Taipingmali (tm) |
- Pertandingan Catur di UTP Tronoh. Cepat Daftar segera
- Menjawab Fitnah Pas terhadap Umno Taiping
- Pembangunan Kg Tersusun Ulu Tupai Taiping
- HAHAHA JOM DENGAR LAWAK BODO LEMBU RAFIZI
- AGENDA YAHUDI HINA DAN SAMAKAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN
- 13 Laporan Polis Dibuat Terhadap Majlis Memperingati Mat Indera
Pertandingan Catur di UTP Tronoh. Cepat Daftar segera Posted: 28 Jan 2013 11:04 PM PST Satu pertandingan catur pelbagai peringkat umur akan berlangsung di UTP Tronoh bermula Jumaat ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar segera secara online, tarikh tutup pendaftaran ialah jam 12.00 malam esok. Sila layari blog ini untuk download borang dalam bentuk pdf | ||||||||||||
Menjawab Fitnah Pas terhadap Umno Taiping Posted: 28 Jan 2013 07:08 PM PST Bloggers Pas Taiping dan Bukit Gantang telah membuat fitnah mengenai bantahan Ngo terhadap isu Mat Indera dan lawatan Dr Zambry ke Taiping Sabtu lepas. La ni hangpa tolong dengaq nooo!!! Pas jangan lah dok megah dengan Mat Indera , ( sila baca kat sini)
Dalam laporan itu tidak melibatkan parti Umno atau mana-mana komponen Barisan Nasional. Penjelasan ini adalah kerana ada pihak yang menyatakan ia adalah didalangi oleh Umno Taiping. Ini adalah satu fitnah yang sangat kotor dari pihak Pas. Malah sewaktu program lawatan Dr Zambry, TM tidak pernah menceritakan hal repot ini kepada Dato Shalimin dan Dato Zahir atau mana-mana ahli komponen BN seperti Mic, Mca , PPP dan Gerakan yang ada ketika itu. Orang yang bertanggung jawab membangkitkan bantahan ini ialah blogger Taipingmali setelah membaca berita bahawa satu majlis akan dibuat oleh Pas di Kamunting berdasarkan laporan dalam Harakah online dan blog Cikgu Din Sisi bukit. Tindakan TM ialah menghubungi beberapa Ngo dan rakan-rakan agar membuat bantahan dengan membuat repot di balai polis.
Harap blogger Mat Zam Tok Lah dari Bukit Gantang jangan gatal mulut dok memfitnah Umno Taiping. Beberapa hari ini nampaknya blogger Mat Zam Tok Lah sakit hati dengan lawatan Dr Zambry dan dalam blognya pelbagai fitnah dilemparkan kepada Dr Zambry mengenai lawatan beliau.
Fitnah lain yang mengaibkan ialah apabila menuduh Dr Zambry mengecewakan Penduduk Kampung Expo kerana membatalkan lawatan ke Masjid Kampung Expo untuk menyampaikan bantuan mangsa banjir.
Sebenarnya penerima bantuan banjir telah dipindahkan ke pusat khidmat Adun Kamunting, seramai 32 orang terlibat termasuk dari Taman Kamunting Aman. Masjid Kg Expo tak ada buat apa-apa persediaan dan sambutan pun, habis solat zohor, masjid ditinggalkan kosong, malah pengerusi Masjid Kg Expo Penghulu Azam ada bersama-sama Dr Zambry di Masjid Jamek Kamunting dalam majlis penyerahan 3 buah Van Jenazah. Beliau juga menerima sumbangan kewangan daripada Dato Shalimin untuk Masjid Expo.
Penghulu Azam juga berada di pusat khidmat Dun Kamunting menyaksikan majlis penyampaian sumbangan dan bantuan seperti bantuan beg sekolah, penyampaian geran hak milik tanah kepada pekedai-pekedai yang menetap di Lorong 1 hingga Lorong 4 pekan Kamunting Lama.
Malah Penghulu Azam juga di jemput untuk duduk berbincang dengan Dr Zambry secara tertutup dalam pejabat YB Zahir. Segala jadual dan program Sabtu lepas adalah disusun oleh Pejabat Daerah Taiping dan janganlah pandai-pandai buat fitnah oooiii!!!! | ||||||||||||
Pembangunan Kg Tersusun Ulu Tupai Taiping Posted: 28 Jan 2013 03:48 PM PST Dalam Lawatan Turun Padang 'walkabout' Dr Zambry ke Taiping pada Sabtu lepas, salah satu acara yang dihadiri beliau ialah ke Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan SPNB di Kampung Ulu Tupai. ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur kawasan yang seluas 35 ekar itu dengan sistem perparitan, jalan raya dan lain-lain kemudahan untuk memulihkan kawasan setinggan menjadi sebuah kampung tersusun. Jumlah geran yang diluluskan oleh Perdana Menteri ialah RM 3 juta . Sebuah rumah mesra rakyat yang berkeluasan 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur hanya berharga RM 65 ribu tetapi peserta hanya perlu membayar RM 40 ribu sahaja tanpa dikenakan sebarang cas atau faedah oleh bank, selebihnya adalah subsidi kerajaan. Sebanyak 40 permohonan diterima oleh SPNB dan 9 permohonan ditolak dan hanya 31 permohonan diluluskan. Jumlah rumah yang terdapat di Kg Ulu Tupai ialah 180 buah dan sebahagian dari mereka sudah pun membina rumah baru daripada batu batu setelah mendapat kelulusan dan hak milik tanah. Lagi foto di facebook | ||||||||||||
HAHAHA JOM DENGAR LAWAK BODO LEMBU RAFIZI Posted: 28 Jan 2013 09:10 AM PST | ||||||||||||
AGENDA YAHUDI HINA DAN SAMAKAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN Posted: 28 Jan 2013 08:30 AM PST George Town, 27 Jan 2013 - Sekumpulan 20 orang terdiri daripada ahli SUARAM, ALIRAN dan Citizen For Independent Journalism (CIJ) berhimpun di sebuah taman permainan di Padang Kota Lama dekat sini dalam satu sesi yang dinamakan "Holy Book Reading". Sesi yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa personaliti NGO seperti Melanie Yong, bekas Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Soh Sook Hwa, aktivitis SUARAM. Seah Ho, Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Anil Netto, Bendehari ALIRAN yang juga merupakan salah seorang penulis Herald-The Catholic Weekly. Turut kelihatan ialah seorang pelakon yang juga aktivis teater, Mislina Mustafa selain dari seorang wanita Jerman dan seorang wanita Cina mualaf. Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kumpulan ini turut menyentuh kononnya perkataan "Allah" telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia ini. Mereka juga mengatakan bahawa pelaksanaan negara Islam adalah tidak elok untuk umat Islam di negara ini manakala hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor penduduk yang berbilang kaum. Isu bible versi Bahasa Melayu juga turut disentuh di mana mereka secara berlapik mempertikaikan kenyataan seorang pemimpin Melayu yang menggesa agar bible seumpama itu dibakar. Ketika sesi itu berlangsung, kumpulan itu turut mempamirkan beberapa plakad / risalah yang tercatat dengan perkataan, "Read it, not burn it!! We respect othet religion!!", "Tolerance and respect other are the basics of peace" dan "Holy is full of holes". Apa yang menarik, aktiviti anjuran CIJ dengan kerjasama Penang Office Of Human Development (POHD) dan SUARAM Pulau Pinang melibatkan penganut Islam, Kristian, Hindu dan Buddha ini, kononnya dikatakan bertujuan untuk mewujudkan persefahaman serta perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pegangan agama. Namun begitu, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi itu yang lebih tertumpu terhadap persoalan melibatkan agama Islam termasuk isu kalimah Allah yang didakwa telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia, jelas memperlihatkan kumpulan berkenaan mempunyai agenda tersembunyi ke arah menyamakan agama Islam dengan agama-agama yang lain. Lebih dari itu, apa yang diketengahkan boleh mengelirukan dan diyakini mempunyai niat tertentu atau setidak-tidaknya ke arah untuk "menghalalkan" penggunaan kalimah Allah dalam bible. Inilah di antara agenda Yahudi di seluruh dunia yang amat merbahaya dan matlamat mereka amat jelas mahu menghancurkan Islam di muka bumi ini. Sebagaimana yang diketahui umum Yahudi akan menggunakan apa saja cara untuk menjayakan agendanya termasuk menggunakan sesiapa saja samada individu mahupun pertubuhan-pertubuhan yang telah diresapi oleh anasir-anasirnya. Apa yang menarik untuk diperkatakan, siapakah dan apakah kelayakan mereka yang hadir itu untuk memperkatakan serta membicarakan hal-hal berkaitan agama Islam? Adakah Mislina Mustafa seorang yang benar-benar berpengetahuan tinggi tentang agama Islam? Mislina Mustafa misalnya, kalau dilihat dari segi penampilan diri serta caranya berpakaian... nauzubillah.. Tak payahlah nak kata "don't judge the book by it cover?" Kelompok yang beginilah yang mudah menjadi alat serta diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam! Sudah sampai masanya umat Islam perlu bersatu. Sudah sampai masanya umat Islam perlu berdepan dengan puak-puak laknatullah ini. Ketepikan persoalan remeh temeh dan pemikiran politik sempit serta jumud. Semoga kita sentiasa diredhai serta dirahmati Allah. Sumber dari tokjen. blogspot.com | ||||||||||||
13 Laporan Polis Dibuat Terhadap Majlis Memperingati Mat Indera Posted: 28 Jan 2013 06:31 AM PST TAIPING 28 Jan 2013. – 13 Laporan polis telah dibuat oleh beberapa wakil NGO di Ibu Pejabat Polis Taiping pada jam 3.00 petang tadi bagi membantah majlis memperingati Mat Indera yang mati digantung di penjara Taiping 60 tahun lalu. Pas Taiping dan Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angakatan Tentera (KERABAT) Cawangan Kamunting bertanggung jawab dalam majlis ini. Majlis Memperingati Kematian Mat Indera secara tidak langsung mengangkat serta mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan realitinya dan umum mengetahui bahawa Mat Indera adalah pendokong serta terlibat dengan gerakan komunis Majlis tersebut akan memberi impak negatif terhadap generasi muda pada masa kini dan akan datang. Kerabat dan Pas Taiping cuba memanipulasikan serta memutar belitkan fakta sejarah negara dengan mengagungkan petualang bangsa, agama dan negara. Kerana politik sempit Mat Sabu yang menjadi tunggangan Dap ( Lim Guan Eng) beliau sanggup mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dalam usaha meraih sokongan politik menjelang PRU 13. Tindakan Pas dan Kerabat ( pertubuhan yang tidak didaftarkan dengan ROS) dilihat sebagai satu usaha untuk menyuburkan kembali fahaman komunisme di negara ini melalui flatform politik. Sehubungan dengan itu wakil-wakil NGO daripada 13 pertubuhan mendesak agar pihak Polis (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius perkara ini kerana wujud satu usaha baru daripada parti politik dan pertubuhan tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis di negara Malaysia yang tercinta ini dengan memanipulasikan cerita berhubung Mat Indera . Kemunculan anasir jahat yang meracuni minda serta pemikiran rakyat melalui ideologi komunisme ini wajar dikenakan tindakan tegas. Ngo yang membuat laporan tadi meminta pihak Ketua Polis Daerah Taiping supaya tidak meluluskan serta tidak membenarkan majlis tersebut diadakan pada esok hari demi menjaga kesejahteraan , keamanan dan melindungi penularan ideologi komunisme cara baru.
|
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |