Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DIMENSI

$
0
0

DIMENSI


Omegay: Cubaan Pengganas Oren langgar peneroka!

Posted: 24 Dec 2012 08:30 PM PST



Omegay: Guan Siyal Eng...Don't Cross The Border!

Posted: 24 Dec 2012 07:00 PM PST


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang, umat Islam akan melihat kenyataan Guan Eng ini sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal.

"Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan ALLAH untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama ALLAH ini.

"Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan ALLAH bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas berkata, Kerajaan digesa membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Selain itu, Dr Zaharuddin turut menegaskan tidak bersetuju apabila dipisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah iaitu merujuk kepada tuhan umum dan ALLAH secara istilah yang merujuk kepada ALLAH yang disebut dalam Surah al-Ikhlas.

"Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

"Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini," katanya.

Kata Dr Zaharuddin lagi, oleh itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan.

"Kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian? Fikirkan, diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya," katanya.

Katanya lagi, Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini. - SH

Omegay: Isu kalimah - Di depan rakyat PAS bidas DAP...di belakang PAS belai macam anak kucing >XD

Posted: 24 Dec 2012 05:40 PM PST


PAS bidas Guan Eng
Kuala Lumpur: PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. 

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

"PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan.... jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

"Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya kepada BH. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam. 

"Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi. 

"Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

"Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu," katanya. 

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum. - BH

Omegay: Ala2 Demokrasi ANAK celake mazlan ceroboh "rumah" orang!

Posted: 24 Dec 2012 03:00 PM PST



"INI NEGARA DEMOKRASI"...itu yang di laungkan oleh pencacai baju ANAK jinggay pimpinan mazlan aligatorman ketika rombongan kaum jinggay cuba menceroboh kampung peneroka felda Jengka 23...bak kata pepatah datang tak di jemput...

"kita datang cara baik..nak terima tak nak terima itu saudara punya pasal!"...perghhh sedap tul bahasa...cara nak tabur fitnah tu baik sangat kerrr?...satu hal lagi ko nak masuk 'rumah' orang terus nak menyalak ape hal?..

demokrasi mesti kena ceroboh tempat orang kerrrr?...memang patut penduduk felda tu halang penyangak2 jinggay daripada terus nak memfitnah dan mengadu domba masyarakat setempat..kalau di biarkan memang jahanam lerrr...badigol so'od punye makhluk jinggay! harkkkk ptuihhh kehkehkeh >:D

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>