PEJUANG BANGSA |
- Zed Zaidi bongkar cara pembangkang peralat artis @rozaidijamil
- DAP guna isu kalimah Allah untuk tutup isu balak Kelantan !!
- Fazurina tunjuk bukti nikah di P.Pinang bukan di Siam !!
- Sebab Nik Aziz batal jadi jurunikah Apek & Leuniey
- Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalimah Allah !!
- Guan Eng mesti panas cabaran terbaru dari UMNO ini !!
Zed Zaidi bongkar cara pembangkang peralat artis @rozaidijamil Posted: 25 Dec 2012 05:29 AM PST Parti-parti pembangkang kini dilihat cenderung mempergunakan agama demi mengelirukan golongan artis yang mahu berhijrah supaya menyokong mereka. Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, ramai artis yang sudah 'terkena' di mana mereka dijemput menyertai sesuatu ceramah agama, tetapi hanya menyedari ia ceramah politik sebaik menghadirinya. Menyifatkannya tidak wajar, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil menegaskan golongan artis yang mahu berubah ini seharusnya dibimbing pada jalan yang benar, bukannya diambil kesempatan demi kepentingan politik pihak tertentu. "Kebanyakan parti-parti pembangkang ini menggunakan taktik agama, ceramah agama. Artis-artis yang berhijab ini memerlukan guru yang sebenar..bukannya guru yang jenis mengambil kesempatan. Ini yang sebenarnya berlaku dalam industri seni ini, maknanya banyak artis yang berhijab ini terkena. "Bagi saya benda ini tak baik..kalau kita nak bimbing seseorang itu biarlah bimbing yang sebenar tentang Islam bukannya kita masukkan hal politik dalam agama itu. Sebab benda ini tak baik..kalau nak berjuang tentang agama, jangan libatkan orang-orang yang berhijab dan mengelirukan mereka pula. "Kalau nak cerita pasal agama, cerita pasal agama sahaja. Selalunya mereka panggil ceramah agama, tapi bila pergi situ terkena ceramah politik pula," jelas beliau kepada Antarapos. Mengenai penglibatannya dengan Umno, pelakon drama Sembilu Kasih itu menjelaskan yang beliau mahu membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di negara ini. Tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu lagi, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi keamanan di negara ini berdasarkan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini yang terbukti keberkesanannya. "Apa yang saya buat selalunya melibatkan seni dan kita mahu membantu kerajaan di mana kita tak mahu negara kita ini berpecah-belah, berperang.. "BN sahaja yang boleh bagi negara kita ini aman. Maknanya apa yang sudah dibuat itu sudah memang terbaik untuk Malaysia. "Jadi untuk Selangor ini apa yang saya boleh bantu, saya akan terus bantu BN, Umno, tak kira Selangor atau Malaysia. Dan saya banyak fokus kepada Selangor sebab Selangor ini lebih memerlukan saya dan terus sayangi Selangor dan yakini BN," gesa beliau. |
DAP guna isu kalimah Allah untuk tutup isu balak Kelantan !! Posted: 25 Dec 2012 04:17 AM PST NIBONG TEBAL - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut kerajaan pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian ramai daripada isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam keadaan sekarang rakyat mahukan penjelasan daripada DAP berhubung dakwaan itu dan tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu membangkitkan semula isu berkenaan adalah cubaan menutup kesalahan pemimpin parti mereka. "Pada pendapat saya beliau (Lim) cuba bangkitkan semula isu kalimah ALLAH itu kerana cuba alihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan pemimpin parti DAP yang menerima tanah balak. Bila timbul salah di pihak mereka, Lim cuba timbulkan isu lain dengan harapan rakyat akan mengalihkan perhatian (ke isu lain). "Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di sini hari ini. Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya menggesa kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. Mohd Ali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata masyarakat Kristian di Melaka tidak pernah membangkitkan isu menuntut membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Melayu. "Ramai orang Kristian di Melaka dan saya sentiasa bertemu mereka dari semasa ke semasa, tetapi sehingga hari ini tiada yang pernah menuntut seperti Lim itu dan mereka juga boleh menerima keputusan yang telah dibuat. "Jadi mengapa Lim cuba bangkitkan semula isu itu dan saya tidak nampak perkara lain kecuali politik parti DAP. Mereka (orang Kristian) meraikan Krismas hari ini dan ia disambut penuh meriah," katanya. Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH dan memutuskan ia adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain. Sementara itu, Mohd Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk, sebagai hipokrit. Beliau berkata DAP sepatutnya memecat kedua-dua pemimpin yang terlibat kerana sebelum ini ia menetapkan anggota parti itu yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilarang memiliki atau menerima sebarang tanah. "Sekarang mengapa Karpal tidak pecat mereka kerana mendapat tanah dan dua Adun berkenaan juga sepatutnya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana telah menerima rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalankan siasatan kes itu segera," katanya. - Bernama |
Fazurina tunjuk bukti nikah di P.Pinang bukan di Siam !! Posted: 24 Dec 2012 10:00 PM PST GEORGE TOWN - Pelakon drama, Siti Fazurina Mohd. Famir yang lebih dikenali sebagai Nina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga. Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan. "Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri. "Saya sebenarnya banyak berkecil hati. Mereka tidak pernah merasai apa yang saya rasa. Kalau ahli keluarga saya dapat menerima Hykal perkara sebegini akan selesai. "Kami berdua sudah lama merancang untuk berkahwin dan kali ini Tuhan telah memakbulkan doa kami. Hykal adalah pilihan terbaik untuk saya," katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam. |
Sebab Nik Aziz batal jadi jurunikah Apek & Leuniey Posted: 24 Dec 2012 07:50 PM PST Ada meeting penting , batal jadi jurunikah ...itu lah alasan oleh Pok Nik yang sebelum ini gah dibodek oleh blog2 pencacai Pakatan. tapi akhirnya terpaksa cancel . Kalau dah ada meeting , mengapa setuju jadi jurunikah sebelum ini ?? Atau sengaja cancel sebab takut jadi isu politik .. Mesti frust blog pencacai2 pakatan pasal Pok Nik tak jadi jurunikah Apek ..hahaha Kuala Lumpur - Pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Nur Eluniey Natasha Nazri (Leuniey) terpaksa mencari jurunikah lain apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat memenuhi undangan majlis yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berkata keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana beliau perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan yang berlangsung pada hari yang sama pasangan tersebut dinikahkan. Katanya, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas telah memohon maaf kerana terpaksa menolak dan tidak dapat menjadi jurunikah kepada pasangan ini kerana mesyuarat tersebut penting. Mengikut jadual, Apek, 23, dan Leuniey, 21, bakal dinikahkan di rumah keluarga pihak perempuan di Pasir Pekan, Tumpat pada jam 10 pagi diikuti tiga majlis resepsi yang akan diadakan selepas itu. Majlis resepsi pihak perempuan dijadualkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, manakala di sebelah pihak lelaki pada 5 Januari 2013. Sementara itu, ibu Leuniey, Norlaila Abu Bakar, 40, telah dimaklumkan seminggu yang lalu dan mereka telah mendapatkan khidmat imam masjid Taman SBJ untuk menyempurnakan majlis akad nikah itu nanti. |
Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalimah Allah !! Posted: 24 Dec 2012 07:03 PM PST Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ustaz Ismail Mina Ahmad menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti memperlekehkan perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu perkataan 'Allah' digunakan semula dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia. Ismail berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi di kalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini. "Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini. "Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada pengganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi. Guan Eng tadi menggesa kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi bahasa Malaysia. Menurut Guan Eng gesaan ini datang atas sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. "Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun," katanya. Ismail turut menyifatkan penganut Kristian di negara lain pun tidak menjadikan perkataan 'Allah' sebagai sandaran untuk sewenang-wenangnya mengelirukan orang ramai terutamanya penganut Islam. "Orang Kristian sendiri pun tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Biblenya, kenapa tidak menggunakan perkataan Allah kerana di dalam Bahasa Melayu Tuhan kan? "Sepatutnya dulu dalam tulisan Bible mereka, mereka menggunakan khalimah Allah, mereka sendiri pun tidak menggunakan khalimah Allah, maka sebab itu kita katakan ini adalah satu provokasi (Lim Guan Eng) kepada umat Islam sebab semua teks-teks di dalam Bible dalam bahasa tempatan, atau bahasa German ke, mereka tidak menggunakan perkataan Allah," katanya. Untuk rekod sebelum ini akhbar Mingguan Khatolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan dengan masalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' dalam agama Kristian. Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang. Malah tindakan menggunakan perkataan 'Allah' itu oleh The Herald mendapat teguran Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Baginda bertitah bahawa Negeri Selangor hendaklah teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di Negeri Selangor. Adalah penting kedudukan agama Islam dipelihara setiap masa sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan (Negeri Selangor) 1959 yang memperuntukkan bahawa Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam Negeri ini hingga kini hendaklah menjadi agama Negeri, dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang-orang yang menganutinya di mana-mana bahagian Negeri ini.- ANTARA POS- |
Guan Eng mesti panas cabaran terbaru dari UMNO ini !! Posted: 24 Dec 2012 04:30 PM PST DAP Pulau Pinang dicabar supaya membariskan calon berbangsa Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika benar parti itu tidak bersifat perkauman. Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sekiranya DAP masih meneruskan amalan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja, maka keikhlasan mereka menerima orang Melayu khususnya, boleh dipertikai. "Saya nak cabar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina. Kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas. "(Kebiasaannya) Dia (DAP) akan ambil calon Melayu ini dan letakkan di kawasan Melayu. Kalau dia ikhlas nak orang Melayu duduk dalam DAP, letak di kawasan Cina. Suruh orang Melayu DAP ini, bertanding di kawasan Cina. Barulah dia ikhlas," katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini. Walaubagaimanapun Musa yakin parti yang didominasi oleh kaum Cina itu tidak pernah ikhlas meletakkan calon Melayu bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya. Selama ini dakwa beliau, DAP dilihat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' dengan hanya membariskan calon Melayu apabila terdapat desakan dan tekanan untuk berbuat demikian. "Bagi saya dia tak ikhlas..Dia tak ikhlas nak gunakan calon-calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya. "Kalau ada yang desak, dia akan berilah sebagai melepaskan batuk di tangga. Itu sahajalah..," ujar beliau. Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk memnjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu. Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu. Antara yang tewas adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi. Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi. Keputusan tersebut jelas menunjukkan rata-rata perwakilan DAP menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu, apatah lagi untuk memberi peluang mereka dipilih untuk bertanding pada PRU13. Bagaimanapun untuk meredakan kekhuatiran orang Melayu terhadap DAP, 20 ahli CEC yang terpilih memgumumkan Ariffin dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2012-2015. -ANTARAPOS- |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |