anakbukitgantang says |
Posted: 28 Jan 2013 05:13 AM PST Beberapa kawan e mail saya menanyakan kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang dilihat rapat dengan kuffar sedangkan pada masa yang sama dia terlalu zalim ke atas saudara seIslam sendiri. Jawapannya dalam fikrah Wahhabi dan Syiah, mereka didokrinkan untuk berbaik dengan Nasrani dan Yahudi tapi pada masa yang sama mereka akan memusuhi Islam. Sebab utama ialah Syiah yang diasaskan Abdullah bin Saba' (seorang Yahudi) di zaman Saidina Ali dan Wahhabi yang diasaskan oleh Ibn Tamiyyah dan dibimbing oleh Mr Hempster/ Lawrence Of Arabia (seorang perisik British berbangsa Yahudi) adalah liberalisasi ugama oleh kaum Yahudi bagi memusnahkan Islam dari dalam. Sebab itu kita tak hairan Nik Aziz dilihat mesra dengan Karpal Singh menyambut hari lahirnya dan pada masa yang sama menyepikan diri dari sambutan Maulidul Rasul (Hari lahir Nabi Muhammad SAW)
Pembersihan golongan Islam ASWJ dalam PAS bermula pada tahun 1978 bila krisis Ulama- Asri Haji Muda mengakibatkan naiknya kepimpinan Wahhabi -Syiah sebagai suara utama dalam Dewan Ulama PAS Sebab itulah PAS tidak pernah senang hati bila ada beberapa orang cuba menegakkan ugama Islam mengikut Islam acuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Islam ASWJ ). Krisis ini semakin melebar bila PAS berkroni dengan DAP demi kuasa dalam Pakatan sejak PRU 2008. Beberapa artikel saya yang terdahulu telah mendedahkan siapa sebenarnya yang mengawal Harakah iaitu akhbar lidah rasmi PAS di SIAPA MILIKI HARAKAH Maka kita tak hairan kalau kedua tokoh yang memperjuangkan Islam dan cuba menyatukan umat Islam diBERSIHkan- rujuk perkataan "screening" yang bermaksud memBERSIH dalam artikel di bawah:- Rujuk juga komen kuffar yang sangat gembira bila Ustaz Nasha diBERSIHkan dari Majlis Syura (mungkin mereka berharap dia akan terus di BERSIHkan dari PAS akhirnya) Sebab itu saya kata kini perjuangan PAS telah lari dari matlamat memperjuangkan Islam.. kini PAS telah sahih dilihat menyokong perjuangan kaum kuffar-sebab utama kenapa ini berlaku ialah kerana kepimpinan PAS berfikrah Wahhabi dan Syiah! Atas sebab itu juga kebanyakan Fatwa PAS berbaur Wahhabi dan Syiah dan merugikan umat Islam di Malaysia Mungkinkah selepas ini PAS akan memBERSIHkan Haron Din pula? Jika ini benar benar berlaku ia satu rahmat kepada umat Islam di Malaysia kerana akhirnya warna PAS terserlah.....iaitu memperjuangkan agenda Kuffar dan merosakkan Islam dari dalam. Tahniah PAS! PM Najib tak disenangi Yahudi dan kroninya bila mengunjungi umat Islam di Wilayah penaklukan Yahudi di Gaza. Nasha berada di sebelah Najib |
You are subscribed to email updates from Anakbukitgantang in Putrajaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |