut diberi penghormatan untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Timur Tengah dan Barat," katanya.

Razman berkata, beliau turut tidak menolak kesediaan Ahmad bertanding jawatan presiden ada kaitan sokongan individu tertentu (tidak dinyatakan secara jelas) yang gagal menghuru-harakan parti.

"Mungkin terpengaruh dengan dakwaan bahawa Pas ingin bekerjasama dengan BN dan peletakan Ahmad selaku calon itu, kononnya bagi menghalang perkara tidak berasas itu dari berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Razman yang juga Yang Dipertua Pas Lenggong, mengulangi pendiriannya yang mahu Abdul Hadi kekal menerajui parti itu biar pun terdapat suara sumbang mahu mengetepikan kepimpinan ulama dalam Pas.

"Tiada kewajaran dan Islam juga menyebut selagi seseorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab atas nama Islam, maka kita wajib menyokong dan mengikuti arahannya," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PASMA TEWAS, TAPI AWAS...MASIH ADA JEBON MEREKA TERLEPAS...

Posted: 04 Jun 2015 08:31 PM PDT


Nampaknya muktamar kali ini menyaksikan golongan ulama dan geng ustaz menyapu bersih kepimpinan PAS Pusat untuk penggal 2015-2017.

Tahniah pada yang menang, takziah buat yang kalah...jangan putus asa pemilihan tahun 2017-2019 ada lagi. 

Duit DAP yang dilaburkan dalam Pemilihan Muktamar pada PASMA lalu cuma secebis daging yang lekat celah gigi.    

Banyak lagi duit yang akan ditabur DAP dan PKR untuk merekruit agen-agen jebon mereka dalam PAS. Meskipun Jebon Five-O tewas namun perjuangan mereka tetap akan diteruskan.

Macam juga komunis meskipun mereka tewas dan letak senjata namun ideologi mereka tetap subur di kalangan para generasi pewaris mereka. Macam tu ler juga jebon-jebon PASMA Hawau Five-0.


Buktinya kemenangan Mazlan Aliman dipilih dalam Jawatakuasa Pusat PAS. Sebuah jawatakuasa dan kedudukan yang strategik untuk menjaga jebon-jebon di kawasan tanah rancangan FELDA.

Jebon rosakkan siapa dulu: FELDA atau PAS?

Kawasan FELDA adalah kawasan lubuk duit yang boleh mengembungkan akaun PAS(MA) di mana-mana cawangan sekalipun. 

Asal peneroka dapat duit jual sawit dan BR1M maka di situ akan ada ceramah dan usrah bulanan untuk kutip duit sedekah jihad dunia wal akhirah.

Umumnya orang FELDA mengetahui perangai jebon yang selalu menyerang haiwan ternakan terutamanya ayam-itik di waktu malam. Sudahlah makan ternakan diberak kencingnya merata-rata.

Mungkin analogi itu sesuai untuk jebon Mazlan Aliman.

Kalau nak tahu ada pengaruh DAP dalam gerak kerja jebon Mazlan Aliman ini kita lihat saja kalau makin banyak fitnah dan kerosakan pada peneroka dan generasi FELDA, maka ketahuilah kerana duit-duit DAPlah yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Begitu juga nak kata apa lagi kalau ada dalam Jawatankuasa Pusat PAS masih ada lagi saki baki taik jebon...selamatkah PAS?

Adakah Mazlan Aliman akan terus bekerja merosakkan perpaduan ummah di kalangan peneroka FELDA seperti mana arahan DAP supaya memecahbelahkan masyarakat dan benteng ekonomi Melayu?

Islam tak ajar umatnya menabur fitnah memecah belah ummah. Islam mengajar ummatnya menabur benih-benih persaudaraan sepertimana peneroka FELDA perlu menabur benih dan baja bagi menyuburkan pokok-pokok sawit mereka.


Adakah Mazlan Aliman akan berubah menjadi lebih bertanggungjawab atau terus menjadi jebon dalam FELDA dan agen PASMA merosakan penguasaan ulama dalam kepimpinan PAS?

Rasanya agak mustahil kerana kelibat jebon tak boleh bertukar jadi kelibat ulama dan ustaz. 

Mazlan akan terus merosakan imej PAS kerana masih bertuankan PASMA dan menerima duit DAP untuk menghuru-harakan FELDA. 

Sementara Mazlan buat kerja jebon dalam FELDA dan PAS, jebon-jebon lain sedang mengukuhkan PASMA yang telah bersedia menjadi sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh ulama Hadi Awang dan Haron Din.

Tunggu masa mereka akan menyingkir kesemua kepimpinan ulama dan geng ustaz untuk Muktamar 2017-2019 nanti. 

Jangan fikir ia mustahil kerana kepimpinan ulama PAS kini semuanya sudah berusia dan adakah mereka mampu menahan asakan golongan Anwarinas - PASMA?

Sedangkan wang dan suara DAP begitu deras mendesak agar kepimpinan ulama disingkirkan walau dengan apa cara sekalipun dengan harapan tiada lagi usaha memartabatkan hudud, syariat Islam dan perpaduan Melayu di negara kita ini!

Setakat RM10 juta duit haram DAP dan PKR campur dengan duit asing untuk menyingkir ulama baru sikit maa...

So...tak perlulah ikut cara Mat Sabu suruh orang kenang budi DAP dan PKR... semuanya merosakkan.

Infografik;





Berikut adalah keputusan pemilihan keseluruhan Ahli Jawatankuasa Kerta PAS Pusat bagi sesi 2015-2017.

Presiden:

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (928)
Ustaz Ahmad Awang (233)

Timbalan Presiden:

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (881)
Mohamad Sabu (279)

Naib Presiden:

Ustaz Idris Ahmad (896)
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710)
Datuk Iskandar Abdul Samad (672)
Salahuddin Ayub (435)
Datuk Mahfuz Omar (378)
Datuk Husam Musa (317)

Ahli Jawatankuasa

Nasruddin Hassan (782)
Dr Riduan Mohd Noor (782)
Datuk Nasruddin Daud (777)
Sallehen Mukhyi (763)
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (749)
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (736)
Datuk Dr Fadhli Hasan (722)
Datuk Abdullah Hussin (679)
Razman Zakaria (674)
Dr Mohd Zuhdi Marzuki (670)
Ustaz Mokhtar Senik (656)
Zaharuddin Muhammad (611)
Dr Ali Akbar Gulasan (596)
Mazlan Aliman (593) --- Jebon/ Agen DAP
Dr Rosni Adam (590)
Mohd Noor Mohamad (566)
Muhamad Sanusi Md Nor 556
Nor Azli Musa (544)
Ketua Dewan Ulama:
Dr Mahfodz Mohamed

Ketua Dewan Pemuda:

Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz

Ketua Dewan Muslimat:

Nuridah Salleh
















HUSAM MENGESAT AIR MATA, MAT SABU BERGENANG AIR MATA

Posted: 04 Jun 2015 10:18 AM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan presiden PAS dalam muktamar ke-61 hari ini selepas pertama kali dicabar sejak menyandangnya dari tahun 2002.
Beliau memperoleh 928 undi perwakilan sementara pencabarnya, Ahmad Awang memperolehi 233 undi. 
Seramai 1,189 perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor tahun ini.
Sebanyak 1,162 kertas undi yang dikeluarkan dan 1,161 kertas dimasukkan dalam peti undi.
Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi.
1,161 kertas undi dibuang dan perwakilan PAS hari ini memilih 3 nama berikut sebagai naib presiden: Idris Ahmad (896 undi), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710 undi), dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).
Dalam jawatankuasa pusat PAS, hampir semua yang terpilih merupakan mereka yang dilihat menyokong kepimpinan ulama.
Di antaranya adalah Nasrudin Hassan, Mokhtar Senik, Nik Zawawi Salleh and Khairul Aman Razali, yang merupakan ahli Dewan Ulama dan memperolehi lebih 500 undi.
Sementara, mereka yang dilihat kritikal terhadap presiden PAS dan pro-Pakatan Rakyat seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad masing-masing mendapat sekitar 300 undi dan gagal merebut satu pun dari 18 tempat yang direbut.

Senarai lengkap 18 orang ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru dipilih adalah seperti berikut:
1. Nasruddin Hassan;
2. Riduan Mohamad Nor;
3. Datuk Mohd Nasruddin Daud;
4. Sallehen Mukhyi;
5. Nik Zawawi Salleh;
6. Mohd Khairuddin Aman Razali;
7. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan;
8. Datuk Abdullah Hussin;
9. Razman Zakaria;
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki;
11. Mokhtar Senik;
12. Zaharudin Muhammad;
13. Dr Ali Akbar Gulasan;
14. Mazlan Aliman;
15. Dr Rosni Adam;
16. Mohd Noor Mohamad;
17. Muhamad Sanusi Md Nor;
18. Nor Azli Musa. – 4 Jun, 2015.

bumiyang

$
0
0

bumiyang


Pembersihan Pengaruh Anwarinas Dalam Pas - Usaha DAP Gagal???

Posted: 04 Jun 2015 05:19 PM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

$
0
0

The Antics of Husin Lempoyang


Tun M hebat macam Superman

Posted: 04 Jun 2015 08:30 PM PDT


Dua hari lepas, Husin sarapan dengan kawan-kawan. Mula-mula cerita berkenaan nama restoren India Muslim yang pelik. Akhirnya masuklah cerita politik.

Seorang kawan pensyarah berkongsi satu cerita. Dia kata Tun Dr Mahathir ini hebat macam superman.

"Dia seorang yang hebat. Dia tidak boleh tidak berlawan sesiapa atau sesiapa. Tak sabar dia nak pakai baju superman dia", kata kawan ni.

Seorang kawan yang pro Tun M menyelit. Katanya, mestilah.

"Tun M sentiasa nak perjuangkan sesuatu. Dia tidak boleh duduk diam kepada sesuatu yang tidak cekap, tidak progresif dan sesiapa yang tidak berjiwa besar."

"Memang betul. Seperti superman, Tun M tak boleh terkongkong dalam watak wartawan muda Clark Kent yang begitu bersopan dan baik ikut kata", sambung pensyarah itu.

Kawan yang pro Tun M tu tambah lagi nasi.

"Tun M memang tidak boleh duduk diam. Di rumah dia suka bertukang atau membaca. Umur hampir 90 tahun tapi masih lagi aktif dan ke sana kemari. Sibuk dengan hal Petronas dan Proton. Kuat bersuara kritik Amerika. Dia tak sabar nak pakai baju Superman."

Satu kawan yang pro Najib lama berdiam ketika pensyarah bercerita. Tiba-tiba dia mencelah.

"Superman pakai spendar di luar ...."

Terdiam semua.

Aduh!!!! Komen begini yang boleh buat Husin hilang kawan
 

IPOHMALAY

$
0
0

IPOHMALAY


5 pendaki Gunung Kinabalu dikhuatiri maut tertimpa batu

Posted: 04 Jun 2015 10:18 PM PDT


Laporan The Star menyebut khabar angin menyatakan 5 orang pendaki Gunung Kinabalu maut ditimpa batu yang berjatuhan semasa gempa bumi 5.9 Richter yang melanda Ranau jam 7:15 pagi tadi.

Desas-desus juga menyebut rumah rehat di Panar Laban musnah akibat gempa tersebut.

Di Ranau, kolam air panas yang terdapat disitu telah berubah menjadi kehitaman kesan dari bencana tersebut.




KOTA KINABALU: Fears are growing that there might have been casualties in the aftermath of the earthquake that hit Sabah on Friday.
Officials, however, are not commenting on unconfirmed reports that at least five people on the summit area of Mount Kinabalu might have been hit by rockfalls after the mountain shook for nearly a minute.
They were said to be among about 100 climbers stranded on the summit.
Bomba and police teams, including dog squads, were seen heading towards the park area while helicopters were being sought to airlift stranded climbers and mountain guides.
Most of the climbers were descending after reaching the 4,095m peak before sunrise when the earthquake struck at 7.17am, with boulders and rocks from the granite surface dislodging and rolling down rapidly.
It is learnt that two chalets – Panar Laban and Laban Rata – were also damaged but officials are still trying to ascertain the severity of the damage.
Some reports claimed that the Panar Laban chalet had been destroyed.
Initial reports from the Malaysian Meteorological Services Department said the 5.9 magnitude quake struck 16km northwest of Ranau.

Pendaki Gunung Kinabalu terkandas ekoran gempa bumi

Posted: 04 Jun 2015 08:31 PM PDT

 
Imej pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu selepas Sabah Park menutup laluan ke puncak ekoran gempa bumi 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau jam 7:15 pagi tadi.

Kerosakan kecil dan keretakan struktur berlaku di Ranau dan Kundasang berikutan gempa tersebut.


Gempa kuat 6.0 pada skala Richter landa Ranau, Sabah

Posted: 04 Jun 2015 04:51 PM PDT


Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berkedalaman 10km berlaku jam 7:15 pagi tadi di Sabah berpusat di Ranau.

Gempa lokasi luar biasa pada kekuatan dan kedalaman luar biasa ini dinilai cukup kuat bagi mendatangkan kerosakan struktur binaan dan tebingan bukit.

Berlaku kerosakan di Ranau namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




Walaubagaimanapun Met Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa gempa tersebut berukuran 5.9 pada skala Richter dan berkedalaman 54 km menjadikannya dikategorikan sebagai gempa bumi berukuran sederhana.






Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Nothing2Hide: DS Najib Buang Peluang; Tun Dr Mahathir

Posted: 05 Jun 2015 12:26 AM PDT

1. Peluang Dato Seri Najib Razak memperjelas semua isu yang didepani Perdana Menteri itu terbuang sia-sia, apabila beliau gagal hadir pada sesi dialog di PWTC pada pagi Jumaat.

2. Majlis anjuran NGO tersebut dengan Tajuk NOTHING2HIDE, kini dipermainkan oleh berbagai pihak sebagai forum SOMETHING2HIDE.

3.Kegagalan kehadiran Perdana Menteri dikatakan dihalang oleh Ketua Polis Negara, dengan memberi alasan DEMI KETENTERAMAN AWAM DAN KERHARMONIAN. 

4, Sesi Dialog itu yang dihadiri lebih kurang 1,500 hadirin yang terdiri daripada berbagai lapisan, khususnya para aktivis, media dan media sosial dan tidak ketinggalan para pemimpin Umno, termasuk timbalan menteri dan ahli parlimen.

5. Akibat kegagalan DS Najib hadir, forum itu menjadi forum Tun Dr Mahathir, namun semasa mantan Perdana Menteri itu berucap selama 5 minit, beliau dihalang oleh pihak polis meneruskan ucapan, termasuk menutup mikrofon dan layar TV terlebih dahulu, sebelum beberapa pegawai kanan polis mendekati beliau untuk menghentikan ucapan.

6. Tun Dr Mahathir diberi peluang sidang akhbar beberapa minit sebelum diiringi pihak polis masuk ke kereta beliau untuk beredar.

7. Dalam kenyataan singkat mantan Perdana Menteri itu, sebenarnya DS Najib membuang peluang keemasan untuk memperjelaskan berbagai isu, dan jika penjelasan itu munasabah dan dapat diterima, besar kemungkin beliau akan menyokong semula Perdana Menteri tersebut.

8. Jika benarlah kenyataan Tun Dr Mahathir itu, maka sesuatu peluang bagi DS Najib yang amat berharga terbuang begitu sahaja.
Viewing all 15710 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>