Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

bERANIKAN hATI

$
0
0

bERANIKAN hATI


NIK AZIZ PENGSAN?

Posted: 29 Jan 2013 06:24 AM PST




1. Nik Aziz jangan pura-pura tidur atau tertidur. Jangan pura-pura pengsan atau terpengsan. Atau jangan pura-pura..............! PRU semakin hampir dan rakyat mahukan segala janji ditunaikan atau setidak-tidaknya berikan rakyat bayangan bahawa kerajaan Pas Kelantan sedang berusaha bersungguh-sungguh mengkotakan janjinya.

2. Ini mengenai janji membina Lebuhraya yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai. Konon nak bina Lebuhraya Tanpa Tol. Namun derma dari rakyat sudah dipungut dengan memberi janji syurga kepada penderma. Jikalaulah berbayar bukanlah percuma, cuma berbeza diantara prepaid dengan postpaid. (Baca Sini)





3. Rakyat masih belum mendengar berapakah jumlah kutipan yang telah dapat dikutip. Segalanya mesti dibentangkan kepada umum bukannya senyap sesama mereka sendiri sahaja. Kita bimbang apa yang telah terjadi dengan Tabung Memali dulu akan berulang kembali. Mat 'Sapu' masih ada lagi....kenangan dengan Normah masih teringat-ingat....masih berbau...tidak mustahil sejarah lama diulang semula. (Klik Sini)

4. Sikap para pemimpin Pas serta pengikutnya sudah kita ketahui sejak lama. Segalanya hanyalah lakonan semata-mata. Kononnya zuhud dan yang nampaknya alim namun segalanya hanyalah sendiwara belaka. Mereka sentiasa menganggap diri mereka lebih baik dari orang lain, menganggap agama mereka lebih baik dari agama orang lain. Benarlah bahawa mereka itu mewarisi ciri-ciri puak khawarij. (Baca Sini)

5. Jika Nik Aziz bukan mengejar dunia, sudah lama beliau bersara dari politik. Nik Aziz juga sudah lupa pada janjinya untuk bersara apabila Tun Mahathir bersara, namun sampai langit hampir runtuh dia tetap ingin berkuasa. Nik Aziz sudah tua, sudah penat, sudah tiada berdaya, sudah lupa dan sudah nyanyuk. Eloklah berundur. Kesihatan pun bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk.























BAI'AH PAS - CERAI TALAK 3 HUKUM SESAT

Posted: 28 Jan 2013 10:30 PM PST





1. Demi dicalonkan sebagai calon PRU pemimpin Pas sanggup berbai'ah dengan bersetuju menceraikan isteri mereka dengan talak 3.

2. Apa agaknya bai'ah bagi penyokong-penyokong dan pengundi Pas sendiri? Apakah mereka mesti bersetuju talak 3 isteri atau isteri-isteri mereka juga?

3. Andai benar-benar mereka mentalak 3 isteri atau isteri-isteri mereka maka akan bercerailah mereka dengan talak 3 yang tidak boleh lagi dirujuk dan akan ramailah para-para janda dari kalangan bekas-bekas ahli Pas. Siapakah nanti yang akan menjaga kebajikan janda-janda itu nanti?.......Aku juga!!.....Hehehe!

4. Begitu murahnya nilai dan harga diri seorang perempuan bagi Pas, sebab itulah mereka tak kisah jika sahabat-sahabat mereka 'menggunakan' isteri mereka secara sedar ataupun secara rahsia atau mereka yang menggunakan isteri sahabat-sahabat mereka. (Rujuk kes Mat Sabu dan Saiful Bahari)

5. Jika janda-janda itu muda-muda..seperti Abby Abody tentu aku juga yang terpaksa menjaga kebajikannya, namun jika janda-janda itu dari kalangan bekas isteri pemimpin veteran Pas, siapa nak jaga mereka? Hahaha.....



Gambar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pemimpin 'tua' Pas





KERANA AMANAT 2 'ULARMARK'

Posted: 28 Jan 2013 05:30 PM PST




1. Tahap politik kita masih sangat rendah. Puak-puak Pas menganggap politik sebagai 'makanan' harian justeru itu mereka berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu dan sepanjang tahun. Pada tahap permulaan politik Pas hanyalah ceramah maki hamun pemimpin kerajaan disurau-surau dan masjid serta dikedai-kedai kopi bagi mengutip derma yang mereka panggil 'jihad' walaupun sebenarnya ianya tidak lebih dari satu pencarian rezeki secara penipuan bagi penceramah-penceramahnya.

2. Kita dengan mudah menganggap bahawa politik itu sebagai ajaran dan cara hidup apabila Pas menonjolkan agama Islam dalam politiknya maka kita pun menganggap bahawa Pas adalah Islam sehingga mereka setuju bahawa masuk Pas adalah masuk Islam dan meninggalkan Pas adalah meninggalkan Islam sehingga mereka lupa bahawa Pas hanyalah sebuah parti politik semata-mata. Demikian taksubnya orang melayu.

3. Apabila Hj Hadi mengeluarkan amanatnya maka sebilangan orang Islam telah terpengaruh sehingga berlakunya tragedi Memali yang mengakibatkan beberapa nyawa terkorban kerana ketaksubannya. Baca buku 'Mat Sabu, air mata di bumi Memali' tulisan C.N. Al-Afghani yang menceritakannya dengan terperinci. Justeru tanpa ragu kita akui bahawa Amanat Hj Hadi adalah punca berlakunya tragedi Memali dalam agenda penghapusan sesama Melayu Islam.

4. Kisah berlakunya 'Tragedi 13 Mei' (Klik) sudah diketahui umum adalah berikutan provokasi kaum Cina terhadap orang-orang Melayu akibat fatwa dan amanat Lim Kit Siang. Agenda DAP adalah merampas kuasa dan menghapuskan Melayu dan Islam.

5. Jelaslah bahawa amanat dari kedua-dua 'Ostad' Pakatan Pembangkang inilah yang yang telah menjahanamkan dan menghuru-harakan negara serta menguggat kestabilannya. Agenda mereka adalah sama; menghapuskan Melayu dan Islam diantara dalam sedar dan dalam leka.



Hj Hadi: Berpeluk dengan UMNO Islam adalah haram 
tetapi dengan kafir zimmi 'halal'


Takebeer!....Takebeer!....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>