BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Cheongsam 'hangat' yang mungkin di haramkan di Kedah pada Tahun Baru Cina
- Pecat Nasa, Anwar puas hati tindakan PAS
- (Gambar) Azza Elite manis bertudung setelah dapat hidayah dalam lakonan...
- Pengharaman e-rokok: Pengguna mahu penjelasan terperinci
- (Pengakuan) Adik beradik keterlanjuran...
- (Video) Alamak! Skirt terkoyak la pulak masa amik award...!
- Demokrasi ala Malaysia, bantah apa saja saranan pemerintah - Tun M
- (Gambar) Wow! Hari lahir Nik Aziz diraikan dengan kek oleh Paderi pula..
- Suami terpaksa jamin dua isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki..ouch!!!
(Gambar) Cheongsam 'hangat' yang mungkin di haramkan di Kedah pada Tahun Baru Cina Posted: 29 Jan 2013 02:31 PM PST Kerajaan Negeri Kedah yang flip flop dengan keputusan mereka berkenaan garis panduan pemakaian pada sambutan Tahun Baru Cina pada tahun mungkin telah membuat pertimbangan yang waras setelah melihat fesyen-fesyen cheongsam dibawah... Heh! Berderau darah Pak Lebai PAS, patut pun dikenakan garis panduan! Ever wanted to drive a Lamborghini Super Trofeo? Here's HOW! Service your car at Castrol Auto Service and stand to win these exciting prizes every week! | ||
Pecat Nasa, Anwar puas hati tindakan PAS Posted: 29 Jan 2013 04:01 AM PST
Nampaknya, Anwar cukup berpuas hati dengan tindakan yang diambil Pas terhadap Nasharuddin Mat Isa. Inilah yang Anwar harapkan sekian lama. Walaupun pada peringkat Majlis Syura, dan bukan Pas proper – Anwar tetap mahukan tindakan diambil kepada Nasha. Blog ini pernah nyatakan beberapa kali, Anwar memang mahu Pas ambil tindakan tegas terhadap mantan Timbalan Presiden Pas ini. Pada Anwar, kesemuanya berasaskan kepada pengurusan masalah. Kalau ianya berlaku sekarang, lebih mudah untuk PR mengurus isu Nasha. Bak kata Azmin Ali pun, Ustaz Nasha tidak ada pengaruh dalam Pas. Kalau dia dipecat sekalipun, dia hanya mampu membawa batang tubuhnya seorang diri sahaja. Apa yang lebih Anwar mahukan agar Pas membuat keputusan tegas untuk tidak meletakkan Nasha sebagai calon. Kalau menurut laporan Malaysiakini, perkara sama juga telah diambil tindakan oleh Nik Aziz. Mesej sms ringkas Anwar kepada beberapa pimpinan Pas di atas adalah contoh bahawa kesemuanya disusun di Tropicana dan bukan Taman Melewar/Chow Kit. PR sudah memulakan konsolidasi isu di Tropicana. Apa sahaja yang boleh membebankan PR, perlu dicantas awal. Anwar juga mengingatkan inner circle, bahawa ini bukannya masa nak melayan isu yang dibawa oleh UMNO/BN. Semua fokus dan tumpuan mestilah dihalakan kepada menyusun senarai calon yang tepat untuk memberi kemenangan kepada PKR/PR. Isu Nasha, walaupun adalah isu dalaman PAS, masih boleh memberi masalah kepada PR. Tindakan Pas kepada Nasha memang Anwar puas hati. Sekarang, Nasha tidak akan lagi mengganggu kredibiliti Mat Sabu yang menjadi tonggak pemikiran PKR di dalam PAS. Tanpa Nasha di dalam Majlis Syura dan senarai calon – Abang Mat akan dibantu untuk menjadi lebih utuh di dalam Pas. Gelagat Anwar | ||
(Gambar) Azza Elite manis bertudung setelah dapat hidayah dalam lakonan... Posted: 29 Jan 2013 01:01 AM PST Berkata kepada Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:- Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini. Tahniah kepada Azza Elite atas penghijrahan ini. Untuk anda yang tidak tahu, tahun ini umur Azza sudah pun mencecah 35 tahun. Jadi bila lagi nak melakukan perubahan di dalam hidup..kan?. Semoga dengan perubahan ini, rezeki Azza akan dimurahkan dan Azza mendapat apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri iaitu cahaya mata sendiri. Semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan. | ||
Pengharaman e-rokok: Pengguna mahu penjelasan terperinci Posted: 29 Jan 2013 12:31 AM PST KUALA TERENGGANU – Komuniti pengguna rokok e-elektronik meminta supaya kerajaan memberikan penerangan lebih jelas berkaitan pengharaman penjualan rokok itu kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Pengamal perubatan alternatif, Mohammad Mansor Abdullah berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok itu kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini. "Di Terengganu sahaja penjualan rokok ini telah bertapak kira-kira dua tahun lalu dengan bilangan pengguna hampir 5,000 orang. Mengapa kini baru ada pengumuman bahawa ia diharamkan? Sebagai pengguna, saya minta penjelasan," katanya. Menurutnya, bahan asas rokok e-elektronik yang terdapat di dalam cecair e-liquid tidak melebihi lima bahan, iaitu nikotin, ethyl maltol, glycerol dan propylene glycol. "Setakat ini, saya difahamkan hanya empat bahan ini yang terdapat dalam e-rokok selebihnya adalah perisa yang mana digunakan di dalam bahan makanan lain seperti makanan ringan. "Ini menunjukkan rokok tembakau mengandungi 4,000 bahan beracun berbanding yang terdapat di dalam e-rokok malah biasanya jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok adalah sebanyak 12 miligram (mg) dalam setiap 1 mililiter (ml) cecair rokok berkenaan," katanya. Pada 21 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Beliau berkata, mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali. Sementara itu, pengguna rokok elektronik, Muhd Kamaruzzaman Mahmud berkata, sepanjang hampir setahun menggunakan rokok berkenaan, tahap ketagihannya terhadap rokok konvensional semakin berkurangan. "Badan saya semakin sihat dan saya tidak rasa letih dan lesu seperti ketika menghisap rokok konvensional sebelum ini. "Apabila timbul larangan menjual e-rokok, saya keliru sama ada ia benar atau ada sebab sebaliknya. "Saya tidak percaya jika ada yang mengatakan e-rokok menjadi punca penyakit kronik kerana ada kajian mengatakan ia mampu memulihkan perokok tegar yang menghabiskan empat hingga lima kotak rokok sehari," katanya. | ||
(Pengakuan) Adik beradik keterlanjuran... Posted: 29 Jan 2013 12:15 AM PST
Apa yang saya ceritakan ini sangat mengaibkan namun saya sudah tidak tertanggung lagi menanggung masalah ini. Saya remaja lelaki berusia belasan tahun. Melihat dari perwatakan saya yang sentiasa ceria, tiada siapa menduga saya menyimpan satu kisah hitam yang sangat menakutkan. Untuk pengetahuan Dr, saya pernah melakukan hubungan seks dengan abang sendiri. Perlakuan songsang itu berlaku sewaktu usia saya 12 tahun. Pada mulanya, saya takut dan tidak suka diperlakukan demikian, tapi lama kelamaan, saya sendiri rela melakukannya dan kami sering berbuat demikian bila saja berkesempatan. Kini, selepas beberapa tahun, saya dan abang mula insaf. Saya kini tertekan dan mahu melupakan kisah itu. Pada masa sama, saya takut adakah ia akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan lain seperti dijangkiti HIV atau AIDS. Tolonglah saya. SUDAH INSAF, Kuala Lumpur Dek kerana terlalu mengikut kata hati, akhirnya nafsu amarah dan kebinatangan antara adik dan abang menjadikan kalian berdua terbabit dalam perbuatan liwat yang sangat dikeji agama. Penyair terkenal, Aris–totle pernah mengatakan: "Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang." Dr berharap agar adik dan abang tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu dan segeralah bertaubat dengan memperbaiki diri dan berasa kesal dengan apa dilakukan dulu. Jangan sesekali terfikir mahu melakukannya lagi kerana kesannya sangat buruk bukan saja menjadikan adik dan abang sebagai manusia yang terkeluar daripada batas agama dan masyarakat malah pada masa sama memberi kesan psikologi pada diri adik sendiri. Dr sarankan adik berjumpa doktor perubatan bertauliah untuk memeriksa situasi kesihatan kesan daripada perbuatan itu. Dan pada masa sama, bertemu pakar psikologi untuk merawat rasa bersalah yang menghantui diri ketika ini agar keadaan adik tidak terus makan hati dalam diam. Mulanya, Dr dapat simpulkan adik sebagai mangsa, tapi akhirnya kemungkinan kerana seronok, akhirnya adik rela dan suka melakukannya. Kini, adik insaf dan mahu memperbaiki diri. Dr ucapkan syabas. Mulakan langkah pertama dengan memperbanyakkan melakukan ibadah seperti solat, puasa, istighfar dan sebagainya sebagai perawatan rohani. Jauhkan pemikiran negatif kerana ia hanya memberi tekanan emosi kepada adik dan isikan masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah. Cari juga rakan dipercayai untuk berkongsi masalah dan melegakan perasaan selain belajar melupakan kisah silam itu. Memang bukan mudah, tapi Dr percaya jika adik mahu berubah, apa saja usaha boleh dilakukan. Yang penting, berdoa kepada Tuhan agar kehidupan adik menjadi tenang dan menerima apa yang berlaku sebagai satu kesilapan. Manakala keinsafan yang terbit itu adalah pertolongan Allah untuk memberi peluang adik kembali kepada fitrah-Nya. Metro | ||
(Video) Alamak! Skirt terkoyak la pulak masa amik award...! Posted: 28 Jan 2013 10:01 PM PST Malapetaka sungguh untuk Jeenifer Lawrence ketika diumumkan sebagai pelakon wanita terbaik untuk anugerah Screen Actors Guild Award pada ahad lepas. Ketika beliau bagung dari tempat duduknya, memeluk rakan-rakan artis lain yang mengucapkan tahniah, entah dimana silapnya, separuh dari gaun Christian Dior nya tiba-tiba terkoyak! Mujurlah hanya dibahagian peha. Kalau kesemua, tak naik ke pentas la gamaknya! Skrol ke bawah untuk video | ||
Demokrasi ala Malaysia, bantah apa saja saranan pemerintah - Tun M Posted: 28 Jan 2013 07:01 PM PST 1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju. 2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa. 3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalanraya. 4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat. 5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini. 6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang. 7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6000 setahun, mesti ditentang. 8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami? 9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang. 10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini? | ||
(Gambar) Wow! Hari lahir Nik Aziz diraikan dengan kek oleh Paderi pula.. Posted: 28 Jan 2013 06:01 PM PST Wah! Meriah sungguh sambutan hari lahir Nik Aziz tahun ni. Macam dah tak nak sambut tahun depan...maklumlah, sambutan yang amat luar biasa! Selepas berkunjung ke kediaman Karpal Singh untuk memotong kek, Nik Aziz tidak berhenti di situ, rangka lawatannya ke Pulau Pinang kemudian disambut meriah oleh paderi dengan kek hari jadi. Maka dengan tersenyum simpulnya, Nik Aziz pun memotong kek berkenaan... p/s: Agak-agaknya, kalau lah DS Najib mendapat layanan sebegini, mampuih kena kutuk dua bulan! | ||
Suami terpaksa jamin dua isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki..ouch!!! Posted: 28 Jan 2013 04:31 PM PST
Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. Kedua-dua wanita bermadu berusia 30an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu. Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3.00 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap. Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan. "Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota," katanya, semalam. Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah. "Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan," katanya. Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama. Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk jamin isterinya yang curang. "Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat," katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan itu. "Kes disiasat ikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau lakukan persetubuhan haram," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |